Tuan Arasy | 34

"Nothing is impossible to a willing heart."

Amanda memandang Arasy yang sibuk berbual dengan beberapa ahli perniagaan yang ternama bersama Tan Sri Mukhriz dan papanya dengan senyuman di bibir. Papa benar-benar berubah. Layanan papa pada Arasy sudah tidak dingin. Papa boleh menerima Arasy dengan baik sekarang. Dia cukup bersyukur dengan perubahan itu.

Hubungannya dengan papa sudah semakin pulih. Papa sudah mampu menghormati kehendak anak-anaknya. Papa sudah mampu menerima kak Amelia. Papa sudah tidak seperti dahulu. Jika dahulu segala telunjuk papa harus dipatuhi tapi papa sudah mengalah dalam membuat keputusan dalam hidup anak-anaknya.

Abang Kayden juga dalam proses penceraian dengan Kak Suzana. Mungkin lelaki itu sudah pasrah dengan hubungan mereka. Jika mereka mempunyai anak, mungkin Kayden masih mahu berfikir dua kali. Tapi kali ini tidak lagi. Kak Suzana bagaikan terlalu mengabaikan Abang Kayden. Lelaki itu tidak dilayan dan dihormati sebagai suami. Entahlah..

Mama, papa dan ibu hanya menuruti semua kehendak Abang Kayden. Mungkin itulah jalan terbaik untuk rumah tangga Abang Kayden yang bagaikan terumbang-ambing. Mereka bagaikan menerima semuanya dengan hati yang terbuka. Mungkin mereka mahu anak lelaki mereka bahagia.

Amanda mengeluh lega. Lega apabila semuanya sudah selesai.
Malam ini majlis perlantikan CEO baru Mukhriz Group sedang berlangsung. Arasy telah dinobatkan sebagai pemilik Mukhriz Group kerana Tan Sri Mukhriz mahu bersara. Mungkin lelaki itu sudah Lelah menguruskan syarikat selama ini. Aariq, iaitu satu-satunya abang Arasy sudah mempunyai syarikat perguaman sendiri. Jadi lelaki itu menerima keputusan ayahnya dengan lapang dada.

Amanda menjeling cincin berlian yang tersemat elok di jarinya. Setelah Arasy dilantik menjadi CEO baru syarikat itu, lelaki itu memanggilnya naik ke pentas. Dia juga terkejut apabila lelaki itu memanggil namanya secara tiba-tiba.


Hampir pengsan dirinya sebaik sahaja dia berdiri di pentas itu, Arasy tiba-tiba melutut lalu melamarnya di hadapan beratus-ratus orang tetamu yang hadir ke majlis itu. Dia yang terkejut masih mampu berfikir waras. Lamaran Arasy diterima dengan hati yang terbuka. Dia cukup gembira. Akhirnya semua orang tahu bahawa Arasy miliknya. Jadi dia tak perlu risau.

"Tak habis-habis belek cincin tu. Kau happy sangat ke?"

Amanda mengalihkan pandangannya pada si dia yang bertanya. Terjongket keningnya apabila melihat Raisya mendekatinya saat ini. Riak wajah gadis itu cuba dibaca. Cemburu?

Tidak.

Entah mengapa riak wajah Raisya bagaikan kosong. Gadis itu bagaikan memendam sesuatu yang tak mampu dia ungkapkan. Bencikah gadis itu pada Arasy? Tapi mengapa?

"Kenapa? Awak cemburu ke?"

Bagaikan menyimpah minyak pada api, begitulah situasi mereka sekarang. Amanda sengaja mengapi-apikan Raisya. Dia mahu tahu mengapa gadis itu terlalu taksub untuk menghasutnya membenci Arasy. Kenapa? Apa penyebabnya?

Raisya ketawa mengejek. Wajah Amanda dipandang penuh jengkel.

"Aku? Cemburu? Kau gila ke?" Carut Raisya selamba. Amanda tersentap. Arasy! Perempuan sewel ni panggil saya gila!

"Kalau betul awak tak cemburukan saya dan Arasy. Kenapa awak macam tak suka bila saya dan Arasy nak kahwin?" Tanya Amanda lagi. Dia sudah penat berteka-teki. Segala persoalan di mindanya perlu diungkapkan. Rahsia Raisya perlu dicungkilnya.

Raisya mengeluh kasar.

"Aku pelik tengok kau."

"Kenapa?"

"Yelah, Arasy dah bunuh abang kandung kau. Kenapa kau masih terima dia? Kenapa kau masih cintakan orang yang dah bunuh abang kau? Aku tak faham. Kau mental ke apa?" Tanya Raisya kegeraman.

Amanda mengeluh kecil. Anak mata Raisya dipandang lama.

