Tuan Arasy | 40
"Again, a great team effort to create the win!"
Inspektor Badrul seakan-akan teragak-agak untuk melangkah masuk ke dalam bilik yang berpendingin hawa itu. Tubuhnya sedikit segar apabila melangkah masuk ke dalam bilik yang begitu nyaman dan sejuk pada pendapatnya. Anak matanya tertumpu pada seorang lelaki muda yang kelihatan bersahaja duduk di salah satu sofa di tengah-tengah bilik itu sambil memandangnya.
Lelaki yang menjemputnya ke sini mula melangkah mendekati lelaki muda itu. Pada pemikirannya, lelaki muda itu adalah 'boss' kepada lelaki yang menjemputnya di rumahnya sebentar tadi.
"Have a sit."
Lelaki itu kemudiannya perlahan-lahan melangkah ke arah sofa yang tersusun cantik di sudut itu. Punggungnya dilabuhkan di suatu sofa berhadapan dengan lelaki muda itu. Matanya dikecilkan untuk mengecam siapakah lelaki muda di hadapannya itu tapi tiada satu pun ingatannya terhadap lelaki itu.
"Coffee or Tea?"
Lelaki muda itu mempelawa lagi.
"Coffee." Jawabnya pendek.
"Zynn."
Lelaki yang berdiri di sebelah lelaki muda itu menganggukkan kepalanya perlahan. Earpiece di telinganya ditekan.
"Suria, Coffee please..."
Suasana di bilik itu kembali tegang. Inspektor Badrul memandang sekeliling. Ruangan itu merupakan suatu bilik sederhana besar yang hanya mempunyai satu set sofa dan beberapa buah rak buku di sebelah kanan. Di sebelah kirinya pula terdapat sebuah tingkap kaca yang cukup besar sehingga dia mampu melihat pokok-pokok yang menjulang tinggi di luar itu.
Wajah lelaki muda itu dipandang lama. Siapakah lelaki itu dan apa yang lelaki itu mahukan darinya? Dia sendiri masih terkejut apabila terdapat beberapa orang lelaki berpakaian serba hitam di hadapan rumahnya tadi. Entah mengapa dia bagaikan terpukau sehingga dia menuruti permintaan lelaki yang bernama Zynn itu ke sini. Ke sebuah bangunan yang serba hitam di hujung kota.
Suasana di bilik itu kembali ceria apabila seorang perempuan muda melangkah masuk ke dalam bilik itu sambil menatang sebuah dulang yang berisi tiga buah cawan berisi air kopi.
Cawan itu kemudiannya diletakkan ke atas meja. Seketika kemudian, perempuan muda itu melangkah keluar setelah senyuman manis diukir untuk semua lelaki di bilik itu.
"Siapa kau? Kenapa kau suruh budak-budak kau cari aku dekat rumah?" Tanya Inspektor Badrul tanpa berselindung. Tajam sahaja matanya merenung lelaki muda di hadapannya itu. Arasy tersenyum kecil apabila melihat wajah tegang lelaki bergelar inspektor di hadapannya itu.
"Arasy. Arasy Naufal Tan Sri Mukhriz."
Inspektor Badrul mengerutkan keningnya. Nama itu seakan-akan tidak asing di pendengarannya. Tapi wajah lelaki itu tidak pernah muncul di memorinya saat ini. Arasy tersenyum kecil apabila lelaki itu bagaikan masih keliru tentang identitinya.
"Arasy The Great Young Racer. Pembunuh kawan baik sendiri. 7 Tahun yang lepas."
Selafaz ayat itu keluar dari mulut Arasy membuatkan inspektor muda itu tergaman.
"Jadi kau lah... Arasy?"
Arasy menganggukkan kepalanya perlahan.
"Ye. Aku Arasy. Lelaki yang bunuh kawan baik dia sendiri."
Inspektor Badrul terkedu.
"Kau... Me..memang bu..bunuh ka..kawan kau sendiri ke?"
Inspektor Badrul bertanya lagi dengan suara yang sedikit gagap.
Arasy memandang Inspektor Badrul lama. Adakah lelaki itu takut dengannya. Seketika kemudian Arasy tersenyum sinis. Manusia!
