Tuan Arasy | 26

"Someone will have to pay for the innocent blood that they shed before."


Zarif melangkah masuk ke dalam kelab malam yang terkenal di ibu kota. Bunyi musik yang bising langsung tidak menganggu emosinya. Dia bahkan lebih menyukai suasana sebegitu. Melihat perempuan dan lelaki yang melompat-lompat di seluruh kelab itu membuatkan dia tersenyum. Dia sudah terbiasa dengan dunia sebegitu. Baginya kelab malam adalah tempat dia merehatkan minda setelah seharian bekerja.

"Yo! Zarif, sini wei!" Seorang lelaki muda yang duduk di sofa diimpit oleh dua orang wanita seksi di kiri dan kanannya mula memanggil. Suasana di kelab itu cukup bising sehinggakan mentenggelamkan suara lelaki itu. Tapi Zarif tahu sahabatnya di situ. Itu adalah tempat lepak mereka. Port rasmi mereka ketika di datang ke situ.

"Roy mana?!" Zarif mula bertanya. Lelaki tadi mendekatkan kepalanya dengan Zarif. Bunyi musik terlampau kuat sehinggakan dia tidak mendengar apa yang dikatakan Zarif kepadanya.

"Apa wei?! Aku tak dengar!" Isyarat tangan dilakukan di tepi telinganya menunjukkan dia tidak mendengar apa yang Zarif katakana.

"Roy mana?!" Zarif menjerit lagi.

"Aku tak tahu!" Memetir suara lelaki itu menjawab soalan Zarif. Zarif mengeluh kecil. Danny yang sibuk melayan gadis di sebelahnya dipandang bosan. Jam di tangannya dikerling. Lambat!

"Sorry guys!" Seorang lelaki mula mendekati Zarif dan Danny yang duduk di sebuah sofa bulat di penjuru kelab malam itu.

"Asal lambat? Boss kita dah bising!" Marah Danny dengan suara yang kuat.

"Adik aku buat hal. Dia cakap dia nak ikut! Memang tak lah aku bagi." Jerit Roy menjawab. Danny ukir senyuman sinis.

"Kau takut buaya ngap adik kau ke?!" Tanya Danny dengan senyuman nakal. Roy menjongket keningnya.

"Aku tak nak adik aku termakan rayuan jerung macam kau lah, gila! Naya adik aku!" Jerit Roy lagi. Zarif di tengah-tengah mula merasa serabut.

"Ala, dari kau bagi adik kau dekat buaya. Baik kau bagi dekat aku. Ada faedahnya!" Balas Danny sebelum tersengih miang. Roy tersenyum sinis.

"Adik aku tak pandang kau lah, bro! Playboy macam kau ni memang dia benci! Tengok, perempuan dah dua pun tak cukup lagi! Dasar buaya!" Ujar Roy membidas. Danny mengeluh kasar.

Wallet di poket seluarnya dikeluarkan. Wang kertas bernilai serratus ringgit dikeluarkan dengan jumlah yang banyak sebelum diletakkan di atas meja kaca itu.

"Blah!" Arah Danny pada kedua-dua wanita seksi di sebelahnya dengan isyarat tangan supaya beredar. Panas sebentar hatinya apabila Roy tidak menerimanya untuk bersama dengan Farisha. Adik Roy yang sangat cantik di matanya. Apa kurangnya dia? Kaya, popular, dan kacak. Anak Tan Sri lagi!

"Kau nak bincang apa ni Zarif! Sini bising lah!" Jerit Roy kuat bagi melawan bunyi bising di kelab itu.

"Ikut aku!" Jerit Zarif sebelum berdiri.

Roy dan Danny mula mengekori langkah Zarif. Zarif membayar sejumlah wang kepada lelaki berbaju hitam di suatu sudut. Lelaki itu kemudiannya menyerahkan sebuah kad kepada Zarif. Mereka bertiga mula berjalan ke bilik-bilik VVIP yang tersedia di kelab itu.

Langkah Zarif mula berhenti di hadapan sebuah pintu. Kad itu diimbas pada kotak pengimbas sebelum pintu bilik terbuka. Mereka mula melangkah masuk ke dalam bilik mewah itu.

"Macam ni baru best. Tak adalah aku menjerit macam orang gila!" Ujar Roy lalu melangkah masuk ke dalam bilik itu.

