Tuan Arasy | 37

"Letting go doesn't mean you forget about the person completely. It just means that you find a way of surviving without them."


Amanda memeluk tubuh sambil bersandar di kereta yang tersadai di bawah pokok di tepi jalan yang lenggang itu. Pandangannya terhala pada Raisya yang duduk di atas tikar di pusara Adha. Sengaja dia meninggalkan Raisya keseorangan di situ. Dia mahu memberi ruang dan peluang untuk Raisya berbual berdua dengan Adha.

Mungkin dia tidak sepatutnya menggunakan perkataan 'berbual' kerana Adha sudah tiada. Tetapi dia memberi peluang kepada Raisya untuk meluahkan isi hatinya kepada lelaki yang dia sayangi. Dia tahu semenjak Adha dikebumikan, Raisya hanya datang melawat pusara arwah abangnya hanya sekali. Iaitu sewaktu majlis pengebumian Adha.

Dia tahu Raisya bukan berniat untuk melupakan Adha tetapi gadis itu masih takut untuk mengakui bahawa dia tak mampu merelakan si kekasih hati pergi dari dunia ini. Jika seseorang yang kita suka berjauhan kerana sebab yang tertentu, hati kita sudah porak peranda kerana merindui si dia. Tapi bagaimana pula dengan hati seseorang yang merindui insan yang sudah tiada?

Insan yang dia tahu dia langsung tidak dapat menemui dan meratap wajah insan istimewa itu walaupun dia menangis sambil mengeluarkan air mata darah sekali pun. Semua itu langsung tiada erti. Insan istimewa itu langsung tidak akan kembali. Bertapa peritnya perasaan yang dikandung Raisya saat ini.

Raisya memandang pusara batu itu dengan perasaan sebak yang mencengkam dada. Air matanya tanpa salam dan izin, terus meluncur laju. Turun membasahi pipi putih mulusnya. Tangannya mula dibawa menekup mulut sebelum satu esakan kecil mula terhasil. Hatinya mula menangis lagi. Meratapi insan yang sudah pergi.

Setelah esakan kecil itu mula reda setelah beberapa minit, jari Raisya mula naik ke pipi. Di sapu lembut semua air mata yang hampir kering di pipinya. Senyuman nipis cuba diukir di bibir munggilnya. Dia mencuba untuk melenyapkan semua perasaan sedih agar dia mampu meluahkan semua isi hatinya dengan mudah pada insan istimewanya itu.

"Raisy datang.."

Tiada balasan atau sahutan apabila dia bersuara. Sunyi dan sahdu sahaja keadaannya kini.

"Kali ni kali kedua Raisy datang melawat sayang."

Suasana di situ senyap lagi. Hanya kicauan burung yang menghiasi suasana di pusara itu. Tangan Raisya mula naik menyentuh batu nisan yang tertera nama Adha.

'Khairul Adha Bin Khalid'

"Sayang sihat? Maafkan Raisy.."

Air matanya menitis lagi. Laju sahaja air matanya mengalir tanpa sempat dibendung. Raisya juga bertindak untuk membiarkan air matanya mengalir. Biarkan air matanya membawa keluar segala kesedihan yang terbuku di hatinya.

"Raisy pengecut. Raisy takut. Raisy tak mampu terima kenyataan yang sayang dah tak ada. Isk.. Isk.. Raisy tak mampu terima. Raisy takut. Raisy takut sangat... Isk.. Isk.. Sangat-sangat.. Isk.. Isk.."

Payah sekali Raisya menuturkan kata-katanya dengan esakan yang masih bersisa.

"Raisy tak mampu terima lelaki yang datang. Raisy tak mampu nak bercinta lagi. Raisy tak mampu menduakan sayang. Raisy tak mampu... Raisy sayang, sayang. Raisy cintakan sayang.. Isk.. Isk.."

Raisya teresak-esak lagi dengan tangisan. Hatinya pedih memendam rasa hati yang semakin menyesakkan dadanya. Raisya menepuk dadanya secara tiba-tiba.

"Sakit. Dekat sini sakit sangat, sayang.. Sangat-sangat..." Rintih Raisya lagi.
Kini hanya esakan kecil yang mula kedengaran.

"Raisy hidup dalam ketakutan. Raisy hidup dalam kesakitan. Raisy sakit, sayang. Sakit sangat merindui si dia yang tak pasti. Dada ni sakit sangat sayang.." Ujar Raisya mengadu bagaikan Adha di depan mata.