"Dalam hidup ni, kita kena terima kenyataan. Saya tahu Arasy bukan pembunuh Adha. Adha kemalangan kerana ketentuan Allah. Siapa kita nak menidakkan takdir Allah? Mungkin cara Adha meninggal buatkan kita tak boleh terima hakikat. Tapi kalau bukan dengan cara tu, Adha tetap akan mati. Kalau mama dan papa saya boleh terima Arasy, kenapa saya tak?" Soal Amanda tiba-tiba.

Raisya mengetap bibirnya apabila mendengar jawapan Amanda. Di pandang Arasy di hujung sana dengan perasaan benci yang terbuku di hati. Entah mengapa dia masih membenci lelaki itu. Sepatutnya lelaki itu yang mati. Lelaki yang tak guna!

Amanda sekadar memerhati tingkah laku Raisya. Gadis itu seakan-akan menyimpan dendam pada Arasy. Tapi mengapa? Apa salah Arasy?

"Kenapa awak bencikan Arasy? Apa salah Arasy pada awak sampaikan awak tak boleh tengok dia bahagia?" Soal Amanda lagi. Kali ini Raisya tergaman. Dia mati kata. Dia hanya memeluk tubuh tanpa mahu berbicara. Amanda mengeluh kecil.

"Saya nampak awak bencikan Arasy. Apa salah Arasy pada awak? Apa yang dia buat sampaikan saya nampak awak seakan-akan berdendam dengan dia. Kenapa Raisya?" Tanya Amanda ingin tahu. Tangan gadis itu diraih tetapi Raisya pantas menepis.

"Kau tak perlu tahu kenapa aku bencikan dia. Apa yang penting, aku memang bencikan dia! Dia dah hancurkan masa depan aku, kebahagian aku. Dia tak pantas bahagia! Dia patut menderita sebagaimana aku menderita sekarang ni. Kenapa kau bodoh sangat terima dia Amanda? kenapa?!"

Raisya bertindak ganas dengan mengongcang-gongcang tubuh Amanda membuatkan gadis itu terkedu. Tubuh Raisya lebih besar dan lebih tinggi daripadanya membuatkan dia tak mampu melawan.

"Raisya, sakitlah..." Belum sempat Amanda terus bersuara, satu suara lelaki mula menerjah sambil menjauhkan Amanda daripada Raisya yang terus menggila. Kini semua mata mula memandang mereka bertiga.

"Stop it, Raisya! Kau hanya malukan diri kau sendiri. Tolong jangan malukan diri kau lagi. Kau tak kesiankan Mak ngah dan Pak Ngah ke? Kau tak kesiankan dia orang? Cukup-cukuplah buat perangai tak semegah kau tu!" Bisik Wafiy di telinga Raisya dengan nada yang tertahan-tahan. Dia sudah tak mampu melayan kerenah Raisya yang semakin menjadi-jadi. Penat!

"Kau memang tak pernah peduli pasal aku. Betul tak Wafiy?"

Raisya pandang Wafiy dengan anak mata yang berkaca membuatkan Wafiy tergaman. Perlahan-lahan dia lepaskan cengkaman tangannya di tangan Raisya. Keluhan kecil dia lepaskan apabila melihat emosi Raisya yang semakin merundung itu.

"Raisy, aku..."

"Kau memang tak suka aku kan Wafiy? Kenapa dalam ramai-ramai sepupu aku, aku rasa kau sepupu yang paling bencikan aku. Kenapa Wafiy?" Soal Raisya perlahan. Dia menatap wajah Wafiy lama.

Wafiy hanya melarikan pandangannya dari terus menatap anak mata Raisya. Amanda hanya memerhati gelagat Raisya dan Wafiy dengan pandangan musykil.

"Kenapa aku rasa kau bencikan aku sangat-sangat? Apa salah aku pada kau, Wafiy? Kau bukan lelaki yang suka melenting tau. Tapi kenapa kau akan naik hantu bila aku buat salah? Kenapa kau boleh ketawa riang dengan orang lain, kenapa bukan aku? Kenapa kau suka cari pasal dengan aku? Kenapa Tengku Wafiy Aryan?!" Melenting suara Raisya saat ini. Air matanya mengalir menuruni pipinya. Menggeletar tangannya saat ini.

"Wafiy, Raisya, kenapa ni?" Tanya Tengku Maimon dengan wajah garang.

Majlis Arasy sepatutnya berlangsung dengan lancar tapi entah mengapa Wafiy dan Raisya seakan-akan mahu mencetuskan pergaduhan. Di pandang wajah cucu-cucunya dengan pandangan tajam. Wafiy sekadar menundukkan kepala tanda bersalah manakala Raisya masih kekal dengan riak bongkaknya.

Tajam sahaja mata Raisya menentang anak mata Tengku Maimon. Sungguh biadab gadis itu saat ini. Tidakkah Raisya mengerti cara untuk menghormati orang tua? Mengapa gadis itu terlampau ikutkan perasaan?

"Nenda pun bencikan Raisy kan?"
Tengku Maimon tersentak apabila tuduhan itu dilemparkan kepadanya.

