Tuan Arasy | 33

"You can't master your future if you're a slave to your past."


Sudah dua minggu berlalu semenjak Arasy kemalangan. Lelaki itu kini sudah kembali melakukan pekerjaannya seperti biasa setelah dua minggu berehat. Zynn kini sentiasa berada di samping Arasy.

Keselamatan Arasy adalah tanggungjawabnya. Dia sendiri merasa bersalah kerana lalai dalam tugasnya sehingga mengakibatkan Arasy kemalangan. Jika dia peka, semua itu tidak akan berlaku.

Anak-anak buahnya dikerah untuk terus memerhati Arasy dari jauh. Arasy bukan lelaki yang suka dikelilingi bodyguard. Lelaki itu mudah rimas. Jadi hanya Zynn yang sentiasa di sisinya. Tapi jika hanya Zynn yang berada di sisi lelaki itu, keselamatan lelaki itu mungkin terancam jika mereka berdua di serang hendap.

Zynn seorang lelaki yang tangkas berlawan begitu juga dengan Arasy. Seni bela diri mereka cukup hebat. Tapi mereka masih perlu berhati-hati. Keadaan Arasy kini sentiasa dalam bahaya. Dua hari lagi Mukhriz Group akan membuat satu majlis tertutup di sebuah hotel milik syarikat itu untuk mengumunkan penyerahan syarikat kepada Arasy kerana Tan Sri Mukhriz ingin bersara.

Menjelang majlis itu, keselamatan Arasy amat terancam. Sudahlah lelaki itu sudah diancam oleh 'ghost' yang sentiasa mahukan kematian Arasy. Di tambah pula dengan musuh perniagaan Tan Sri Mukhriz. Keselamatan Arasy amat membimbangkan. Manusia sanggup berbuat apa sahaja untuk kepentingan mereka sendiri.

Ghost ialah satu nama panggilan yang diberikan oleh Arasy kepada 'orang' yang sentiasa cuba untuk membunuhnya. Kerja yang dilakukan oleh orang yang mahu membunuhnya sangat teliti sehinggakan mereka langsung tidak dapat mengumpul bukti. Jadi nama itu cukup sesuai untuk diberikan kepada orang itu.

"Baby boo."

Lamunan Arasy hilang diterbangkan angin apabila suara kecil itu menusuk masuk ke gegendang telingannya. Pandangannya dikalihkan ke arah Amanda yang tersenyum manis di muka pintu.

"Lewat hari ni." Arasy bersuara pendek.

Hari ini buat kali pertama Amanda lewat hadir ke biliknya. Biasanya, awal sahaja gadis kecil itu menapak masuk ke biliknya. Awal pagi dia sudah melihat senyuman manja Amanda, tapi tidak hari ini. Sudah pukul 2 petang barulah gadis itu datang ke sini.

Amanda ukir senyum. Dia melangkah masuk ke dalam bilik itu dengan senyuman manja bersama satu bekas baskin robin di tangan. Bekas aiskrim itu diangkat.

"Tadi beli ni. Itu yang lambat sikit." Amanda duduk di sofa diikuti oleh Arasy. Sesudu aiskrim disuapkan ke mulutnya. Sedap!

Arasy ketawa kecil apabila melihat kelakuan Amanda. Hari ini gadis itu berpakaian serba pink. Hoodie putih bersama skinny jeans berwarna pink. Rambut pula ditocang satu. Comel!

"Sedap?" Arasy mula membuka bicara. Amanda terlampau khusyuk dengan Aiskrimnya sehingga dia diketepikan.

Entah mengapa dia berasa cemburu. Seketika kemudian bibir Arasy menguntum senyuman. Dengan Aiskrim pun dia boleh cemburu? Aduhai, parah!

"Sedap. Sedap sangat. Awak nak rasa?"

Amanda hulur sudu berisi aiskrim pada Arasy di sebelahnya tetapi lelaki itu sekadar menggelengkan kepalanya. Dia tidak suka makanan yang manis seperti aiskrim. Dibiarkan sahaja Amanda bahagia dengan aiskrim di tangan. Melihat senyuman di bibir Amanda membuatkan hatinya berbunga riang.

"Abang Arasy!"

Amanda dan Arasy berpaling ke arah pemilik suara yang menjerit nyaring itu. Kelihatan seorang remaja lelaki melangkah masuk ke dalam bilik Arasy dengan wajah yang sedih. Amanda mengerutkan dahinya. Siapakah remaja lelaki ini?

"Ada apa kau datang sini Qash?"

"Abang Arasy okay tak ni?"

Qash bertanya dengan penuh risau. Dia menghampiri Arasy sebelum kerusi di sebelah kiri Arasy menjadi pilihannya.

