Tuan Arasy | 45

"Going with the flow will lead you a right way."

Amanda melangkah keluar daripada lift lalu kakinya melangkah tanpa hala tuju di dalam villa kayangan milik ibu dan bapa mertuanya. Tak disangka dia akan menjadi salah satu penghuni di villa ini. Cincin bertakhtakan berlian di jarinya dipandang menggebu.

Tidak disangka impiannya untuk menjadi isteri Arasy yang sah sudah menjadi kenyataan. Tidak disangka dia sudah menyandang gelaran seorang isteri kepada seorang usahawan muda yang berjaya. Tiada lagi impian yang dia mahukan selain menjadi isteri kepada lelaki yang dicintainya.

"Pandang apa tu?" Tanya Mira menegur gadis yang baru sahaja menjadi adik iparnya itu.

"Tak pandang apa-apa cuma Manda masih tak percaya yang Manda dah jadi isteri orang. Isteri Arasy pula tu. Hehe.." Ujar Amanda dengan sengihan. Mira menggelengkan kepalanya perlahan.

"Dah lah, penat akak nak berdiri dekat sini. Jom kita duduk dekat bangku luar sana sambil makan dengan manga muda ni. Jom.." Ajak Mira lalu wanita berbadan dua itu berjalan ke arah bangku kayu di luar rumah. Amanda sekadar mengikuti jejak langkah kakak iparnya itu. Dia mula mengambil tempat di kerusi berhadapan dengan Mira.

"Mummy dengan daddy pergi mana akak?" Tanya Amanda menyoal.

Selepas dia naik untuk solat asar sebentar tadi, Puan Sri Khaleeda dan Tan Sri Mukhriz sudah tiada di villa. Kelibat Arasy juga tidak kelihatan. Nasib sahaja kakak iparnya itu menegur. Jika tidak, meraung seorang diri lah dia di villa ini. Sudahlah villa itu terlampau besar, sunyi pula tu. Siapa tak takut?

"Mummy dengan daddy pergi Melaka sekejap. Kawan daddy accident. Itu yang daddy nak jenguk kawan dia tu. Dengar cerita kawan daddy dah tenat sangat, itu yang daddy dengan mummy kalut nak pergi sana." Balas Mira panjang lebar. Sepotong mangga muda dicicah ke dalam garam sebelum dikunyah perlahan. sedap!

Amanda terkedu apabila melihat Mira terlampau menikmati mangga muda dengan garam. Kembang pula tekak Amanda dibuatnya.

"Kak Mira.." Amanda mula memanggil kakak iparnya itu.

"Hurm.." Balas Mira yang masih khusyuk mengunyah.

"Tak masam ke mangga muda tu? Makan pula dengan garam? Tak masin?" Tanya Amanda dengan kedutan di dahinya. Mira tersenyum kecil apabila mendengar soalan Amanda.

"Ini namanya mengidam. Orang mengandung kalau dah mengidam kau jangan nak bising. Mengidam ni banyak jenis. Ada yang nak makan masam-masam, ada juga orang yang suka makan pedas waktu mengandung. Akak ni masih normal sebab makan mangga muda. Ada ibu mengandung yang lain mengidam nak cium jalan tar lah, teringin nak makan sabun lah. Lagi teruk." Balas Mira membela diri.

Amanda mula menelan ludahnya kelat. Meremang pula bulu tengkuknya saat ini. Seram betul kalau perempuan mengandung mengidam. Amanda memeluk tubuh sambil menggosok bahunya perlahan-lahan.

"Seram betul. meremang bulu roma Manda." Ujar Amanda meluahkan rasa. Mira tersenyum kecil. Amanda terlampau lucu dengan riak wajah risau yang terpancar di wajah gadis itu.

"Ala, jangan risau. Tak semua perempuan mengandung yang akan alami alahan. Waktu mama akak mengandungkan akak, papa akak yang mengalami alahan. Kalau Manda nak tahu, lelaki kalau mengidam ni lagi teruk. Mengada lebih dari perempuan." Balas Mira lagi. Amanda menganggukkan kepalanya perlahan.

"Alah, nanti Amanda akan lalui apa yang akak lalui sekarang."