"Semua orang marahkan Raisy. Mummy dan daddy marahkan Raisy. Dia orang cakap tak guna Raisy menangis lagi, meratapi pemergiaan sayang sebab sayang tak akan hidup lagi walaupun Raisy menangis air mata darah sekali pun. Raisy tahu sayang tak akan kembali. Tapi Raisy tak mampu hidup gembira lagi. Raisy rindukan sayang.. Raisy rindukan sayang sangat-sangat.. Isk... Isk..."
Rintih Raisya lagi.

Batu nisan itu diusap lembut bagaikan dia mengusap pipi Adha. Jauh di dasar hatinya dia merindukan lelaki itu. Senyuman Adha, ketawa Adha, wajah tampan Adha, rengekan Adha. Apa yang pasti dia merindukan segalanya tentang Adha. Semuanya!

"Raisy benci nenda, Raisy benci Arasy. Bagi Raisy, sayang meninggal kerana dia orang. Kalau nenda tak jatuh sakit hari tu, sayang tak akan gantikan Arasy. Betul tak? Raisy bencikan Arasy sampai sekarang. Raisy benci bila tengok dia happy sedangkan Raisy merana. Raisy sakit hati bila nenda back up Arasy. Nenda cakap Raisy tak terima takdir. Raisy tak boleh fikir. Emosi Raisy terganggu. Dia orang boleh tenang lagi walaupun dia orang penyebab sayang pergi tinggalkan Raisy?" Tanya Raisya penuh emosi. Seketika kemudian, wajahnya sayu kembali.

"Raisy sedar. Raisy cetek ilmu agama. Semua tu qada dan qadar Allah swt. Tak patut Raisy salahkan nenda dan Arasy. Mereka tak bersalah. Mereka pun tak nak semua ni berlaku. Tapi entahlah, Raisy Cuma terkilan..."
Raisya menyambung kembali setelah beberapa minit menyepi.

"Raisy terkilan. Kalau lah Raisy tak pergi New York. Mesti Raisy dapat tengok Adha buat kali yang terakhir kan? Kenapa Raisy terima job tu? Kenapa Raisy bodoh sangat? Kenapa Raisy terlalu kejarkan dunia popular? Kenapa? Salah Raisy... Raisya minta maaf.. Isk.. Isk..."

Raisya teresak-esak lagi. Dirinya pula dipersalahkan saat ini.

"Sayang.." Raisya pandang batu nisan di hadapannya.

"Raisy tahu sayang tak mesti tak suka tengok Raisy sedih kan? Raisy tahu sayang mesti terluka bila tengok keadaan Raisy yang dah macam mayat hidup ni kan? Raisy tahu tapi entahlah.. Raisy rasa kosong. Raisy rasa sunyi tanpa sayang. Sunyi sangat..." Ujar Raisya meluahkan isi hatinya yang sudah semakin kosong.

"Amanda datang jumpa Raisy. Dia pujuk Raisy untuk mulakan hidup baru. Sejujurnya, Raisy tak nak. Raisy suka hidup macam ni. Tapi bila fikirkan mummy dan daddy yang sentiasa risaukan keadaan Raisy, Raisy jadi berubah fikiran. Raisy kesiankan dia orang. Tujuh tahun Raisy hidup seperti mayat hidup dan tujuh tahun juga mummy dan daddy pendam rasa sedih bila tengok keadaan Raisy macam ni.." Ujar Raisya dengan rasa terkilan. Dia kemudiannya menarik nafas panjang. Batu nisan itu dipandang lama dengan maksud yang tersirat.

"Izinkan Raisy cari bahagia Raisy."
Air matanya mengalir lagi tanpa dipinta.

"Raisy akan cuba buka hati Raisy untuk orang lain. Izinkan Raisy untuk miliki bahagia Raisy sendiri."
Raisya teresak-esak lagi. Hatinya sakit untuk merelakan perpisahan antara dia dan Adha walaupun mereka sudah mustahil untuk bersama lagi.

"Bila Raisy dah miliki insan lain, itu tak bermakna Raisy dah lupakan sayang. Nama sayang dah terpahat di suatu sudut yang istimewa di hati Raisy. Cinta Raisy pada sayang tak akan terbelah bagi. Tapi Raisy tahu, sayang pasti mahukan bahagia. Sayang pasti mahukan ketenangan. Pasti sayang tak tenang kan bila Raisy selalu merintih atas kematian sayang..."

