Tuan Arasy | 59

"Remember, being happy doesn't mean you have it all. It simply means you're thankful for all you have."


Amanda berlari anak ke muka pintu apabila bunyi enjin kereta suaminya mula memenuhi gegendang telinganya. Tanpa mencabut apron yang dipakai, dia terus berlari anak untuk menyambut kepulangan Arasy. Hari ini dia dengan bangganya mahu menyediakan kek coklat untuk suaminya itu sebagai juadah makan petang mereka.

"Baby..." Penuh riang Amanda menyambut kepulangan suaminya. Senyuman lebar di bibirnya kian pudar apabila melihat reaksi kosong Arasy. Wajah suaminya itu kelihatan penat dan moody!

"Saya naik dulu ye. Nak mandi." Arasy cium umbun-umbun Amanda dengan senyuman nipis sebelum lelaki itu naik ke tingkat atas meninggalkan Amanda dan Zynn di situ.

"Puan Amanda."

Amanda yang tadinya masih terkejut dengan tingkah laku Arasy tersedar. Pantas kepalanya dipusingkan memandang Zynn yang lengkap berbaju melayu dan bersongkok yang serba hitam itu, sama seperti pakaian Arasy sebentar tadi.

"Ini nasi beriani. Puan Normah kirim untuk Puan sebab Puan tak dapat datang tadi." Zynn menghulurkan beg kertas berisi Nasi beriani kepada Amanda.

"Terima kasih." Amanda menguntum senyuman. Beg kertas itu disambut lambat-lambat.

"Kalau macam tu saya balik dulu."

Zynn mula meminta diri untuk pergi.

"Zynn, kejap." Langkah kaki Zynn untuk ke kereta terhenti. Ditoleh ke belakang memandang isteri majikannya yang berlari anak mendekati dirinya saat ini.

"Kenapa dengan Arasy?"

Zynn terdiam seketika. Dia tahu Amanda perasan akan perubahan riak di wajah Arasy. Isteri mana yang tak perasan akan tingkah laku dan riak wajah suami sendiri?

"Emosi Tuan tak berapa baik." Pendek Zynn menjawab.

"Tadi Arasy okay je!" Amanda mula membentak. Zynn ni memang tak boleh jadi geng betul! Selalu sahaja simpan rahsia Arasy. Dia dah jadi isteri Arasy kut!

"Memang tadi Tuan okay. Mungkin Tuan penat sikit kut." Zynn menjawab dengan tenang.

"Masalahnya, Arasy tak macam tu! Arasy tu walau dia penat macam mana sekali pun, dia tetap akan peluk cium saya dengan wajah gembira. Mesti ada yang tak kena. Saya nak awak beritahu saya sekarang!" Amanda masih lagi membentak. Dia sudah bercekak pinggang di hadapan Zynn. Marah ni! Marah!

Zynn pula kian buntu. Dia sendiri sudah mati akal untuk berfikir alasan yang perlu dia reka supaya dapat mengelak dari pertanyaan isteri majikannya itu. Telefon Zynn yang tiba-tiba berdering membuatkan Zynn kembali lega. Pantas sahaja panggilan itu dijawab.

"Hello, nak jumpa aku. Okay bye." Panggilan itu ditutup, wajah monyok Amanda dipandang.

"Maaf ye Puan Amanda. Saya kena pergi dulu, urgent." Balas Zynn sopan. Amanda mencebik lagi. Mengelat!

"Puan Amanda..." Lembut Zynn memanggil.

"Hurm." Jawab Amanda acuh tak acuh.

"Tuan sayangkan Puan. Tuan cuma penat sikit. Saya harap Puan faham. Saya balik dulu." Pesan Zynn sebelum lelaki itu melangkah pergi. Amanda mengerutkan dahinya perlahan. Arasy ada masalah ke?

Tanpa berlengah lagi, Amanda terus masuk ke lift untuk ke bilik mereka yang berada di tingkat 3. Dia terlebih dahulu meninggalkan beg kertas berisi nasi beriani di atas meja di dapur sebelum dia ke bilik mereka.

Sebaik sahaja keluar dari lift tersebut, Amanda terus melangkah ke bilik mereka. Susuk tubuh Arasy dicari. Kelihatan suaminya itu sedang termenung menghadap langit di balkoni. Langkahnya diatur untuk mendekati suaminya.

