Tuan Arasy | 47

"I never thought love was worth fighting for but then I look into your eyes I'm ready for war."


"Morning sayang.."

Amanda tersenyum kecil apabila Arasy mendekatinya yang sibuk menyiapkan sarapan untuknya dan Arasy. Pelukan di tubuhnya membuatkan Amanda tergelak kecil. Tubuhnya dipusingkan kebelakang sebelum pipi Arasy dicium sekilas.

"Morning!" Ujar Amanda ceria. Arasy tersenyum kecil.

Amanda pusing tubuhnya ke hadapan kembali. Tangannya ligat menyiapkan sandwich yang menjadi menu utama mereka pagi itu.

"Kenapa sayang tak suruh Puan Ina je yang masak?"

"Kenapa nak suruh dia yang masak? Jap, saya nak tanya awak ni Arasy. Saya atau Puan Ina isteri awak? Siapa?" Tanya Amanda sambil pusingkan tubuhnya mengadap Arasy. Wajahnya sudah bertukar merah, marah! Tajam sahaja anak matanya menikam anak mata suaminya.

Arasy tergelak kecil.

"Siapa lagi isteri saya kalau bukan budak comel depan saya ni." Pujuk Amanda sambil pelukan dipinggang Amanda dieratkan, mesra. Amanda menjulingkan matanya ke atas.

"Habis tu kenapa nak suruh Puan Ina masakkan untuk awak? Saya isteri awak Arasy. Saya sepatutnya buatkan awak sarapan. Kenapa nak suruh isteri orang lain buat sarapan untuk awak kalau awak dah ada isteri? Baik awak kahwin dengan dia je. Tak payah kahwin dengan saya!" Ujar Amanda seperti menjauh hati. Wajahnya ditundukkan.

Arasy tersenyum kecil.

"Sayang... Saya sayangkan awak. Saya tahu awak penat sebab tu saya tak nak kacau awak. Saya nak awak rehat. Biar awak cukup rehat sebab selepas ni kita nak main air. Awak teringin nak snorkeling kan?" Tanya Arasy lembut, memujuk. Jari telunjuknya menolak dagu Amanda ke atas. Amanda mencebik kecil.

"Okay, I'm sorry sayang. Sorry okay. Janji tak buat lagi."

Arasy angkat tangan bagaikan sedang bersumpah.

"Janji?" Amanda menduga lagi.

"Janji sayang..."

"Awak buat apa ni?" Tanya Arasy yang melabuhkan punggungnya ke kerusi sambil memandang Amanda di hadapannya. Dia bagaikan sedang menopang dagu memandang isteri kesayangannya itu.



"Sandwich. Awak okay kan, Arasy?" Tanya Amanda serba salah.

"Awak masak apa saja saya makan Amanda sayang. Semua masakan awak semua saya makan, Amanda. Bagilah apa sahaja semua saya telan."

Amanda mengecilkan matanya apabila mendengar ayat manis yang keluar dari mulut suaminya.

"Kalau saya bagi awak racun, awak akan telan?" Tanya Amanda menduga.

Arasy terfikir sejenak.

"Kalau racun tu dari awak, saya akan telan Amanda."

Amanda menjeling Arasy sekilas.

"Menyampahlah saya!" Rengek Amanda manja. Arasy ketawa besar.

Seketika kemudian ruangan dapur itu menjadi sunyi. Arasy tidak bersuara manakala Amanda pula khusyuk menyiakan sarapan mereka berdua. Selepas beberapa minit menyepi, Arasy mula bersuara.

"Sayang..."

Amanda mengangkat muka.

"Ye?"

"Kalau suatu hari nanti, saya terpaksa korbankan diri saya untuk awak, saya sanggup."

Amanda yang sibuk menyiapkan sarapannya tadi berhenti. Kepalanya didongakkan memandangnya suaminya yang kelihatan serius.

"Kenapa awak cakap macam ni?" Tanya Amanda pelik. Hatinya mula merasa tidak enak. Dia bagaikan sudah dapat meneka makna di sebalik kata-kata suaminya.

"Kalau suatu hari nanti saya diberi pilihan antara saya dan awak, saya akan pilih awak Amanda. Saya sanggup korbankan diri saya semata-mata untuk awak, Saya sanggup hilang apa saja termaksud nyawa saya sendiri tapi saya tak sanggup nak kehilangan awak." Ujar Arasy penuh makna. Wajah Amanda mula bertukar riak. Kelihatan riak sayu di wajahnya. Dia risau dan takut jika kata-kata Arasy menjadi kenyataan.

