Tuan Arasy | 54
"I will win, not immediately but definitely."
Amanda pandang suaminya yang sedang bersiap di dressing room dengan wajah risau. Arasy yang dapat melihat kerutan di dahi Amanda melalui biasan cermin mula pusingkan tubuhnya ke belakang.
"Sayang..."
"Hurm..." Lambat-lambat Amanda menjawab membuatkan Arasy mengesan sesuatu. Senyuman nipis mula terukir di bibir Arasy lalu dia melangkah mendekati isterinya yang berhias cantik di muka pintu.
"Kenapa ni baby girl? Huh?" Arasy menyoal.
"Kenapa awak beriya-riya bersiap? Siapa client awak dari Kanada yang awak nak kenalkan pada saya? Penting sangat ke dia? Siapa lagi penting, saya atau dia?" Amanda mula berpeluk tubuh dengan wajah masam membuatkan Arasy ketawa besar.
"Kenapalah baby girl saya ni suka sangat tanya soalan tu? Siapa lagi penting, awak atau dia. Kenapa suka ragui cinta saya? Tak cukup ke kasih sayang dan perhatian yang saya tunjukkan pada awak, Amanda?"
Amanda menundukkan wajahnya perlahan-lahan. Perasaan bersalah mula menempa ulu hatinya. Dia mula resah sendiri kerana keterlanjuran katanya.
Arasy menghela nafas lemah. Dagu Amanda ditolak ke atas sedikit dengan jari teunjuknya. Mereka mula bertentang mata. Sedetik... Dua detik...
"Amanda..."
Amanda diam tanpa menjawab. Tetapi dia masih menatap wajah Arasy. Walaupun dia tak berani bertentang mata dengan anak mata helang Arasy, dia masih melakukan perkara itu dengan gugup. Dia mahu menilai keikhlasan dalam kata-kata Arasy.
"Seramai mana pun perempuan yang dekati saya, percayalah. Sayang saya pada awak tak akan berubah. Cinta saya hanya pada awak Amanda. Tak ada seorang pun dalam dunia ni dapat membuang perasaan cinta saya pada awak, Amanda. Hanya awak, sentiasa awak di mata dan di hati saya." Tulus Arasy berkata-kata. Dia tak pernah bermain dengan kata-katanya.
"Sorry..."
Arasy gariskan senyuman apabila melihat wajah sedih isterinya.
"Don't worry, saya tak marah awak. Tapi cuba awak kurangkan keraguan awak pada saya. Dalam relay trust paling penting. Trust is the first one. You got it?" Soal Arasy sambil menjongket kening. Amanda menganggukkan kepalanya pantas.
"Kesian suami saya kena layan perangai gila saya." Amanda memperbetulkan kedudukan tie di leher suaminya.
"Saya tak kesah layan gila awak asalkan awak dengan saya. Jadi gila pun saya sanggup kalau awak setia di samping saya."
Amanda tepuk lengan suaminya perlahan dengan ketawa yang tersisa.
"Melampau!"
"Inilah perempuan. Selalu meragui suami sendiri. Saya cari lain betul-betul baru tahu." Kata-kata Arasy kali ini berjaya membuatkan darah Amanda mendidih lagi.
"Apa awak cakap, Arasy?"
"Just kidding baby girl." Arasy cium pipi Amanda sekilas lalu melarikan dirinya.
"Baby Booo!" Arasy yang sudah di muka pintu dipandang tajam.
"Kita dah lambat ni sayang... Kesian client istimewa saya tu tertunggu-tunggu kita." Arasy tayang wajah selamba membuatkan Amanda cekak pinggang.
"Baby booo!" Arasy ketawa besar di muka pintu apabila wajah Amanda mula memerah. Comelnya! Isteri siapalah ni!
"Baby boo, kita nak jumpa siapa ni?"
"My special guess."
"Siapa?"
"Rahsia."
Amanda mengembungkan pipinya dengan wajah tidak puas hati. Tetapi kakinya masih lagi melangkah mengikuti langkah suaminya ke suatu ruangan khas untuk VVIP di Golden Gold Hotel.
"Dah sampai pun tetamu istimewa kita." Zander mula menyapa ceria apabila Arasy dan seorang wanita muda mendekati meja mereka.
Amanda pandang Zander dan Arasy berulang kali. Apa yang lebih mengejutkan, Faizal bekas senior sewaktu zaman persekolahannya turut ada di sini. Mengapa? Sejak bila Arasy dan Faizal rapat sehingga mereka merancang makan malam ini? Siapa pula lelaki berkulit pulit yang menegur mereka tadi? Dia dapat memastikan bahawa lelaki itu bukan berasal dari Malaysia.
"Inilah special guess saya, Zander." Arasy tunding jari pada Zander.
"Hye, nice to meet you Mrs. Arasy." Zander mula melambaikan tangan pada Amanda dengan senyuman lebar.
"Dia kawan baik saya dan client saya di Kanada. Awak ingat tak, saya pernah pergi Kanada sebelum ini. Dia lah kawan saya di sana. Kita orang pun ada jalankan business bersama." Ulas Arasy panjang lebar. Zander anggukkan kepalanya.