"Baby?" Amanda memanggil suaminya tetapi hanya sepi. Tiada sahutan dari Arasy.

"Are you okay baby?" Amanda memeluk tubuh suaminya dari belakang.

Arasy masih senyap membuatkan Amanda mencebik kecil. Lengan suaminya digoyangkan berkali-kali dengan rengekan tetapi respon Arasy melukakan hatinya.

"Saya okay. Saya masuk dulu." Belum sempat Arasy melarikan diri, Amanda menahan lengan suaminya.

"Jap, awak tak okay ni. Arasy, pandang saya. Please, beritahu saya..." Amanda pandang anak mata Arasy dengan pandangan berharap.

"Please, saya penat Amanda. Saya nak rehat." Tangan Amanda dileraikan dari lengannya sebelum Arasy kembali melangkah. Amanda tergaman sesaat. Mengapa Arasy melayannya begini?

"Saya ada buatkan kek coklat. Jom teman saya makan." Amanda mencuba lagi. Biarpun Arasy kelihatan dingin dengannya tiba-tiba, dia mahu mencuba nasib.

"Amanda, saya penat. Tolonglah faham. Awak makan dulu. Saya nak mandi, nak rehat." Balas Arasy sebelum lelaki itu hilang dari pandangan. Amanda terpaku di situ. Lidahnya kelu tanpa kata. Tangannya menggeletar. Tanpa ditahan air matanya turun bagaikan hujan.

Walaupun kata-kata Arasy tidak kasar atau tajam, entah mengapa hatinya bagaikan disiat-siat. Nada suara Arasy yang lembut tanpa nada tidak mampu mengurangkan sedih di dada yang mula terkumpul. Perlakuan Arasy terhadapnya bagaikan lelaki itu sudah penat melayan kerenahnya.

Arasy tadi bukan seperti Arasy yang dia kenali. Arasy yang dia kenali adalah lelaki yang mudah tersenyum, lelaki yang sentiasa tenang dan...

Arasy sentiasa mengutamakan dirinya.

Tanpa disedari, tangannya naik menyentuh perutnya sendiri. Walaupun perutnya masih kempis seperti biasa, dia tahu kali ini berbeza. Ada nyawa yang sedang bersembunyi di situ. Kek coklat yang dibuat adalah sebagai kejutan tentang kehadiran janin di rahimnya.


Tetapi reaksi Arasy meruntuhkan jiwanya. Terasa bagaikan kewujudan anak di kandungannya bagaikan sia-sia. Adakah Arasy sudah bosan dengannya? Amanda kemudiannya menangis teresak-esak di situ tanpa ada Arasy yang menemani seperti biasa.



Tan Sri Mukhriz memandang anak perempuannya yang terhendap-hendap di celah langsir dengan pandangan pelik. Isterinya disebelah dipandang dengan isyarat mata. Bagaikan tahu maksud isyarat itu, Puan Sri Hasnawati mengangkat bahu perlahan.

"Amanda?" Puan Sri Hasnawati mendekati anak gadisnya itu. Dia turut mencuri pandang tempat yang dipandang Amanda. Amanda pandang Arasy? Arasy yang duduk sendirian di kerusi batu di halaman rumah itu dipandang pelik.

"Kenapa Manda pandang Arasy macam tu?" Tanya Puan Sri Hasnawati lagi. Pelik apabila melihat anak gadisnya bagaikan takut untuk mendekati suami sendiri. Bergaduhkah mereka?

"Manda takutlah nak dekat dengan Arasy." Amanda tayang wajah sedih.

"Kenapa? Gaduh?" Tan Sri Khalid pula bertanya.

Kalau bergaduh pasti Amanda yang mulakan. Tapi melihat layanan Arasy dan kasih lelaki itu terhadap Amanda membuatkan dia tidak percaya mereka bergaduh. Arasy seorang lelaki yang suka mengalah.

"Mana ada gaduh papa. Kita orang gaduh kejap je. Pastu kita orang berbaik semula. Tapi..." Kata-kata Amanda berhenti tiba-tiba.

