Tuan Arasy | 52

"Sooner or later all the secrets are revealed."

7 TAHUN SEBELUMNYA...

Qasy bercangkung di tepi jalan itu dengan mulutnya berkumat-kamit mengutuk Auncle Lim. Kata lelaki tua itu, dia ada perbincangan sekejap sahaja. Jam di tangannya dikerling. Pukul 12 malam? Perbincangan apa malam-malam macam ni?

Qasy yang lenguh bercangkung kemudiannya berdiri. Stor kereta yang berada di hadapannya itu dipandang lama. Entah kenapa kakinya mula bergerak menghampiri stor kereta itu tanpa dia sedar. Keningnya terjongket apabila melihat Roller Shutter Door itu kelihatan terbuka. Qasy memandang sekeliling. Siapa yang buka?

Tanpa gentar dia mula menyusup masuk ke dalam pintu yang terbuka kecil itu. Ruangan yang gelap menyapa pandangannya. Dia memerhati keadaan sekeliling. Satu cahaya malap yang menyuluh pada satu tempat membuatkan keningnya terjungkit.

'Itu tempat kereta abang Arasy.' Gumannya dihati.

Qasy mula melangkah perlahan-lahan ke arah ruangan yang bercahaya malap itu.

"Abang Johan buat apa ni?"

Johan yang baru sahaja menyusup keluar dari bawah kereta lumba Arasy terkedu apabila melihat Qasy, anak angkat Auncle Lim yang berusia 13 tahun itu dihadapannya saat ini.

"Ni kereta abang Arasy kan? Abang nak repair apa?" Qasy menyoal lagi. Dia mula menjenguk-jenguk ke bawah kereta Arasy. Dia ingin mengetahui mengapa Johan berada di situ pada waktu sebegitu.

"Qasy, Qasy." Johan pegang kedua-dua belah bahu Qasy membuatkan Qasy kaku di tempatnya.

Qasy yang tadinya mahu mendekati kereta lumba itu terhenti. Wajah pucat Johan dipandang pelik.

"Abang repair apa yang patut. Auncle Lim mana? Qasy pergi balik. Dah lewat."

Johan bertanya dengan kalut sambil menolak-nolak tubuh Qasy keluar dari tempat itu. Qasy yang masih tidak mengetahui apa-apa sekadar mengikuti semua kata-kata Johan.

KINI...


"Kau biar betul Qasy? Betul ke apa yang kau cakap ni?" Arasy mula melenting. Dia tidak mahu Qasy menuduh sebarang.

Qasy menjeling Arasy sekilas. Naif sangat! Senyuman kecil dia ukir apabila Suzana memberikan air coklat panas kepadanya.

"Thank you, manis air ni sama macam tuan dia." Manis mulut Qasy memuji setelah air itu dihirup perlahan.

Suzana sekadar mengukir senyuman sebelum melangkah pergi. Arasy menggelengkan kepala apabila melihat kelakuan gatal Qasy. Tak padan dengan kecil.

"Qasy. Kau pasti ke ni?" Arasy menyoal lagi. Qasy berdecit kecil.

"Betul lah. Ingat Qasy tipu ke? Waktu tu Qasy budak lagi, mana tahu semua tu. Bila abang beritahu tadi baru Qasy teringat. Kalau betul Abang Johan buat semua tu memang marah lah Auncle Lim. Sanggup dia cuba untuk bunuh abang." Serius Qasy berkata. Dia juga marah!

Arasy bersadar pada kerusinya sambil memicit dahi. Pening!

"Tuan rasa Johan tu Ghost?" Zynn yang sedari tadi mendiamkan diri mula bersuara.

"Ghost? Hantu? Siapa?" Qasy mula menyampuk. Arasy menghela nafas berat.

"Aku tak tahu. Mungkin ye, mungkin tak."

"Saya rasa pasti ada seseorang yang suruh Johan buat semua ni. Saya tak rasa Johan buat semua ni sendiri. Hanya orang yang mempunyai pangkat dan kuasa saja boleh buat semua ni. Kalau Johan buat semua ni sendiri, dah lama dia ditangkap. Waktu tu Qasy yang tangkap dia. Tak mustahil dia ditangkap kalau dia sendiri." Zynn memberikan pendapat.

"Apa kita nak buat sekarang?" Arasy mula menyoal.

"Saya akan intip dia. Kita kena tahu dengan siapa dia berhubung." Zynn menjawab.

"Qasy setuju. Kita kena cari tahu dengan siapa dia bekerja dan kenapa dia buat semua tu."


• • • • •


"Tuan Arasy? Tuan?"

Arasy yang tadinya mengelamun mula tersedar. Enam pasang mata kini memandang tepat ke arahnya. Arasy mula berdeham kecil untuk menghilangkan rasa malu apabila tertangkap mengelamun oleh anak buahnya.

