Tuan Arasy | 28
"Who says life is fair, where is that written?"
Amanda memandang wajah-wajah manusia yang bergelak ketawa di Hall yang terdapat di GrandVill Villa. Bukan main terkejut dia apabila Arasy mengajaknya ke sini. Katanya, nenek lelaki itu mahu berjumpa dengannya. Siapa tak segan untuk bertemu dengan Tengku Hasnah. Jutawan batik yang terkenal di Malaysia.
Pada mulanya dia terpegun apabila melihat kawasan villa yang terlalu mewah dan megah seperti GrandVill Villa. Sebelum ini dia selalu sahaja mendengar kehebatan dan kekayaan pemilik villa ini tapi dia tidak pernah bertentang dua mata dengan Tengku Hasnah.
Tidak disangka wanita berusia lewat 80 an itu masih cukup kuat dan peramah. Di sini wanita itu dijaga oleh anak bongsunya, Tengku Syuhada iaitu itu kepada Wafiy. Ketika dia hadir ke sini dia cukup rendah diri. Kekayaan papanya tak setanding dengan kekayaan keluarga nenda Arasy.
Tidak disangka Arasy merupakan cucu kepada Tengku Hasnah. Apabila ditanya mengapa nama Arasy tiada Tengku dihadapan, katanya Tengku Kheleeda merupakan anak kepada Tengku Hasnah. Tan Sri Mukhriz pula hanya rakyat biasa dan tidak mampunyai nama pangkal 'Tengku'. Hanya Arasy dan abangnya sahaja yang tidak mempunyai pangkal nama 'Tengku', tidak seperti sepupu-sepupunya yang lain.
Kata Arasy, sewaktu Puan Sri Khaleeda memilih Tan Sri Mukhriz sebagai suami, hubungan mereka ditentang hebat. Mungkin kerana Tan Sri Mukhriz hanya rakyat biasa dan tidak setanding keluarga Puan Sri Khaleeda yang berpangkat 'Tengku'. Hubungan nenda dan mummynya pulih setelah lahirnya Aariq. Waktu itu nendanya mula mencuba untuk memulihkan hubungan keluarga mereka demi cucunya itu.
Nasib sahaja Tengku Hasnah mampu menerimanya sebagai kekasih Arasy. Kalau tidak mahu dia meraung di situ saat itu juga. Siapa tak sedih jika hubungan ditentang? Dia tak mampu hidup tanpa Arasy. Dia tak sanggup. Dia tak mahu.
Arasy yang sibuk berbual dengan sepupu-sepupunya dipandang lama. Lelaki itu kacak berpakaian suit berwarna hitam. Sesuai dengan tema majlis ini. Amanda pula hanya memakai dress labuh berwarna putih. Hanya baju itu yang sesuai untuk majlis seperti ini.
Kawasan villa ini cukup padat dengan manusia. Kebanyakannya merupakan kaum kerabat Tengku Hasnah dan hanya segelintirnya merupakan rakan-rakan terdekat serta rakan kongsinya sebagai pengusaha Batik terkenal di dunia.
"Tak sangka Arasy bawa kekasih dia datang sini. Jadi betullah rumors yang mengatakan Arasy bercinta."
Satu suara menegur membuatkan Amanda berpaling ke tepi. Seorang gadis muda dilihat berpeluk tubuh di sebelahnya di tepi meja yang menempatkan pelbagai jenis makanan dan pencuci mulut.
Amanda memandang gadis muda itu atas bawah. Cantik tapi macam belagak. Perasaannya sahaja atau hakikat yang sebenar? Kerana dia tak pernah silap menilai seseorang selama ini.
Amanda terkedu apabila gadis itu memandang tepat ke arahnya. Panahan mata gadis itu biasa sahaja. Dia juga bukan gadis yang penakut. Dia tidak gentar untuk melawan panahan mata gadis itu. seketika kemudian gadis itu tersenyum sinis.
"Kayla Amanda, anak kepada Tan Sri Khalid. Pemilik Khalid Group. Betul kan?" Soalan itu diajukan kepada Amanda. Amanda tidak menjawab. Segenap wajah gadis di sebelahnya dipandang lama.