Kata-kata Mira berjaya membuatka Amanda tergaman. Dia mati kata.
Sepanjang hidupnya, dia hanya mahukan Arasy. Impiannya hanya satu. Dia mahu lelaki itu menjadi suaminya. Dia mahu lelaki itu menjadi miliknya.

Kehadiran anak kecil tidak pernah terbayang di fikirannya. Entah mengapa hatinya mula risau. Kehadiran anak kecil dalam hubungannya dan Arasy membuatkan dia resah.

Adakah dia mampu menjadi ibu yang baik untuk zuriat mereka yang bakal lahir nanti? Dia sendiri tidak tahu adakah dia mampu menjadi seorang isteri yang baik untuk Arasy. Sekarang dia ditanya pula tentang zuriat?

Dia masih belum bersedia untuk menjadi seorang ibu. Dia masih perlukan masa untuk menjadi seorang ibu. Dia masih mahu enjoy. Tapi Arasy pasti mahukan zuriat. Semua lelaki di dunia ini mahukan zuriat, mahukan cahaya mata. Tapi mampukah dia memberi apa yang Arasy mahukan?

Zuriat?

Arasy melangkah masuk ke dalam biliknya sebelum pintu biliknya ditutup rapat. Briefcase di tangannya diletakkan di atas meja kerjanya. Coat berwarna hitam miliknya diletakkan di atas katil. Tie yang menjerut tengkuk sedari tadi ditarik keluar lalu diletakkan di atas katil bersebelahan dengan coat miliknya.

Tangan Arasy mula ligat membuka kancing baju kemejanya di bahagian atas. Jam tangannya mula dilonggarkan lalu diletakkan ke atas meja solek. Matanya meliar mencari kelibat isteri kesayangannya itu. Langkahnya bergerak ke hidden door dressing room di bilik itu lalu pintu tersebut dibuka. Tiada kelibat Amanda di ruangan itu.

Arasy kembali melangkah. Kali ini kakinya mula mendekati sliding door lalu pintu itu diselak perlahan. Bibirnya mula mengoyakkan senyuman apabila kelibat isterinya dijumpai. Perlahan-lahan dia mendekati Amanda yang termenung di balkoni biliknya itu. Tubuh itu kemudiannya dipeluk erat dari belakang.


"Kenapa duduk dekat luar ni? Tak sejuk?"

"Tak." Balas Amanda pendek. Fikirannya masih runsing memikirkan kejadian petang tadi. Dia risau tiba-tiba.

"Sayang... Tak elok lah duduk dekat luar malam-malam macam ni. Nanti badan awak masuk angin. Kalau gemuk saya tak tahu.." Ujar Arasy mengusik. Tapi usikannya bagaikan dibawa angin. Amanda tidak memberi apa-apa reaksi membuatkan dia membalikkan tubuh Amanda memandangnya.

Amanda sekadar menundukkan kepalanya. Entah mengapa dia takut untuk berhadapan dengan Arasy. Dia merasa dirinya terlampau kerdil untuk Arasy.

"Hei, what's wrong with you, my lady?"

Soalan Arasy dibiarkan tanpa jawapan membuatkan Arasy risau. Tidak pernah dia melihat Amanda seperti ini. Amanda yang dia kenal seorang yang happy good lucky. Jika Amanda tiba-tiba berubah menjadi seorang perempuan yang sendu seperti ini pasti ada sesuatu yang mengganggu fikiran gadis itu.

"Hei, baby. What's happen?" Tanya Arasy lembut. Dagu Amanda diraih lalu ditolak ke atas dengan jarinya membuatkan Amanda mendongak memandangnya yang jauh lebih tinggi daripada isterinya itu.

"I'm okay." Pendek jawapan dari Amanda membuatkan Arasy ketawa kecil.

"You're liar."

Balasan yang keluar dari mulut Arasy membuatkan Amanda terdiam. Anak matanya memandang anak mata Arasy sedalam yang mungkin. Bagaikan menyempaikan isi hatinya melalui renungan itu.