"Sue, proceed."

Suzana tersenyum kecil. Dia kembali menekan sesuatu di skrin ipadnya. Skrin yang tadinya memaparkan gambar Johan mula bertukar menjadi gambar seorang lelaki yang sudah berusia.

"Ini Tuan Kamal. Tuan Kamal adalah inspektor yang urus kes kematian arwah Adha. Melalui pemerhatian kami kes arwah ditutup tanpa dapat diselesaikan. Kami pasti ada sesuatu yang tak kena. Tuan Kamal sangat suspicious. Kami pasti ada sesuatu yang Tuan Kamal sorokkan." Ulas Suzana lagi.

Semua Arasy's Crew mengangguk faham akan pengulasan yang dilakukan Suzana.

"Kami pasti mereka berdua bekerja dengan Ghost. Tapi kami masih belum dapat pastikan kenapa dan bila mereka mula berkerja dengan Ghost." Balas Suzana lagi.

"Apa yang kita nak buat sekarang Tuan?" Roy, selaku Alpha Leader mula bersuara.

"Aku nak kita semua berjaga-jaga. Jangan sampai ada yang tahu kegiatan rahsia kita sekarang ni. Kalau sebelum ni Zynn yang intip Johan, sekarang aku nak kau, Nick. Uruskan johan. Intip dia kemana saja dia pergi."

Nick yang tadinya sibuk memandang ipad di tangan mula mengangkat muka. Jarinya mula naik membentuk symbol 'okay'.

"Jantan ni senang je." Kerek Nick menjawab.

"Zynn, kau awasi Tuan Kamal. Aku tahu ada yang tak kena pada dia."
Zynn angguk kepala tanda faham.

"Raider, buat masa sekarang aku tak ada apa-apa kerja untuk kau. Benda yang aku suruh kau buat tu dah siap?" Tanya Arasy kepada seorang lelaki yang sibuk mengunyah gula-gula getah.

"Settle boss." Raider petik jari.

"Roy dan Jeremy kau orang hanya perlu bersedia. Kalau dah tiba masanya, kau orang akan turun."
Roy dan Jeremy menjatuhkan kepalanya perlahan.

Suara deringan telefon pintar Arasy mula menghiasi ruangan yang tadinya sunyi tadi. Arasy mula mencapai telefon pintarnya itu.

"Bini dah call. Laki tak ada dekat sebelah."

Nick mula mengusik nakal apabila dia terpandang nama yang tertera di skrin telefon pintar Arasy sebentar tadi. My Love dengan symbol hati berwarna merah jambu, untuk siapa lagi gelaran itu jika bukan untuk isteri tersayang ketuanya itu.

"Hello sayang..." Arasy menjawab apabila salamnya dibalas.

"Baby boo pergi mana? Kenapa hilang ni? Pukul 5 pagi ni Arasy. Awak pergi mana?" Amanda mula menyoal dengan suara geram.

"Yang, saya dah cakap saya keluar. Saya ada kerja sikit nak siapkan." Lembut Arasy memujuk.

Nick yang melihat reaksi itu mula tayang wajah meluat. Ini Tuan Arasy? Bahu Zynn dicuit. Zynn kalih wajah. Keningnya dijongket.

"Ni Tuan kau ke? Macam dah kena sampuk je ni aku tengok." Nick menyindir selamba. Zynn angkat bahu dengan wajah beku.

"Kau ni memang tak ada perasan kan? Kesian lah bakal isteri kau dapat suami bisu macam kau." Selamba Nick menyindir. Zynn tayang wajah selamba.

"Awak keluar kenapa? Sengaja tinggal saya sorang-sorang? Sampai hati awak Arasy."

Amanda mula menangis di hujung panggilan. Sudahlah hari ini hari pertama dia tinggal di Mansion Arasy. Mansion ini bukan main besar. Dia takut!

"Eh, Amanda awak nangis ke?" Kalut Arasy menyoal.

"Awak tingal saya sorang-sorang, Arasy! Saya takut!" Amanda meraung kecil.

"Sayang, saya ada kerja. Baby..." Arasy mula salah tingkat.

Nick ketawa kecil apabila melihat keadaan itu. Hatinya terasa tercuit apabila melihat layanan manja Arasy pada isterinya. Entah mengapa dia teringin untuk berjumpa dua mata dengan perempuan yang bernama Amanda itu.

Puan Amanda merupakan satu-satunya perempuan yang berjaya membuatkan Arasy menjadi lelaki yang gedik dan manja tidak seperti sebelum ini. Arasy hanya tayang wajah beku dan dingin. Bosan!

Zynn dan yang lain hanya sembunyi senyum. Mereka masih tidak seberani Nick untuk mengetawakan ketuanya itu.

"Tuan balik jelah Tuan. Dah lewat." Suzana mula menyampuk apabila melihat wajah kusut Arasy. Arasy ukir senyuman nipis.