"Raisya!" Marah Wafiy sebelum menarik tangan gadis itu untuk menjauhi nenda mereka. Jika dibiarkan pasti wanita itu akan terasa hati dengan sikap cucunya yang biadab itu.

"Betul kan apa aku cakap!" Raisya menepis tangan Wafiy kuat.

"Nenda hanya pedulikan kau dan Arasy je. Siapa aku untuk nenda pandang? Siapa aku?!" Bentak Raisya kuat.

Kali ini semua kerabat Tengku Maimon mula mendekati untuk menenangkan keadaan. Sudah pastinya mereka mahu menenangkan Raisya yang sudah mahu mengamuk. Tetamu-tetamu yang lain sudah diarahkan keluar dari ruangan itu untuk melihat pertunjukan di tingkat 5 hotel tersebut.

"Raisya sayang... Jangan buat kecoh please.. Raisy sayang mama dengan papa kan?" Tanya Tengku Husna yang mula mendekati Raisya dengan riak wajah risau. Raisya mula menangis kembali.

"Raisya penatlah mama..." Raisya menangis teresak-esak. Dia kemudiannya jatuh terduduk membuatkan semua kerabat Tengku Maimon terkejut.

"Raisya sayang.. Jangan macam ni sayang... Jangan buat mama takut... Raisya..."

Tengku Husna bersimpuh di sebelah Raisya yang sudah menangis teresak-esak itu. Hati ibu mana yang tak sedih apabila melihat keadaan anak gadisnya yang seakan-akan sudah hilang harapan.

"Hati Raisya ni sakit sangat mama. Sakit... Sakit sangat... Isk...Isk..." Raisya menangis lagi. Tangannya membentuk penumbuk sebelum dadanya dipukul berkali-kali. Tengku Husna mula menenangkan anak gadisnya itu.

Amanda memandang Raisya dengan wajah kesian. Keadaan Raisya saat ini seakan-akan keadaannya sebelum dia berjumpa Arasy. Menyedihkan. Entah mengapa dia turut merasai kesedihan yang dirasakan Raisya. Raisya seakan-akan memendam sesuatu yang sukar untuk diluahkan. Tapi apa?


Black menyerahkan ipad di tangannya kepada sang ketua yang duduk di kerusi kulit di hadapannya itu. Ipad itu kemudiannya mula bertukar tangan. Si ketua mula membaca bait-bait patah perkataan yang tertera di layer ipad di tangannya itu.

Persaingan antara dua syarikat gergasi mula runtuh!
Baru-baru ini media digemparkan dengan berita tentang pemilik Mukhriz Group, Arasy Naufal Tengku Mukhriz yang akan melangsungkan perkahwinan dengan puteri bongsu kepada pemilik Khalid Holding snd. Bhd, Amanda Kayla Tan Sri Khalid ketika majlis perlantikan lelaki itu sebagai CEO baru di Mukhriz Group.

Si Ketua mula ketawa besar apabila membaca kenyataan tersebut di layer ipad tersebut. Ipad itu kemudiannya diserahkan kembali kepada Black.

"Bodoh punya manusia." Balasnya dengan dendam yang membara. Melihat gambar Arasy melamar seorang gadis muda membuat hatinya menggelegak. Tak disangka lelaki itu akan mencapai bahagia.

Tangannya digenggam menjadi penumbuk. Dia bersumpah. Dia akan musnahkan Arasy! Dendam nyawa di bayar nyawa!

Benar! Dia yang mengsabotaj kereta Arasy. Dia mengupah seseorang untuk memotong brek kereta Arasy. Dia mahu memberi peringatan kepada lelaki itu. Jangan terlampau gembira kerana duka akan menghantui lelaki itu kelak.

Pandangannya dialihkan ke arah gadis muda yang di lamar Arasy. Sejak bila gadis itu mengenali Arasy? Mengapa selama ini dia tidak tahu kewujudan gadis itu dalam hidup Arasy? Dia mula tertanya-tanya.

Mengapa gadis itu sanggup menerima Arasy sedangkan Arasy yang membunuh abang kandung gadis itu. Mengapa? Adakah kerana cinta?
Si ketua mula menghentakkan meja tersebut dengan kasar membuatkan Black terkejut.

"Ghost?"


"Aku okay. Kau teruskan rancangan kita. Tukar pada plan B. Aku tak nak hancurkan Arasy sekelip mata. Perempuan itu kelemahan Arasy. Di sebalik kehebatan seorang lelaki, pasti ada kelemahannya. Aku tahu kelemahan Arasy adalah perempuan tu. Tukar target. Buru perempuan tu!" Arah Ghost lagi.

"Baik boss."

Black mengangguk patuh sebelum melangkah keluar dari situ.
Ghost tersenyum kecil.

'Kau akan rasa apa yang aku rasa Arasy! Kehilangan orang yang kau sayang!' Tekad Ghost penuh dendam.

Bersambung!

•11/03/2022

•Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lover✨

• Remember : What you give is what you will get back! Have Fun!✨

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top