"Tapi?" Puan Sri Hasnawati menyoal lagi.

"Arasy jadi pendiam sejak balik dari majlis tahlil arwah Tuan Kamal. Bekas inspektor yang pernah urus kes Adha dulu. Dia tiba-tiba jadi lain. Arasy yang Manda kenal sebelum ni tak sama dengan Arasy yang baru balik dari tahlil tu. Argh! Susahnya nak terangkan dekat mama dan papa! Haisy!"

Amanda mengeluh kecil. Wajah tenang suaminya dipandang dari jauh. Dia tahu ada sesuatu yang menganggu Arasy. Dia cuba untuk membantu. Dia mahu suaminya itu luahkan padanya tapi Arasy dingin dengannya. Dia jadi takut!

Tan Sri Khalid turut memandang ke arah menantunya itu. Dia tahu Arasy tahu sesuatu. Jika tidak mengapa lelaki itu sebegitu. Pasti perkara yang baru dia tahu terlampau mengejutkan sehinggakan membuatkan lelaki setenang Arasy menjadi sebegitu.

"Pa, papa sayang Manda kan? Papa pergi tanya Arasy, kenapa dia jadi macam tu. Please pa. Manda tak boleh lah hidup kalau Arasy macam ni. Manda nak Arasy yang dulu. Pa, please pa. Tolonglah Manda pa. Papa..." Amanda mula teresak-esak di hadapan papanya. Dia sudah tidak berdaya.

Selama ini, sejengkel manapun dia, Arasy tetap melayannya dengan lembut. Dia merengek atau meraung Arasy masih sabar dan melayannya dengan penuh kasih. Tapi semenjak petang tadi Arasy bagaikan stranger untuknya.

Walaupun Arasy masih cium dan memeluknya, pelukan itu bagaikan hiba. Arasy bagaikan hilang semangat. Arasy yang menyayanginya bagaikan mati. Dia tak mahu begini. Layanan Arasy yang dingin membuatkan dia bagaikan ingin mati. Tak nak! Dia tak sanggup begini! Dia boleh mati jika Arasy terus begini!

"Paa....." Amanda merengek lagi membuatkan Tan Sri Khalid hilang punca.


"Boleh aku duduk?"

Arasy yang sedari tadi mengelamun, tersedar. Senyuman nipis dia ukir sebelum kepalanya dijatuhkan perlahan-lahan. Tan Sri Khalid mula duduk di sebelah menantunya di meja batu itu.

"Papa tak tidur lagi? Dah masuk pukul 1 pagi ni pa." Arasy mula membuka bicara. Kekok jika mereka berdua duduk di situ tanpa sebarang suara.

"Kau ingat aku ni boleh tidur kalau anak perempuan aku tu duk melalak bila tengok laki dia yang dah macam mati jiwa ni?" Tanpa nada sinis atau mengejek, Tan Sri Khalid bersuara. Arasy terkedu. Amanda menangis? Kerananya?

"Amanda nangis. Dia dekat mana? Dekat atas?" Arasy mula berdiri dengan wajah kalut. Belum sempat dia mahu melangkah suara Tan Sri Khalid menghalang.

"Tak payah nak pujuk anak aku waktu kau pun sama kusut macam dia. Duduk! Pandailah bini aku tu nak memujuk! Duduk!" Arah Tan Sri Khalid lagi. Arasy terdiam seketika. Lambat-lambat dia kembali duduk di kerusinya.

"Aku tahu ketua keluarganya ni banyak pressure. Walaupun aku ni dulu ayah yang teruk tapi jauh di sudut hati aku, aku sayangkan family aku. Amanda cakap kau dengan dia tak bergaduh. Kau tiba-tiba jadi murung sejak kau balik dari rumah arwah Kamal kan? Aku tahu kau serabut tapi bukan pada Amanda kau luahkan semua tu. Budak tu tak tahu apa-apa. Kenapa kau buat dia macam tu?" Lembut Tan Sri Khalid menyoal.

Arasy diam. Perasaan bersalah terhadap Amanda mencengkam jiwanya. Kelakuan dinginnya terhadap Amanda petang tadi bagaikan tali yang menjerut lehernya. Kau suami yang tak guna!

"Arasy minta maaf pa."

