Tuan Arasy | 25

"The destruction power of a lie is stronger than the truth."

Amanda memeluk tubuh di kerusi itu. Wajahnya dimasamkan. Anak matanya tajam merenung wajah papanya. Lelaki itu hanya beriak selamba di hujung sana. Lelaki itu bagaikan tidak menghiraukan ketegangan yang dirasainya saat ini.

Amanda memandang seluruh ahli keluarganya yang bagaikan tidak menghiraukan dirinya. Mama dan ibu sibuk berbual. Abang Kayden dan Kak Azura hanya memandang telefon pintar mereka. Kak Amel dan Abang Shah sibuk melayan kerenah anak kecil mereka. Amanda memandang tiga kerusi yang masih kosong di sebelahnya.

Amanda berdecit perlahan. Papanya masih tidak berubah!

"Manda nak balik!" Ujar Amanda lalu dia bingkas berdiri.

"Amanda, duduk dulu." Pujuk Puan Sri Hasnawati lembut. Wajah anak gadisnya dipandang penuh kasih.
Amanda memandang wajah ibu bapanya dengan wajah menyampah.

"Duduk? Nak buat apa? Papa, apa ni?!" Tanya Amanda kegeraman. Tan Sri Khalid hanya beriak biasa.

"Kenapa?" Tanya Tan Sri Khalid pendek.

"Kenapa papa tanya? Papa memang tak serik-serik kan? Manda dah cakap Manda cuma cintakan Arasy! Kenapa susah sangat papa nak faham? Amanda hanya cintakan Arasy! Amanda tak akan kahwin dengan Zarif! Amanda benci dia! Kenapa dengan papa ni?!" Amanda mula memberontak. Tan Sri Khalid mengerutkan dahinya.

"Apa Manda cakap ni? Zarif?" Tanya Tan Sri Khalid pelik. Amanda mengeluh bosan.

"Papa mungkir janji kan? Apa papa janji dengan Amanda? Papa janji dengan Manda, papa nak terima Arasy. Tapi apa ni pa? Boleh tak sekali je Manda minta dengan papa, tolong tunaikan janji papa. Pa..." Panggil Amanda meleret. Wajahnya sudah tidak ceria.

"Manda cuma cintakan Arasy... Manda cintakan dia sorang je. Tolonglah faham Manda.." Ujar Amanda sambil menangis teresak-esak. Dia sudah tidak hiraukan pandangan pelik pengunjung-pengunjung lain. Apa yang dia tahu, dia tak mahu kahwin dengan Zarif!

"Amanda.. Janganlah nangis. Malu lah orang tengok." Pujuk Kayden yang duduk di sebelah Amnada. Tangan adiknya dicapai tetapi Amanda pantas menepis.

"Biarlah semua orang nak tengok. Dia orang ada mata." Bidas Amanda kegeraman. Kayden terdiam. Dia kemudiannya mengeluh kecil. Amanda memandang Tan Sri Khalid lama.

"Pa.. Manda tak nak apa-apa dari papa. Manda cuma nak restu papa. Manda nak kahwin dengan Arasy. Tolonglah pa.. Manda nak kahwin dengan Arasy secepat mungkin. Manda takut kalau Arasy kena kebas dengan perempuan lain. Arasy tu handsome, kaya, banyak duit, macho. Semua perempuan nak dekat dengan Arasy. Kalau dia dah mengalah, Manda macam mana? Manda tak nak hilang Arasy! Mama!"

Amanda mula merengek. Tidak dihiraukan make up di wajahnya yang sudah cair. Dia tidak malu jika wajahnya buruk. Dia tidak mahu kehilangan Arasy!

"Amanda?" Satu suara memanggil nama Amanda.

Amanda berpaling ke belakang. Bukan kerana namanya yang dipanggil tapi kerana suara yang memanggil namanya itu. Dia kenal suara itu. Suara itu suara Arasy. Lelaki yang dicintai sepenuh mati.

