Tuan Arasy | 27

"Everything I do is because I love you."


Arasy menjeling Amanda yang tersenyum-senyum di luar bilik meting itu melalui dinding kaca di sebelahnya. Gadis itu kemudiannya mengangkat mangkuk tingkat berwarna pink ke udara. Gadis itu bagaikan menayangkan bekal makanan yang dia buat untuk jejaka itu.

Arasy tersenyum nipis sambil menganggukkan kepalanya.
Seketika kemudian kepalanya kembali dikalih pada Tuan Iskandar yang membentangkan projek mega mereka di hadapan sana. Arasy menghela nafas lemah. Jarinya mula naik ke dahi lalu dipicit perlahan.

Jazmy yang melihat keadaan itu mula tersenyum nakal. Kerusinya ditolak supaya mendekati Arasy. Dia kemudiannya berbisik sesuatu di telinga lelaki itu.

"Tuan pening ke nak cari cara macam mana nak mengelak dari makan'racun buatan' yang Cik Amanda buat tu?" Tanya Jazmy dengan sengihan nakal. Arasy menjeling Jazmy sekilas.

"Kau tak payah tanya kalau kau dah tahu jawapannya."

Jazmy ketawa perlahan apabila mendengar jawapan yang keluar dari mulut majikannya. Zynn yang sedari tadi duduk di sisi kiri Arasy sambil bermain telefon pintar mula tersenyum kecil. Tugasnya cukup mudah. Hanya duduk di situ dan bermain game jika Arasy sedang bermesyuarat. Jika diluar baru tugasnya menjadi begitu penting. Keselamatan Arasy menjadi keutamaannya.

"Tuan cakap je Tuan dah kenyang."

"Kau ingat alasan tu laku?" Sinis Arasy menyoal. Jazmy tersengih lagi. Amanda di luar sana dipandang sekilas.

"Tuan cakap Tuan dah makan dengan clien sebelum dia datang sini." Ujar Jazmy memberi idea. Arasy mengeluh lagi.

"Nanti dia merajuk pula sebab aku tak nak rasa makanan dia. Buatnya dia meraung kejap lagi. Mahu pening kepala aku nak melayan."

Jazmy mengeluh kecil. Dia tahu Amanda berusaha untuk menjadi bakal isteri yang terbaik buat majikannya. Tapi masaklah betul-betul. Kalau rupa pun dah hancur, tak payah nak rasa. Memang tak sedap!

Kalau tak sedap sahaja tak apa. Tuan Arasy mampu menelan dengan rela hati. Tapi kalau dah tiga hari tiga malam bermaustautim dalam tandas, give up lah lelaki itu. Siapa sahaja rela bermalam di tandas?

"Tuan cakap jelah dekat dia tak payah masak lagi. Tuan kan kaya. Tuan upah je orang gaji. Senang!" Jazmy memberi alasan lagi.

"Amanda dah warning aku. Dia cakap dia tak nak upah orang gaji. Nanti aku menggatal dengan orang gaji lepas tu ceraikan dia." Jawab Arasy kegeraman.

Menyampah dengan perangai Jazmy yang sibuk memberi alasan tapi satu pun tak menjadi. Menjahanamkan dia lagi ada lah!
Jazmy tayang wajah mencerut. Tak kahwin lagi dah fikir pasal cerai? Advance betul!

"Saya ada satu idea, Tuan." Zynn yang tadinya hanya mendiamkan diri mula bersuara.

Arasy dan Jazmy mula berpaling memandang ke arah Zynn di sebelahnya.

"Tuan suruh je Cik Amanda rasa masakan dia dulu. Kalau dia cakap okay, Tuan makan lah." Ujar Zynn mengusulkan cadangan.

"Kalau dia tak nak makan macam mana? Kau bukan tak tahu baby girl aku tu macam mana." Balas Arasy lagi.

Walaupun perangai Amanda terlalu mengada-ngada dengannya, dia tidak kesah. Dia nampak gadis itu terlalu mahukan perhatiannya. Dia tahu Amanda berusaha untuk menjadi bakal isteri yang terbaik buatnya. Dia hargai pengorbanan gadis itu terhadapnya.

"Tuan jujur jelah yang Tuan dah pernah sakit perut lepas makan makanan dia. Jujur tu kan yang terbaik. Cik Amanda tu sayang Tuan. Tak mungkin dia nak Tuan sakit." Ujar Zynn mudah. Arasy berfikir sejenak.

"Kau rasa 'jalan' ke idea kau ni?"

"Belum cuba belum tahu Tuan."
Arasy menganggukkan kepalanya perlahan.

"Kalau rancangan kau berjaya, aku naikkan gaji kau 2 kali ganda."

