Tuan Arasy | 48

"I'm waiting for you to realise that it's you."

Amanda dan Arasy menyusuri pantai dengan langkah yang santai. Tangan Arasy naik ke bahu Amanda lalu dipeluk mesra. Amanda pula melingkarkan tangannya ke pinggang Arasy. Tubuh suaminya dipeluk seerat mungkin. Memandangkan hari ini hari terakhir mereka di sini, mereka hanya melakukan aktiviti ringan seperti menyusuri pantai sambil menghayati keindahan bumi Maldives.


"Sayang.."

"Yes baby." Sahut Amanda dalam pelukan tanpa memandang wajah suaminya.

"Are you happy?"

Amanda rungkaikan pelukan sebelum wajah suaminya dipandang lama. Seketika kemudian, satu senyuman paling manis diukir buat suaminya dengan wajah gembira. Kepalanya dianggukkan berkali-kali.

"Happy!" Jawab Amanda yakin. Arasy tersenyum kecil. Tubuh Amanda kembali ditarik ke pelukan sebelum mereka kembali melangkah.

"Arasy..."

"Ye sayang?"

"Awak cakap awak cintakan saya. Sejak bila?" Tanya Amanda ingin tahu.

"Sejak pertama kali saya jumpa awak."

Amanda berfikir sejenak.

"Dekat jambatan ke? Waktu saya nak bunuh diri tu." Amanda menyoal.

"Tak."

Amanda angkat kepala. Wajah suaminya dipandang penuh tanda tanya. Arasy tersenyum kecil.

"Habis tu bila?"

Arasy tersenyum kecil. Geli hatinya apabila melihat wajah cemberut Amanda.

"Kenapalah awak ni comel sangat? Rasa macam nak cubit-cubit je pipi awak ni. Comel sangat." Puji Arasy tiba-tiba. Pipi Amanda dijadikan sasarannya. Pipi merah itu dicubit perlahan. Geram sangat!

"Jangan nak tukar topik! Arasy..." Amanda mula merengek.

"Penting ke yang oi?"

"Pentinglah. Saya kena tahu sejak bila awak suka saya. Yelah, selama ni kewujudan awak dalam hidup saya tak pernah saya sedari. Saya pelik kenapa saya tak pernah kenal awak, ingat awak. Kenapa awak seperti tak pernah wujud dalam hidup saya sebelum ni. Itu yang saya nak tahu. Saya perlu tahu." Ujar Amanda sedikit tegas. Anak matanya menikam anak mata suaminya.

Di sebalik renungan itu, dia bagaikan menyalurkan satu perasaan cinta yang sangat mendalam buat suaminya. Dan dia harap Arasy mengerti. Arasy tersenyum kecil. Tubuh Amanda kembali dipeluk erat.

"Saya cintakan awak sejak...."

.

.

.

.

.

Arasy tersenyum kecil apabila mendengar suara Ashraf yang mula membebel. Ashraf mengepal penumbuk lalu menumbuk angin berkali-kali dengan wajah yang geram. Lelaki itu masih tidak berpuas hati apabila Danny, sahabat kepada Zarif mengalahkan dia dalam Grand Final Car Race Championship 2010.

Adha sekadar mengangkat bahu apabila dipandang Arasy. Biarkan saja Ashraf meluahkan ketipuasan yang terbuku di hati lelaki itu. Kejap lagi eloklah tu.

"Aku memang benci betul dengan Si Danny tu. Tunggulah kau, nanti next championship aku kenakan dia betul-betul. Waktu tu baru dia tahu siapa Raja Ashraf Irsyaq yang sebenarnya." Ujar Ashraf sambil mengenggam penumbuk dengan dendam yang membara.

Adha ketawa kecil. Bahu Ashraf dipeluk rapat.

"Alah, bro. Kalah sikit je pun. Next time, kau balas lah balik. Kau bukan tak power bro, tapi tak ada luck. Don' worry lah bro. Nanti kau kenakan dia cukup-cukup." Adha mula memberi sokongan kepada sahabatnya itu.

"Good. Kau Arasy, tak nak cakap apa-apa ke?" Ashraf mula menyoal Arasy yang bersadar di sisi kereta lumba miliknya. Arasy angkat kepala.

"Kau nak aku cakap apa?"