"Awak buat apa dekat sini, Arasy?" Tanya Amanda dengan wajah pelik. Bukan sahaja Arasy di hadapannya, Tan Sri Mukhriz dan Puan Sri Khaleeda turut ada di situ.

"You should ask your dad, Amanda." Ujar Arasy pendek dengan sneyuman.
Amanda berpalingkan mukanya memandang wajah ahli keluarganya. Wajah papanya dipandang penuh tanda tanya.

"What is going on right now, daddy?"

"I think I should let you happy. I know Arasy is the best happiness that you have ever in your life, Amanda. Is that true?" Pertanyaan yang keluar dari mulut Tan Sri Khalid membuatkan Amanda terkejut besar. Wajah papanya dipandang lama bagi mencari kejujuran di sebalik kata-kata itu.

"Are you sure, papa?"

"Yes, Amanda." Tan Sri Khalid menganggukkan kepalanya perlahan. Amanda membuntangkan matanya tanda terkejut. Di hatinya sudah bersorak riang. Dia mula berlari anak mendekati Tan Sri Khalid yang duduk berhadapan dengannya. Tubuh lelaki itu dipeluk erat.

"Thank you papa. Ini hadiah yang paling bermakna untuk Amanda. Restu papa." Ujar Amanda sambil memeluk tubuh papanya seerat mungkin. Dia tidak menyangka bahawa papanya yang berhati batu itu mampu mengalah kerananya.

Tan Sri Khalid tersenyum nipis. Dia turut membalas pelukan Amanda. Dia sebenarnya masih terkejut apabila Amanda memeluknya. Ini kali pertama Amanda memeluknya dengan ikhlas setelah hampir 7 tahun hubungan mereka seakan-akan renggang.

"Okay, dah sayang. Jom makan. Arasy, Khaleeda, Mukhriz, jemput duduk." Ajak Puan Sri Hasnawati menceriakan suasana. Amanda merungkaikan pelukan lalu kembali ke tempat duduknya dengan senyuman bahagia.

Amanda memandang Arasy di sebelahnya dengan wajah bahagia. Arasy tersenyum kecil.

"Awak nampak macam nenek sihir. Habis cair make up awak. Mata awak dah hitam. Macam kena tumbuk." Ujar Arasy memberi pendapat. Amanda tayang wajah jelik. Compact powder di dalam beg tangannya dikeluarkan sebelum wajahnya diperhatikan.

"Muka saya jadi macam nenek sihir ni sebab nak pertahankan awak tau Arasy! Awak jangan nak sindir-sindir saya. Tak nampak lagi betapa dalamnya cinta saya pada awak? Saya sanggup malukan diri saya menangis macam orang gila tadi semata-mata untuk awak tau. Awak buat apa? Awak panggil saya nenek sihir? Awak dah melampau ni Arasy!" Keluh Amanda kegeraman. Ditoyoh-tonyoh pipinya dengan span di tangannya untuk menghilangkan kesan-kesan hitam dibawah mata akibat eyeliner yang cair ketika dia menangis tadi.

Arasy sekadar tersengih.

"Sorry, saya mengaku awak is the best baby girl in the world."

"Tahu pun." Balas Amanda bangga.

Seketika kemudian, alat solek miliknya kembali di simpan di dalam beg tangannya setelah dia selesai membaiki kembali solekan di wajahnya.

"Arasy.." Amanda berbisik perlahan memanggil nama Arasy apabila ibu bapanya sibuk berbual dengan ibu bapa Arasy.

"Ye, Amanda." Sahut Arasy perlahan. Amanda mula merapatkan kerusinya dnegan kerusi Arasy membuatkan Arasy menggelengkan kepalanya perlahan.

"Macam mana papa boleh terima awak?"

Arasy angkat bahu.

"Macam mana papa ajak awak datang sini? Dengan mummy dan daddy lagi?"

"Entah. Kayden yang call cakap papa awak ajak makan. Saya datang lah."
Amanda menganggukkan kepalanya perlahan. Seketika kemudian dia kembali menyoal.