Arasy tersenyum kecil. Renungan redup itu membuatkan hatinya resah. Dia tahu ada sesuatu yang menganggu fikiran isteri kecilnya itu. Jika tidak mengapa gadis itu boleh kembali menjadi gadis yang menyedihkan seperti sekarang?

"Okay, look. We're already make a promise, right? No more secret between us. You should be a fair, my baby. So, tell me, what's happen?" Pinta Arasy lembut, memujuk.

Amanda memandang wajah Arasy lama. Tanpa sempat dibendung air matanya mengalir turun ke pipinya. Arasy pula gelabah. Niatnya mahu memujuk bukan menggalakkan gadis itu menangis.

"Arasy.."

"Yes, my dear."

"Awak nak anak ke?"

Soalan yang kelaur dari mulut Amanda membuatkan mulut Arasy terkunci. Suasana sunyi mula menyelubungi mereka. Arasy masih mendiamkan diri manakala Amanda setia menunggu jawapan Arasy dengan hati yang berdebar-debar.

"Kenapa tiba-tiba tanya pasal benda ni?"

Soalan Amanda dibalas dengan soalan.

"Arasy..."

Amanda merintih lemah. Nada suaranya bukan seperti selalu. Merengek mahukan layanan Arasy. Kali ini suaranya terlalu lembut dan sayu membuatkan Arasy kembali resah.

"Semua pasangan suami isteri dalam dunia ni mahukan zuriat Amanda. Saya pun sama macam dia orang. Saya nak ada anak kecil. Anak kecil yang akan menceriakan lagi hubungan kita." Balas Arasy sambil menyapu lembut air mata yang mengalir di pipi Amanda.

"Kenapa? Hubungan kita tak akan bahagia ke kalau tak ada anak?" Soal Amanda lagi. Anak matanya kembali bergenang.

Arasy tersenyum kecil. Dia mula faham mengapa Amanda berkelakuan seperti ini.Tangannya naik ke kepala Amanda. Rambut Amanda dielus perlahan.

"Bukan hubungan kita tak bahagia cuma bila kita ada anak, rumah tangga kita akan jadi lebih lengkap. Tapi kalau tak anak pun, saya dah cukup bahagia. Asalkan awak ada dengan saya Amanda. Cinta saya pada awak ikhlas bukan sekadar nafsu semata-mata. Saya cintakan awak. Saya sayangkan awak. Hanya awak Amanda. Hanya awak!" Balas Arasy penuh makna. Ikhlas dia menuturkan kata-katanya itu.

Dia tidak kesah jika mereka tidak dikurniakan seorang anak. Dia mahukan Amanda. Tapi bohonglah jika dia tidak mahukan zuriat. Setiap lelaki mahukan zuriat sebagai penerus keluarganya. Tapi jika dia dan Amanda tidak dikurniakan cahaya mata. Dia terima dengan ikhlas. Cukuplah dia ada Amanda dalam hidupnya. Dia sudah cukup bahagia.

"Saya pun nak anak."

Kata-kata yang keluar dari mulut Amanda membuatkan Arasy ketawa kecil. Tadi menangis bagaikan tak mahu anak, sekarang cakap nak anak. Mana satu ni Amanda?

"Habis tu kenapa nangis?" Soal Arasy lembut.

"Saya takut."

"Takut apa? Takut bersalin? Amanda, awak jangan risau. Saya akan sentiasa ada dengan awak. Saya akan selalu di samping awak. Saya tak akan pernah..." Belum sempat Arasy menghabiskan kata-katanya, Amanda menyampuk.

"Saya tahu awak akan sentiasa ada dengan saya. Saya tahu awak tak akan tinggalkan saya. Saya tahu Arasy.."

Sampuk Amanda dengan nada tegas. Kedua-dua belah telapak tangannya memegang wajah Arasy membuatkan lelaki itu tersenyum kecil.

"Habis tu kenapa, yang?" Tanya Arasy lagi.

Amanda mencebik kecil. Wajah Arasy dipandang dengan pandangan sedih.

"Kalau kita dah ada anak, saya takut awak tak sayang saya lagi dah"

Arasy ketawa besar apabila mendengar jawapan yang keluar dari mulut Amanda. Amanda mencebik geram. Dia memeluk tubuh memandang Arasy tajam. Sakit hati betul cakap dengan orang tua ni!