"Sial lah kau ni! Aku tengah down kut. Bagi lah motivasi sikit. Aku bukan pro macam korang. Kau champion, si Adha ni bakal champion. Aku jelah tukang tukar tayar korang." Balas Ashraf merungut.

Arasy mula ketawa apabila mendengar kata-kata Ashraf. Adha turut menggelengkan kepalanya dengan tawa yang masih tersisa. Seketika kemudian, kepala Ashraf ditunjal membuatkan Ashraf mula mengamuk.

"Kau dah kenapa gila! Bengong lah kenapa aku sial." Ashraf pandang Adha tajam. Kepalanya yang ditunjal digosok kasar. Tak sakit pun, sengaja nak mengada.

"Kau kalau bengong pun tak effect apa-apa. Lainlah kita orang. Champion dan bakal champion." Balas Arasy sinis. Dia mula berlaga penumbuk dengan Adha.

Ashraf yang sakit hati melihat kekompakkan Adha dan Arasy mula menempa ke arah mereka berdua. Adha dan Arasy yang tahu Ashraf akan membelasahkan mula melarikan diri.

"Mati kau!" Ashraf mula menjerit kuat. Mereka mula berlari di sekitar litar itu sambil bergelak ketawa. Perbuatan mereka mula berhenti apabila ada suatu suara menjerit.

"Adha!"


Ashraf yang baru sahaja malu menumbuk Arasy berhenti. Mereka semua mula berpaling ke arah suara halus yang menengur. Kelihatan seorang kanak-kanak perempuan sedang berlari ke arah mereka atau lebih tepat lagi kea rah Adha.

"Hei, Manda datang dengan siapa?" Adha mula menyoal apabila hanya Amanda di hadapan mata.

"Datang dengan Kak Amel. Dia tunggu abang dekat kereta. Jom kita pergi tengok wayang." Lengan Adha mula digoyang perlahan-lahan supaya abangnya itu bersetuju dengan permintaannya.

"Yelah. Rasy, Ash, aku balik dulu. Nanti kita jumpa lagi." Adha mula meminta diri untuk beredar. Arasy dan Ashraf sekadar mengangguk. Selepas mereka berlaga penumbuk, Adha mula melangkah pergi dengan Amanda. Ashraf yang perasaan akan Arasy yang tekun memandang Adha dan Amanda pergi mula menepuk bahu sahabatnya itu perlahan.

"Kenapa pandang macam kucing nak mengawan ni?" Ashraf menyoal dengan nada nakal. Bahu Arasy dipeluk.

"Siapa tu?"

"Siapa apa?" Soalan Arasy dibalas dengan soalan.

"Budak tu."

"Ouh, Amanda. Adik Adha." Balas Ashraf pendek.

"Adha ada adik? Aku tak tahu pun." Arasy mula menyuarakan rasa hatinya.

"Alah, kau lupa kut. Yelah, selama ni kau berlatih dekat France. Kau terlupa lah tu." Balas Ashraf selamba. Arasy menganggukkan kepalanya perlahan.

"Dah lah jom race. Siapa kalah belanja makan."

"Han's Hipster." Ashraf mula membuat tawaran. Arasy berfikir sejenak sebelum kepalanya dijatuhkan seketika.

"Kau kena ready sebab aku tak bawa wallet. Good luck bro." Ujar Arasy selamba. Ashraf membuntangkan matanya.

"Wei, serius lah? Alah, memang pokai lah aku!" Ashraf mula merungut. Dia pasti Arasy akan berlumba bagai nak gila kerana lelaki itu tidak membawa dompet. Alahai...

.

.

.

.

.

"Jadi awak dah tahu yang saya ni adik arwah Adha waktu dekat jambatan tu?" Tanya Amanda memberikan pendapat setelah mendengar cerita dari suaminya. Arasy menggelengkan kepalanya perlahan.

"Waktu tu saya tak tahu sayang ni adik arwah. Tapi selepas kita jumpa dekat cafe ibu, saya tanya awak. Awak kerja dekat sini ke? Awak cakap awak kerja dekat sini dan cafe tu cafe ibu awak. Waktu tu saya baru tahu yang awak ni adik arwah." Arasy mula menerangkan perkara sebenar.

"Kenapa awak tak beritahu yang awak ni kawan arwah?"

Arasy tergelak kecil apabila mendengar pertanyaan Amanda.

