Tuan Arasy | 38

"Pressure is what you feel when you don't know what's going on."

Arasy memandang wajah ceria Amanda di sebelahnya dengan wajah pelik. Gadis itu hanya tersengih sambil menunjukkan symbol 'piece'. Arasy menggelengkan kepalanya perlahan. Pintu mewah butik pengantin di hadapannya dipandang lama.

"Amanda.."

"Ye Arasy." Jawab Amanda ceria.

"Kita silap tempat ke, Amanda?" Soal Arasy tanpa memandang Amanda. Matanya masih lagi memandang pintu masuk butik pengantin di hadapannya itu. Amanda geleng kepala tanpa memandang Arasy.

"Tak. Kita tak silap tempat. Majlis kahwin kita akan guna khidmat RaiHa Caterer & Bridal." Balas Amanda dengan yakin.


"Tahu kan siapa founder butik ni?" Tanya Arasy inginkan kepastian.
Dia tak mahu berlaku sebarang pergaduhan setelah ini.

Masalah yang menimpa Wafiy dan Raisya juga tidak kunjung selesai. Wafiy sudah mula menjauh dari keluarga. Menyendiri dari nenda. Mungkin lelaki itu terasa dengan nenda. Wafiy merasakan nenda tidak mempercayai dirinya. Jadi dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Dia tidak mahu Amanda dan Raisya bergaduh jika bertemu nanti.

Amanda ukir senyum. Arasy masih tidak mengetahui bahawa hubungan dia dan Raisya sudah berbaik. Dia sengaja merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan Arasy.

"Tahu. Cousin awak, si Raisya tu."

"Kalau tahu kenapa cari pasal?" Tanya Arasy sambil mengetap bibirnya perlahan.

Jazmy yang sedari tadi sibuk menunggu mula mengeluh kasar. Dia tidak kesah tentang majlis perkahwinan majikannya itu tapi dia perlu turut berada di sini sebagai seorang setiausaha yang bagus. Nak dapat bonus lebih katakan.

Tapi masalahnya, sampai bila Tuan Arasy dan Amanda mahu berdiri sahaja di sini? Tidak lenguh ke kaki mereka? Dia yang dari tadi berdiri di sini pula letih. Kalau dah jumpa perancang perkahwinan, masuk sajalah. Tak payah nak bising-bising. Haisy! Nak kahwin pun payah!

Zynn disebelah dikerling. Lelaki itu seperti biasa. Tenang seperti selalu. Zynn angkat kening apabila Jazmy memandangnya dengan riak tidak puas hati. Jazmy sekadar mengeluh kasar membuatkan Zynn kebingungan. Period ke apa ni? Emosional semacam je!

"Mana ada saya cari pasal." Amanda bercekak pinggang apabila lelaki itu bagaikan mencari salahnya. Tajam sahaja anak matanya merenung Arasy saat ini. Arasy ketawa kecil. Amanda nampak terlampau comel di matanya saat ini.

"Ni butik Raisya tau."

"Saya tahu lah!" Marah Amanda kegeraman apabila soalan yang sama diulang lagi. Arasy garu kepala.

Seketika kemudian, pergaduhan mulut mereka berhenti sebaik sahaja pintu butik terbuka. Seorang gadis muda melangkah keluar dari butik itu dengan wajah bengang.

"Korang nak datang tempah baju ke nak gaduh? Wei, kau jadi tak nak hire aku sebagai weeding planer kau? Kau jangan cakap tak jadi. Aku lepuk kau kejap lagi. Aku dah kosongkan waktu aku untuk korang berdua tau. Jangan cakap tak jadi!" Bebel Raisya sambil memeluk tubuh memandang Amanda dan Arasy silih berganti.

Amanda sekadar tersengih manakala Arasy kelu untuk berbicara.

"Jadi. Jom teman aku pilih baju. Tak sabarnya nak kahwin..."

Amanda mula berjalan kea rah Raisya dengan wajah ceria. Tangannya mula memeluk bahu Raisya yang jauh lebih tinggi darinya. Dia pula yang terpaksa berjinjit-jinjit untuk menyamaai ketinggian Raisya.

"Menyampah aku!" Balas Raisya menyampah tapi gadis itu tetap berjalan sambil dipeluk Amanda ke dalam butiknya.

