Tuan Arasy | 35
"Release the truth that feels like a burden.
Or live a lie."
Amanda memandang Arasy yang kelihatan gelisah dengan racing suit berwarna merah yang dipakai saat ini. Amanda mula mendekati lelaki itu dengan senyuman di bibirnya. Dia tidak menyangka permintaannya untuk melihat Arasy kembali beraksi di litar lumba membuahkan hasil. Lelaki itu kini kelihatan gelisah tapi dia tahu lelaki itu turut teruja apabila minatnya yang satu itu disokong Amanda.
Baginya, Arasy tidak perlu takut untuk berlumba lagi. Lelaki itu hanya memerlukan sokongan. Arasy tidak perlu hidup dalam bayangan kematian Adha. Adha meninggal dunia kerana takdir. Jadi buat apa Arasy terus menyalahkan dirinya sendiri dengan berhenti berlumba? Mengapa harus menghukum diri sebegitu? Mengapa?
"Takut?"
Amanda menyoal sambil memandang wajah Arasy yang jauh lebih tinggi darinya. Lelaki itu seakan-akan gelisah.
"Nervous. Dah lama tak race." Balas Arasy pendek. Hanya senyuman nipis menghiasi bibirnya saat ini.
"Saya tahu awak boleh Arasy. Sampai bila awak nak hidup dalam ketakutan? Saya nak Arasy yang kuat. Arasy yang berani lawan rasa takut dia. Saya tahu kalau arwah Adha ada, dia mesti tak nak tengok awak hidup dalam keadaan macam ni. Awak faham kan maksud saya Arasy?" Soal Amanda lagi. Arasy mengangguk perlahan.
Sejujurnya dia masih yakin dengan kehebatan yang dimilikinya dalam bidang perlumbaan. Dia tahu dia mampu menjadi pelumba yang terbaik. Entah mengapa dirinya diselengbungi rasa takut. Dia tak mampu lagi memandang kereta kesayangannya. Baginya kereta itu sudah tidak bernilai. Kereta yang sering dia banggakan dulu mula menjadi kereta yang dibencinya.
Sehingga sekarang dia masih tidak membaiki kereta kesayangannya itu. Baginya kereta itu sudah tiada erti. Dia juga sudah meninggalkan sukan perlumbaan itu jadi mengapa kereta itu harus dibaiki? Biarlah kereta itu menjadi kenangan buruk sehingga saat itu.
"Ini kereta arwah Adha. Kereta kesayangan dia." Arasy menyentuh permukaan kereta lumba berwarna merah itu. Amanda menundukkan kepalanya perlahan.
"Ye. Saya tahu. Kereta ni kereta kesayangan arwah Adha."
"Kalaulah Adha naik kereta ni mesti.." Belum sempat Arasy bersuara Amanda menyampuk.
"Kenapa mesti bangkitkan isu ni?! Adha dah lama meninggal dunia. Kenapa perlu ungkit? Kesian Adha tak tenang dekat sana.." Amanda mula memujuk. Bahu Arasy digosok perlahan.
Arasy ukir senyuman nipis. Dia tahu Amanda cuba untuk membantunya menghilangkan trauma yang dia hadapi terhadap sukan kegemarannya yang sudah dia tinggalkan semenjak ketiadaan Adha.
"Arghh! Akhirnya kau terbuka hati nak race balik. Bosan tau aku bila kau menyepi selama ni. Kesian 'baby girl' aku duk tersadai je tak bergerak-gerak." Balas Ashraf dengan wajah teruja.
Lelaki itu turut berpakaian seperti Arasy. Malah, Ashraf kelihatan cukup tampan apabila memakai suit car racing sama seperti Arasy. Walaubagaimanapun, Ashraf tidak mampu menandingi kekacakan Arasy. Arasy sentiasa kacak dan bergaya di matanya tidak kira waktu di mata Amanda.
"Aku ingat aku dah tak akan jejakkan kaki ke litar ni lagi dah. Aku pernah marah pada diri aku. Aku pernah berjanji yang aku tak akan race lagi. Aku tak mungkin boleh kembali pada kehidupan aku bila Adha dah meninggal dunia. Tak mungkin aku boleh bergelak ketawa atas kematian dia. Kalau aku buat semua tu, aku kejam! Cukup kejam!" Balas Arasy lemah. Ashraf berdecit perlahan.
"Tapi kau kejam dengan diri kau. Kau hukum diri kau macam ni sedangkan semua ni bukan silap kau. Kau ingat kau boleh buang rasa bersalah kau dengan cara macam ni tapi kau tak sedar yang kau bukan sahaja kejam pada diri kau tapi pada orang lain juga. Tak kesian ke dengan mummy dan daddy kau bila tengok kau dalam keadaan macam ni?" Ashraf menyoal dengan wajah geram. Arasy sekadar mengukir senyuman nipis.
