Tuan Arasy | 50

"What's done in the dark, will come to the light."

Arasy tersenyum kecil apabila melihat wajah gembira Amanda apabila melangkah masuk ke dalam mansion miliknya yang sudah diubah suai mengikut citarasa Amanda. Jika sebelum ini mansion miliknya itu serba hitam, kini mansion itu sudah kembali ceria dengan adanya Amanda.


Isterinya itu kelihatan sungguh ceria dan gembira apabila melihat renovasi yang dia lakukan terhadap mansion itu. Dia masih tidak dapat lupakan wajah sedih Amanda sewaktu dibawa ke mansion miliknya dua bulan yang lalu. Kata Amanda mansion miliknya bagaikan rumah berhantu. Seram!

"Jazmy."

"Ye Tuan."

"Say thank you to Sue. She did well."

Jazmy menganggukkan kepalanya perlahan. Ruangan mansion milik Tuan Arasy dipandang lama.

"Mansion ni nampak gegirl." Selamba sahaja Jazmy mengutuk.

"Aku dah ada isteri."

"Tapi macam geli. Gegirl sangat. Mana perginya image dark cool Tuan Arasy kita ni?" Jazmy mengutuk lagi.

Arasy sekadar mendiamkan diri. Dia memeluk tubuh dengan wajah beku. Kata-kata Jazmy langsung tidak memberi apa-apa kesan kepadanya.

"Baby boo..."

"Yes darling..."

"Nak tengok dapur boleh?" Amanda pandang Arasy manja. Matanya dikedipkan berkali-kali dengan senyuman nipis di bibir. Taktik memujuk.

"Pergilah. Ni dah jadi mansion awak, baby girl. Awak nak masuk mana-mana tempat dalam mansion ni terpulang, sayang." Balas Arasy lagi.

Amanda mula menjerit keseronokan sebelum tubuh itu menghilang si sebalik dinding. Arasy mula tersenyum kecil. Comel.

"Zynn." Senyuman di bibir Arasy kembali memudar. Wajah itu bertukar tegang.

"Ye Tuan."

"Any progress?"

Jazmy dan Zynn mula beriak serius. Nada suara Arasy yang mula keras membuatkan mereka tahu lelaki itu mahukan perkembangan. Mereka mula memberi peluang kepada Zynn untuk bersuara.

"Saya tak boleh intip dia lagi Tuan."

"Kenapa?" Jazmy pula menyampuk.

Pelik apabila Zynn mahu menarik diri dari melakukan tugas yang disuruh. Arasy pusing tubuh. Ternaik kening Arasy seketika. Zynn mahu berhenti, mengapa?

"Black tahu dia dah tak selamat. Dia dah tahu ada yang intip setiap gerak-geri dia. Saya tak boleh teruskan lagi. Black kenal saya. Rancangan kita akan musnah kalau dia nampak saya."

Arasy menghela nafas berat. Sepanjang dua bulan kebelakangan ini, kerja Zynn hanya mengintip setiap gerak-geri Black. Amanda sudah beberapa kali menyoal mengapa Zynn tiada bersama di pejabat. Dia tahu tugas Zynn sebagai bodyguard untuknya tapi dia tidak mempercayai sesiapa untuk melakukan tugas yang berat ini.

Dia tak mahu rancangan teliti yang sudah dibuat untuk menangkap ghost musnah. Dia tidak mahu orang suruhan yang diupahnya berpaling tadah pada Ghost setelah disogok dengan wang yang beribu ringgit. Dia langsung tidak mempercayai sesiapa buat masa sekarang.

"So, what should we do now?" Jazmy mula menyoal.

Arasy berfikir sejenak. Dia perlu membuat keputusan sekarang. Dia sudah tidak mahu berlengah. Jika dia berlengah, dia pasti dia satu langkah di belakang Ghost. Dia tahu ghost sentiasa melangkah satu langkah ke depan. Dia tak mahu tersilap langkah lagi.

"Call Nick suruh dia balik."

"Nick?" Jazmy mengerut dahi apabila sebaris nama itu keluar dari mulut Arasy.

"Ye, Nick. Call dia, suruh dia balik sini as soon as possible."

"Tapi Tuan, Nick ten..." Belum sempat Jazmy berkata, Arasy menyampuk.