"Tengku Raisya Rosella. Anak kepada Tengku Iskandar dan Tengku Husna. Instafamous, model dan influencer. Betul kan?" Kali ini Amanda pula menyoal. Raisya tersenyum bangga. Gembira apabila ada yang mengenalinya.
"Sejak bila kau kenal dengan Arasy?"
Tanpa banyak menyoal, Raisya terus menjurus kepada topik perbincangan mereka. Persoalan di mindanya diajukan saat Arasy tiada bersama. Dia memandang Arasy yang sibuk berbual dengan Wafiy dan abang-abangnya. Apa muslihat Arasy saat ini? Itu persoalan yang bermain di fikirannya apabila melihat wajah Amanda di sini.
"Tak lama. Hampir 7 bulan. Kenapa?" Tanya Amanda lagi. Benar, sudah hampir tujuh bulan detik perkenalan dia dan Arasy. Dia selesa dengan lelaki itu. Sangat selesa.
Raisya tersenyum sinis.
"Yakin je kau yang kau baru kenal Arasy tujuh bulan." Sinis Raisya berkata. Nadanya bagaikan sedang mengejek Amanda.
Amanda mengerutkan dahinya. Gelas kaca di tangannya yang sudah kosong diberikan kepada pelayan yang berdiri tidak jauh dari tempatnya. Tajam sahaja anak matanya memandang Raisya saat ini.
"Apa maksud awak sebenarnya, Raisya?"
Raisya tersenyum kecil. Wajah Amanda saat ini kelihatan begitu naif pada pandangannya. Dia tahu gadis itu masih tidak mengetahui siapa sebenarnya Arasy. Jika tidak bagaimana gadis itu mampu melayan Arasy dengan baik seperti sekarang?
Raisya memandang Arasy yang masih bersembang di hujung sana. Wajah sepupunya itu tampak gembira. Benarkah Amanda gadis yang lelaki itu cintai? Atau, Arasy hanya memperlakukan Amanda dengan baik kerana perasaan bersalah yang terbuku di hatinya? Benarkah telahannya?
"Awak tak jawab lagi soalan saya, Raisya!" Tegas Amanda berkata. Dia bukan perempuan yang mempunyai kesabaran yang tinggi apatah lagi apabila perkara itu berkait rapat dengan Arasy. Raisya pula seakan-akan cuba untuk bertarik tali dengannya. Apa masalah gadis itu?
Seketika kemudian Amanda mula membulatkan matanya. Adakah Raisya mencintai Arasy? Sepupunya sendiri? Amanda mula membuat kesimpulannya sendiri.
Raisya kembali memandang Amanda yang beriak terkejut. Mengapa? Soalan itu bermain di kepalanya. Seketika kemudian dia mengeluh kecil. Amanda masih terlalu polos untuk melangkah masuk ke dalam dunia mereka yang penuh bersandiwara.
"Jawapan tu tak akan kau dapat selagi kau tak cari jawapannya sendiri. Kalau aku beritahu jawapannya, aku pasti. Kau masih meragui. Jadi kau carilah jawapan kau sendiri." Balas Raisya selamba. Gelas kaca yang berisi air fresh orange yang berada di atas dulang yang ditatang oleh pelayan, diambil lalu diteguk perlahan.
Amanda mengetap bibirnya dengan perasaan geram yang menebal.
"Betul ke kau cintakan Arasy?" Raisya bertanya lagi setelah dia selesai meneguk air minuman di tangannya. Wajah Amanda dipandang untuk meminta jawapan.
"Ye. Saya cintakan Arasy."
"Sebesar mana cinta kau pada Arasy?"
"Cukup besar. Terlalu besar sehinggakan saya tak mampu untuk hidup jika dia tiada."
Jawapan yang keluar dari mulut Amanda membuatkan Raisya ketawa jengkel. Geli hatinya apabila mendengar jawapan Amanda.