"Macam mana abang Faizal ada dekat sini?" Amanda pandang Faizal yang mengukir senyuman di sebelah Zander.
"Dia kerja dengan saya." Zander pantas menjawab. Amanda sekadar tersenyum kekok. Dia masih tidak seratus peratus faham akan perkara yang berlaku sekarang ini. Semuanya masih samar-samar.
"Kita akan bincang lepas ni. Have a sit, Mrs. Arasy. Tak kan nak berdiri sampai esok. Makanan pun tak sentuh lagi. Nanti sejuk dah tak sedap." Zander bersuara lagi.
Amanda pandang Arasy seketika sebelum dia menganggukkan kepalanya perlahan. Dia mula duduk di sebelah Arasy berhadapan dengan Faizal di meja empat kerusi itu.
"I tak sangka Arasy dah kahwin. Macam baru semalam Arasy lepak dengan I." Zander mula bersuara apabila mereka berempat sudah selesai makan malam di meja itu. Amanda tersenyum kecil sebelum dia pandang Arasy sekilas. Dia kemudiannya kembali memandang Zander.
"Saya pun tak sangka saya dah kahwin dengan Arasy." Amanda senyum.
"Arasy ni bukan handsome pun. You pandang I. I seribu kali lebih handsome dari Arasy apa. I mix malayu kanada. Kalau you kahwin dengan I, anak-anak you semuanya comel-comel belaka."
Zander kenyit mata membuatkan Arasy menjongket kening. Tak guna punya kawan! Ada hati nak caras isterinya.
"Thank but no thanks Mr. Zander. Awak mix atau tak, awak lagi handsome dari Arasy atau tak, saya tetap pilih suami saya. Arasy is mine. Only mine. Sorry..." Amanda ukir senyuman sambil merangkul lengan suaminya.
Zander tayang wajah menyampah manakala Faizal tersenyum kelat.
"So, awak dah lama kenal baby boo saya ni?" Amanda pula yang menyoal.
Zander buat muka jelik. Jari telunjuk ditunding pada sahabatnya itu.
"Ni, baby boo? Eeeeuuuu, disgusting betul!"
Zander buat mula jijik.
Arasy hanya memerhati tanpa sebarang reaksi. Dia tak ambil hati. Biarkan Zander bereaksi sebagaimana yang lelaki itu mahu. Asalkan lelaki itu tidak mencaras Amanda darinya.
Amanda menjeling Zander sekilas. Dia baru sedar sesuatu. Zander lebih menjengkelkan dari Jazmy!
"Suka hati saya lah nak panggil husband saya apa. Awak jealous kan, Mr. Zander."
"Jealous? Dengan Arasy? Sorry sikit, memang tak lah!"
Amanda mengajuk kata-kata Zander dengan wajah bosan.
"By the way, dah berapa lama awak kenal Arasy?" Amanda menyoal lagi. Zander berfikir sejenak.
"Almost 5 years. Sejak Arasy take over company daddy dia di Kanada. Why?"
"Awak pernah stay di Kanada?"
Amanda pandang Arasy lama.
"Sebenarnya, waktu awak jumpa saya di jambatan tu, saya baru balik dari Kanada." Arasy menjawab lagi. Amanda mengangukkan kepalanya perlahan.
"Ouh, macam tu ye..." Amanda tersengih.
"Macam mana korang kenal?" Zander pula bertanya. Minuman cordial di gelas kacanya dicapai lalu diteguk perlahan-lahan.
"Hurm... Kita orang jumpa di jambatan secara tak sengaja. Lepas tu kita orang jadi kawan. Ada suatu hari tu saya paksa Arasy jadi boyfriend olok-olok saya."
Amanda pandang Arasy sambil ketawa. Entah mengapa hatinya bagaikan digeletek apabila mengingati kisah pertemuan antara dia dan Arasy sebelum ini.
Arasy hanya mengukir senyuman. Dia hanya memerhatikan gelagat Amanda yang seronok bercerita tentang kisah mereka.
"Tapi tak sangka Arasy akhirnya jadi suami kesayangan saya..." Amanda menyambung kata-katanya dengan nada gembira.
Zander hanya menompang dagu mendengar celotah Amanda. Terselah kegembiraan yang terpancar di wajah wanita itu ketika bercerita. Faizal hanya mendiamkan diri mendengar cerita yang disampaikan Amanda tanpa banyak soal.
"Sorry Amanda, Arasy. Aku tanya sikit boleh?"
Pertanyaan Zander yang kedengaran serius ini membuatkan Amanda dan Arasy berpaling memandang lelaki berdarah sejuk itu. Arasy jongket kening.
"Tanya apa?"
"Wife kau tahu ke kisah kau, Arasy? I mean about your profession as racer before this?" Gugup Zander menyoal.
Arasy dan Amanda ketawa kecil selepas mendengar soalan Zander. Riak wajah Zander yang seakan-akan takut itu membuatkan mereka ketawa. Comel gila!
"Tak ada rahsia antara aku dan Amanda. Past is past Zander."
