Tuan Arasy | 30

"The most terrible poverty is loneliness and the feeling of being unloved."


"Husna!"

Husna terkedu apabila namanya dijerit kuat. Arasy mula mendekati Husna dan Amanda. Pekerja-pekerja lain mula berkerumun di situ. Semuanya tertanya-tanya mengapa Arasy tiba-tiba menjerit. Arasy mula mengambil tempat di antara Husna dan Amanda. Wajah gadis kesayangannya dipandang lama.

"Amanda.."

Amanda mengangkat wajah dengan anak mata yang berkaca-kaca. Perkara itu membuatkan hati Arasy bagaikan dihiris sembilu.

"Ini ke sebab kenapa papa susah sangat nak terima awak?"

Soalan yang keluar dari mulut Amanda membuatkan mulut Arasy terkunci serta merta. Dia bagaikan terkaku di hadapan Amanda saat ini.
Amanda memandang wajah jejaka di hadapannya dengan pandangan berharap. Dia berharap agar lelaki itu mahu memberinya penjelasan.

Cukuplah dia sentiasa kebelakang selama ini. Dia tidak terus begini. Sampai bila 'rahsia' ini mahu disimpan? Baik Arasy mahupun papanya. Mereka berdua seakan berpakat untuk merahsiakan perkara ini dari pengetahuannya. Mengapa?

Jadi inilah punca mama dan ibu yang sentiasa perhatian seakan-akan membenci Arasy? Ini juga penyebab utama mengapa abangnya seakan-akan tidak mahu dia dan Arasy bersama? Hanya kerana Arasy pemilik kereta yang dipandu Adha?

"Arasy..."

Arasy mengangkat wajahnya memandang gadis kesayangannya itu.

"Ini ke rahsia yang awak simpan selama ni? Ini ke satu-satunya rahsia yang awak pendam selama awak kenal dengan saya?"

Arasy diam. Soalan Amanda tidak dijawab. Amanda menganggukkan kepalanya perlahan. Diam bererti benar. Benar telahannya.

"Kalau lah saya tak tahu benda ni dari Husna, sampai bila awak nak berahsia macam ni? Awak akan terus berahsia macam ni sampai kita kahwin? Awak akan terus berahsia dengan saya sampai bila? Siapa saya pada awak sebenarnya Arasy?" Tanya Amanda dengan lindangan air mata.

Berita yang baru diketahuinya saat itu seakan-akan merobek hati kecilnya. Dia bukan seorang yang pendendam.

Adha meninggal kerana takdir. Dia bukan manusia yang bodoh yang sanggup menolak takdir. Dia masih seorang hamba yang taat dengan perintah agama. Sejahil-jahil dia, dia masih tahu hukum-hakam.

Tapi sikap Arasy yang berahsia dengannya membuatkan dia terluka. Dia seakan-akan terfikir, siapakah dia pada Arasy? Dimanakah tempat dia di hati Arasy? Sayangkan Arasy padanya? Adakah lelaki itu tulus mencintainya? Atau, sekadar perasaan ehsan semata-mata.

"Amanda.."

Arasy meraih kedua-dua belah tangan Amanda lalu tangan itu digenggam erat. Matanya tunak memandang anak mata gadis itu. Berharap agar Amanda sanggup menerima penjelasannya seketika nanti.

"Saya tak berniat nak tipu awak Amanda. Saya cuma takut. Saya pengecut. Saya takut kalau awak akan tinggalkan saya kalau awak tahu siapa saya pada Adha. Saya takut. Saya tak sanggup kehilangan awak Amanda." Ucap Arasy penuh makna. Dia cuba untuk menyakinkan Amanda bahawa dia mempunyai sebabnya yang tersendiri mengapa perkara itu dirahsiakan dari pengetahuan Amanda. Dia tidak mampu hidup tanpa gadis itu di sisi.

"Arasy..."

"Ye, sayang." Sahut Arasy pantas.

"Betul ke awak cintakan saya?" Arasy tersentak apabila mendengar pertanyaan yang keluar dari mulut Amanda. Arasy mula melutut di hadapan Amanda.