"Aku rasa kau masih belum mengenali siapa Arasy Naufal yang sebenarnya. Kalau kau kenal dia, aku yakin yang kau tak akan bercakap seyakin ni. Apa yang boleh aku cakap, cuba mengenali siapa sebenarnya Arasy sebelum kau berkahwin dengan dia. Sebab aku takut kau akan menyesal di kemudian hari." Balas Raisya yakin. Dia kemudiannya mengukir senyuman manis apabila Arasy dan Wafiy menghampiri mereka berdua.
Amanda masih berwajah keliru. Dia dapat merasakan Raisya cuba untuk memberitahunya sesuatu. Tapi apa? Adakah dia terlampau bodoh sehingga tidak mampu mengesan makna disebalik kata-kata gadis itu. Pandangannya dihalakan pula ke arah Arasy. Adakah lelaki itu merahsiakan sesuatu darinya?
"Korang sembang pasal apa ni?"
Wafiy mula menyoal. Senyuman manis dia ukir buat Amanda. Tapi senyuman itu tidak bertahan lama. Tajam sahaja anak matanya menikam anak mata sepupu perempuannya itu. Tapi Raisya sekadar menjongket kening dengan wajah tak bersalah. Gadis itu bagaikan tidak gentar untuk melawan Wafiy.
"Borak kosong je." Amanda menjawab dengan senyuman.
Arasy menganggukkan kepalanya perlahan. Suasana tegang mula menghiasi mereka berempat di situ. Tapi situasi itu tidak berpanjangan apabila Puan Sri Khaleeda mula bersuara.
"Arasy. Bawa Amanda ke sini. Nenda nak berjumpa."
Arasy dan Amanda mengangguk perlahan sebelum mereka meminta diri dari Wafiy dan Raisya untuk berjumpa dengan Tengku Hasnah. Tinggallah Wafiy dan Raisya di situ. Belum sempat Raisya melangkah pergi, Wafiy terlebih dahulu menyentap tangan gadis muda itu membuatkan Raisya menjerit kecil.
"Apa masalah kau sebenarnya ni?" Marah Raisya dengan nada tertahan. Tajam sahaja anak matanya memandang wajah Wafiy saat ini. Dia cuba untuk merungkaikan pegangan Wafiy di pergelangan tangan kirinya tapi mustahil. Kudratnya tidak sekuat lelaki itu.
"Apa yang kau cuba buat sekarang ni, Raisya?" Tegas Wafiy bertanya.
Raisya sekadar menayangkan wajah selamba.
"Apa aku buat?" Tanpa gentar dia menyoal.
Wafiy mengeluh kecil. Wajah Raisya dipandang lama.
"Jangan kau berani nak bocorkan 'rahsia' Arasy pada Amanda. Tolong jangan keruhkan keadaan. Arasy baru je nak kecapi bahagia. Tolong jangan hancurkan kebahagiaan Arasy." Tegas Wafiy lalu melepaskan pegangan tangannya di tangan Raisya. Dia mula berpaling untuk melangkah pergi dari situ.
Riak wajah Raisya mula berubah. Kelopak matanya mula bertakung. Hatinya seakan-akan sebak tiba-tiba.
"Habis tu, bahagia aku macam mana?" Soalan yang keluar dari mulut Raisya membuatkan Wafiy terpaku. Dia menarik nafas panjang. Nafasnya seakan-akan menipis. Dadanya sesak secara tiba-tiba setelah soalan itu Raisya tuturkan.
"Kau nak aku simpan 'rahsia' tu untuk Arasy. Habis aku? Aku macam mana Wafiy? Lepas apa yang Arasy dah buat pada aku, kau ingat aku senang-senang nak biarkan dia bahagia? Kau nak aku biarkan Arasy bahagia sedangkan aku masih terluka? Macam tu ke, Wafiy?" Soal Raisya dengan nada perlahan.
Tiada lagi Raisya yang beriak bongkak seperti tadi. Tiada lagi Raisya yang dingin seperti tadi. Sekarang gadis itu bagaikan satu-satunya wanita yang paling berduka di dunia ini.