Jawapan yang keluar dari mulut Arasy membuatkan Zynn tersenyum dalam diam. Dua kali ganda? Maknanya dia dapat 30 ribu ringgit setiap bulan? Siapa tak suka.
Jazmy terpana. Wajah gembira Zynn dan wajah tenang Arasy dipandang silih berganti.

"Apa ni Tuan..." Jazmy mula merengek.

"Apa ni apa?" Arasy menyoal pula.

"Selama ni saya tolong Tuan, Tuan tak naikkan gaji saya pun!" Ujar Jazmy kegeraman.

"Sebab tu dah memang tugas kau. Semua kerja tu ada dalam skop kerja kau." Jawab Arasy mudah. Jazmy mencebik kecil.

"Tapi Tuan saya..." Belum sempat Jazmy menghabiskan kata-katanya, satu suara mula memotong percakapannya.

"Sekarang kita tengah bincang pasal projek Mega kita di Australia. Bukan berbual-bual. Jazmy!" Tan Sri Mukhriz mula memanggil nama pembantu peribadi anaknya itu. Jazmy tersenyum nipis memandang pemilik utama Mukhriz Group.

"Awak ada nak cakap apa-apa?"

"Tak ada Tan Sri." Jazmy tersengih lagi.

"Habis tu yang saya nampak kamu berbual dengan Arasy tu dah kenapa?"

Arasy membulatkan matanya seakan-akan terkejut apabila namanya dipetik. Jari telunjuk dihalakan ke arahnya.

"Arasy tak cakap apa-apa pun. Arasy tak berbual pun dengan Jazmy. Arasy tengah fokus ni. Betul tak Zynn?" Jawab Arasy dengan wajah tidak bersalah. Zynn disoal untuk meminta pertolongan.

"Betul Tan Sri." Jawab Zynn menyokong.

Jazmy membuntangkan matanya. Dia tidak menyangka Zynn dan Arasy sanggup bersengkongkol menjatuhkan dia di hadapan Tan Sri Mukhriz. Tan Sri Mukhriz mengeluh kecil.

"Habis kamu buat apa Zynn?" Zynn pula yang disoal.

Jazmy mula menguntum senyuman. Dia pasti Zynn juga akan terkena. Tapi Zynn hanya beriak tenang. Dia hanya tersenyum nipis sebelum mengangkat telefon pintarnya ke udara.

"Main game. Saya tak terlibat pun dalam perbincangan ni. Selama ni saya memang main game waktu meeting. Betul tak, Tuan?"

Zynn mula menyoal pada Arasy untuk meminta sokongan. Pekerja-pekerja di bilik itu mula tersenyum kecil. Zynn yang sentiasa beku nampak polos sekarang ini. Nampak sangat menipu!

"Betul daddy. Ala, Zynn bodyguard Arasy je. Dia mana tahu selok belok syarikat." Balas Arasy mudah dan ringkas. Jazmy melopong. Serius lah, dia dipalau sebegini rupa?

Tan Sri Mukhriz menggelengkan kepala perlahan. Inilah yang selalu berlaku jika mereka mengadakan mesyuarat. Arasy, Zynn dan Jazmy yang terlihat sangat berdedikasi di hadapan khayalak ramai. Tapi mereka bertiga sebenarnya cukup menjengkelkan.

Lihat sahaja sekarang. Arasy dan Zynn berpakat untuk melarikan diri dan menjadikan Jazmy kambing hitam. Aduhai!

Dia bukan bodoh dalam menilai. Dia mempunyai mata. Sedari tadi dia memerhatikan gelagat anaknya dengan Jazmy dan Zynn.

Pekerja-pekerja yang lain sekadar memerhati gelagat mereka bertiga dengan senyuman di bibir. Jika Arasy bersama Jazmy dan Zynn bilik mesyuarat itu tidak pernah sunyi. Ada sahaja telatah mereka bertiga yang mencuit hati.

"Arasy!" Tegur Tan Sri Mukhriz tegas. Arasy tersengih.

"Ala, Arasy gurau je daddy." Balas Arasy memohon maaf. Tan Sri Mukhriz menggelengkan kepalanya perlahan. Pening!

Seketika kemudian dia terpandang gadis muda yang sibuk memandang telefon di ruangan menunggu di luar bilik itu. pandangannya dihalakan kembali kea rah Arasy.

"Tu, baby girl Arasy buat apa datang sini? Bawa bekal lagi?" Tanya Tan Sri Mukhriz ingin tahu. Arasy mula menyandar ke kerusi itu dengan wajah keruh.

"Haah. Macam biasa. Datang sini setiap kali lunch. Entah apa lah menu dia hari ni." Balas Arasy sambil mengeluh perlahan. Tan Sri Mukhriz menggelengkan kepalanya perlahan.