"Bukan pada aku. Tu, pada bini kau tu!" Balas Tan Sri Khalid selamba.
Arasy mengeluh kecil. Dia menyandarkan tubuhnya ke kerusi.

"Saya dah tahu kenapa ghost berdendam dengan saya."

"Kenapa? Sebab kau racer hebat?" Soal Tan Sri Khalid lagi.

"Ghost berdendam dengan daddy. Tapi kenapa Arasy yang kena hadap semua ni? Kenapa Arasy, pa? Kenapa?" Rintih Arasy tanpa sedar.

"Ghost berdendam dengan daddy kau? Mukhriz? Ghost berdendam dengan Mukhriz?" Tanya Tan Sri Khalid tidak percaya.

Arasy mengeluh kecil.

"Ghost anak arwah Tan Sri Othman, peneraju Digma Holding."
Tan Sri Khalid memandang Arasy dengan wajah terkejut.

"Anak arwah Tan Sri Othman? Kau biar betul? Othman tu tak ada anak!" Balas Tan Sri Khalid lagi. Dia turut mengenali Tan Sri Othman. Setahunya Tan Sri Othman tiada cahaya mata.

"Ada pa. Ghost anak luar nikah dia dengan isteri dia. Dia tak nak expose anak dia sebab anak tu anak haram. Sekarang ni bila dia orang suami isteri dah meninggal, ghost datang nak balas dendam. Dia berdendam dengan daddy sebab dia ingat daddy penyebab mak ayah dia mati. Tapi pa, kenapa asyik Arasy yang dia kejar? Kenapa dia nak sangat Arasy mati? Kenapa? Arasy tak boleh nak fikir. Serabut!" Keluh Arasy perlahan.

Dia tak mengharapkan kematian daddy, mummy atau abangnya. Tetapi kenapa dia yang ghost mahukan? Pasti ada sebab lain mengapa lelaki itu terlampau taksub mahukan kematiannya.

"Entahlah Arasy. Manusia." Balas Tan Sri Khalid. Dia sendiri masih terkejut dengan kebenaran ini. Terasa seperti dipermainkan. Dia bermati-matian menjatuhkan hukuman seolah-olah Arasy adalah penyebab kematian Adha tetapi lain pula kebenarannya. Sulit untuk dia percaya.

"Pa, Arasy naik dulu boleh? Arasy nak tengok Amanda. Bolehkan pa?" Tanya Arasy takut-takut. Hatinya semakin gelisah apabila mengingatkan tentang layanan acuh tak acuh dia pada Amanda sebentar tadi. Arghhhh! Serabut!

"Pergilah. Bincang baik-baik. Amanda tu walaupun dia manja dia tak adalah bodoh sangat nak faham masalah kau ni. Kadang-kadang je bengap dia tu datang. Tapi waktu genting macam ni otak dia berfungsi dengan baik je." Balas Tan Sri Khalid selamba.

Arasy menganggukkan kepalanya perlahan. Setelah mendapat keizinan dari bapa mertuanya, anak tangga ke bilik Amanda dipanjat. Keluhan kecil dikeluarkan sebaik sahaja dia melihat Amanda tidur lena di ranjangnya. Pintu bilik itu ditutup perlahan-lahan supaya tidak mengganggu lena Amanda. Dia mula berbaring di sebelah Amanda. Selimut ditarik sehingga ke paras dada. Dia mula mengiring mengadap isterinya.

Entah mengapa dia merasa bersalah kerana mengabaikan permata hatinya itu. Mengapa dia sering goyah? Amanda akan semakin tertekan jika dia goyah. Dia sudah berjanji untuk bangkit dari ketakutannya. Jika Amanda berani mempertaruhkan hidupnya dengan berkahwin dengannya walaupun tahu nyawanya bagaikan di hujung tanduk jika bersamanya.

Remuk hati Arasy apabila melihat sisa air mata di pipi isterinya yang masih belum mengering. Pasti isterinya tertidur setelah menangis. Ibu jarinya naik menyapu sisa air mata itu dengan perasaan bersalah. Bersalah kerana telah mengabaikan Amanda sepanjang hari ini.