"Call Nick suruh dia balik! Aku tahu apa yang aku nak buat. Kau call Sue suruh dia aturkan meeting tergempar. Panggil semua orang turun. Aku nak meeting tu berjalan sebaik sahaja Nick balik. Aku dah tak nak berlengah lagi. Nyawa Amanda sentiasa terancam kalau kita masih tak mampu kesan ghost." Keras nada Arasy kali ini.

Jazmy dan Zynn berpandangan. Melalui isyarat mata, Zynn menyuruh Jazmy melakukan semua yang disuruh Arasy. Dia tahu dan dia percaya pada majikannya itu. Semua yang dilakukan Arasy adalah perkara yang terbaik untuk Puan Amanda.

"Baby boo..." Suara manja Amanda memecah kebisuan. Wajah tegang Arasy kini berubah riak.

"Yes baby. Why?" Lembut Arasy bertanya.

"Cantik sangat mansion ni. Love sangat..." Ucap Amanda manja sambil mendekati suaminya. Lengan Arasy terus dipeluk sebaik sahaja dia berdiri di sebelah suaminya itu.

"That my present for you, my lady."

Satu ciuman dihadiahkan di pipi Amanda membuatkan gadis itu terjerit kecil. Malu apabila kelakuan mereka diperhatikan Zynn dan Jazmy. Malu!

Jazmy dan Zynn sekadar tersenyum melihat keadaan itu. Nasib sahaja ada Puan Amanda jika tidak wajah Tuan Arasy pasti ketat 24 jam.

Amanda memeluk tubuh memandang Raisya dengan wajah bangga. Raisya sekadar memandang Amanda dengan riak yang bersahaja. Persekitaran mansion Amanda dipandang menyampah.

"Arasy sayang saya. Dia ubah mansion ni untuk saya. Cantik kan..."

Raisya jungkit kening.

"Kau tengok muka aku."

Amanda pandang wajah Raisya yang bersahaja itu lama. Raisya suruh dia tengok wajah gadis itu tadi kan? Dia tengah tengok lah ni.

"Ada aku kesah?"

Amanda berdecit kecil apabila Raisya tidak memberikan respon yang dia mahukan.

"Kenapa awak datang sini? Awak gaduh dengan Wafiy ke?" Teragak-agak Amanda bertanya. Wajah selamba Raisya mula bertukar bengang.

"Kau tahu tak jantan tak guna tu buat apa? Dia ajak nenda pergi Grand Gold Boutique tanpa ajak aku. Kurang ajar kan? Aku dah cakap aku tak nak kahwin dengan dia. Tapi kau tahu lah si Wafiy tu, cucu terbaik nenda. Patuh sangat semua cakap nenda." Raisya mendengus kasar.

Amanda menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia pula yang salah tingkah saat ini.

"Jantan tu memang suka cari gaduh dengan aku. Hari tu dia terima cadangan aku nak buat majlis akad nikah je. Sekarang apa jadi? Mesti dia nak buat majlis jugak! Kalau tak kenapa dia pergi Grand Gold Boutique? Aku ada RaiHa Boutique apa, kau pun guna khidmat aku kan? Elok je bersanding. Haisy! Menyampahnya aku!"

Raisya mula menjerit kuat. Bantal kecil di ribanya ditumbuk berkali-kali untuk melepaskan amarahnya. Bayangkan itu wajah Wafiy! Geramnya!

Amanda mula bangun dari sofanya lalu duduk di sebelah Raisya. Belakang badan Raisya digosok perlahan-lahan.

"Erk, sabarlah ye... Mana tahu Wafiy nak buat surprise?" Takut-takut Amanda bersuara.

"Surprise? Surprise apa? Untuk aku? Kau buta ke?!"

Amanda menelan ludahnya kelat apabila Raisya menengkingnya kuat. Kurus semangat. Haisy!

"Wafiy tu skema. Nerdy kau tahu tak! Dia mana romantik! Hancurlah hidup aku..."

Raisya mula menyandarkan tubuhnya ke sofa dengan wajah tidak bermaya. Hilang semua semangatnya.

Amanda terkebil-kebil sendiri. Dia sendiri sudah buntu.

"Habis tu awak nak buat apa?"

"Aku nak lari."

"Wei, jangan buat kerja gila lah Raisya. Kalau nenda tahu mesti nenda mengamuk." Amanda menegah.

"Memang orang tua tu akan mengamuk. Entah-entah warded." Raisya tersenyum sinis.

"Janganlah. Kesian nenda."

Raisya pandang Amanda jengkel.