"Amanda.. Saya berani bersumpah. Cinta saya, sayang saya pada awak semuanya ikhlas. Saya cintakan awak Amanda. Sumpah! Saya mula cintakan awak sejak pertama kali saya jumpa awak. Saya cintakan awak waktu saya halang awak dari terjun laut malam tu. Bila awak tanya saya, sanggup ke saya teman awak cari bahagia awak. Waktu tu saya tak menipu. Saya betul-betul ikhlas nak teman awak cari bahagia awak, Amanda.." Ujar Arasy ikhlas.

Amanda masih diam. Husna terkedu. Tangannya naik menekup mulut. Amanda cuba untuk terjun laut? Jadi gosib yang mengatakan Amanda cuba untuk membunuh diri waktu itu adakah perkara yang nyata? Bukan gosib semata-mata?

"Saya tahu saya salah. Saya yang salah sebab rahsiakan perkara ni. Saya minta maaf Amanda. Saya ingatkan nak berterus-terang dengan awak bila kita dah kahwin. Saya silap Amanda. Maafkan saya.." Ucap Arasy dengan perasaan terkilan. Dia cukup menyesal.

Jika dia tahu Amanda marah sebegini rupa, dia pasti akan berterus-terang dengan Amanda dari awal perkenalan mereka. Dia menyesal kerana berahsia. Cukup menyesal.

"Kalau kita dah kahwin, awak ingat saya akan terima awak dengan baik? Awak dah tipu saya Arasy. Dan awak adalah..." Amanda tak mampu berkata-kata. Dia bukan mahu menuduh Arasy sebagai pembunuh Adha. Tapi entahlah. Mungkin dia terkilan kerana ditipu membuatkan dia berfikiran seperti itu.

"Amanda. Awak kenal saya kan? Awak tahu saya tak mungkin buat semua tu. Awak percayakan saya kan?" Rintih Arasy lagi.

Kini maruahnya tidak dihiraukan lagi. Biarlah seluruh pekerjanya melihat dia melutut dan menangis hanya kerana seorang perempuan. Dia tidak peduli. Amanda adalah nyawanya. Dia sayangkan gadis itu. Dia cintakan gadis itu. Dia tak mampu berpisah dengan gadis itu. Dia tak sanggup.

Amanda memalingkan mukanya ke tepi. Dia tak sanggup berhadapan dengan Arasy. Dia tak mampu. Hatinya sakit seperti dipijak-pijak. Cukup sakit!

"Betul cakap Raisya. Saya tak kenal siapa Arasy Naufal yang sebenarnya. Tak sia-sia saya ikut cadangan dia untuk siasat siapa sebenarnya awak Arasy. Akhirnya saya tahu, siapa Arasy Naufal yang sebenarnya." Ujar Amanda dengan rasa kecewa. Tanpa sedar, dia telah membongkarkan rahsianya.

"Raisya? Raisya Rosella? Sepupu saya?" Tanya Arasy penuh amarah. Hatinya bagaikan terbakar apabila teringatkan peristiwa Wafiy dan gadis itu di Villa nendanya. Kerana ulah gadis itukah semua ini berlaku? Adakah gadis itu masih berdendam padanya?

Mengapa gadis itu sanggup menghancurkan kebahagiannya? Kebahagiaan sepupunya sendiri? Mengapa?! Kerana dendam itukah? Tapi itu bukan silapnya! Bukan salahnya!

"Saya minta maaf Arasy. Saya perlukan waktu untuk hadap semua ni. Maafkan saya.." Amanda mula menepis tangan Arasy sebelum melangkah keluar dari situ. Arasy tergaman. Dia masih terduduk di atas lantai itu tanpa sebarang pergerakan. Jiwanya bagaikan hilang dibawa angin.

"Tuan?"

Zynn mula mendekati Arasy. Lelaki itu kemudiannya melutut di hadapan Arasy. Tangannya naik menyentuh bahu majikannya.

"Amanda akan tinggalkan aku ke?"

Zynn terdiam. Dia tidak mampu menjawab soalan yang diajukan kepadanya.