"Arasy." Amanda membuka mata setelah terasa sesuatu di pipinya. Matanya mula berkaca apabila melihat wajah suaminya di hadapan mata. Dia baru sahaja terlena dan sudah pasti dia cepat tersedar dari tidurnya.

"Sayang.."

Amanda mula teresak-esak apabila nama panggilan mesra untuknya keluar dari mulut Arasy. Arasy pula kalut sendiri.

"Baby, I'm sorry okay. Sorry sebab abaikan baby sepanjang hari ni." Kata maaf yang keluar dari mulut Arasy semakin membuatkan Amanda menangis. Wajah suaminya dipandang lama dengan mata yang berair.

"Saya janji saya tak akan merengek lagi. Saya janji saya tak akan mengada-ngada lagi. Saya janji saya tak akan merajuk lagi. Tapi please Arasy, jangan buat saya macam ni lagi. Saya takut. Saya takut sangat... isk...isk..." Amanda teresak-esak lagi. Murah betul air matanya keluar saat ini. Dia takut. Cukup takut kehilangan Arasy.

"Saya minta maaf. Shush, janganlah menangis. Saya minta maaf ye. Saya stress sangat hari ni. Sorry baby..." Arasy cium dahi Amanda seketika. Pelukan di tubuh mereka semakin erat sehinggakan Amanda teringatkan sesuatu.

"Arasy..." Amanda bangun dari terus berbaring. Wanita itu bersila di katil membuatkan Arasy turun bangun.

"Kenapa ni?"

"Awak tahu kan saya buat kek coklat hari ni?" Amanda menyoal tiba-tiba.

"Tahu. Saya dah makan tadi dengan papa. Sedap, pandai isteri saya ni buat." Arasy senyum lalu kepala Amanda digosok dengan perasaan kasih yang menggebu. Isterinya cuba untuk menjadi yang terbaik, suami mana yang tak sayang. Dia terlalu ikutkan emosi sehingga mengabaikan permata hatinya ini.

"Saya buat ada sebab." Amanda ukir senyuman penuh makna.

"Sebab apa?" Soal Arasy pelik.

"Arasy..." Amanda tiba-tiba menyeru nama suaminya.

"Ye sayang."

"Awak sayang saya tak?"

"Sayang."

"Siapa wanita yang paling awak sayang dalam dunia ni?"

Arasy mula mengerutkan dahi apabila mendengar soalan isterinya.

"Awak dan mummy saya." Yakin Arasy menjawab.

"Sanggup ke awak kongsi kasih dan sayang awak pada saya untuk orang lain?"

"Awak merepek apa ni Amanda? Mustahil saya nak kongsikan sayang saya pada awak untuk orang lain. Cinta saya, sayang saya hanya untuk awak, sayang. Saya minta maaf sebab tadi saya ignore awak. Tapi saya tak ada niat nak marah awak. Tapi percayalah, awak wanita kedua yang saya sayang selepas mummy saya. Trust me baby." Pujuk Arasy lagi.

"Tapi lepas ni awak mungkin kena kongsikan kasih sayang awak dengan orang lain." Sayu Amanda bersuara. Reaksi Arasy yang seakan-akan tertekan membuatkan dia mahu ketawa. Suami siapa yang comel sangat ni?

"Awak cakap apa ni Amanda?" Suara Arasy mula tegas. Keruh sahaja wajah suaminya itu. Lelaki itu bingkas berdiri lalu menjauhi Amanda yang duduk di katil. Pasti lelaki itu mahu menenangnya dirinya agar dia tidak terbawa emosi.

"Saya cakap saya tak nak berkongsi kasih. Titik!" Amanda mula bersuara keras. Sengaja mahu mengusik suaminya.

"Saya tak pernah cakap nak duakan awak Amanda. Hanya awak yang saya sayang. Isteri saya cuma awak Amanda. Hanya awak!" Pujuk Arasy lagi. Lelaki itu mula tertekan. Pasti dia tidak menyangka Amanda akan mempersoalkan kasih dan cintanya setelah kelakuannya yang dingin terhadap isterinya petang tadi.

"Tapi awak kena berkongsi kasih juga!" Keras Amanda bersuara tetapi tidaklah sehingga menjerit.

"Siapa cakap saya kena berkongsi kasih?" Keruh sekali wajah Arasy saat ini.