"Beritahu Amanda yang mummy dan daddy tak kesah pun kalau dia tak pandai masak. Belajar slow-slow nanti pandai lah." Balas Tan Sri Mukhriz lagi. Gadis itu masuk dapur pun tak pernah. Inikan suruh masak. Memang hancur lah jawabnya.

"Amanda tak nak terima alasan. Dia tetap nak sahut cabaran mummy."

"Cik Amanda kan sayang Tuan Arasy. Lautan api pun sanggup dia renang untuk Tuan Arasy kita ni." Balas Jazmy mengusik. Bising bilik mesyuarat itu dnegan suara Tan Sri Mukhriz ketawa bersama beberapa orang pekerja di bilik itu. Arasy picit kepala. Pening!


Arasy menjongket kening memandang Amanda yang tersenyum-senyum di hadapannya. Tisu di dulang dicapai lalu bibirnya dikesat agar sebarang sos tidak melekat di bibirnya.

Sekarang dia dan Amanda berada di McDonals. Setelah dia jujur pada Amanda mengenai masakan Amanda yang seakan-akan racun, gadis itu pantas memohon maaf dan berjanji akan belajar memasak dengan bersungguh-sungguh setelah ini.

"Kenapa pandang saya macam tu?" Arasy mula menyoal sambil menjongket kening.

Amanda menggelengkan kepalanya perlahan. Fried Fries dicapai lalu dikunyah perlahan-lahan. Arasy menguntum senyuman.

"Tak payah tipu kalau tak pandai menipu. Apa?"

"Awak betul-betul nak tahu ke?"
Arasy menjatuhkan kepalanya.

"Awak.." Amanda bersuara meleret.

"Saya?" Tanya Arasy pelik apabila Amanda tidak menghabiskan kata-katanya. Mungkin gadis itu sengaja mahu menduganya.

"Handsome sangat.."

Arasy tak mampu menahan diri. Dia ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya. Kata-kata Amanda amat lucu di fikirannya saat ini.

"Suka main-main kan?"

"Main-main dengan awak je."

Amanda menguntum sengihan.
Seketika kemudian suasana sunyi mula menyelubungi mereka berdua. Amanda tarik wajah masam membuatkan Arasy tersenyum geli hati. Dia tahu Amanda sedang merajuk dengannya. Lihat sahaja wajah cemberut Amanda. Tapi mengapa?

"Awak kenapa ni Amanda? Tadi gembira sekarang berduka. Period?" Soal Arasy pelik. Amanda mencebik kecil. Wajah tampan Arasy dijeling sekilas membuatkan Arasy menjongket kening. Eh?

"Kenapa ni? Cuba cakap. Tadi elok je." Arasy menggesa lagi. Dia tidak mahu Amanda terus-menerus merajuk sebegini dengannya. Dia tak mahu!

"Tadi saya cakap awak handsome. Awak patut cakap, 'Awak pun cantik sangat hari ni Amanda'. Tapi awak tak cakap pun!" Marah Amanda kegeraman.

Arasy ketawa kecil.

"Awak marah ke?"

"Awak marah ke? Awak boleh tanya saya macam tu, Arasy...?" Rengek Amanda manja.

Arasy ketawa kecil. Di mendekatkan wajahnya dengan wajah Amanda membuatkan gadis itu terkedu sendiri. Haruman perfume Hugo Boss milik Arasy memenuhi hidungnya. Wajah lelaki itu cukup dekat dengan wajahnya membuatkan Amanda tidak senang duduk.

"Saya tak perlu puji awak setiap hari Amanda. Cukuplah saya layan awak dengan baik. Saya bukan lelaki yang bermulut manis. Saya bukan manjakan 'perempuan' saya dengan kata-kata indah. Cukuplah awak tahu yang saya cintakan awak. Percayalah, dalam hati saya hanya ada nama awak. Semalam, hari ni, esok dan selamanya.." Ucap Arasy penuh makna.

Amanda menekup wajahnya dengan kedua-dua belah telapak tangannya. Wajahnya mula memerah. Arasy cakap lelaki itu tidak pandai berjiwang tapi saat ini dia merasakan seperti ais yang sudah cair. Meleleh sehingga ke lantai.

Arasy mula tersenyum nakal.

"Awak malu ke, Amanda?"

Amanda membulatkan matanya dengan bibir yang sengaja dicebikkan.

"Arasy..." Rengek Amanda manja. Arasy ketawa kecil.

"Comel. Bakal isteri siapa lah ni?"

Amanda mengeluh dalam senyuman. Dia mula merasa bahagia. Cukup bahagia yang dia tak mampu katakan.

Bersambung!
•20/01/2022

• Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lover✨

• Remember : What you give is what you will get back! Have Fun!✨

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top