Tuan Arasy | 53
"The show is about to start. Put your game face on and smile."
Arasy membuka matanya perlahan-lahan. Lengannya yang berasa berat mambuatkan dia terjaga dari tidurnya. Sebaris senyuman terukir sebaik sahaja dia melihat wajah polos isterinya itu. Amanda... Amanda...
Arasy mula mencapai telefon pintarnya yang berada di meja kecil di sisi katil dengan tangan kirinya. Telefon pintarnya dihidupkan. Hampir pukul 12 tengah hari. Selepas mereka solat subuh sebentar tadi, dia dan Amanda kembali tidur.
Pada mulanya dia hanya mahu menemani Amanda. Entah kenapa, melihat wajah polos Amanda yang sedang lena membuatkan dia turut mengantuk. Akhirnya dia turut menemani Amanda tidur di ranjang itu.
Telefon pintarnya kembali dipandang. Terdapat berpuluh-puluh missed call dan pesanan whatsapp yang tidak dia balas. Mungkin kerana dia mengaktifkan silent mode membuatkan dia langsung tidak menyedari panggilan-panggilan itu. Arasy mula menaip sesuatu.
Pesanan untuk Jazmy yang mengatakan dia tidak masuk kerja dihantar. Dia tahu pasti Jazmy sedang merisaukan dirinya. Sebelum ini, dia tidak pernah ponteng kerja walaupun dia sakit sekalipun. Tetapi kali ini berbeza, dia mempunyai seorang isterinya. Amanda keutamaannya sekarang.
Arasy kembali memandang Amanda disebelahnya. Isterinya itu kelihatan cukup tenang apabila sedang tidur tidak seperti semalam. Arasy mengeluh kecil. Dia tahu dia sudah mengabaikan Amanda tetapi dia tiada pilihan. Dia tidak mahu berlengah. Dia mahu menamatkan semua ini secepat mungkin.
"Baby dah bangun..." Amanda menggeliat perlahan. Seketika kemudian tubuh Arasy dipeluk. Kepadanya disandarkan pada dada Arasy sambil matanya tepat memandang ke arah Arasy yang sudah terjaga terlebih dahulu darinya.
"Baru bangun.." Arasy ukir senyum. Pinggang ramping Amanda dipeluk.
"Handsome lah awak ni. Suami siapa ni." Tangan Amanda naik ke kepala Arasy sebelum telapak tangannya menyentuh wajah tampan suaminya.
"Suami Puan Amanda. Awak kenal?" Soal Arasy yang turut melayan loya buruk Amanda waktu itu. Amanda mengekek ketawa dengan nada perlahan.
"Pukul berapa ni?"
"12 tengah hari." Jawab Arasy singkat.
"12 tengah hari?!" Amanda bingkas berdiri. Arasy tersenyum kecil. Kalut sahaja isterinya saat ini.
"Kenapa ni yang?" Tanpa bersalah Arasy bertanya. Dia mula memperbetulkan posisi tidurnya. Tangannya dilipat ke belakang untuk dijadikan bantal. Matanya masih tunak memandang wajah terkejut Amanda.
"Awak tak pergi kerja ke?" Amanda menyoal dengan gugup.
"I'm a boss, Amanda. Saya boleh masuk dan keluar bila-bila masa yang sana nak. Don't worry, baby. Come here, darling..."
Arasy menepuk ruang kosong di sebelahnya berkali-kali. Memujuk Amanda supaya kembali berbaring di atas tilam empuk itu.
Jawapan yang keluar dari mulut Arasy kali ini berjaya mengembalikan senyuman di bibir Amanda. Dengan langkah lemah gemalai, Amanda mendekati katil itu lalu merebahkan badannya ke atas katil di sebelah Arasy. Dia kini berada dalam posisi meniarap saat ini.
"Arasy..."
Arasy pusing tubuh dalam posisi mengiring ke kanan.
"Ye sayang."
"Semalam saya dengar suara perempuan. Siapa dia?" Tanpa berlengah Amanda menyuarakan kecemburuan di hatinya. Dia tahu Arasy tak mungkin berpaling tadah darinya tetapi sebagai seorang isteri, dia berhak tahu dengan siapa suaminya berhubung.
"Sue."
"Sue?" Amanda pusing tubuh ke kanan mengadap Arasy.
"Sue, my personal assistant." Jawapan Arasy membuatkan kening Amanda ternaik sedikit.
"PA awak? Habis tu Jazmy?"