Arasy yang masih berdiri kaku di luar butik itu, tergaman. Zynn dan Jazmy mula mendekati Arasy lalu berdiri di sebelah majikannya itu. Mereka turut mempamerkan wajah keliru seperti Arasy saat ini.

"Sejak bila baby girl Tuan rapat dengan dengan Cik Raisya?" Tanya Jazmy dengan wajah pelik. Arasy mengangkat bahu. Seketika kemudian, Amanda kembali mendekatinya dengan wajah geram.

"Arasy.....!" Rengek Amanda manja apabila Arasy masih kaku di situ.

"Ye, ye. I'm coming." Sahut Arasy dengan senyuman kekok.

Arasy memandang Amanda di sebelahnya dengan seribu satu persoalan. Gadis itu kelihata begitu riang memandang gambar baju-baju pengantin rekaan Raisya di catalog yang dipegangnya. Raisya juga kelihatan ramah melayan kerenah Amanda dalam memilih baju pengantin untuk dirinya.

"Arghh! Pening!" Jerit Amanda tiba-tiba membuatkan Arasy tersentak. Raisya menggelengkan kepalanya perlahan apabila melihat perangai tak semegah Amanda. Tak senonoh betul!

"Kenapa ni?" Tanya Arasy lembut, memujuk.

Amanda tayang wajah sedih.

"Pening. Semua baju ni nampak cantik dan lawa. Tak tahu nak pilih yang mana satu. Pening!" Rengek Amanda manja. Arasy ketawa kecil apabila melihat wajah penat Amanda. Bagaikan dia bekerja sebagai buruh binaan sahaja penatnya.

Raisya pandang Amanda dan Arasy dengan satu perasaan sebak yang mencengkam dada. Layanan Arasy terhadap Amanda bagaikan mengingatkan dia pada Adha. Jadi benarlah kata Amanda padanya sebelum ini. Layanan Arasy terlampau seiras dengan Adha. Mengapa dia tak pernah perasaan akan perkara itu?

Walaupun layanan dan gaya Arasy seakan-akan Adha. Arasy tetap bukan Adha. Tiada seorang pun lelaki yang mampu menandingi Adha. lelaki itu seakan-akan terlalu sempurna untuk dirinya. Tiada seorang pun lelaki yang mampu kalahkan Adha yang sudah bertakhta di hatinya. Tiada...

"Raisy..."

"Apa?" Tanya Raisya malas.

"Tak tahu nak pilih baju yang mana." Balas Amanda merengek.

Raisya menggelengkan kepalanya perlahan. Seketika kemudian dia teringatkan sesuatu. Pandangannya jatuh ke arah satu busana pengantin lelaki dan perempuan yang dipakai oleh dua mannequin yang berlainan jantina.

"Manda, kejap ye." Ujar Raisya meminta diri. Amanda mengangguk tanpa memandang ke arah Raisya. Tangannya sibuk membelek katalog yang dipegang sedari tadi.

Raisya berhenti di hadapan satu almari kaca yang kelihatan begitu berbeza dari almari-almari yang terdapat di butiknya itu. Almari itu berwarna silver dan kelihatan terlalu elegan. Almari itu hanya memuatkan satu set pakaian pengantin lelaki dan perempuan. Almari itu juga kelihatan mewah apabila ada system pengimbas untuk membuka almari tersebut.

Busana berwarna putih mutiara itu dipandang lama. Dia sayangkan busana itu. Set busana pengantin itu adalah busana yang dia cipta khas untuk dirinya. Walaupun setelah tujuh tahun berlalu, baju itu masih kelihatan seperti baru. Baju itu sentiasa dijaga rapi agar tidak ditelan waktu. Sudah ramai pasangan pengantin yang datang ke butiknya mahukan busana itu.

Permintaan untuk busana itu terlampau tinggi sehinggakan ada pelanggan dari golongan Puan Sri dan Tengku yang mahu membeli busana itu dengan harga dua juta ringgit untuk anak perempuan mereka yang akan berkahwin tetapi hati Raisya masih utuh. Dia tidak akan goyah dengan duit.

Busana itu satu-satunya kenangan dia dengan arwah Adha. Adha sanggup menemaninya menyiapkan design untuk busana itu semalaman. Lelaki itu setia menemaninya walaupun dengan hanya melihat tanpa bersuara. Dia perlukan ketenangan untuk mencipta design baharu.

