Tuan Arasy | 57

"Life is a game, those who keep winning get more interested in it!"


Arasy memandang Amanda yang khusyuk mengunyah kerepek pisang didalam pelukannya dengan pandangan bersahaja. Tetapi tetap sahaja timbul kegelisahan di dadanya. Entah mengapa dia perasaan akan perubahan terhadap isterinya dari sehari ke sehari.

Bagaikan tahu dirinya diperhatikan, Amanda mengangkat muka. Wajah tampan Arasy dipandang penuh minat. Keningnya ternaik sedikit apabila melihat pandangan Arasy tetap ke arahnya. Adakah sesuatu sedang berlegar-legar di fikiran Arasy?

"Baby okay?" Kedua-dua belah telapak tangannya naik menyentuh pipi suaminya. Wajah itu dibawa tunduk ke bawah sedikit supaya dia mampu melihat wajah itu dengan lebih dekat.

"Okay, baby." Arasy menjawab dengan senyuman. Amanda mencebik kecil.

"Tapi kenapa baby macam ada masalah je ni? Baby okay ke tak ni?" Amanda bertanya lagi. Kali ini dahinya berkerut sedikit apabila melihat kelakuan Arasy yang kelihatan berbeza dari biasa.

"Saya okay, sayang... Cuma..." Arasy pandang Amanda lama.

"Cuma?"

"Are you okay baby?"

Kegelisahan yang terbuku di hatinya dilepaskan jua. Wajah Amanda dipandang penuh risau. Teringat kejadian petang tadi, Amanda menangis padanya bagaikan sedang menahan sakit yang terlalu sakit sehinggakan dia turut mahu menangis.

Hampir luluh nyawanya apabila Raisya menelefon Zynn mengatakan Amanda muntah sambil menangis-nangis sewaktu meeting tengah hari tadi. Mungkin Raisya tidak dapat menghubunginya dan Jazmy jadi pada Zynn dia laporkan berita itu.

"Saya okay. Tengok ni."

Amanda mengaut kerepek pisang dengan kuantiti yang banyak lalu disumbat ke dalam mulutnya sendiri. Mulut itu mula mengunyah dengan pipi yang sudah kembung seperti pau kerana menahan jumlah kerepek pisang yang terlalu banyak sehinggakan tidak mampu ditampung oleh mulut kecil itu.

"Amanda, saya serius."

Suara Arasy yang mula tegas membuatkan Amanda menundukkan wajahnya. Tetapi mulutnya tak berhenti-henti mengunyah untuk menghabiskan kerepek pisang yang masih tersisa di mulutnya.
Arasy yang perasaan akan perubahan emosi Amanda mula menghela nafas lemah. Tubuh Amanda dirapatkan ke dadanya lalu tubuh itu dipeluk erat.

"Saya sayangkan awak Amanda. Terlampau sayangkan awak Amanda."

Tangan Arasy naik menyentuh rambut Amanda lalu diselitkan ke tepi telinga. Dagu Amanda ditolak ke atas dengan jari telunjuk perlahan-lahan. Terdapat Mutiara jernih di tubir mata isterinya membuatkan dia mengariskan senyuman nipis.

"Sikit pun saya tak marahkan Awak Amanda. Sikit pun tak. Tapi saya risau. Saya risaukan awak. Tadi awak muntah-muntah bila makan sushi, awak tahu kan awak tak boleh makan sushi? Kenapa paksa diri makanan makanan tu?" Tanya Arasy lembut.

Dia tahu Amanda seperti Adha. Mereka akan muntah jika makan makanan jepun yang satu itu. Tapi mengapa Amanda masih berdegil.

"Sebab saya teringin. Saya teringin sangat nak makan sushi..." Amanda pandang Arasy dengan mata yang berkaca.

"Sayang, saya tak marahkan awak. Janganlah nangis. Saya cuma tanya, baby..." Arasy memujuk lagi. Hujung jari telunjuknya menolak dagu Amanda ke atas sehingga mereka bertentang mata.

"Saya tak marah. Sikit pun saya tak marahkan awak. Saya cuma risaukan kesihatan awak. Saya kan sayangkan awak..."

Seraya itu, pipi mulus Amanda dicium sekilas membuatkan pipi Amanda bertukar merah tiba-tiba. Arasy menarik senyuman nakal. Pipi Amanda dicuit perlahan.

"Baby saya blushing..." Usik Arasy nakal.


"Arasy....!" Amanda mula muncungkan bibirnya membuatkan Arasy tergelak kecil. Tubuh kecil Amanda dipeluk rapat ke dadanya kembali.

"Saya sayangkan awak, Amanda."

"Saya tahu." Selamba sahaja Amanda menjawab.

Tangannya mengaut beberapa keping kerepek pisang lalu dikunyah perlahan. Arasy tersenyum kecil melihat telatah Amanda yang terlampau comel di matanya.