"Sayang, Jazmy PA di office. Sue PA di Arasy's Studio." Arasy mula membuka rahsia. Dia sudah berfikir masak-masak. Dia tak mahu hubungannya dan Amanda goyah hanya kerana satu rahsia. Dia tidak mahu ada satu pun rahsia di antara mereka.
"Arasy's Studio? Saya tak pernah tahu pun."
"Nak beritahu lah ni..."
Amanda tersenyum kecil. Wajah tampan Arasy dipandang.
"Awak tahu kan saya sedang siasat tentang kes pembunuhan arwah Adha?"
Amanda angguk kepala. Dia tahu, dia tahu semua itu. Dia juga tahu Arasy sudah membuka kembali kes kematian Adha. Pembunuh sebenar Adha harus dicari.
"Arasy's Studio adalah tempat saya kumpulkan bukti tentang ghost."
"Siapa ghost?" Amanda menyoal lagi.
"Orang yang berdendam dengan saya. Saya masih tak tahu siapa orang yang buat semua ni pada saya, orang yang nak bunuh saya tapi tersilap bunuh arwah Adha. Saya masih tak tahu siapa dia dan kenapa dia buat semua ni pada saya." Lemah sahaja suara Arasy saat ini.
"Awak ada musuh?"
Arasy berfikir sejenak. Dia perlu berfikir panjang untuk menjawab soalan ini.
"Entahlah sayang. Kalau waktu saya jadi racer, mungkin ramai. Tapi sekarang saya dah retire. Saya dah jadi CEO Mukhriz Group. Lagi ramai musuh. Dalam kita sibuk ketawa, kita tak tahu ada orang yang dalam diam rancangkan kematian kita. Biasalah manusia, tak lari dari hasad dengki."
"Jadi awak siasat pasal kes arwah di Arasy's Studio."
Arasy mengukir senyuman sebagai balasan.
"Arasy's Studio adalah tempat paling selamat dalam dunia ni. Saya tahu Arasy's Crew akan setia dengan saya walau apa pun yang berlaku."
"Saya..." Amanda seakan-akan teragak-agak untuk berbicara.
"Saya apa Amanda?"
"Saya macam teringin nak pergi sana."
"Pergi mana?" Kening Arasy bertaut.
"Arasy's Studio."
Amanda kedipkan matanya berkali-kali. Wajah persis kucing manja ditayang untuk mengambil hati suaminya.
Arasy ketawa kecil. Dia kembali mengeratkan pelukan di tubuh Amanda.
"Sampai masanya nanti saya bawa awak pergi sana. Jangan risau."
Arasy yang tadinya sibuk menyemak data-data syarikat mula terganggu apabila intercom di sisi mejanya berbunyi. Tombol merah di interkom itu ditekan sebelum dia bersuara.
"Ye, Jazmy."
"Mr. Zander dah sampai."
Arasy mula mengukir senyuman apabila sebaris nama itu dilontarkan Jazmy.
"Suruh dia masuk."
Arasy mula menyimpan semua dokumen yang berselerak di atas mejanya lalu dikumpulkan di suatu sudut di meja kerjanya itu. Kedengaran bunyi ketukan di pintu beberapa kali sebelum wajah Jazmy mula kelihatan di muka pintunya. Di sisi Jazmy terdapat dua orang lelaki yang dia cukup kenali.
"Zander!" Arasy mula berdiri lalu mendekati lelaki berdarah kacukan melayu kanada itu.
(Zander)
"Arasy!" Senyuman mekar di bibir lelaki itu apabila terpandang wajah Arasy. Mereka berdua mula berpelukan seketika sebelum Arasy mengajak sahabatnya dan juga client istimewanya itu untuk duduk di sofa empuk di ruangan pejabatnya.
"Kau macam mana?"
Tanpa pelat sedikitpun Zander menyoal. Arwah ibunya orang melayu tulen, dia sendiri sudah fasih berbahasa melayu.
"Great. Kau?"
"Macam biasa." Jawab Zander dengan sneyuman. Jazmy pula duduk di sofa di sebelah pekerja Zander, berhadapan dengan majikannya itu.
"Ini......?"
Pertanyaan Arasy tergantung apabila dia terpandang wajah yang seakan-akan tidak asing di kotak fikirannya. Akan tetapi dia terlupa nama lelaki yang berhadapan dengannya saat ini.
"Faizal, PA aku." Jawab Zander mewakili pekerjanya itu. Arasy memandang Zander di sebelahnya dengan pandangan pelik.