Sewaktu Arasy kemalangan, dia berada di France kerana menemani Auncle Lim untuk menonton perlawanan lumba kereta di sana. Dia cukup risau setelah mendapat panggilan daripada Jazmy yang mengatakan Arasy kemalangan. Mahu sahaja dia pulang ke Malaysia waktu itu juga tapi Auncle Lim melarang. Katanya kecederaan Arasy hanya kecederaan yang biasa dan tidak serius jadi Auncle Lim menyuruhnya untuk tetap berada di situ sehingga acara berakhir.

"Aku okay je. Bila kau balik sini?" Tanya Arasy sebelum wajah adik angkatnya dipandang.

"Semalam."

"Kau pergi mana 2 minggu hilang?" Tanya Arasy lagi. Qash mencebik kecil.

"Pergi France." Pendek sahaja dia bersuara.

"Buat apa dekat sana?"

"Tengok Porshe Sprint Challenge."

"Best?" Tanya Arasy lagi. Melihat wajah bosan Qash membuatkan dia tahu emosi remaja itu tidak stabil. Pasti ada sesuatu yang berlaku kepada remaja itu.

"Best tu memang best. Tapi orang tua kedekut tu yang buat mood Qash spoil! Qash nak try je drive Porshe dia tu. Dia tak bagi? Kedekut punya orang tua! Kau tunggu lah aku dah kaya nanti. Aku pergi parking Lyken HyperSport depan kedai buruk dia tu. Baru dia sedar diri. Berlagak sangat!" Bentak Qash kegeraman. Naik darah apabila terkenangkan perangai tidak semegah Auncle Lim. Umur je dah tua. Tapi otak kecil!

Amanda sekadar memandang Qash sambil menyuapkan aiskrim ke mulutnya. Di hatinya tertanya-tanya siapakah remaja lelaki itu? Adik Arasy kah? Tapi Arasy mana ada adik! Adik angkat?

Arasy ketawa kecil mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Qash.

"Amboi kau, kalau bab mengata memang serah dekat kau je kan! Sekedekut-kedekut orang tua tu, dia yang jaga makan pakai kau. Tak ada dia kau merempat. Kau jangan lupa jasa dia. Dia yang bagi kau makan kalau tak kau kebulur. Dia hantar kau sekolah. Dia ajar kau race. Dia bagi kau duit. Kau jangan lupa jasa orang tua tu. Dia dah banyak berkorban untuk kau. Kau kena ingat tu Putra Qash Qasriq!" Tegas Arasy bersuara.

Qash mengangguk bosan. Cuping telinganya digosok kuat tanda protes. Biar Arasy tahu dia tidak suka dibebel.

"Eh, budak ni siapa Abang Arasy? Adik abang ke? Tapi abang mana ada adik." Tanya Qash bertalu-talu apabila terpandang Amanda.

Baru dia perasan ada seorang gadis muda di bilik itu selain dia dan Arasy.
Amanda berdecit kegeraman apabila remaja lelaki itu mmemanggilnya 'budak'. Lagi geram apabila lelaki itu mengatakan dia adik Arasy. Hello! Dia baby girl Arasy kut!

"Kayla Amanda. My girlfriend and my baby girl."

"Baby apa? Baby girl?" Qash pandang Amanda atas bawah.

"Perempuan macam ni ke taste abang Arasy? Macam budak-budak. Tengok dia pakai apa tu. Aduh! Bang Arasy, abang tu CEO! Cari lah perempuan yang sepadan dengan abang Arasy. Kalau CEO ni dia kena cari perempuan yang tinggi, pinggang ramping, seksi. Baru betul. Ini...?"

Qash menggelengkan kepalanya apabila melihat pakaian Amanda. Amanda membulatkan matanya apabila mendengar kata-kata sindiran remaja lelaki itu padanya.

"Hei, awak ingat awak siapa nak judge saya? Hello! Suka hati Arasy lah dia nak couple dengan siapa pun. Awak kesah kenapa? Kalau Arasy couple dengan saya, tak jadi masalah pun. Bukan dia guna hati awak nak couple dengan saya. Dia pun tak guna mata awak nak pandang saya. So, awak jangan berani nak komen macam-macam. Awak ingat awak bagus sangat. Muka pun macam tapir ada hati nak sindir saya!" Bentak Amanda marah. Tajam sahaja matanya memandang Qash saat ini.
Qash sekadar mengajuk kata-kata Amanda. Perempuan banyak cakap ni jugak pilihan Abang Arasy? Low class!

"Macam mak nenek." Sindir Qash lagi. Amanda membuntangkan matanya.

"Arasy...! Tengok dia ni!"

Arasy tersenyum kecil. Tangannya naik menyentuh pipi Amanda.

"Awak jangan fikir lah pasal budak ni. Dia ni memang macam ni. Abaikan je." Balas Arasy lembut, memujuk.

"Tapi dia sindir saya. Saya tak suka lah dia ni. Kalau dia hasut awak supaya tinggalkan saya macam mana? Arasy..." Rengek Amanda lagi. Anak matanya dah berair. Dia dah nak nangis ni!