Arasy yang tadinya sudah di alam mula terjaga apabila lenanya diganggu. Goyangan di bahunya membuatkan tidurnya tergendala. Sayup-sayup telingannya menangkap suara kecil memanggil namanya.


Dengan berat hati, dia mula membuka matanya perlahan-lahan. Tangannya mula naik ke wajah lalu matanya ditenyeh perlahan untuk menghilangkan kantuk. Wajah isterinya yang rapat di mukanya membuatkan dia tersentak seketika.

"Ya Allah, sayang..." Arasy mengucap panjang. Tangannya naik mengurut dadanya yang terasa sesak di ulu hati. Amanda sekadar tersengih melihat wajah berkerut suaminya.

Arasy mula menyandarkan tubuhnya ke kepala katil lalu wajah isterinya yang duduk bersila di atas katil sambil memandangnya dengan senyuman membuatkan dia bingung seketika. Iphone 14 Pro Max di atas meja kecil di sisi katil dicapai. Skrin telefon pintar itu mula bertukar terang apabila dihidupkan. Hampir melompat jantung Arasy apabila melihat waktu yang tertera di skrin telefon pintarnya itu.

"Sayang...." Meleret suara Arasy memanggil nama manja isterinya.

"Ye." Penuh semangat Amanda menjawab.

"Pukul 3 pagi?"

Skrin telefon pintarnya ditayang pada Amanda dengan wajah terkejut. Amanda mengangguk dalam senyuman membuatkan Arasy mengeluh kecil. Telefon pintarnya kembali dijatuhkan lalu anak matanya tunak memandang wajah isterinya yang kelihatan begitu bersinar dan bersemangat itu.

"Kenapa sayang?" Tanya Arasy pelik. Dia tertanya-tanya mengapa Amanda mengejutnya tidur pada waktu seawal ini. Melihat wajah ceria Amanda membuatkan dia tahu tiada berita buruk yang Amanda mahu sampaikan padanya.

"Jom makan cendol."

Arasy jatuh rahang. Tidak berkelip dia memandang Amanda saat ini.

"Baby?" Amanda menyoal perlahan. Jarinya menekan-nekan lengan sasa Arasy walaupun dia sendiri takut melihat Arasy yang seakan-akan terkaku itu.

"Are you okay baby?" Amanda bertanya lagi membuatkan Arasy menghela nafas perlahan.

"Saya okay. Sekarang ni awak yang tak okay." Balas Arasy pula. Amanda mengerutkan dahinya sekilas.

"Saya okay." Bersungguh-sungguh Amanda membantah tuduhan Arasy.

"Sayang, mana ada orang yang okay minta cendol pagi-pagi buta macam ni? Pukul 3 pagi nak makan cendol? Seriously, Amanda?" Bentak Arasy tidak puas hati.

Entah mengapa darahnya mula mendidih tiba-tiba. Penat sewaktu bekerja semalam masih lagi terasa. Sudahlah dia tidur pukul 2 semalam kerana mahu menyiapkan kertas kerja untuk meeting esok pagi tetapi baru sahaja dia melelapkan mata, lenanya diganggu. Siapa tak mengamuk?

Suara Arasy yang kedengaran sedikit keras membuatkan Amanda tergaman. Adakah Arasy baru sahaja memarahinya? Entah mengapa kolam air matanya mula pecah. Berkaca-kaca dia merenung anak mata Arasy saat ini. Kali ini Arasy pula yang tergaman.

"Sayang..." Belum sempat Arasy memujuk, Amanda terlebih dahulu bangun dari katil.

"Baby..."

Arasy mula mengejar langkah Amanda tetapi gadis itu berlari pantas ke bilik tetamu di sebelah bilik mereka. Pintu bilik itu dihempas lalu dikunci membuatkan Arasy tersadai di luar bilik.

"Awak dah tak sayang saya..." Jeritan Amanda menyegarkan Arasy yang tadinya dihurung rasa mengantuk.

Kini, dirinya sudah tidak mengantuk seperti tadi. Esakkan Amanda kedengaran sayup-sayup di luar bilik membuatkan Arasy diserang rasa bersalah.

"Amanda, saya minta maaf..."

Tiada sahutan dari Amanda. Hanya esakkan yang kedengaran.

"Saya minta maaf sayang. Saya penat sangat hari ni, saya..."

"Awak penat layan saya ke Arasy?" Hiba sahaja suara Amanda menuturkan pertanyaan itu membuatkan Arasy tersentak.

Tanpa berlengah, Arasy mula kembali ke bilik mereka. Laci di meja kecil di sisi katil dibuka. Segugus kunci dicapai lalu dia kembali ke bilik tetamu itu. Arasy mula mencari kunci sebenar bilik tetamu itu dengan mencuba satu-persatu kunci yang ada. Pantas sahaja pintu bilik itu ditolak apabila kunci tersebut sudah dibuka.