"Saya tetap akan sayangkan awak Amanda. Awak cinta pertama saya dan sentiasa jadi yang pertama selamanya. Walaupun kita ada anak, kasih dan sayang saya pada awak tak akan berubah. Kasih dan sayang saya pada anak kita hanya berdasarkan kasih seorang ayah. Kasih dan sayang saya pada awak adalah cinta yang ikhlas. Cinta dan sayang seorang suami pada seorang isteri." Ujar Arasy jujur. Amnada sekadar mendiamkan diri.

"Walaupun nanti kita ada anak seramai pasukan bola sekalipun, cinta saya pada awak mesti sentiasa satu tangga lebih tinggi dari cinta saya pada anak-anak kita. Walaupun nanti kita dah dapat baby yang comel-comel, saya masih mahukan baby girl saya yang sorang ni. Awak akan sentiasa jadi baby girl saya, Amanda." Ujar Arasy sebelum umbun-umbun isterinya dicium. Lantas Amanda memeluk tubuh suaminya erat.

"Awak tahu tak saya takut sangat bila Kak Mira cakap saya akan mengandung nanti. Saya tengok dia yang kuat tu pun macam terseksa, kalau saya yang kecil ni mesti dah tumbang." Balas Amanda mengadu. Dia masih memeluk tubuh Arasy erat. wajahnya disembunyikan di dada bidang Arasy. Malu!

"Ala, kalau awak mengandung sekali pun saya akan pastikan awak tak akan terseksa seorang diri. Saya akan sentiasa pegang tangan awak. Saya tak akan lepaskan awak. Saya nak dapat awak bukan main susah tau, tiba-tiba saya nak lepaskan awak? Jangan harap!" Balas Arasy sambil mengetatkan pelukannya.

"Kenapa awak balik lambat hari ni?" Tanya Amanda ingin tahu.

Sudah seminggu Arasy masuk kerja. Katanya ada sesuatu yang perlu dia selesaikan. Biasanya lelaki itu akan pulang pada sebelum pukul 9. Hari ini pukul 11 malam barulah nampak batang hidung suaminya. Isteri mana yang tak risau. Baru seminggu berkahwin suami dah buat hal.

"Saya ada urusan penting tadi. Saya kena selesaikan perkara tu malam ni jugak."

Amanda melonggarkan pelukan. Wajah suaminya dipandang tajam.

"Kerja tu penting atau saya?"

Arasy ketawa kecil. Aduhai, hilang penatnya apabila melihat wajah monyok Amanda. Pipi pau isterinya dicubit geram.

"Sebab awak lagi penting dari kerja tu saya nak siapkan kerja tu cepat-cepat." Balas Arasy lagi.

Amanda mengerutkan dahinya. Wajah Arasy dipandang untuk meminta penjelasan.

"Saya tak faham lah Arasy.." Amanda mula merengek.

"I'm free. Jom kita pergi honeymoon."
Amanda membuntangkan matanya.

"Honeymoon? Dekat mana? Bila?" Tanya Amanda teruja. Lengan Arasy digoyangkan perlahan-lahan. Arasy berfikir sejenak. Dia mula mendekati Amanda lalu dia berbisik sesuatu di telinga isterinya.

"Secret."

Amanda membulatkan matanya memandang Arasy tajam. Arasy seakan-akan mahu mempermaikan dirinya. Arasy tersenyum bahagia. Dia mula melangkah masuk ke dalam bilik apabila melihat wajah comel Amanda yang sudah bertukar hijau. Sikit masa lagi jadi hulk. Baik dia lari.

"Arasy!"

Arasy di dalam bilik mengekek ketawa.

"Masuk cepat sayang. Lama-lama dekat luar tu bahaya. Takut ada hantu!" Usik Arasy dengan ketawa yang masih tersisa. Amanda mencebik kecil. Seketika kemudian bibirnya menguntum senyuman. Bahagia!

Bersambung!

16/06/2022

•Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lovers ✨

•Remember : What you give is what you will get back! Have fun! ✨

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top