"Arasy..."

"Ye sayang. Apa dia?"

"Su..sua..ra perempuan. Awak dekat mana Arasy.....!" Amanda meraung lagi. Arasy picit dahi.

"Ya Allah sayang. Jap, kejap lagi saya balik..."

Kalut Arasy mematikan panggilan. Semakin dilayan Amanda, semakin dia susah hati. Lebih baik dia pulang secepat mungkin dan memujuk isteri kesayangannya itu. Jika tidak habislah dia...

"Okay guys, sorry. I need to go." Arasy mula bersuara selepas kunci kereta dan dompetnya dicapai. Seluruh Arasy's Crew dipandang dengan rasa bersalah.

"Tuan dah ada wife, she needs you more than us. We understand. Don't worry." Suzana bersuara apabila melihat wajah bersalah ketuanya itu.

"Yelah, bini dah call suruh balik." Selamba Nick menyindir.

"Kau diam! Kalau bukan sebab aku terdesak, aku tak suruh kau balik!"

Arasy tunding jari pada Nick. Lelaki berusia 21 tahun itu ketawa mengejek. Arasy picit dahi. Nick buat perangai, Amanda merengek, Ghost lagi. Aduh! Mati awal aku macam ni!


Arasy menutup pintu rumahnya perlahan-lahan. Dompet dan kunci kereta dikeluarkan lalu diletakkan di atas rak khusus di sebelah pintu itu. Langkahnya dibawa ke ruang tamu sebelum...

"Sayang..."

Arasy mengusap dadanya. Amanda yang berpeluk tubuh di sofa dengan wajah kelat dipandang lega. Ingatkan puntianak terlepas tadi.

"Kenapa duduk dekat luar ni? Pukul berapa ni?" Arasy kerling jam di tangannya. Sudah subuh, patutlah...

Arasy melangkah mendekati Amanda. Dia kemudiannya mengambil tempat di ruang kosong di sebelah Amanda. Amanda disebelah dikerling.

"Amanda..." Arasy menganggil perlahan.

Amanda diam. Wanita itu masih memeluk tubuh dengan wajah masam. Tegang sahaja wajah isterinya saat ini. Langsung tiada senyuman ceria di bibirnya. Muncung sahaja mulut Amanda waktu ini.

"Awak pergi mana?" Keras sahaja suara Amanda saat ini walaupun dalam nada yang masih rendah.

"Sayang..."

Arasy pegang kedua-dua belah bahu Amanda. Isterinya dipusing mengadapnya. Jari telunjuknya naik menyentuh dagu Amanda lalu ditolak ke atas sedikit. Amanda kini mendongak memandang wajah Arasy yang jauh lebih tinggi darinya.

Semakin muncung mulut Amanda saat ini apabila Arasy memaksanya memandang lelaki itu.

"Saya dah beritahu awak kan, Amanda? Saya ada kerja sikit sebab tu saya keluar." Arasy mula menjelaskan situasinya yang sebenar.

"Kerja apa yang penting sangat sampai awak kena keluar awal pagi? Awak kerja di pejabat tau, Arasy. Ikut office hour. Sekarang awak tinggalkan saya sorang-sorang dalam rumah yang besar ni? Sendiri?"

Amanda masih tidak berpuas hati. Tajam sahaja wajah Arasy dipandang. Bagaikan mahu ditelan.

"Sayang... Tadi urgent. Saya terpaksa pergi."

Arasy berdalih lagi. Dia mahu merahsiakan semua kegiatan rahsianya supaya Amanda tidak risau. Dia tidak mahu kehadiran Ghost meruntuhkan kebahagian dan rumah tangga yang baru sahaja mereka bini.

"Urusan apa sampai awak abaikan saya?" Arasy picit dahi. Mati aku!

"I'm sorry okay, baby. I'm promise I never leave you alone anymore. Promise." Arasy angkat tangan tanda berikraar. Amanda tunding jari telunjuknya pada Arasy.

"Promise?"

"Yes, baby..."

Amanda pandang Arasy sayu. Mulutnya mula dicebik. Dia mula tersebik-sebik menangis di hadapan Arasy.

"Ya Allah, Amanda. Sayang..." Arasy yang tadinya bercelaru mula tersenyum. Dia ketawa kecil. Tadi Amanda marah, merajuk padanya. Sekarang menangis. Arasy juga yang perlu pujuk. Aduhai isteri...

Arasy mula membawa wanita itu ke dalam pelukan. Amanda turut memeluk tubuh Arasy seerat mungkin dengan tangisan yang masih tersisa.


"Takut..." Amanda mengadu manja.

"Sorry, baby..." Kepala Arasy diusap lembut.

Bersambung...

•31/07/2022

•Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lovers ✨

•Remember : What you give is what you will get back! Have fun!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top