"Saya percaya arwah Adha mesti bangga dengan awak, Arasy. Arasy dah berjaya lawan ketakutan awak. Betul tak?" Tanya Amanda dengan senyuman manis di bibir. Arasy ketawa kecil.
"Awak duduk sana dengan Qash. Okay? Sini panas." Pinta Arasy lagi. Amanda menganggukkan kepalanya perlahan sebelum gadis itu mula mendekati Qash yang berdiri di kawasan tempat duduk pengunjung.
"Pastikan awak berjaya kalahkan Ash tau." Ujar Amanda membuat permintaan dengan wajah manja. Ashraf tarik wajah jelik.
"Hello? Kau ingat aku ni 'easy' sangat ke? Kalau kau nak tahu, skill aku power tau! Power lagi dari 'baby boo' kau ni! Ha, dah lah 'baby boo' kau ni dah lama tak race. Memang aku lah yang akan menang kejap lagi.." Balas Ashraf penuh yakin. Amanda mencebik kecil. Menyampah lah jantan ni!
"Kau jangan lupa aku pernah jadi champions sebelum ni." Balas Arasy sebelum melangkah ke arah keretanya setelah flying kiss dilakukan pada Amanda. Tersipu malu gadis itu dibuatnya. Ashraf mengeluh kasar.
"Menyampah aku!" Bentak Ashraf geram. Helmet di tangannya dihayungkan dengan kasar ke udara bagaikan sedang melepaskan amarah yang tersisa di dadanya. Walaupun begitu lelaki itu tetap mengikuti jejak langkah Arasy ke kereta mereka yang terletak bersebelahan di litar itu.
Amanda ketawa kecil apabila melihat gelagat Arasy dan Ashraf yang berjalan ke arah kereta sambil bergelak ketawa. Mereka nampak seakan-akan gembira. Melihat senyuman di bibir Arasy membuatkan dia sedar lelaki itu sedang bahagia.
Qash memandang gadis di sebelahnya sambil memeluk tubuh. Amanda yang terasa dirinya diperhatikan mengalihkan pandangannya ke arah Qash. Keningnya dijongket untuk bertanya mengapa remaja lelaki itu memnadangnya. Sudahlah dia masih mahu memerhatikan corak perlumbaan Arasy yang kelihatan cukup memukau. Lelaki itu cukup hebat mengawal permanduan walaupun melalui selekoh yang tajam dengan kelajuan yang maksimum.
"Macam mana kau boleh couple dengan Abang Arasy?" Qash mula menyoal dengan lagak seorang anggota polis. Amanda menjulingkan matanya ke atas.
"Kau? Hello, panggil saya Kak Amanda. Saya lagi tua dari awak tau, Qash." Tegas Amanda menegur. Qash tersenyum sinis.
"Tua tiga tahun je pun. Itu pun nak bising." Balas Qash selamba. Amanda mencebik kecil sebelum wajah tampan remaja lelaki itu dijeling tajam.
"Oit! Aku tanya ni, macam mana kau boleh couple dengan abang Arasy?" Gesa Qash tidak sabar.
"Dah suka, couple lah." Balas Amanda mudah. Malas dia mahu melayan remaja lelaki yang tak cukup umur seperti Qash. Buat sakit hati sahaja. Baik tengok Arasy race.
"Abang Arasy tu tak pernah couple. Sebab tu aku pelik betul bila dia pilih kau sebagai kekasih hati. Kau ni..."
Qash pandang Amanda atas bawah.
"Bukan cantik mana pun."
Amanda membulatkan matanya memandang Qash dengan pandang tajam. Amboi, mulut dia! Tak ada insuran betul!
"Mana awak tahu Arasy tak pernah couple?"
Amanda pula yang mula menyoal. Dia bagaikan mahu mengumpul info tentang kisah silam Arasy melalui Qash. Dia tahu dia tak mampu mencungkil kisah silam Arasy melalui Ashraf. Lelaki itu terlampau menjengkelkan untuk dia dekati. Zynn dan Jazmy juga dia tidak mampu takluki. Mereka berdua terlampau patuh dan taat pada Arasy menyebab dia menyerah. Segigih mana dia memujuk kedua-dua orang kepercayaan Arasy, dia tahu mereka berdua tidak akan membuka mulut selagi dia bukan isteri kepada Arasy.
Oleh itu, remaja lelaki ini menjadi sasarannya. Walaupun Qash kadang-kadang menyakitkan hati bila berbicara. Dia akan cuba tahan telinga. Lelaki itu pasti mengetahui semua kisah hidup Arasy. Pasti hubungan mereka rapat. Jika tidak mengapa remaja lelaki itu terlampau sayangkan Arasy. Dia tahu Qash pasti mempunyai sesuatu yang boleh dia bongkarkan tentang Arasy.