Wafiy melangkah masuk ke dalam kelab malam yang terkemuka di ibu kota itu. Sumpah! Jika bukan kerana Arasy, dia tak mungkin akan menjejakkan kaki ke tempat terkutuk seperti itu. Hampir pengsan dirinya apabila melihat pelbagai jenis manusia di situ. Ada yang berbaju tetapi lebih ramai wanita yang seakan-akan tidak berbaju di situ. Mual!

Langkahnya dihalakan ke arah meja bar yang kelihatan penuh dengan manusia yang sibuk meneguk air kencing syaitan di situ. Wafiy mula memanggil bar tender di situ dengan isyarat tangan. Telefon pintarnya yang masih menyala ditunjukkan kepada bar tender tersebut.
Faham dengan pertanyaan tanpa suara, lelaki muda itu mula menunding jarinya ke suatu arah.

"Bilik 209."

Tanpa ucapan terima kasih, Wafiy terus berlalu dari situ. Lagipula, tak perlu rasanya dia berbudi bahasa di situ. Semua manusia di situ langsung tidak reti bahasa. Matanya melilau mencari papan tanda yang menunjukkan bilik 209. Apabila matanya ternampak pintu bilik yang tertulis 209, laju sahaja tangannya membuka pintu itu dari luar.

"Raisya!"

Raisya yang tadinya sibuk menari dan menyanyi, tergaman. Pucat mukanya apabila melihat wajah tegang Wafiy di muka pintu. Tapi dek kerana ego dan maruahnya sebagai cucu Kerabat Tengku Maimon, pantas sahaja dia mengawal ekspresi wajahnya.

"Kau buat apa datang sini?" Dengan lagak angkuh, Raisya mula bertanya.

Wafiy mengeluh kecil apabila melihat wajah sombong sepupunya itu. Dipandang pula rakan-rakan wanita itu yang terdiri daripada 4 lelaki dan 2 perempuan. Wafiy kemudiannya kembali memandang Raisya. Dia mendekati wanita itu sebelum microphone di tangan Raisya dirampas lalu diletakkan di atas meja.

"Jom ikut aku balik!"

Raisya terkedu. Balik? Tangannya cuba direntap dari genggaman tangan Wafiy namun dia tak berjaya. Kudrat Wafiy terlampau kuat.

"Eh, bro! Apa ni tarik-tarik? Tak gentle lah."

Seorang lelaki yang merupakan rakan Raisya mula menghalang. Lagaknya seakan-akan seperti seorang hero. Tapia da Wafiy kesah? Gentle, tak gentle. Raisya dah keterlaluan.

"Aku tak ada masa nak main-main dengan kau, Raisya. Aku cakap balik!" Nada suara Wafiy mula naik seoktaf. Dia sudah hilang sabar. Dia juga tidak mahu berlama-lama di situ. Kelab malam? Huh! Dia sudah tidak betah di sini.

"Aku tak nak!" Raisya masih membentak.

Wafiy mengetap bibirnya kegeraman. Kesabarannya kian hilang. Dia tak mahu terus mengikut kepala degil Raisya. Wanita itu terlampau keterlaluan. Pegangan tangannya pada tangan Raisya dilepaskan membuatkan Raisya pantas mengusap pergelangan tangannya yang sudah membiru. Kurang ajar!

"Keluar!"

Raisya tergaman apabila Wafiy mula mengarahkan rakan-rakannya keluar. Rakan-rakannya mula memandang Raisya meminta penjelasan. Raisya pula menjadi serba salah. Kehadiran Wafiy merosak rancangannya.

"Aku cakap keluar! Keluarlah!" Wafiy menjerkah lagi. Kali ini lelaki-lelaki di situ mula mengangkat tangan tanda mengalah.

"I'm sorry baby. I need to go. See you later." Baru sahaja si lelaki ingin memegang tangan Raisya, Wafiy terlebih dahulu menepis. Lelaki itu kemudiannya sekadar menguntum senyuman sinis sebelum melangkah pergi dari situ bersama rakan-rakannya.

"Mya, Hanny, I'm sorry, girls.." Raisya mula serba salah apabila dua orang gadis itu mula berdiri untuk beredar dari situ.