"Kalau itu yang kau percaya. Terpulanglah."
Inspektor Badrul terdiam lagi. Dia menarik nafas panjang. Lelaki di hadapannya dipandang lama. Semakin lama dia di situ, dia bagaikan mula mengetahui taktik sebenar Arasy membawanya ke sini.
"Kau bawa aku datang sini sebab kau nak buka balik kes tu kan?"
Arasy mengangguk perlahan.
"Baguslah kalau kau dah faham kenapa anak buah aku bawa kau datang sini. Memang itu tujuan aku yang sebenarnya." Balas Arasy lagi.
Inspektor Badrul menyandarkan tubuhnya di sofa itu sebelum dia mengeluh kecil.
"Kes tu dah lama tutup. Aku tak yakin yang aku boleh buka balik kes tu."
Arasy tersenyum lagi. Zynn yang duduk di sebelahnya dikerling sekilas.
"Kau mesti boleh. Aku tahu kau bukan calang-calang orang. Aku tahu kau hebat. Aku tahu kau mesti ada cara untuk buka balik kes tu."
Inspektor Badrul mengeluh kecil.
"Kenapa mesti aku?"
"Sebab aku percayakan kau."
Inspektor Badrul tersenyum sinis.
"Kau dan aku tak pernah berjumpa. Kita tak pernah kenal. Tak kan semudah tu kau nak percayakan aku?"
Arasy masih tidak lekang dengan senyuman di bibirnya. Kepalanya dikalihkan ke arah Zynn di sebelahnya. Pantas sahaja lelaki itu menghulurkan ipad yang dipegang pada Arasy.
"Muhammad Badrul Iskandar Tan Sri Jaafar. Aku tahu kau anak kepada pemilik syarikat perkapalan yang terkemuka di Dubai. Jaafar Agency. Aku tahu kau seorang yang bijak dan tangkas. Aku tahu kau boleh dipercayai."
Inspektor Badrul memandang Arasy tajam. Bukan calang-calang orang yang mengetahui identitinya yang sebenarnya itu.
"Kalau diikutkan pengiraan aku, berapa sen sangatlah kau dapat bila kau pegang jawatan inspektor tu. Kau boleh kaut berjuta-juta keuntungan dalam masa sehari bila kau ambil alih syarikat Tan Sri Jaafar. Tapi kau tak nak. Kau tak nak sebab kau ada prinsip kau yang tersendiri. Kau nak tegakkan keadilan sebagai seorang polis." Balas Arasy lagi. Inspektor Badrul mengeluh kecil.
Setiap butir kata yang keluar dari mulut Arasy benar belaka. Dia mempunyai prinsipnya sendiri. Prinsip untuk menegakkan keadilan.
"Jadi kau nak aku buat apa sekarang?"
"Buka balik kes tu."
Inspektor Badrul menggelengkan kepalanya perlahan.
"Impossible. Aku dah banyak kali cuba untuk buka kes tu tapi aku tak mampu. Kes tu satu-satunya kes pelik yang pernah aku jumpa. Kes tu juga satu-satunya kes yang meninggalkan impact yang besar buat semua rakyat Malaysia." Ujar Inspektor Badrul penuh yakin.
"Kau bayangkan seorang pelumba kereta terkenal meninggal dunia kerana accident. Punca kematian kerana brek kereta dipotong. Tapi masalahnya yang sekarang adalah, siapa yang buat semua tu? Apa motif dia." Balas Badrul penuh emosi.
Berita kematian Khairul Adha menjadi bualan masyarakat kerana lelaki itu meninggal dunia kerana memandu kereta kawan baiknya sendiri. Arasy dituduh membunuh kawan baiknnya sendiri.
"Ghost berdendam dengan aku. Adha cuma kambing hitam." Balas Arasy pendek.
"Ghost?" Badrul tayang wajah pelik.
"Siapa ghost?"
"Orang yang cuba bunuh aku. Orang yang potong brek kereta lumba aku. Dia bagaikan hantu. Dah bertahun-tahun aku cari dia tapi masih tak jumpa." Balas Arasy lemah. Badrul menganggukkan kepalanya perlahan.