Adha seorang lelaki yang cukup sabar melayannya. Dia tak pernah mengeluh bosan dan mengadu letih apabila waktu rehatnya dikorbankan semata-mata mahu menemaninya sepanjang malam. Padahal lelaki itu cukup letih dengan latihan yang lelaki itu jalani pada waktu siang.

Busana itu bukti kasih dan cinta mereka. Cukup payah untuk Raisya melepaskan busana itu pergi menjauh darinya. Tapi dia sudah berjanji dengan Adha. Dia akan teruskan hidup tanpa berpaling ke belakang lagi. Dia sudah berjanji demi kebaikan mereka berdua.

"Amanda.."

Amanda angkat muka. Raisya yang berdiri tidak jauh dari tempat dia duduk dipandang pelik.

"Kenapa?"

"Kau datang sini kejap. Ajak sekali baby boo kau tu." Balas Raisya dengan wajah jengkel. Amanda tersengih sebelum dia berjalan ke arah Raisya bersama Arasy. Bulat matanya sebaik terpandang busana yang terlampau cantik yang terdapat di almari mewah itu.

"Cantiknya.." Tangan Amanda cuba membuka pintu almari kaca itu tapi tidak berjaya. Amanda pandang Raisya pelik.

"Kenapa tak boleh buka?"

"Kau tak nampak scanner tu?" Tanya Raisya bosan sambil menjuihkan mulutnya ke arah kotak pengimbas berwarna hitam yang terdapat di bawah pemegang almari itu. Amanda tersengih dengan riak tidak bersalah.

"Kenapa almari ni ada scanner? Almari lain tak ada." Tanya Amanda sambil memandang sekeliling.

"Sebab baju tu terlalu istimewa untuk aku."

Jawapan Raisya membuatkan Amanda mengerut dahi. Busana pengantin itu dipandang lama untuk mencari jawapan tapi dia masih tidak dapat memahami maksud di sebalik jawapan Raisya.

Arasy pandang wajah kosong Raisya dengan riak wajah bersalah. Dia tahu busana itu busana yang direka Raisya untuk majlis pernikahan gadis itu dengan arwah Adha. Adha pernah menunjukkan gambar mereka berdua memakai busana itu kepadanya. Jelas ceria riak wajah Adha saat itu. Tapi takdir tidak memihak kepada mereka berdua.

"Tak faham lah.." Rengek Amanda manja. Wajah Raisya dipandang untuk meminta jawapan. Dia sudah malas mahu berteka-teki. Penat!

"Busana pengantin aku dan Adha."
Amanda menggigit bibirnya perlahan. Aduh, tersilap tanya lah pula!
Arasy pandang Amanda yang kelihatan serba salah. Adakah gadis itu sudah mengetahui hubungan Raisya dengan Adha?

"Sofea!"

Seorang pekerja perempuan yang masih muda melangkah mendekati majikannya setelah namanya dipanggil. Dia menunduk hormat apabila dia sudah mendekati majikannya.

"Bawakan Gold Card saya."

Sofea kelihatan terkejut apabila mendengar arahan Raisya.

"Gold Card almari ni?" Tanya Sofea teragak-agak. Jarinya ditunding ke arah almari yang menempatkan busana pengantin yang terlalu istimewa bagi Raisya.

Raisya pandang Sofea tajam.

"Sejak bila awak lembab ni Sofea Farhana? Saya cakap Gold Card tadi kan? Banyak sangat ke Gold Card dalam butik ni?" Tanya Raisya sambil bercekak pinggang memandang setiausahanya itu. Sofea tersengih kecil. Kepalanya digaru perlahan sebelum gadis itu mula beredar.

Seketika kemudian, Sofea kembali dengan sekeping kad berwarna kuning keemasan. Kad tersebut diimbas di alat pengimbas yang terdapat di almari itu. Amanda memandang Raisya kagum apabila pintu almari itu terbuka secara automatic apabila kad itu diimbas pada alat pengimbas.

"Cubalah."

Amanda pandang Raisya dengan riak wajah terkejut.

"Tapi tu baju pengantin awak, Raisya." Ujar Amanda teragak-agak. Raisya tersenyum nipis.