"Sayang..." Arasy mendekati Amanda yang memeluk lutut di atas katil dengan wajah bersalah.



"I'm sorry. Sorry sayang..." Arasy memohon maaf berkali-kali sambil merangkul tubuh kecil Amanda ke pelukannya.

"Saya minta maaf. Saya penat sangat sampai saya termarah awak, Amanda. Sumpah saya tak ada niat nak marah awak. Saya sayangkan awak Amanda." Pujuk Arasy lagi. Amanda pandang wajah Arasy lama.

"Betul awak tak sengaja marahkan saya?"

Arasy mengangguk laju.

"So, awak nak teman saya makan cendol?" Tanya Amanda takut-takut. Arasy mengangguk setuju membuatkan Amanda terjerit kecil. Arasy usap dadanya yang diserang rasa terkejut.

"Saya pergi bersiap kejap. Sayang awak Arasy." Bibir Arasy dicium seketika lalu isterinya itu berlari anak ke bilik mereka.

Arasy menyandarkan tubuhnya ke kepala katil dengan wajah penat. Ciuman di bibir yang diberikan Amanda tak mampu membuatkan dia terkejut. Dia masih tergaman dengan perlakuan pelik Amanda pagi ini. Nak cendol pagi-pagi buta macam ni? Mana nak cari cendol pukul 3 pagi? Alahai, isteri...

Zynn yang tadinya sibuk memperhatikan banglo 2 tingkat di hadapannya menudukkan kepala apabila sebuah kereta Mercedes Benz berwarna putih meluncur laju di sebelahnya. Sengihan sinis terukir dibibirnya tanpa sedar. Kereta Audi TT berwarna hitam miliknya dihidupkan. Kereta Mercedes Benz itu mula diekori rapat.

Setelah beberapa minit, kereta Mercedes Benz itu mula berhenti di suatu parking lot. Lelaki separuh abad itu mula melangkah keluar dari keretanya lalu melangkah masuk ke dalam sebuah Cafe yang beroperasi 24 jam. Tanpa berlengah, Zynn menghentikan keretanya lalu melangkah mengeroki Inspektor Kamal.

Pintu cafe itu dibuka lalu dia melangkah ke satu meja yang tidak jauh dari kedudukan Tuan kamal. Keningnya terjongket apabila melihat lelaki serba hitam yang duduk membelakanginya saat ini. Siapakah lelaki itu? Penting sangatkan urusan mereka sehinggakan Tuan Kamal sanggup memandu ke sini pada waktu sebegini? Dua pagi?

Topi di kepalanya ditundukkan sedikit supaya Tuan Kamal tidak menyedari kehadirannya. Waiter yang datang tidak dia endahkan. Matanya tajam memerhatikan kelakuan Tuan kamal dan lelaki serba hitam itu. Sayang sekali dia tak mampu melihat wajah lelaki yang ditemui inspektor kamal itu.

Kelihatan terdapat pertengkaran di antara Tuan Kamal dengan lelaki itu kerana inspektor Kamal sudah berdiri dengan wajah tegang manakala lelaki itu masih duduk di kerusinya dengan tenang pada pemerhatian Zynn. Seketika kemudian, lelaki berbaju hitam itu berdiri dan melangkah ke bahagian dalam cafe.

Tuan Kamal kelihatan bersandar di kerusi dengan wajah tegang. Zynn berfikir sejenak. Ke manakah lelaki itu pergi? Ke tandas ketika mereka bertengkar? Tak logik!

Zynn tergaman apabila ternampak satu lazer merah yang berada tepat di kepala Tuan Kamal saat ini. Belum sempat dia berdiri...

Bam! Arghhhhhhhh!

Jeritan pekerja Cafe itu memenuhi ruangan kedai itu saat ini. Zynn meluru ke meja Tuan Kamal sebelum nadi di tengkuk lelaki itu diperiksa.

"Di...di...dia.. d..da...dah.. ma..ma..mati.. ke?" Gagap si pelayan menyoal. Tangan pelayan itu menggeletar apabila melihat kejadian pembunuhan di matanya saat ini.

"Call polis!" Arah Zynn tegas. Dia mula berlari ke bahagian dalam cafe. Wajah pekerja-pekerja cafe yang kelihatan menggeletar itu dipandang seketika.

"Mana lelaki tu?"

"Di...disa...disana..." Seorang pelayan menundingkan jari ke pintu keluar belakang kedai dengan tangan yang menggeletar. Pantas sahaja Zynn melangkah keluar melalui pintu kedai itu sebelum...

Zynn menyepak tong sampah di hadapannya dengan perasaan marah sehinggakan tong sampah kosong itu terpelanting.

'Tak guna kau ghost!' Zynn menjerit di hati dengan perasan amarah yang membara.

Bersambung..!

27/10/2022

Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lovers ✨

•Remember : What you give is what you will get back ✨

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top