(Firdaus)
"Mana James?" Tanya Arasy lagi. Jika sebelum ini, Zander hanya berkepit dengan James, orang kanannya itu sekiranya Arasy ke kanada. James yang selalu berhubung dengan Jazmy untuk urusan perniagaan mereka.
"James di Kanada. Aku suruh dia pantau syarikat aku di Kanada. Lagipun James ada anak bini, jahat sangat aku nak heret dia datang sini dengan aku. Lagipun aku bercadang nak menetap dekat sini setahun dua. Itu yang aku lantik Faizal ni sebagai PA aku dekat sini. Aku dah lama tak balik sini, Malaysia dah banyak berubah. Aku kena cari seseorang yang arif selok belok dekat Malaysia ni. So, here we go." Balas Zander panjang lebar. Arasy mengangguk faham.
"Aku dah pernah jumpa dia." Arasy menjuihkan mulutnya pada Faizal membuatkan lelaki itu menguntung senyuman kecil.
Zander tayang wajah pelik. Keningnya mula berkedut seribu. Wajah pekerjanya itu dipandang dengan pandangan berharap. Jazmy turut berbuat sedemikian. Dia juga ingin tahu bagaimana Arasy mengenali pekerja Zander itu. Setahunya dia sentiasa bersama Arasy. Tiada sebarang rahsia yang tersimpan tanpa pengetahuannya.
"Really?" Zander pandang Faizal. Faizal menjatuhkan kepalanya dengan senyuman.
"Saya kenal wife Tuan Arasy."
"Seriously? That's not fair! Arasy, aku pun belum jumpa wife kau. Fuck..." Zander mula mencarut. Arasy mula menggelengkan kepalanya perlahan.
"Kau dengan mencarut memang tak berubah. Nanti aku kenalkan kau dengan wife aku."
"Serius?" Zander membulatkan matanya dengan wajah teruja.
Hatinya melonjak-lonjak untuk mengetahui siapakan wanita yang berjaya mencairkan hati beku Arasy.
Hampir terkeluar air matanya sebaik sahaja Arasy menceritakan kejadian sewaktu Arasy menunggu panggilan darinya tetapi panggilan wanita itu yang dijawab ketika mereka lepak di Cafe beberapa bulan yang lepas. Ketika itu Arasy melawat syarikatnya yang beroperasi di Kanada. Kelakar habis!
"Kau jangan nak excited sangat. Bini aku tu."
Zander ketawa besar apabila melihat riak wajah cemburu di wajah sahabatnya itu. Jazmy dan Faizal mengariskan senyuman. Jelas kelihatan betapa besarnya sayang Arasy pada sang isteri.
"Aku tak caras bini kau. Faizal dah janji nak carikan perempuan melayu untuk aku. Kau jangan risau isteri kau selamat." Balas Zander lagi. Arasy pandang Faizal dan lelaki itu menganggukkan kepalanya pantas. Arasy kemudiannya mampu menghela nafas lega.
"Tapi aku tak jamin isteri kau akan selamat dengan kau."
Arasy pandang Zander tajam. Dia bagaikan terkejut mendengar ayat penyata yang baru sahaja keluar dari mulut Zander. Zander ketawa lagi. Buruknya wajah Arasy ketika cemburu.
"Aku gurau jelah, gila! Muka kau tu macam ayam beranak kapur. Buruk gila." Zander ketawa lagi. Arasy menjeling Zander sekilas.
"Kau ni memang nak aku mati awal agaknya."
"Kau tak akan mati lagi. Chill je." Zander menjawab selamba.
"Suka hati kau lah Zander. By the way, ayam berak kapur bukan ayam beranak kapur." Arasy mula memerli sahabatnya itu. Faizal dan Jazmy ketawa kecil apabila mendengar perlian Arasy kepada Zander.
"Kau tengok muka aku." Suruh Zander. Arasy pandang Zander lama.
"Ada aku kesah? Aku orang Kanada kut mana tahu peribahasa melayu." Zander tayang wajah toya.
"So, can we proceed to our main topic, Mr. Zander?" Arasy bertanya tegas. Zander mula mengeluh kecil.
"Kau ni memang membosankan lah Arasy." Zander mula memberikan isyarat pada Faizal dan perbincangan mereka mula berlangsung.
Bersambung...
•13/08/2022
•Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lovers ✨
•Remember : What you give is what you will get back ✨
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top