"Tak nak saya ambil risiko. Lupa ke siapa yang tinggalkan saya waktu tahu siapa saya yang sebenarnya. Lupa?" Arasy menyoal lagi. Amanda mencebik kecil.

"Waktu tu saya marah sebab awak tipu saya." Amanda mula merungut.

"Bukan tipu yang tapi saya cuma sorokkan benda tu. Lagipun awak baru nak kenal saya. Saya baru nak rapat dengan baby girl. Saya tak nak awak jauhkan diri awak dari saya. Itu saja."

Amanda menganggukkan kepalanya perlahan.

"Patutlah awak layan saya baik sangat. Rupanya awak kawan Adha."

"Sayang..."

"Ye?"

"Awak ingat tak awak ada jumpa arwah sebelum arwah race."
Amanda berfikir sejenak.

"Hurm... Ada. Kenapa?"

"Waktu tu Arwah jumpa saya. Dia minta saya berjanji untuk jaga awak bila dia dah tak ada. Waktu tu saya pelik, kenapa Adha tiba-tiba cakap macam tu. Tapi saya setuju dengan rela hati sebab saya dah cintakan awak. Tak perlu berjanji dengan sesiapa, saya tetap akan jaga awak." Balas Arasy ikhlas lalu umbun-umbun isterinya dicium lembut.

"Ouh, awak lah lelaki tu!" Amanda mula menjerit kuat.

"Lelaki mana?"

"Ala, awak panggil arwah sebelum race kan. Saya nampak awak tunggu Adha dekat kereta. Waktu tu saya dah curious siapa awak sebab saya tak pernah nampak awak sebelum ni. Kalau awak nak tahu saya dah mula jatuh hati pada awak waktu tu. Hehehe.."

Amanda tersengih kecil. Arasy ketawa kecil. Pipi merah Amanda dicubit perlahan.

"Nakal."

"Tapi kenapa awak menghilang bila arwah pergi? Awak cakap awak nak jaga saya." Tanya Amanda tidak berpuas hati. Wajah tampan suaminya dipandang lama.

Arasy menghela nafas berat apabila kenangan pahit lama mula diungkap.

"Waktu tu saya penakut. Saya takut bila semua orang tunding jari pada saya. Mereka cakap saya lah pembunuh arwah. Saya nak datang melawat arwah waktu dia dikebumikan tapi saya tak sanggup. Saya takut. Lagipun saya tak nak press buat kecoh dekat situ. Saya tak nak keruhkan keadaan." Balas Arasy membuka cerita. Amanda menganggukkan kepalanya perlahan.

"Saya hanya duduk dalam kereta tengok jenazah arwah dikebumikan. Saya nak sangat angkat jenazah arwah masuk ke liang lahat. Saya nak bersama arwah walaupun pada detik-detik terakhir arwah. Tapi saya tak mampu. Saya terlalu takut."

Bergetar suara Arasy menuturkan kata-katanya. Wajahnya mula keruh. Riak wajah kesal dan kecewa terpancar di wajahnya.

Amanda mula menggosok lembut belakang badan suaminya. Mengharapkan agar suaminya tidak patah semangat.

"Saya cuba dekati awak. Saya nak jaga awak Amanda tapi papa awak dah larikan awak. Papa putuskan semua ikatan dengan daddy saya. Papa awak larikan awak jauh dari saya. Papa awak pantau awak, awasi awak ke mana saja awak pergi dan saya tak mampu nak lawan papa awak waktu tu Amanda." Balas Arasy kecewa. Amanda menggelengkan kepalanya perlahan. Tubuh Arasy dipeluk seerat yang mungkin.

"Tak apa. Mulai sekarang, awak laksanakan semula janji awak pada arwah. Jaga saya. Lindungi saya. Boleh kan Arasy?" Amanda menyoal dengan wajah berharap. Arasy tergelak kecil.

"Saya memang akan jaga awak Amanda. Awak nyawa saya. Saya bukan sahaja berjanji dengan arwah tapi dengan seluruh ahli keluarga awak Amanda. Saya berjanji akan lindungi awak dah buat awak bahagia. Saya janji Amanda."

"Saya pegang janji awak, Arasy."

Bersambung...!

•02/07/2022

•Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lovers ✨

•Remember : What you give is what you will get back! Have fun! ✨

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top