Qash menjulingkan matanya ke atas. Drama Queen! Kutuknya di hati.

"Saya tak kan tinggalkan awak, percayalah Amanda. Sayang saya, cinta saya hanya pada awak. Saya tak akan pandang perempuan lain Amanda. Hanya awak insan yang saya cintakan. Don't worry my dear. I never leave you. I'm promise." Pujuk Arasy lagi. Kali ini tangannya naik menyentuh kepala Amanda. Amanda pandang Arasy lama.

"Promise?"

"I'm promise."

Qash tayang wajah menyampah. Bosannya hadap drama siang-siang macam ni. Aduhai!

"Arasy..."

Arasy angkat muka. Wajah Amanda yang kelihatan serius dipandang lama. Sekarang dia dan Amanda hanya menghabiskan waktu di pantai. Gadis itu mahukan ketenangan. Katanya menghabiskan masa dengan Arasy di pantai sambil menghayati keindahan laut membuatkan dia tenang. Arasy hanya menurut tanpa banyak soal.

"Kenapa awak sanggup berhenti jadi racer sedangkan awak memang minat dengan sukan lumba kereta? Kerana arwah Adha ke?" Tanya Amanda takut-takut. Melihat Arasy dan remaja menjengkelkan, Qasy berbual membuatkan dia tahu. Arasy sebenarnya cukup minat dengan sukan lumba kereta itu. Hanya topik itu yang Arasy dan Qasy bicarakan di pejabat tadi. Hanya itu!

Arasy ukir senyum. Pandangannya jatuh ke arah lautan yang membiru di hadapannya saat ini.

"Mungkin."

"Kenapa awak berhenti? Awak kan minat berlumba?" Amanda menyoal lagi. Arasy mengerling Amanda dengan senyuman nipis.

"Sejak Adha meninggal, ramai press yang buat-buat cerita tentang saya. Saya pembunuh Adha. Saya dendam dengan Adha. Sahabat yang kejam sanggup bunuh sahabat sendiri. Jujur saya cakap, saya down gila waktu tu. Saya tak boleh terima kenyataan yang Adha pergi. Saya jadi benci diri saya. Saya benci.."

Arasy tundukkan wajah. Amanda tersenyum nipis. Tangan Arasy digenggam erat. Dia bagaikan sedang menyalurkan semangat buat Arasy untuk terus berkata-kata. Arasy mengangkat wajah. Senyuman Amanda dan anggukan daripada gadis itu bagaikan suntikan semangat untuknya terus berkata-kata. Dia sudah serik untuk berahsia dengan Amanda. Dia tak mahu kerana kesilapannya membuatkan mereka berjauhan.

"Saya takut nak race. Bila saya pergi litar, saya nampak Adha. Kami berlatih bersama, berlumba bersama. Bila Adha dah tak ada, saya hilang semangat. Bila press tuduh saya macam-macam mental saya tak kuat. Saya benci dengan diri saya. Saya benci minat saya. Saya takut nak race. Saya benci semuanya.."

Amanda mengangguk faham. Dia tahu Arasy cukup tertekan waktu itu. Sudahlah kehilangan sahabat yang dia sayang, wartawan pula sibuk menyebarkan berita palsu yang menyakitkan hati. Siapa tak sedih? Hilang kawan dan hilang maruah sekelip mata.

"Sejak tu saya depressed. Saya selalu menyendiri. Saya selalu fikir kenapa lah saya bagi Adha pinjam kereta saya? Kenapa saya tak mati waktu tu? Kenapa mesti Adha? Kenapa?" Tanya Arasy berkali-kali. Dadanya bagaikan naik turun. Mungkin dia terkilan dengan apa yang jadi.

Amanda mengeretkan pegangan di tangan lelaki itu.

"Daddy dan mummy runsing bila tengok keadaan saya waktu tu. Daddy batalkan contract saya dengan Lim Championship. Waktu tu sepatutnya saya kena bayar pampasan sebab contract saya lagi 2 tahun tapi auncle Lim baik hati. Dia tahu saya terpaksa batalkan contract tu. Jadi dia tak minta pampasan." Balas Arasy lagi. Amanda menganggukkan kepalanya lagi.

"Awak tak teringin nak race balik ke Arasy?"

Arasy tersenyum kekok apabila mendengar soalan Amanda.

"Jiwa saya dah kosong Amanda. Minat saya dah hilang."

Amanda pandang Arasy lama membuatkan lelaki itu menjongket kening dengan riak wajah tertanya-tanya.

"Kenapa Amanda?"

"Kalau saya nak awak kembali race macam mana?"

Permintaan yang keluar dari mulut Amanda membuatkan Arasy mati kata.

"Hah?"

Bersambung!

05/03/2022

Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lover✨

• Remember : What you give is what you will get back! Have Fun!✨

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top