Wafiy mengeluh kecil. Dia berpaling ke belakang, berhadapan dengan Raisya. Wajah gadis itu cukup keruh. Mereka terdiam seketika. Mereka bagaikan berada di dunia mereka sendiri. Tidak dihiraukan bunyi bising di ruangan itu. mereka tetap sama. Saling berpandangan antara satu sama lain.
"Kau kena cuba untuk terima kenyataan, Raisya. Tak semua yang kau nak dalam dunia ni, kau dapat."
Raisya ketawa sinis. Wajah Wafiy dipandang tajam.
"Kalau aku beritahu Amanda 'rahsia tu' kau rasa Amanda masih cintakan Arasy? Entah-entah Amanda pun dah jijik nak tatap wajah Arasy." Kata-kata Raisya kali ini berjaya membuatkan mulut Wafiy terkunci. Lelaki itu bagaikan tidak mampu untuk berkata-kata lagi.
"Kau kena ingat Wafiy. Aku dan Amanda di situasi yang sama. Kami mangsa keadaan."
"Tapi kau juga tahu yang Arasy dianiaya."
Raisya mengeluh kecil. Dia melangkah setapak-setapak mendekati Wafiy sebelum dia berdiri betul-betul dihadapan lelaki itu. Wajah Wafiy ditenung lama.
"Hati aku ni.." Raisya pegang dadanya.
"Sakit... Sangat.. Bila aku dapat tahu berita tu. Kau tahu kan, kami dah berjanji nak sehidup semati. Tapi kenapa? Kenapa takdir tak pernah memihak pada aku? Kau nak aku biarkan Arasy bahagia sedangkan aku masih terluka macam ni saban tahun? Kenangan kami masih segar di ingatan aku, Wafiy. Aku bagaikan baru semalam usap wajah dia. Baru semalam aku peluk lengan dia. Baru semalam dia katakan dia cintakan aku. Tapi kenapa Arasy bunuh cinta kami? Kenapa Wafiy?" Tanya Raisya merintih. Air matanya mula mengalir di pipi.
Wafiy mula gelisah. Ditarik tangan Raisya menjauhi tempat itu. Tempat itu terlampau terbuka. Dia tak mahu perkara ini menjadi perhatian. Apatah lagi Amanda turut berada di sini. Dia tak mahu hubungan Amanda dan Arasy berantakan hanya kerana kekecohan yang dibuat Raisya.
Benar, Arasy bagaikan hipokrik tapi ini sahaja jalan yang terbaik buat waktu ini. Selagi kebenaran yang sebenar tak terungkap, berdiam diri sahajalah jalan yang terbaik buat mereka waktu ini.
Wafiy melepaskan pegangan tangannya pada Raisya sebaik sahaja mereka tiba di bilik tamu itu. Hanya itu tempat yang sesuai untuk Raisya saat ini. Raisya mula menangis kencang. Dia melabuhkan punggungnya di sisi katil dengan kedua-dua tangan naik menekup mukanya.
Wafiy mengeluh kasar apabila mendengar tangisan Raisya. Dia tahu Raisya tidak salah. Mencintai seseorang bukan satu kesalahan. Tapi takdir tidak menyebelahi gadis muda itu. Raisya terlalu menyayangi lelaki itu menyebabkan gadis itu masih tidak mampu menerima kenyataan.
Perlahan-lahan Wafiy menghampiri Raisya. Dia melutut di hadapan sepupunya itu. Keluhan kecil dia lepaskan perlahan.
"Raisya..."
"Kenapa aku yang tersiksa macam ni? Kenapa Wafiy? Kenapa aku!" Raisya mula meracau seperti orang kurang siuman. Tubuh Wafiy digongcang kuat.
"Kenapa aku, Wafiy? Kenapa aku?" Tubuh Wafiy digongcang kuat. Wafiy tidak bersuara. Dia sendiri tidak mampu menjawab soalan itu.
Serentak dengan itu, pintu bilik itu dibuka dari luar membuatkan Wafiy dan Raisya tergaman.