"Raisy minta maaf.." Sambung Raisya lagi dengan air mata yang membasahi pipi. Selendang di kepalanya ditarik apabila selendang itu bagaikan jatuh apabila ditiup angin yang tiba-tiba kencang.

"Khairul Adha Bin Khalid, Raisy lepaskan sayang dengan rela hati. Terima kasih atas kenangan manis yang sayang bina untuk Raisy. Terima kasih untuk segalanya. Semoga kita jumpa di syurga nanti. Raisy sayangkan sayang, sangat-sangat!" Ucap Raisya penuh ikhlas.


Amanda pandang Raisya yang beriak wajah tenang di hadapannya saat ini. Wanita itu kelihatan lebih tenang dari sebelum ini. Dia tahu Raisya mula merelakan pemergiaan Adha. Lihat sahaja bengkak di mata gadis itu, cukup untuk menggambarkan betapa teruknya gadis itu menangis sebentar tadi.

"Lega dah?"

Amanda hulurkan air fresh orange kepada Raisya yang sedang membaiki solekan di mukanya yang sudah bercepuk kerana menangis sebentar tadi.

"Lega lah sikit." Balas Raisya pendek.
Tangannya sibuk mengoleskan lipmate di bibir munggilnya. Gadis itu menjawab tanpa memandang Amanda. Cermin kecil di compact powder ditangannya dipandang lama. Mungkin dia masih meneliti adakah solekan di wajahnya sudah sekata.

"Tak sangka awak girlfriend Adha. Tak pernah saya nampak awak dengan Adha sebelum ni." Balas Amanda sambil memandang wajah Raisya lama. Raisya tersenyum kecil.

"Aku dan Adha dah lama bercinta. Sejak kami di tingkatan 5. Tapi kau tahu sendiri lah, Adha tu racer. Dia ada ramai peminat yang dia kena jaga. Lagi pun dia tu baru je nak bina kerjaya. Aku tak nak disebabkan aku, kerjaya dia musnah. Jadi kami rahsiakan hubungan kami dari pengetahuan media. Hanya orang-orang tertentu sahaja yang tahu tentang hubungan kami." Balas Raisya lagi. Amanda mengangguk perlahan. Minumannya yang masih tidak terusik dicapai lalu disedut perlahan-lahan.

"Tapi semua ni salah aku juga.."
Amanda yang masih menyedut minuman mengangkat muka memandang Raisya yang sudah beriak sedih. Keningnya dijongket perlahan apabila melihat Raisya yang sudah mengeluh kecil sambil menyandarkan tubuhnya ke kerusi.

"Aku yang terlalu sibuk kejar dunia glamour. Aku buat alasan yang Adha masih baru dah dunia race dan aku cakap aku tak nak ganggu dia. Tapi semua tu salah aku. Aku takut job modelling aku tak ada bila semua orang tahu yang aku ni dah ada boyfriend. Salah aku, Amanda.." Keluh Raisya dengan perasaan menyesal.

Jika dia tidak terlalu mengejar dunia glamournya, dia pasti mempunyai banyak kenangan dengan Adha. Dia pasti boleh mencipta pelbagai memori indah dengan lelaki itu. Kalau lah dia dapat undurkan waktu, dia pasti tidak akan lepaskan masa yang ada untuk terus berada di samping Adha. Menemani dan menyokong lelaki itu mengejar minatnya yang mendalam terhadap dunia perlumbaan kereta.

"Awak tak salah lah Raisya. Saya tahu Adha pasti faham keadaan awak waktu tu. Saya kenal lah abang saya macam mana." Pujuk Amanda sambil memegang erat tangan Raisya. Raisya tersenyum nipis.

"Betul. Adha lelaki yang paling perhatian. Dia satu-satunya lelaki yang sanggup layan kerenah aku. Dia sanggup layan perangai gedik aku. Dia lelaki yang sanggup sabar bila hadap perangai keras kepala aku. Dia lelaki paling romantik yang pernah aku jumpa. Aku sayang dia, Manda. Aku terlalu sayangkan dia.." Ujar Raisya penuh perasaan. Amanda sekadar tersenyum. Dia biarkan sahaja Raisya meluahkan segala perasaan yang gadis itu pendam selama ini.