"Aku jelah yang kena kesiankan orang tua tu? Orang tua tu ada kesian kan aku? Aku tak faham lah kenapa nenda nak sangat Wafiy kahwin dengan aku. Wafiy tu cucu kesayangan dia tau. Aku ni cucu hantu dia. Mana serasi. Kau nak rumah kami terbelah dua ke apa!" Bentak Raisya lagi. Amanda mati kata.

"Dah lah aku nak balik. Jumpa kau pun bukan dapat selesaikan masalah aku. Bye!" Raisya angkat punggung. Handbag Gucci miliknya dicapai. Dia mula berjalan ke arah pintu utama.

"Awak tak nak minum dulu? Makan-makan ke?" Amanda mula mengejar langkah Raisya.

"Malas. Aku tak ada mood."

Amanda mula mengeluh kecil apabila kelibat Raisya sudah menghilang. Pintu ditutup rapat sebelum dia mengeluh kecil. Ruangan mansion itu dipandang bosan. Arasy ada kerja. Dia kini keseorangan. Jika mereka masih tinggal di Villa Kayangan pasti dia tidak bosan.

'Arasy, baliklah! Saya bosan ni!' Amanda mula menjerit dihati.

Arasy melangkah keluar dari Audi RS7 yang dipandu Zynn di ruangan tempat duduk penumbang hadapan. Pintu keretanya ditutup perlahan. Banglo 2 tingkat di hadapannya ini dipandang lama sebelum dia kembali memandang ke arah Zynn.

"Kau pasti ni rumah dia?"

"Kalau ikutkan alamat yang Sue bagi, ini lah rumah dia." Zynn menjawab.

Zynn menutup pintu keretanya lalu mendekati pintu pagar kayu yang tersergam indah di hadapannya itu. Alarm yang terdapat di pagar batu yang menghubungkan pagar utama dan pintu masuk kecil ditekan. Setelah beberapa minit menunggu, seorang wanita mula menghampiri mereka. Pintu kecil itu dibuka.

"Encik berdua siapa? Cari siapa?"

"Ini rumah Tuan Kamal? Bekas inspektor Kamal?" Zynn mula bersuara.

Wanita itu memandang wajah Zynn dan Arasy silih bergantu.

"Ye, ini rumah Tuan Kamal. Kamu berdua siapa?" Wanita itu menyoal lagi.

"Saya Arasy. Arasy Naufal. Ini pekerja saya, Zynn. Boleh saya berjumpa dengan Tuan Kamal?"

"Kamu Arasy?" Riak wajah terkejut yang dipamirkan wanita itu membuatkan Arasy dan Zynn berpandangan sesama sendiri.

"Ye saya Arasy."

"Ouh, jemputlah masuk. Saya panggilkan Tuan Kamal."

Wanita itu mula membuka pintu pagar kecil itu kepada Arasy dan Zynn. Wajah wanita itu berseri dengan senyuman menyambut kedatangan mereka berdua. Arasy dan Zynn sekadar mengikuti jejak langkah wanita itu dengan wajah keliru.

"Puan ni siapa?"

"Saya Puan Normah, isteri Tuan Kamal." Wanita itu mengukir senyuman. Mereka mula melangkah masuk ke dalam banglo 2 tingkat itu.

"Duduklah dulu. Saya panggilkan suami saya."

Arasy dan Zynn menganggukkan kepalanya perlahan. Mereka mula melabuhkan punggung mereka bangku kayu di taman mini itu. Kelihatan sebuah kolam ikan koi di sebelah kanan mereka.

"Isteri dia kenal Tuan. Tuan tak rasa macam ada sesuatu yang tak kena?" Zynn menyoal selepas Puan Normah menghilang dari situ.

"Mungkin tapi kita tunggu dulu. Kita tengok apa yang jadi nanti." Jawab Arasy selamba.

"Assalamulaikum."

Arasy dan Zynn mula menjawab salam sambil berdiri. Mereka mula bersalam dengan Tuan Kamal yang sudah mendekati mereka.
"Jemput duduk."

Arasy dan Zynn duduk setelah mereka selesai berjabat tangan.

"Ada apa datang sini?"

"Tuan masih ingat saya? Arasy, Arasy Naufal Tan Sri Mukhriz..."

Tuan Kamal pandang wajah Arasy lama. Dia cuba untuk mengingati siapakah lelaki itu dalam hidupnya...

Bersambung!

07/07/2022

•Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lovers ✨

•Remember : What you give is what you will get back.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top