Tuan Arasy | 51

"The saddest thing about betrayal is that it never comes from your enemies."


Tuan Kamal berdehem kecil. Wajah Arasy dan Zynn dipandang silih berganti.

"Macam mana saya nak lupa kamu, Arasy. Berita kematian sahabat kamu penuh di akhbar. Saya yang uruskan kes kematian Adha. Saya tak mungkin lupa siapa kamu."

Arasy senyum nipis.

"Saya dengar kamu nak buka balik kes Adha."

"Tuan dengar dari siapa?" Arasy menjongket kening. Tuan Kamal hanya mengukir senyum nipis.

"Apa yang kamu nak dari saya Arasy? Saya tahu kedatangan kamu ke mari bukan sekadar untuk suka-suka. Berterus terang sajalah."

Arasy hanya mengukir senyuman apabila Puan Normah menghampiri mereka lalu menghidangkan minuman kepada mereka. Terhenti seketika perbincangan mereka.

"Kes Adha ditutup tiba-tiba. Macam ada yang tak kena."

Arasy mula menyuarakan isi hatinya. Air minuman yang dihidang dihirup perlahan sebelum dia mula bersuara.

"Kenapa? Macam mana boleh jadi macam tu? Penjenayah yang sebenar tak dapat ditangkap. Tiada bukti yang dapat dikaitkan dengan mana-mana suspek. Nampak macam ada sesuatu yang tak kena. Macam ada orang yang sorokkan sesuatu."

"Kau nak tuduh aku bersubahat?" Melenting suara Tuan Kamal saat ini.
Arasy tersenyum kecil. Gotcha!

"Saya tak tuduh Tuan. Mungkin ada orang lain yang bersubahat? Mungkin anak buah Tuan? Kita tak tahu." Arasy menjawab lagi. Lelaki itu kelihatan seperti sedang menahan marah. Arasy masih lagi berlagak tenang.

"Apa yang kau nak sebenarnya Arasy? Berterus terang dengan aku!"

"Saya nak tahu siapa. Siapa yang buat semua tu. Apa muslihat dia sehinggakan dia buat saya macam ni? Siapa dia? Kenapa saya?" Tegas Arasy bersuara. Tajam anak mata Arasy menikam anak mata Tuan Kamal. Dia tidak gentar.

"Aku tak tahu. Aku dah lama bersara. Kes tu memang tak ada bukti. Aku dah malas nak ambil tahu pasal kes tu. Kau boleh keluar. Pergi balik!" Tuan Kamal mula berdiri dan berpusing untuk beredar.

"Saya akan cari bukti saya sendiri kerana saya tahu tak ada sesiapa yang boleh dipercayai dalam dunia ni. Saya cuma nak ingatkan, berbelas tahun saya dituduh, dihina atas tuduhan yang saya tak lakukan. Adil ke untuk saya?"

Arasy menyoal dengan emosi yang berkecamuk. Tuan Kamal hanya membelakangi mereka tanpa suara.

"Saya akan cari tahu sendiri siapa dan kenapa dia buat semua ni. Saya akan heret semua orang yang terlibat ke muka pengadilan. Kalau dulu saya lemah, saya biarkan semua ni berlaku. Kali ini tidak lagi. Saya akan seret semua orang yang bersalah supaya meringkuk dalam penjara. Itu janji saya!"

Keras Arasy bersuara lalu mula melangkah. Langkahnya dan Zynn terhenti apabila suara Puan Normah menengur.

"Kamu semua dah nak balik?"

Arasy pusing tubuh. Wajah wanita yang seusia ibunya dipandang dengan satu senyuman nipis di bibir.

"Kami balik dulu, Puan. Sedap air yang Puan buat. Terima kasih."

Arasy mula melangkah apabila Puan Normah mengangguk faham. Suasana itu kembali sunyi apabila Arasy dan Zynn sudah melangkah pergi.

Tuan Kamal yang tadinya berdiri kaku jatuh terduduk. Pantas sahaja Puan Normah mendekati suaminya. Tangan suaminya yang mengeletar digenggam erat.

"Apa yang abang patut lakukan sekarang Mah?"

Puan Normah mengusap wajah suaminya dengan penuh kasih.

"Kenapa abang tak cerita pada dia apa yang berlaku sebenarnya? Kenapa abang nak sorokkan perkara ni? Kenapa abang?" Puan Normah mula bertanya. Riak wajahnya mula bertukar riak. Keselamatan suaminya yang merisaukan saat ini.

"Abang tak mampu Mah. Abang tak boleh."

"Abang, Mah tahu budak tu budak baik. Dia dah cukup terseksa bang. Dia lagi terseksa dari kita bang. Cukuplah sekali abang buat kesilapan, jangan ulangi kesilapan abang. Mah tak nak kita macam ni lagi bang. Mah nak hidup bahagia dengan abang. Mah tak nak hidup kita terus macam ni." Puan Normah kembali memujuk suaminya.