"Entah-entah ghost tu dah larikan diri?" Badrul mula membuat andaian. Arasy ketawa sinis.
"Dia tak pergi ke mana-mana."
"Apa maksud kau?" Tanya Inspektor Badrul lagi.
"Dia pernah cuba bunuh aku dengan cara yang sama bulan lepas."
"Hah?!"
Inspektor Badrul tergaman.
Amanda mengacau minuman hazelnut latte iced yang dibelinya sebelum disedut perlahan menggunakan straw. Pandangannya dihalakan ke arah Raisya yang seakan-akan serabut di hadapannya itu.
"Awak kenapa ni, Raisya? Awak nampak stress je. Why?"
Amanda mula bertanya setelah beberapa minit memerhati kelakuan Raisya yang seakan-akan gelisah.
Raisya memandang Amanda seketika sebelum gadis itu mengeluh kasar.
"Aku stress."
"Why?"
Amanda bertanya lagi. Raisya mengeluh kasar.
"Apa yang kau rasa bila mama dan papa kau paksa kau kahwin dengan lelaki yang kau tak suka?"
Amanda berfikir sejenak sebelum menjawab soalan Raisya. Dia bagaikan ingin membunuh diri ketika mama dan papanya mahu menjodohkan dia dengan Zarif suatu ketika dahulu.
"Rasa nak mati kut..." Jawab Amanda serba salah. Raisya anggukkan kepalanya.
"Macam tu lah perasaan aku sekarang. Mummy dan daddy aku paksa aku kahwin dengan Wafiy. Aku tak nak. Baik aku mati je daripada kahwin dengan Wafiy!" Balas Raisya penuh emosi.
"Kenapa? Wafiy tu baik je. Dia tak sombong dan dia pun nampak penyayang. Apa yang paling penting, dia bukan playboy." Balas Amanda lagi.
Walaupun dia baru mengenali Wafiy dalam satu jangka masa yang pendek, dia nampak lelaki itu seorang lelaki yang bertanggungjawab. Lelaki itu juga kelihatan cukup penyayang. Lihat sahaja kerisauan yang terpancar di wajah lelaki itu sewaktu Arasy kemalangan. Lelaki itu cukup menyayangi Arasy.
Raisya tersenyum hambar.
"Hubungan aku dan Wafiy tak pernah elok. Dari aku kecil, ada saja yang tak kena pada Wafiy bila nampak aku. Dia macam selalu cari salah aku. Aku cuba untuk dekati dia tapi entahlah..."
Raisya mengeluh kecil.
"Aku tak pernah berjaya untuk pujuk Wafiy. Tak pernah." Raisya tersenyum kelat. Amanda mengerutkan dahinya. Biar betul?
"Kenapa Wafiy tak suka awak?"
Raisya mengangkat bahu. Air minumannya disedut perlahan. Amanda mengerut dahi.
"Entahlah. Aku rasa macam layanan Wafiy pada aku dan layanan Wafiy pada cousins aku yang lain macam berbeza. Wafiy macam bencikan aku. Semua yang aku buat semua tak kena. Sampai aku dah naik fade up nak dekat dengan dia. Aku dah malas nak masuk campur hal dia. Aku malas nak pandang muka dia." Balas Raisya penuh benci. Amanda menganggukkan kepalanya tanda faham.
"Bila aku buat hal selepas Adha meninggal, dia makin bencikan aku. Yelah, aku clubbing. Aku pakai baju ketat. Aku makin liar. Aku menari dengan jantan. Mungkin.... dia dah jijik nak pandang muka aku."
Raisya menundukkan kepalanya. Amanda terdiam. Mulutnya terkunci seketika.
"Aku sedar, Amanda. Aku tak layak bergandingan dengan Wafiy. Wafiy terlampau baik untuk aku, Amanda. Aku perempuan yang tak layak untuk lelaki sebaik dia. Aku tak layak. Isk.. Isk.. Isk.."
Raisya mula teresak-esak dengan tangisan. Amanda sekadar menggengam tangan Raisya untuk memberi kekuatan untuk wanita itu. Mungkin Raisya mula sedar bahawa dirinya sudah jauh terpesong.
"Aku pelik lah Amanda.." Raisya bersuara setelah tangisannya mula mereda.