"Danny yang ajak bincang dekat sini. Ingatkan dah sewa bilik rupanya sibuk mengawan dengan betina-betina dekat luar tu." Bidas Zarif selamba. Dia duduk menyilangkan kaki di sofa berhadapan dengan Jass. Jass menggelengkan kepalanya perlahan.

"Wei, kau cakap baik-baik sikit. Bila masa aku mengawan? Dia orang tu stok 'ringan-ringan' je! Kalau nak buat bini aku cari lain, macam Farisha ke.." Ujar Danny dengan sengihan. Roy menjeling Danny tajam.

"Langkah mayat aku dulu!" Bidas Roy kegeraman.

"Kau baring cepat. Aku nak langkah ni!"

"Bodoh!" Carut Roy kegeraman.
Zarif mengeluh kasar apabila melihat pergaduhan antara Roy dan Danny.

"Korang datang sini nak bincang ke nak gaduh?" Tanya Zarif kegeraman.

"Bincang." Danny tersengih.

"Kenapa kau ajak kita orang datang? Kau nak bincang apa?" Roy mula betanya.

"Korang tak rasa apa-apa yang pelik ke?"

"Pelik? Maksud kau?" Danny pula bersuara.

"Macam ada orang ikut kau orang."
Roy dan Danny berpandangan. Kemudiannya, mereka berdua menggelengkan kepala serentak.

"Tak ada. Kenapa? Ada orang ikut kau ke?" Tanya Danny lagi. Zarif menganggukkan kepalanya pantas.

"Siapa?"

"Orang suruhan Arasy."

"Arasy?" Danny dan Roy berfikir sejenak.

"Siapa wei?" Tanya Roy lagi. Tiada sebarang memori tentang lelaki bernama Arasy di kepalanya saat ini.

"Arasy The Great Young Racer. Lim championship!"

Roy dan Danny berpandangan sebelum..

"Musuh ketat kau?"

"Siapa lagi kalau bukan dia!" Marah Zarif kegeraman.

"Kenapa dia intip kau?" Tanya Danny pula. Zarif mengangkat bahu.

"Yang tu aku tak tahu lagi. Tapi kenapa dia intip aku?" Zarif mula menyoal sendiri.

"Kau ada cari pasal dengan dia ke?"
Zarif berfikir sejenak apabila mendengar soalan Roy.

"Mana ada! Aku dah lama tak cari gaduh dengan dia. Aku dah lama tak jumpa dia lah, wei! Semenjak Adha meninggal..." Kata-kata Zarif berhenti tiba-tiba.

Dia dan Arasy merupakan musuh di litar lumba. Mereka berdua bersaing untuk mendapatkan gelaran juara. Dia sanggup berlumba mati-matian demi merampas gelaran Top Young Racer yang dipegang Arasy. Apa sahaja dia sanggup lakukan untuk merampas gelaran juara yang dipegang Arasy.

"Lama dah wei! 7 tahun. Apesal dia baru intip kau sekarang?" Tanya Danny musykil.

"Kau rasa ni ada kena-mengena dengan kematian Adha?"

"Maksud kau?" Zarif pandang Roy.

"Adha mati bila pandu kereta dia. Kau rasa logik ke apa yang media cakap? Arasy sabotaj Adha? Dia sabotaj kawan baik dia sendiri?" Tanya Roy mula membuka isu.

"Mana tahu dia ada tak puas hati dengan Adha." Jawab Danny bagi pihak Zarif. Roy memutarkan bebola matanya apabila mendengar jawapan Danny.

"Adha kawan baik Arasy. Tak mungkin Arasy buat macam tu! Lagi satu, apa yang hebat tentang budak Adha tu? Race bukan power mana. Nasib bapak dia kaya, dia boleh buat pasukan dia sendiri. Dia masuk pun kerana Arasy. Kau lupa?" Tanya Roy lagi. Danny sekadar tersengih. My bad!

"Tapi asal dia intip kau?" Danny bertanya lagi.

"Jangan-jangan.." Kata-kata Roy terhenti. Dia memandang Zarif dengan wajah terkejut. Zarif tersenyum sinis sambil menganggukkan kepalanya. Dia bagaikan memberi jawapan bagi soalan yang bermain di fikiran Roy saat ini.

"Dia suspek aku yang rancang nak bunuh dia. Tapi nyawa dia liat. Adha yang mati." Jawapan yang keluar dari mulut Zarif membuatkan Roy pegang kepala. Pening!

"Kau nak buat apa?" Tanya Danny pula. Zarif tersenyum sinis.