"Abang kena jumpa dia! Abang kena jumpa dia!"

Arasy dan Zynn melangkah keluar dari rumah banglo itu dengan perasaan berkecimuk. Tajam sahaja anak mata Arasy memandang banglo 2 tingkat itu. Zynn yang perasaan akan ketegangan di wajah Arasy mula menyoal.

"Apa yang Tuan nak buat sekarang? Tuan Kamal macam ada sorokkan sesuatu. Dia macam takut nak berterus-terang. Ada sesuatu yang menganggu dia sampai dia tak boleh nak ceritakan perkara yang sebenar pada kita." Zynn yang sedari tadi memerhati mula bersuara.

"Aku tahu. Aku nampak. Aku tahu ada yang tak kena dengan dia. By the way, Nick macam mana?" Arasy menyoal lagi apabila dia teringatkan lelaki yang sangat dia percayai selepas Zynn dan Jazmy.

"Dia dah berada di Malaysia. Roy dan Jeremy yang jemput dia. Tuan nak jumpa dia ke?" Zynn menyoal perlahan. Arasy menganggukkan kepalanya perlahan.

"Call Sue. Aku nak jumpa semua leader Arasy's Crew. Malam ni jugak."

"Baik Tuan." Zynn menganggukkan kepalanya perlahan.


Arasy yang sedang memakai jam tangannya mula menoleh ke belakang. Kelihatan isterinya sedang berpeluk tubuh di atas katil dengan wajah masam. Dia mengukir senyuman apabila dia mula sedar mengapa Amanda beriak begitu.

Amanda pandang Arasy tajam. Senyuman di bibir Arasy langsung tidak mengoyahkan hatinya. Dia masih beriak tegang. Arasy yang memakai hoodie hitam dipandang lama. Hatinya mula membara entah mengapa.

"Kenapa ni sayang?" Arasy mendekati Amanda yang sudah lengkap berbaju tidur.

"Awak nak pergi mana?"

Arasy masih mengukir senyum apabila soalannya dibalas dengan soalan.

"Saya ada kerja sikit yang. Awak tidur dulu. Saya balik lambat. Jangan tunggu saya, kay." Arasy duduk di birai katil sebelum tangan Amanda digenggam kemas.

"Kerja apa pukul 11 malam ni, Arasy Naufal Tan Sri Mukhriz?" Tanpa nada nama penuh suaminya disebut. Arasy tergelak kecil. Comel apabila Amanda menyebut namanya dengan wajah masam. Aduhai isteri...

"Amboi, nama penuh saya awak sebut. Saya ada kerja sikit sayang. Awak tidur dulu ye." Arasy mula memujuk.

"Nak ikut." Amanda mula merengek. Ah, sudah! Arasy mati kata.

"Dah lewat sayang. Esok ye..."

"Cakap betul-betul. Awak nak pergi mana? Awak ada rahsiakan sesuatu dari saya ke?"

Arasy pantas menggelengkan kepalanya.

"Mana ada sayang. Saya tak rahsiakan apa-apa dari awak. Saya ada kerja mustahak. Dah malam sayang, awak tidur ye?" Pujuk Arasy lagi. Comforter mula ditarik sehingga ke dada isterinya membuatkan gadis itu merengek lagi.

"Tak nak! Takut! Saya nak ikut. Arasy...." Amanda merengek lagi. Lengan Arasy dipeluk. Arasy mati kata.

Tanpa menjawab, Arasy membaringkan tubuhnya di sebelah isterinya. Pantas sahaja tubuh Amanda memeluk tubuh suaminya dengan ketat. Bagaikan tidak melepaskan Arasy pergi.

"Jangan pergi. Teman saya tidur."

Amanda merengek manja. Tangannya naik menutup mulut apabila dia menguap kecil. Dia mengantuk.

"Okay, tidur ye sayang.." Arasy memujuk lagi.

Amanda merebahkan kepalanya pada dada Arasy. Bantal paling empuk yang pernah dia ada. Badan Arasy adalah bantal peluk yang paling selesa baginya.

"Good night Arasy. Sayang awak..."

"Good night sayang. Sayang awak juga Amanda." Dahi Amanda dicium lembut.


"Lambat!"

Seorang lelaki muda yang duduk di atas meja sambil berpeluk tubuh bersuara apabila melihat kelibat Arasy yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam Arasy's Studio itu. Terdapat lima orang lelaki termasuk Zynn serta seorang perempuan sedang duduk di ruangan itu untuk menunggu Arasy.

"Sorry, bini aku buat hal tadi. Merengek nak ikut. Pukul berapa ni?"

Arasy kerling jam di tangannya. 1 pagi! Dia sudah terlewat 2 jam. Dia perlu menunggu Amanda tidur, jika tidak dia tidak boleh ke sini. Selepas dia yakin Amanda sudah tidur, dia terus pecut ke sini.

Suzana sembunyi senyum apabila mendengar kata-kata Tuan Arasy. Lelaki itu berkata dalam nada tegas. Nampak comel di matanya. Majikan yang sentiasa garang akhirnya ditawan. Nampak comel sangat.