"Aku terlampau sayangkan baju tu Amanda. Tapi aku dah janji dengan diri aku. Aku nak move on. Move on tak bermakna aku lupakan arwah Adha. Tapi aku berusaha untuk hidup dengan lebih tenang. Sayanglah kalau aku jual baju tu pada orang lain? Baju tu aku reka bersama Adha. Sekarang Adha dah tak ada. Tak mungkin aku akan pakai baju tu." Ujar Raisya sebelum mengeluh lemah. Amanda mula berubah riak. Riak wajah sedih dia tunjukkan.

"Aku rela baju tu jadi milik kau. Anggap saja baju tu hadiah dari aku dan arwah Adha untuk perkahwinan kau dan Arasy. Lagipun aku bagi baju tu pada kau. Kalau aku rindu, aku boleh jumpa kau untuk tengok baju tu. Betul kan?" Tanya Raisya lagi. Amanda mengangguk setuju. Raisya tersenyum kecil sambil menepuk bahu Amanda perlahan.

"Kau dan Arasy try baju tu dulu. Baju tu ukuran aku, mesti besar sikit dengan kau yang kecil ni. Nanti kau beritahu aku bahagian mana yang besar, aku cuba kecilkan. Kalau Arasy aku rasa tak ada masalah sebab tubuh dia tak jauh beza dengan Adha." Ujar Raisya lagi. Amanda pandang Raisya penuh kasih. Gadis itu hanya tersenyum sebelum melangkah pergi dari situ.

Suasana di ruangan itu kembali sunyi. Baik Amanda mahupun Arasy mereka berdua tidak percaya dengan kenyataan yang keluar dari mulut Raisya sebentar tadi.

"Cik mesti orang yang istimewa untuk Cik Raisya kan?" Tanya Sofea tiba-tiba. Amanda tayang wajah pelik.

"Kenapa awak cakap macam ni?"

"Sebab baju ni tak pernah keluar dari almari ni kecuali untuk dibersihkan. Cik Raisya terlalu sayangkan baju ni. Cik Raisya siap letak scanner untuk buka almari ni sebab dia takut baju ni hilang kalau butik ni tiba-tiba dipecah masuk. Dah banyak kali pelanggan-pelanggan datang dari golongan bangsawan untuk membeli busana ni. Tapi Cik Raisya tolak. Hampir lima juta ringgit mereka tawarkan untuk satu busana ni, tapi Cik Raisya tak terima. Cik pasti insan yang Cik Raisya sayang." Ujar Sofea, gadis muda yang merupakan pekerja terlama di butik itu.

Amanda memandang Raisya yang sibuk di kaunter bersama dua orang pekerjanya yang lain. Dia nampak keikhlasan dalam hati gadis itu. Jiwa gadis itu semakin pulih setelah gadis itu menerima segala ketentuan yang terjadi.

"Saya bukan insan istimewa buat Cik Raisya. Tapi baju tu terlampau bermakna untuk cik Raisya sehinggakan dia tak mampu melepaskan baju itu kepada orang lain." Ujar Amanda sambil memandang busana berwarna putih Mutiara itu.

Sofea menggaru kepalanya perlahan apabila dia langsung tidak mengerti akan jawapan yang keluar dari mulut pelanggan perempuan itu.

"Jom saya tunjukkan bilik persalinan." Ajak Sofea ramah. Dia tak mahu melengahkan masa. Mahu mengamuk majikannya sebentar lagi. Amanda mengangguk perlahan. Dia dan Arasy kemudiannya berjalan mengikuti Sofea ke bilik persalinan.

Berbeza di situasi Zynn, lelaki itu seakan-akan tegang di kerusi menunggu. Anak matanya tajam memandang ke suatu arah. Jazmy yang sedang menghirup kopi menyiku Zynn sekilas.

"Kau kenapa?"

Zynn menggelengkan kepalanya perlahan. Cawan kopi pekat itu dicapai lalu disuakan ke mulut. Matanya masih lagi tajam memandang ke luar tingkap kaca itu. Seorang lelaki yang sedang memandang komputer riba di sebuah meja yang terletak di bahagian tengah pusat membeli belah itu dipandang lama. Siapakah lelaki itu?

Bersambung!

•14/04/2022

•Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lover✨

• Remember : What you give is what you will get back! Have Fun!✨

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top