"Saya."

"Awak? Awak merepek apa ni Amanda? Awak tak nak berkongsi kasih, tapi awak suruh saya berkongsi kasih? Awak cakap apa ni sayang? Saya tak faham."

Wajah Amanda yang tadinya keruh terus berubah bahagia. Bibirnya mengukir senyuman paling manis buat Arasy saat ini. Arasy pula yang semakin keliru apabila melihat perubahan riak wajah isterinya. Kenapa? Mengapa?

"Saya kena kongsi kasih dengan 'dia' ni." Amanda pegang perutnya sendiri. Wajah sedih dia ukir pada Arasy.

"Saya tak nak kongsi awak dengan 'dia' ni!" Amanda merengek lagi. Arasy masih buntu. Wajah sedih Amanda dipandang seketika sebelum pandangannya turun pada tangan Amanda yang berada di perut. Akalnya dikerahkan untuk berfikir. Dia cuba mencari maksud yang cuba Amanda sampaikan.

"Saya nak 'dia' boy. Biar awak yang sedih kena kongsi saya dengan 'dia'." Rengek Amanda lagi.

"Amanda..." Arasy menyeru nama isterinya tiba-tiba.

"Hurm." Pendek Amanda menjawab.

"Are you pregnant?" Takut-takut Arasy menyoal. Amanda ukir senyum lalu kepalanya dianggukkan pantas.

"You're going to be a father, honey." Jawab Amanda dengan gembira.

Arasy terdiam buat seketika sebelum lelaki itu sujud syukur di situ. Kata-kata terima kasih yang diucapkan Arasy pada sang pencipta membuatkan hati Amanda terpaut pilu. Dia tahu Arasy mahukan cahaya mata, dia juga begitu. Anugerah ini bagaikan hadiah yang paling bermakna buat mereka suami isteri. Akhirnya impian mereka untuk membentuk satu keluarga kecil menjadi kenyataan.

Arasy bangun dari sujudnya. Air matanya yang mengalir dikesat kasar dengan tangan. Dia terharu dengan nikmat yang baru sahaja dia kecapi. Impiannya untuk menjadi seorang ayah akhirnya menjadi kenyataan.

"Sayang." Arasy mendekati isterinya. Dipandang isterinya dengan wajah teruja.

"Nak sentuh?" Amanda bertanya lagi.
Arasy diam. Dia masih terkejut dengan kejutan yang dia terima saat ini. Amanda ketawa kecil. Arasy yang 'super cool' dah jadi 'shy boy'.

'Alahai, suami siapa yang comel sangat ni?' Guman Amanda dihati.
Amanda meraih tangan kiri Arasy lalu ditekup ke perutnya yang terlindung baju.

"Dah dua bulan 'dia' dalam ni. Saya je yang tak sedar." Amanda senyum lagi.

Kali ini Arasy mula tersenyum. Perut isterinya diusap lembut. Tubuhnya dirapatkan ke tubuh isterinya lalu tangan kanannya meraih belakang kepala Amanda. Ubun-ubun isterinya dicium lama.

"Terima kasih untuk hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya." Arasy cium pipi kanan Amanda sekilas.

"Tapi saya tak nak berkongsi kasih!" Amanda merengek lagi. Arasy ketawa besar. Tubuh isterinya dibawa dalam pelukan.

"Kasih dan sayang saya pada awak tak pernah terkurang sikit pun walaupun dah ada 'baby' ni dalam hidup kita. Malah, sayang saya pada awak makin bertambah bila adanya 'baby' ni dalam hidup kita." Balas Arasy lagi.

"Arasy..."

"Ye?"

"Sayang awak."

"Saya pun sayang awak dan..." Baju Amanda diselak.

"Baby kita." Perut Amanda dicium membuatkan Amanda ketawa riang hati. Kali ini dia cukup bahagia. Anugerah yang terbaik pernah dia rasai. Nikmat dunia yang tak mampu dia pertikaikan. Alhamdulillah!

Bersambung...!

•17/12/2022

•Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lovers ✨

•Remember: What you give is what you will get back ✨

(Sorry terlampau busy sampai dah lupa bila last update story ni. By the way, hope you have fun! Love you!)

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top