"Semua dah ada?" Arasy perhatikan sekeliling.

"Kalau dah lambat 2 jam memang semua ada lah." Lelaki tadi bersuara lagi. Jika dia tahu Arasy akan terlewat 2 jam, pasti dia sudah membuta tadi. Haisy! Kacau mood!

"Nice to meet you, Nick." Arasy menyapa.

"Hurm." Pendek sahaja balasan daripada lelaki yang bernama Nick itu.

"Sue, can we start the meeting right now?"

Arasy pandang Suzana, pembantu peribadinya di Arasy's Studio iaitu salah satu ahli dalam Arasy's Crew. Suzana yang hanya mengukir senyuman dari tadi mula menganggukkan kepala mereka. Mereka mula melangkah ke arah ke arah kerusi masing-masing. Duduk menghadap skrin besar di hadapannya itu.


"Nick, behave!" Arasy menengur apabila lelaki itu langsung tidak berganjak.

Nick mencebik kecil. Mulutnya terkumat-kamit mengumpat Arasy dalam diam. Arasy's Crew yang lain sekadar sembunyi senyum. Kelakar apabila melihat wajah muram Nick yang mula bergerak duduk di kerusinya. Arasy melabuhkan punggungnya di sebelah Zynn dan Nick di tengah-tengah ruangan itu.

"Sue, proceed."

"Okay, maklumat yang kami dapat kumpulkan buat masa sekarang adalah tentang Johan." Suhana mula menekan sesuatu pada skrin ipad miliknya. Terpamparlah wajah Johan di skrin besar itu.

"Apa yang kami dapat pastikan. Johan merupakan salah seorang pekerja di Bengkel Kereta Lim Motorsport. Johan juga merupakan bekas racer di bawah kelab Lim Championship sama seperti Tuan Arasy. Menurut intel kami, Johan adalah black yang merupakan orang suruhan ghost."

Arasy menghela nafas lemah. Johanlah duri dalam daging selama ini. Insan yang dianggap abang dan kawan adalah orang yang sama yang tikam belakangnya. Bagaimana dia tahu semua ini?

(Flashback!)

Arasy melangkah keluar dari Lim Motorsports beriringan dengan Zynn. Sempat dia berjabat tangan dengan Hadi sebelum dia melangkah pergi. Belum sempat dia melangkah masuk ke dalam keretanya, satu suara memanggilnya.

"Abang Arasy..."

Arasy pusing tubuh. Keningnya terjongket sebaik sahaja melihat Qasy yang berjalan ke arahnya.

"Kenapa?"

"Qasy nak beritahu abang sesuatu."
Arasy dan Zynn berpandangan seketika sebelum kembali memandang ke arah Qasy.

"Apa dia?"

"Tapi bukan dekat sini."

Arasy mula mengerutkan keningnya.

"Kau ni dah kenapa? Kau nak cakap apa ni Qasy. Baik kau cakap betul-betul. Abang ada banyak lagi kerja nak buat." Tegas Arasy berkata. Qasy mengeluh kecil. Tajam anak matanya memandang wajah Arasy saat ini.

"Qasy tahu siapa yang potong brek kereta abang pada malam sehari sebelum Abang Adha race."

Arasy dan Zynn tergaman. Kata-kata Qasy yang serius membuatkan mereka tahu remaja lelaki itu tidak menipu.

• • • • •

Arasy memandang Qasy yang kelihatan terpegun apabila melangkah masuk ke dalam Arasy's Studio. Lelaki itu kelihatan sibuk memandang sekeliling.

"Kenapa kita datang sini?" Qasy mula menyoal.

"Sebab tempat ni tempat paling selamat. So, kau nak cakap ke tak?"
Arasy mula kembali serius.

Qasy mengeluh kecil. Dia kemudiannya melabuhkan punggung di kerusi di sebelah Arasy di Meeting Room itu.

"Abang Johan."

"Qasy, kau jangan nak tubuh orang sebarang. Aku dah rasa tau macam mana sakitnya bila orang tuduh kita buat sesuatu yang kita tak buat. Kau jangan nak memandai nak tubuh orang sebarangan!" Arasy mula melarang. Qasy menjulingkan matanya sekilas.

"Abang Arasy, abang ingat Qasy ni bodoh sangat ke apa nak tuduh orang tanpa bukti? Qasy tahulah apa yang Qasy cakap."

"Okay, kenapa Qasy boleh tuduh Abang Johan? Abang Johan tu dah macam abang kita tau." Arasy menegah lagi.

"Abang Arasy anggap dia abang. Dia anggap abang Arasy, adik ke?" Sinis Qasy menyoal.

"Straight to the point, Qasy." Arasy mula bosan.

Bersambung...

15/07/2022

•Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lovers ✨

•Remember : What you give is what you will get back! Have fun!

Note: Flashback (Bab 24)

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top