"Aku akan ikut permainan dia. Kita tengok nanti. Berjaya ke tak dia cari bukti tu. Let wait and see." Ujar Zarif sambil tersenyum sinis. Danny menggelengkan kepalanya pantas.

"Sah kau dah gila!"


Seorang lelaki mula melangkah masuk ke dalam sebuah gudang yang terbina di sebuah hutan yang terletak di pinggir kota. Jika dilihat dengan sekali imbas, gudang itu seperti gudang terbiar. Lihat sahaja keadaan gudang itu. Cukup menyeramkan.

Akan tetapi, tiada sesiapa yang tahu gudang itu dijadikan sebuah 'port' rahsia untuk sebuah kumpulan. Mereka menjadikan tempat itu sebagai tempat mereka memproses dan mengedar dadah.

Tempat itu terlampau tersorok. Sudahlah terletak di dalam hutan, untuk sampai ke situ mengambil masa hampir satu jam dari jalan utama. Siapa yang perasan jika hutan itu dijadikan 'port rahsia' mereka menjalankan kegiatan gelap mereka.

Sebuah kereta Lamborghini Aventado berwarna hitam berhenti di hadapan gudang itu. Beberapa orang lelaki bersenjata api mula menundukkan kepala tanda hormat kepada ketua mereka yang baru tiba di situ. Seorang lelaki yang lewat 30-an mula melangkah masuk ke dalam gudang itu dengan wajah dingin.

"Pagi boss."

Seorang lelaki yang mengawal kegiatan pemprosesan dadah di kawasan itu mula menyapa. Lelaki itu mula mengikuti jejak langkah ketuanya ke sebuah bilik mewah yang terdapat di gudang itu.

"Apa yang kau dapat?" Si ketua mula bertanya.

"Arasy dah mulakan langkah untuk cari pembunuh Adha."

Si ketua tersenyum sinis apabila mendengar jawapan anak buahnya. Sebotol wine dibuka penutupnya lalu dituangkan ke dalam gelas kaca yang berisi ais di dalamnya.

"Siapa yang dia target?" Si Ketua menyoal lagi. Dia melangkah ke sofa lalu duduk di situ. Minuman berwarna perang di gelasnya diteguk rakus.

"Zarif."

Si ketua ketawa besar. Gelas di tangannya diletakkan ke atas meja kaca itu.

"Dasar bocah!" Si ketua ketawa lagi. Dia menggelengkan kepalanya apabila mendengar jawapan yang tidak masuk akal yang dibuat Arasy.

"So, apa yang kita nak buat sekarang?"

Si ketua berfikir sejenak. Apa yang patut dia lakukan sekarang?

"Tak payah buat apa-apa. Kita cuma tengok apa rancangan Arasy yang seterusnya." Balas si ketua lagi. Anak buahnya menganggukkan kepalanya pantas.

"Black."

"Ye boss." Anak buahnya menyahut pantas.

"Kau yakin Arasy hanya targetkan Zarif? Kau yakin dia tak ada suspek sesiapa selain Zarif?" Tanya Si ketua lagi. Black menggelengkan kepalanya perlahan-lahan.

"Tak, boss. Zarif adalah suspek terbesar dalam kes ni. Zarif sahaja yang berdendam dengan Arasy." Jawab Black yakin.

"Kau jangan yakin sangat, Black. Arasy tak bodoh seperti yang kau fikirkan. Kita kena bersiap sedia."
Black mengangguk lagi.

"Kau boleh keluar." Arah si ketua lagi. Black menganggukkan kepalanya perlahan sebelum melangkah pergi dari situ.

Si ketua tadi menguntum senyuman sinis. Sebuah sampul berwarna coklat gelap di meja kerjanya dipandang lama. Dia bingkas berdiri. Sampul itu dibuka lalu isinya dikeluarkan. Anak matanya mula mengeluarkan api amarah. Darahnya mula mendidih.
'Aku janji! Kau akan mati, Arasy! Kau akan mati! Hutang darah dibayar darah!'

Tekad lelaki itu dengan dendam yang membara. Kesakitan yang dia tanggung selama ini perlu dia lunaskan. Dia sudah hidup dalam kesedihan. Kehilangan orang yang tersayang membuatkan dia sentiasa di dalam kegelapan. Dia akan pastikan. Orang itu menerima nasib seperti dirinya. Dia bertekad!

Bersambung!

16/01/2022


• Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lover✨

• Remember : What you give is what you will get back! Have Fun!✨

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top