"Astarfirullahalazim! Tengku Wafiy Aryan! Tengku Raisya Rosella! Korang buat apa ni?"
Saat itu Wafiy sudah tergaman. Raisya mula gelisah.
Tengku Hasnah memandang tajam wajah cucu-cucunya itu dengan wajah garang. Naik darah apabila dia menangkap cucunya berdua-duaan dalam bilik tetamu dengan keadaan yang meragukan. Apatah lagi apabila Raisya meronta-ronta sambil menyoal 'kenapa aku' pada Wafiy. Hati nenek mana yang tak terkejut?
Terus sahaja dia menyuruh semua tetamunya pulang. Anak-anaknya yang lain semuanya disuruh pulang. Hanya disitu ibu bapa Wafiy dan Raisya sahaja. Wajah cucu-cucunya dipandang lama. Dia sudah terlampau arif dengan kedegilan Raisya. Jadi tak mungkin perkara itu akan berlaku pada gadis itu.
Tapi Wafiy? Cucu yang paling bagus antara cucu-cucunya yang lain sudah pandai membuat onar? Mana perginya Wafiy yang sentiasa menurut kata-katanya? Mana perginya Wafiy yang soleh? Mana perginya cucu kesayangannya itu? Mengapa Wafiy sanggup berdua-duaan dengan Raisya di bilik itu?
"Nenda, Bonda, Ayahanda. Wafiy dan Raisy tak buat apa-apa pun dalam bilik tu. Betul." Ujar Wafiy bersungguh-sungguh. Raisya mengangguk pantas. Dia cuba untuk mengiyakan kata-kata Wafiy. Air matanya tadi sudah dia kesat. Dia tak mahu mengeruhkan keadaan.
"Nenda nampak korang berdua dalam keadaan meragukan. Raisya goncang tubuh Wafiy lepas tu cakap 'Kenapa aku', 'Kenapa aku'. Apa yang Wafiy dah buat pada kamu sebenarnya Raisya? Cakap dengan nenda!" Tegas Tengku Hasnah lagi.
Tengku Iskandar dan Tengku Husna tergaman.
"Raisy, sayang... Cakap dengan mama apa yang berlaku. Wafiy... Cakap dengan Mak Ngah apa yang sedang berlaku sebenarnya. Kamu berdua buat apa dalam tu?" Tanya Tengku Husna lembut. Dia tahu hubungan Wafiy dan anaknya tidak rapat. Tak mungkin lelaki itu dan anaknya membuat sesuatu yang buruk di belakang mereka.
"Nenda, Wafiy berani bersumpah. Kami tak buat apa-apa pun. Betul!" Wafiy mula mengangkat tangan bagaikan mahu bersumpah.
"Jangan bermain dengan sumpah, Tengku Wafiy Aryan!" Tepat ke wajah Wafiy, Tengku Hasnah menundingkan jari telunjuknya membuatkan Wafiy menunduk memandang lantai.
"Nenda tak kira. Nenda nak korang kahwin!"
"Nenda! Wafiy tak salah.." Wafiy mendekati Tengku Hasnah. Tangan wanita itu dikucup erat. Dia tidak bersalah. Mengapa harus dia dihukum sebegini.
"Betul nenda. Wafiy dengan Raisya tak buat apa-apa pun dalam bilik tu. Sumpah!" Raisya mula mencapai tangan nendanya. Dia mula menangis. Dia tak mahu berkahwin dengan Wafiy. Tak mahu! Berkahwin dengan Wafiy sama sahaja dengan menyuruhnya mati.
"Keputusan nenda muktamat." Wanita tua itu mula melangkah pergi dari situ meninggalkan cucu-cucunya terkebil-kebil di situ. Wafiy sudah terduduk. Perkara ini tiada pernah terbayang di fikirannya. Raisya kembali menangis. Hidupnya sudah hancur! Musnah!
Bersambung!
•
22/01/2022
∆Task For Today!∆
•Pada pandangan korang sebagai Arasy's Lover, apa muslihat Raisya yang sebenarnya?
• Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lover✨
• Remember : What you give is what you will get back! Have Fun!✨
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top