"It's okay, Raisy. You selesaikan masalah you dulu. Lain kali kitab oleh lepak lagi. My treat, okay?" Mya mula bersuara. Raisya menganggukkan kepalanya tanda setuju. Dia sekadar menghantar rakan-rakannya keluar dari bilik itu dengan ekor mata. Pandangannya beralih pula pada Wafiy yang masih berdiri di hadapannya saat ini.

"Apa masalah kau?" Tanya Raisya membentak.

"Masalah aku adalah kau!" Raisya tergaman.

Wafiy tidak pernah semarah itu sebelum ini. Apa salahnya? Setahunya, dia langsung tidak mempedulikan Wafiy. Pedulikan sahaja lelaki itu. Hidup lelaki itu terlampau membosankan untuk dia masuki.

"Apa yang aku dah buat sampai kau sanggup cari aku dekat sini?" Raisya mula memeluk tubuh memandang Wafiy dengan wajah kerek. Cukuplah wajahnya sahaja membuktikan betapa dia benci berdua-duaan dengan lelaki itu seperti sekarang.
Wafiy mengukir senyuman sinis. Segenap bilik itu dipandang.

"Kalau ikutkan hati aku yang waras ni, aku memang tak akan pernah masuk ke sini. Jijik. Kau tahu tak? jijik!"

Raisya mengetap bibirnya apabila mendengar kata-kata Wafiy padanya. Dia tahu lelaki itu turut menghinanya. Kepalanya ditundukkan memandang pakaiannya. Dress ketat berwarna hitam paras lutut yang tidak berlengan. Cukup membuktikan betapa jalangnya dia saat ini.
Suasana di bilik itu sunyi seketika. Senyap buat sementara waktu. Baik Raisya mahupun Wafiy, kedua-duanya tidak mahu bersuara.

"Kenapa kau sanggup hancurkan hidup kau semata-mata kerana seorang lelaki? Kenapa Tengku Raisya Rosella?"

Pertanyaan yang keluar dari mulut Wafiy membuatkan Raisya tergaman seketika. Dia sendiri tiada jawapan untuk itu. Dia bagaikan hilang punca. Kelab malam adalah keseronokkannya. Begitulah cara dia mencari ketenangan dengan menari dan berseronok.

"Kenapa kau sanggup hancurkan kebahagiaan sepupu kau sendiri, Raisy?"

Raisya mula tersenyum mengejek. Adakah Amanda sudah tahu siapa Arasy yang sebenarnya?

"Aku tahu kenapa kau sanggup jejakkan kaki ke tempat terkutuk macam ni semata-mata nak cari aku. Ni mesti sebab sepupu bodoh kau tu kan?" Tanya Raisya dengan lagak menggoda. Jarinya mula menari-nari di tubuh lelaki itu. Lelaki dan nafsu memang berpisah tiada! Wafiy juga lelaki. Dia pasti tergoda.

Wafiy menepis tangan Raisya sebelum tangan Raisya itu digenggam kuat dengan tangan kirinya. Tangan kanannya pula mula naik mencengkam dagu Raisya sehingga membuatkan wanita itu mendongak memandangnya.

"Aku warning kau, Tengku Raisya Rosella. Jangan kau berani hancurkan kebahagiaan Arasy. Kalau tak, aku akan pastikan kau tanggung akibatnya!"

Wafiy mula merentap pegangannya dari dagu Raisya sebelum lelaki itu melangkah pergi meninggalkan Raisya yang tergaman sendirian di situ.

Raisya kemudiannya jatuh terduduk di situ. Air matanya mula mengalir laju menuruni wajahnya. Tangannya dibawa ke dada sebelum ditepuk kuat. Sakit! Sakit sangat hatinya apabila mengenangkan kata-kata Wafiy sebentar tadi.

Mengapa tiada seorang pun manusia di dunia ini prihatin padanya? Mengapa tidak ada seorang pun manusia yang risau padanya? Mengapa?

Bersambung!
•06/02/2022

• Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lover✨

• Remember : What you give is what you will get back! Have Fun!✨

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top