"Arasy..." Kali ini Amanda pula menyeru nama suaminya.

"Kalau saya diberikan pilihan antara saya dan awak, saya pun akan pilih awak. Saya sanggup..." Belum sempat Amanda bersuara, Arasy mula menyampuk.

"Jangan. Jangan pilih saya Amanda."

Amanda terkejut apabila mendengar kata-kata Arasy.

"Arasy, saya..."

"Jangan Amanda. Kalau awak sayang saya tolong pilih diri awak. Hidup saya tak bermakna tanpa awak." Ujar Arasy ikhlas.

Suasana sayu mula mengusai ruangan dapur itu. Amanda menjatuhkan sudu yang dipegang ke atas pinggan menyebabkan bunyi berdenting kedengaran.

"Habis tu awak ingat saya akan gembira bila awak mati?"

Pertanyaan Amanda kedengaran keras di telinga Arasy. Apatah lagi apabila melihat wajah keruh Amanda. Pasti gadis itu sedang tertekan.
Arasy mula memarahi dirinya sendiri di hati. Mereka berdua sedang berbulan madu tapi dia telah merosakkan segalanya. Entah mengapa semenjak dia menjadi suami kepada Amanda tidurnya mula tidak lena.

Kehadiran Ghost sentiasa menghantui malamnya. Andai saja Amanda tahu, dia tidak pernah tidur lena semenjak dia menghalalkan Amanda. Hatinya mula tidak tenang. Dia selalu terbangun di awal pagi. Tubuhnya akan sentiasa berkeringat apabila Ghost menghantui mimpinya.

Dia pasti Ghost sedang menyusun strategi untuk memusnahkan dia. Dia pasti perkahwinannya dan Amanda akan dijadikan dalang ganti. Mengapa begitu susah untuk dia dan Amanda mengapai bahagia yang dinantikan? Mengapa?

"Hidup saya akan hancur kalau awak mati Arasy. Saya selalu berdoa agar kita akan sentiasa bersama dan saya selalu berdoa agar tuhan ambil nyawa kita serentak. Saya tak mampu hidup tanpa awak. Saya tak mampu. Saya tak boleh. Isk... Isk..."

Bunyi esakan mula kedengaran. Arasy panik sendiri. Dia bingkas bangun dari kerusinya lalu melangkah menghampiri Amanda dengan langkah yang cepat.

"Sayang saya minta maaf. Saya tak sepatutnya cakap pasal benda ni. Saya dah rosakkan honeymoon kita. Saya minta maaf." Pinta Arasy sambil mengetatkan pelukan di tubuh Amnada. Amanda turut membalas pelukan Arasy dengan lebih erat.

"Saya tak nak awak cakap pasal benda ni lagi Arasy. Saya yang buat keputusan untuk bersama awak. Saya kena berani untuk tempuh semua ni. Saya minta tolong satu saja Arasy. Jangan menyesal kahwin dengan saya sebab saya tak pernah menyesal pilih awak sebagai masa depan saya." Ujar Amanda dengan esakan. Kepalanya disandarkan pada dada Arasy.

"Saya minta maaf sayang. Saya janji saya tak akan cakap pasal benda ni lagi. Saya janji saya akan percayakan takdir. Semua yang berlaku pasti ada hikmah dan saya harap kebahagian berpihak pada kita." Ujar Arasy yang mendekatkan bibirnya pada ubun-ubun isterinya. Dicium lembut ubun-ubun Amanda. Dia bagaikan sedang menyalurkan sedikit kekuatan untuk gadis itu dengan cara itu.

"Saya sayangkan awak Arasy..."

"Saya pun sayangkan awak, Amanda. Lebih dari segala-galanya." Pelukan dieratkan.

Amanda memandang air laut yang membiru di dihadapannya dengan wajah teruja. Air laut dihadapannya kelihatan seakan-akan berwarna hijau. Sungguh memukau pandangannya. Iphone di dalam beg tangannya dikeluarkan. Dia mula berselfie sendirian.




Arasy yang melihat telatah isterinya mula menguntum senyuman. Hatinya mula berlagu riang apabila melihat wajah gembira isterinya. Lega hatinya apabila berjaya membuatkan isterinya gembira.

"Sayang..."

Amanda yang tadinya sibuk memandang iphone ditangannya mula menyahut. Kepalanya menoleh ke belakang memandang si suami yang berdiri berpeluk tubuh di belakangnya. Mereka kini berada di atas Yacht mewah yang membawa ke tengah-tengah laut itu.