"Pelik apa?"
"Kenapa Wafiy terima cadangan nenda untuk kahwin dengan aku? Aku tak layak untuk dia. Dia mampu cari wanita yang sempurna. Kenapa dia pilih aku?"
Pertanyaan Raisya hanya tergantung tanpa jawapan apabila Amanda mengunci mulut.
"Biarlah. Aku tak sepatutnya bebankan bakal pengantin yang dah nak kahwin dengan masalah aku. Sorry.."
Raisya memohon maaf sambil memandang Amanda dengan pandangan penuh makna. Amanda menggelengkan kepalanya perlahan.
"Mana ada beban. Awak kan kawan saya." Ujar Amanda ikhlas. Raisya tersenyum kecil.
"So, dah ready nak jadi Mrs. Arasy?"
Amanda tersenyum malu apabila mendengar soalan Raisya. Kepalanya dijatuhkan perlahan-lahan. Raisya ketawa kecil apabila melihat kelakuan Amanda.
'Malu-malu kucing!' Guman Raisya dihati apabila melihat tingkah laku Amanda.
"Raisya..."
Raisya menjongket keningnya.
"Apa?"
"Kenapa tempat tu ditutup?" Tanya Amanda sambil menjuihkan mulutnya ke arah sebuah tapak yang dikelilingi dengan pagar zink berwarna biru. Di dalam pagar itu terdapat sebuah bangunan 12 tingkat yang dibiarkan tanpa penghuni.
Raisya turut memandang ke arah sebuah bangunan yang dikelilingi dengan pagar zink berwarna biru di seberang jalan itu. Tapak itu berada di hadapan Cafe yang mereka singgah ini.
"Bangunan tu dulu sebuah syarikat pembangunan yang terkenal. Apa erk nama dia..." Raisya berfikir sejenak. Amanda dengan sabar menunggu.
"Dig... Digma holding kalau tak silap aku."
Amanda mengerutkan dahinya.
'Digma Holding?'
"Kalau syarikat ni terkenal macam mana boleh terbiar macam tu?"
"Sebab syarikat tu diisytiharkan bankrupt."
"Hah bankrupt?"
Raisya anggukkan kepalanya apabila melihat wajah terkejut Amanda.
"Dengar cerita syarikat tu mula bankrupt sejak salah satu projek pembangunan yang syarikat tu take over, runtuh. Sejak tu press keluarkan berita syarikat tu guna bahan murah dan tak elok bila salah satu bangunan di Grand Valley runtuh. Kau ingat kan cerita tu?" Tanya Raisya lagi.
Amanda menganggukkan kepalanya pantas.
Berita runtuhnya salah satu bangunan di Grand Valley iaitu satu bangunan perumahan mewah suatu ketika dahulu memang menggemparkan seluruh rakyat Malaysia. Mujur sahaja kejadian itu tiada korban kerana bangunan itu baru sahaja diperkenalkan.
"Bila press keluarkan berita tu, banyak hartanah yang dah tak nak bekerjasama dengan Digma Holding. Bila Digma Holding disahkan bankrupt, pengarah dia sakit jantung dan meninggal tiga hari selepas tu. Isteri dia pun meninggal dunia sebulan selepas suami dia meninggal. Kalau tak silap, isteri dia meninggal sebab jatuh sakit. Biasalah, syarikat bankrupt, suami meninggal. Isteri mana yang kuat kan, nak hadap semua tu."
Amanda menganggukkan kepalanya perlahan. Dia menyokong kata-kata Raisya.
"Dia orang tak ada anak?"
Soalan yang keluar dari mulut Amanda membuatkan Raisya berfikir sejenak.
"Entahlah. Aku tak pasti. Rasanya tak ada kut. Sebab tak ada sesiapa pun yang pernah nampak wajah anak dia orang. Kalau dia orang ada anak, mesti press dah tunjuk muka anak dia orang kan?"
Raisya mula membuat andainnya sendiri. Amanda menganggukkan kepalanya perlahan.
'Betul lah tu.' Air minumannya disedut perlahan-lahan.
Bersambung!
•16/04/2022
•Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lover✨
• Remember : What you give is what you will get back! Have Fun!✨
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top