Dia bukan tidak mempercayai Arasy. Tapi kadangkala kita sendiri tidak tahu bagaima peribadi kita yang sebenar. Orang di sekeliling kita adalah insan yang sentiasa berada di samping kita. Sudah pasti mereka sudah tahu dan arif tentang kelakuan dan perilaku kita setiap hati. Jadi, dia akan mempergunakan Qash untuk mengetahui kisah silam Arasy.
"Abang Arasy mana pernah bawa girl dia datang sini. Lain lah kalau abang Ash dengan Abang Adha." Balas Qash selamba.
Amanda terkedu apabila mendengar nama arwah abangnya disebut Qash. Pantas sahaja dia memandang wajah Qash yang khusyuk memandang telefon dengan pandangan ingin tahu.
"Ash dengan Adha ada girlfriend?" Tanya Amanda lagi. Qash angkat muka sebelum menganggukkan kepalanya perlahan.
"Ye. Dia orang ada girlfriend. Macam tak percaya kan? Abang Arasy yang lagi famous dari dia orang, tapi abang Arasy yang tak ada kekasih. Kesian kan?" Qash gelak kecil. Lucu apabila mengenangkan kenangan dulu.
"Dia orang couple lagi ke?"
Qash angkat bahu.
"Kalau abang Ash tu, aku tak tahu. Sebab si jambu tu playboy. Muka macam tapir pun ada orang nak? Haisy! Tak faham aku orang perempuan ni! Buta agaknya sampai tapir jadian tu dia orang tergila-gilakan." Balas Qash pelik sambil menggelengkan kepalanya ke kiri dan ke kanan.
"Kalau Adha macam mana?"
Perlahan-lahan Amanda menyoal.
Qash mengeluh kecil. Telefon pintarnya diletakkan ke tepi. Kaki dilunjurkan sebelum tangannya disilangkan ke belakang kepala.
"Kalau Abang Adha, aku tahu dia ada seorang kekasih hati. Kalau abang Adha ada practice mesti aku nampak kekasih abang Adha datang sini sekali. Jarang lah aku nampak Abang Adha tak berkepit dengan kekasih dia tu. Kekasih dia cantik gila tau. Cenggini!" Puji Qash sambil menunjukkan thumbs up pada Amanda.
Amanda mengerutkan dahinya. Memorinya 7 tahun yang lalu cuba diingat kembali. Setahunya, Adha tidak pernah berhubungan dengan sesiapa. Tapi mengapa Qash mengatakan bahawa Adha mempunyai kekasih hati? Adakah Adha berahsia dengannya? Tapi kenapa dan siapa gadis itu?
"Cantik sangat ke kekasih hati Adha tu?" Qash angguk kepala.
"Kalau nak dibandingkan dengan kau. Memang kau kalah awal lah! Kekasih abang Adha tu macam model tau. Aku rasa sekarang pun perempuan tu dah jadi model. Yelah, 7 tahun lepas pun dah cantik. Sekarang memang mantaplah!" Balas Qash memuji. Dia bukanlah rapat dengan Adha tapi kerana dia selalu mendekati Arasy jadi, sedikit sebanyak tentang Adha dia tahu.
Amanda menanggukkan kepalanya perlahan. Kepalanya ligat memikirkan siapakah gerangan yang diceritakan Qash saat ini.
"Tapi.."
Amanda toleh memandang Qash yang kelihatan seakan-akan sedih dan muram secara tiba-tiba.
"Tapi apa?"
"Semenjak abang Adha meninggal, perempuan tu dah berubah. Aku dengar-dengar cerita perempuan tu pernah cuba untuk bunuh diri bila dia dapat tahu yang abang Adha meninggal. Mesti dia sedih kan. Kekasih hati yang dia sayang gila babi tiba-tiba mati. Kesiannya.." Ujar Qash dengan wajah muram. Amanda turut sedih.
Jika gadis itu sedih akan kematian Adha, dia juga turut sedih. Perempuan itu hanya kekasih Adha. Dia pula adik Adha. mereka di situasi yang sama. Merindui si dia yang tak mungkin kembali.
"Perempuan tu dekat mana sekarang?"
"Dengar cerita dia dah jadi model dan influncer yang berjaya. Followers dia dekat ig banyak gila tau. Kalau kau nak tahu. Dalam banyak-banyak followers dia, dia cuma follower lima belas orang je tau. Yang paling gempouk, dia follow aku!" Balas Qash gembira sambil menunjukkan skrin telefon pintarnya pada Amanda. Amanda tergaman apabila melihat isi di telefon pintar remaja lelaki itu.
"Ini........."
Bersambung!
•21/03/2021
•Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lover✨
• Remember : What you give is what you will get back! Have Fun!✨
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top