"Yes, baby." Sahutnya.

"Let's go, honey." Ajak Arasy sambil menjongket keningnya berkali-kali. Amanda mula ukir riak wajah seram. Perlahan-lahan kepalanya dikalih ke tepi. Dia tunduk memandang air laut yang membiru di bawah sana.

'Mesti dalam.' Hatinya dipagut rasa risau.

Arasy tersenyum kecil apabila dia mula dapat meneka penyebab di sebalik kerisauan yang terpancar di wajah isteri kesayangannya itu.

"Sayang..." Arasy memanggil lagi.

"Ye." Amanda mula menyahut lambat-lambat.

"Trust me, everything going to be okay. Jom." Arasy mempelawa lagi. Amanda memandang huluran tangan Arasy tanpa berbuat apa-apa.

"Sayang..." Arasy mengesa lagi.

Amanda mengeluh kecil. Dia mula menyimpan telefon pintarnya di dalam beg tangannya. Dia melangkah ke arah Arasy. Lelaki itu memeluknya erat. Bahunya digosok perlahan-lahan untuk menghilangkan debar di dada. Mereka mula berjalan ke arah bahagian belakang yacht tersebut.

"Tak reti pakai."

Amanda mula tayang wajah comel apabila Arasy menghulurkannya life jacket. Arasy tersenyum apabila mendengar rengekan Amanda. Tanpa sebarang bantahan, lengan Amanda ditarik mendekatinya. Life jacket tersebut mula disarungkan ke tubuh kecil Amanda.

"Selamat ke life jacket ni?"

Pertanyaan Amanda kali ini berjaya membuatkan tawa Arasy meletus. Lelaki itu mula ketawa kecil. Amanda yang melihat reaksi suaminya mula mencebik kecil. kita serius dia main-main!

"Baby...!" Amanda mula menjerit kecil.

"Okay, okay, I'm sorry my dear. Janji tak gelak lagi. Alololo, comel isteri saya ni merajuk..."

Arasy mula mengusik Amanda. Pipi merah isterinya ditarik lembut. Entah merah sebab marah atau malu, Arasy pun tak tahu.

"Kalau tiba-tiba air masuk mulut apa yang awak akan buat?" Arasy menyoal tiba-tiba.

"Baringkan badan atas air lepas tu baiki kedudukan snorkel ni." Ujar Amanda yakin. Arasy menganggukkan kepalanya perlahan.

"Good job my dear."

"Arasy, saya takutlah..." Lengan sasa Arasy dipeluk. Arasy tersenyum lagi.

"Jom sayang..." Ajak Arasy sambil tangan Amanda ditarik perlahan-lahan ke bahagian hujung yacht. Diving mask mula dipasangkan ke kepala Amanda.

Arasy memandang wajah isterinya yang sudah bersedia dengan kelengkapan untuk snorkeling. Dirinya juga sudah lengkap dan bersedia untuk melakukan snorkeling di situ. Tangannya mula menggenggam tangan Amanda.

Amanda mula memandang air laut yang membiru di hadapannya. Dia gementar. Dia takut. Tapi genggaman tangan Arasy yang bertaut dengan tangannya membuatkan dia yakin. Dia akan baik-baik sahaja.

Jika dia sudah tidak takut dan menyerah untuk melakukan snorkeling yang dianggap menakutkan bagaimana dia mahu menyakinkan Arasy bahawa dia tidak takut untuk terus bersama dengan lelaki itu menghadapi ancaman ghost? Pasti lelaki itu tidak yakin dengannya.

Nafas ditarik perlahan-lahan sebelum kepalanya ditoleh ke sampingnya.
Kepalanya dijatuhkan pantas. Dia perlu yakin! Segala ketakutannya perlu dia atasi. Hidupnya sebagai isteri Arasy tidak mudah seperti yang dia sangka. Dia perlu bersedia dengan kemungkinan yang ada!

Isyarat tangan Arasy membuatkan hatinya sedikit berdebar. Setelah kiraan ketiga, mereka melompat turun dari yacht itu.

Kisah kami baru sahaja bermula! Buku baru mula dibuka, kisah kami baru sahaja dicoret! Kami akan pastikan pengakhirannya cukup mengembirakan! Insyaallah!

Bersambung..!

28/06/2022

•Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lovers ✨

•Remember : What you give is what you will get back! Have fun! ✨

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top