"Kau?"

Amanda jongket kening apabila mendengar soalan Raisya.

"Apa dia?"

"Kenapa kau boleh jatuh cinta pada Arasy?" Soal Raisya ingin tahu.

Setahunya, Arasy lelaki yang cukup kaku dan kayu. Lelaki itu terlampau skema di matanya sama seperti Wafiy. Arghh! Dia semakin sakit jiwa apabila terkenangkan sepupunya yang satu itu. Menyampah!

Bibir Amanda menguntum senyuman dengan spontan. Mendengar nama Arasy membuatkan hatinya berlagu riang tanpa sedar. Teringatkan wajah Arasy dan senyuman manis lelaki itu membuatkan hatinya melayang-layang. Sesungguhnya dia cukup menyanyangi lelaki itu sepenuh jiwanya.

"Hoi! Aku tanya ni!" Marah Raisya sambil menepuk lengan Amanda sederhana kuat. Amanda mencebik kecil. Lengan kirinya yang ditepuk Raisya tadi digosok kasar. Sakit nyah!

"Sakitlah! Awak ni memang perempuan lampir betul!" Marah Amanda sambil mengetap giginya, kegeraman. Raisya sekadar memandang Amanda dengan riak bosan. Malas dia mahu melayan Amanda.

"Habis aku tanya kau tak jawab, aku lempuk jelah!" Balas Raisya mudah. Amanda mencebik kecil.

"Cepatlah jawab soalan aku tadi. Kenapa kau suka Arasy?"

Amanda kembali mengukir senyuman.

"Sebab dia satu-satunya lelaki yang layan saya persis layanan Adha. Kehadiran Arasy membuatkan saya hilang rindu pada Adha. Tapi saya sedar, Arasy dan Adha adalah orang yang berbeza. Arasy ada kelebihan dan daya tarikannya yang tersendiri. Jadi saya terpikat dengan layanan dia dan cara dia tunjukkan perasaan dia pada saya." Balas Amanda penuh perasaan. Raisya mencebik kecil.

"Arasy yang skema macam tu kau suka? Kau buta ke Amanda?" Marah Raisya tiba-tiba. Amanda tersentak.

"Eh, eh. Awak nak mengamuk tiba-tiba ni dah kenapa? Suka hati saya lah nak suka siapa pun. Perasaan saya, hati saya. Awak sibuk kenapa?!" Bentak Amanda kegeraman. Darahnya mula mendidih jika melibatkan Arasy. Dia tak senggup mendengar Raisya mengutuk Arasy. Dia cintakan lelaki itu. Dia snaggup berjuang demi Arasy.

Amanda dan Raisya mula melangkah keluar dari café itu setelah hampir sejam mereka melepak di situ. Baru sahaja Amanda keluar dari café itu, dirinya dirempuh dari belakang.

"Ops! Sorry, miss.." Lelaki yang melanggarnya mula memohon maaf. Amanda mula mengangkat muka sebelum gadis itu menguntum senyuman setelah melihat wajah gelabah lelaki yang melanggarnya sebentar tadi.

"It okay. Saya tak apa-apa." Balas Amanda ikhlas. Lelaki tadi memohon maaf sekali lagi sebelum melangkah pergi dari situ.

Raisya memandang lelaki yang melanggar Amanda tadi dengan pandangan lama. Kepalanya dikerahkan untuk mengingati siapakah lelaki tadi. Entah mengapa dia seakan-akan pernah melihat lelaki itu di suatu tempat. Tapi dimana?

"Awak dah kenapa ni?"

"Aku macam pernah nampak dia."

"Siapa?" Tanya Amanda sambil memandang sekeliling.

"Lelaki yang langar kau tadi."

"Nampak dekat mana?" Tanya Amanda lagi. Raisya mengangkat bahu. Wajah itu tidak asing dari kepalanya. Dia seakan-akan pernah melihat wajah lelaki itu di suatu tempat. Tapi dia lupa di mana.

"Silap orang kut." Ujar Amanda menyedapkan hati Raisya.

"Maybe."

"Jom!" Ajak Amanda bersemangat. Raisya mengangguk perlahan. Mereka kembali melangkah.

Bersambung!

•11/04/2022

•Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lover✨

• Remember : What you give is what you will get back! Have Fun!✨

•Selamat menyambut bulan Ramadhan Arasy's Lovers! ✨

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top