Amanda mengangguk pantas. Tangan Arasy digenggam di bawah meja. Dia yang memilih untuk bersama Arasy dan dia tak akan pernah menyesalinya. Dia yakin!
Qasy melangkah masuk ke dalam Bengkel kereta Auncle Lim dengan langkah bersahaja. Mulutnya mula bersiul riang dengan hati yang gembira membuatkan Hadi yang tadinya sibuk membaiki kerosakan di enjin salah seorang pelanggan di bengkel itu mula terganggu.
"Kau dah kenapa happy semacam hari ni?" Hadi menyoal pelik.
"Qasy hari-hari happy."
"Ceh, yakinlah kau. Kau datang sini nak buat apa?" Tanya Hadi pelik.
Qasy bukan seperti mereka. Kereta rosak pun hantar bengkel. Nama sahaja anak angkat tauke bengkel tetapi perangainya mengalahkan anak raja. Kotor sikit merengek. Lupa ingatan agaknya budak bertuah ni. Di mana asal usul remaja itu dahulu.
"Auncle Lim mana? Aku ada berita hot nak share dengan orang tua kedekut tu." Ujar Qasy sambil memandang sekeliling. Hadi menjongket keningnya. Berita hot? Tuala bersih dicapai lalu tangannya yang kotor dibersihkan.
"Auncle Lim ada dalam office dia. Apa berita hot yang kau nak beritahu tu, Qasy?" Hadi bertanya sambil mendekati Qasy yang berdiri tidak jauh dari tempatnya itu. Qasy tarik wajah meluat.
"Busy body."
Tanpa mengendahkan Hadi, Qasy membawa diri ke bilik Auncle Lim. Hadi yang tadinya memaki Qasy turut mengikuti langkah remaja lelaki itu. Dia juga mahu mengetahui berita 'hot' yang disebutkan Qasy itu. Dia tak mahu ketinggalan.
Kedegang!
"Lu mau gua mati?"
Auncle Lim usap dadanya perlahan-lahan. Siapa tak terkejut apabila Qasy selamba badak sahaja menyepak pintu biliknya itu. Mentang-mentang pintu biliknya itu rosak sehari dua ini, makin menjadi-jadi perangai Qasy.
Hadi yang berada di belakang Qasy turut melopong. Berani gila budak ni!
"Tak mati lagi." Selamba Qasy menjawab. Kerusi di hadapan Auncle Lim diduduki. Johan menggelengkan kepalanya perlahan.
"Kau memang biadap kan?" Keras Johan bersuara.
Qasy toleh ke sisi. Wajah marah Johan dipandang jengkel.
"Kau peduli apa?"
"Qasy!" Keras suara Auncle Lim menegur remaja lelaki itu. Qasy menjulingkan matanya ke atas.
"Qasy ada satu berita hot nak share dengan Auncle."
"Apa? Gua busy ma." Auncle Lim mengeluh geram.
Qasy seakan-akan tidak perasan akan pelbagai jenis kertas yang terdapat di mejanya saat itu. Sekarang dia sedang berbincang dengan Johan untuk projek pembukaan bengkel di Perak dua minggu hadapan.
"Ala, Auncle bincang lain kali lah. Berita hot yang Qasy nak share ni pasal abang Arasy. Wait, bukan pasal abang Arasy, pasal pembunuh sebenar Arwah abang Adha." Qasy jongket kening membuatkan tiga pasal mata itu terkejut.
"Kenapa, Zarif dah kena tangkap ke?" Johan menyoal pantas. Qasy mengeluh kecil.
"Zarif? Mamat tu mana tahu apa-apa. Abang Arasy dapat tahu yang Zarif bukan pembunuh sebenar Abang Adha. Bukan Zarif." Yakin Qasy bersuara.
"Kau biar betul, Qasy. Jangan main-main lah." Johan menyampuk lagi. Qasy pusing kepala pandang Johan.
"Betul lah. Kau ingat aku budak-budak nak main-main?" Sinis Qasy bersuara.
"Habis tu siapa pembunuh sebenar arwah Adha?" Hadi yang sedari tadi mendiamkan diri menyoal.
"Yang tu Qasy tak tahu. Abang Arasy cakap benda ni bahaya. Abang Arasy kena siasat betul-betul sebelum beritahu kita. Takut nanti jadi fitnah macam kita fitnah si Zarif tu." Balas Qasy lagi.
"Gua harap Arasy jumpa itu penyangak. Banyak jahat itu orang!" Auncle Lim menjawab tegas.
"Kalau saya jumpa saya kerat 14. Biar tahu rasa. Jahat sangat." Hadi pula memberi pendapat. Qasy tarik senyum. Wajah pucat Johan dipandang lama.
"Kalau abang johan jumpa orang tu abang johan buat apa?"
Soalan yang keluar dari mulut Qasy berjaya membuatkan Johan tergaman. Naik turun halkumnya menahan debar yang melanda apabila semua mata di bilik itu kini tertumpu padanya.
"Ak...Aku...."
Bersambung....!
•23/08/2022
•Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lovers ✨
•Remember : What you give is what you will get back ✨
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top