"Awak tak rasa pelik ke kenapa papa senang sangat terima awak?"

Arasy menggelengkan kepalanya sambil tersenyum kecil.

"Awak tak payahlah nak serabutkan kepala fikir pasal benda ni. Apa yang penting, papa awak dah terima saya. Itu yang awak nak kan?" Soal Arasy lagi. Amanda tersengih.

"Pandai pun awak, Arasy.. Bakal suami siapa ni?"

"Bakal suami cik Amanda lah."
Kata-kata Arasy itu membuatkan Amanda ketawa kecil. Tan Sri Khalid memandang anak gadisnya yang ketawa bersama Arasy. Keluhan kecil dia lepaskan buat sekian kalinya.


Tan Sri Mukhriz mendekati Tan Sri Khalid yang berdiri di tepi kolam renang bagi menghayati ketenangan malam. Seketika kemudian Tan Sri Mukhriz berdiri di sebelah lelaki itu. Suasana sunyi menyelungbungi mereka. Baik Tan Sri Mukhriz mahupun Tan Sri Khalid, masing-masing hanya mengunci mulut.

"Kenapa kau terima Arasy? Aku ingatkan kau bencikan anak aku." Tanya Tan Sri Mukhriz mencipta perbualan. Tan Sri Khalid mengeluh kecil.

"Aku memang bencikan anak kau. Aku tak boleh terima dia masuk dalam keluarga aku. Setiap kali aku pandang wajah anak kau, aku jadi marah. Aku teringatkan peristiwa anak aku meninggal. Aku benci!" Ujar Tan Sri Khalid penuh amarah. Tan Sri Mukhriz mengeluh kecil.

"Kalau kau benci anak aku, kenapa kau terima dia masuk dalam keluarga kau Khalid? Kenapa? Kau sengaja nak balas dendam ke apa! Tolonglah Khalid, kalau kau masih tak boleh terima anak aku, jangan terima hubungan ni. Jangan teruskan hubungan ni. Kau hanya menyakiti hati anak kau dan anak aku saja." Ujar Tan Sri Mukhriz lemah. Tan Sri Mukhriz mula berpusing untuk melangkah pergi.

"Mukhriz."

Langkah kaki Tan Sri Mukhriz berhenti. Dia tidak berpaling tetapi dia menunggu di situ. Menunggu kata-kata Tan Sri Khalid yang seterusnya.

"Aku benci Arasy. Aku tak boleh tengok muka dia. Tapi aku sayang anak aku. Amanda terlalu mencintai Arasy. Aku nampak Amanda bahagia dengan Arasy. Bahagia yang tak mampu aku berikan pada dia." Ujar Tan Sri Khalid lemah. Teringat peristiwa Amanda memeluknya sebentar tadi.

"Hubungan aku dengan Amanda dan lama renggang. Semenjak kehilangan Adha, aku mula pejam mata pada anak-anak aku yang lain. Aku tak layan mereka dengan baik. Sedar tak sedar dah tujuh tahun berlalu. Aku dah terlambat nak perbaiki hubungan aku dengan anak-anak aku." Ujar Tan Sri Khalid lagi. Tan Sri Mukhriz sekadar mendengar. Dia sendiri dapat melihat ketegangan yang berlaku antara bekas sahabatnya dengan Amanda.

"Kau sendiri tengok tadi, Amanda peluk aku. Itu pelukan pertama yang aku dapat setelah tujuh tahun. Dengar macam tak logik tapi itu hakikatnya." Ujar Tan Sri Khalid lagi. Tan Sri Mukhriz mengeluh kecil. Adakah anaknya dianggap 'objek' pertaruhan lelaki itu untuk kembali rapat dengan anaknya sendiri.

"Kau pergunakan anak aku, Khalid?" Tanya Tan Sri Mukhriz dengan nada tinggi. Dia berpaling ke belakang memandang wajah Tan Sri Khalid. Tan Sri Khalid turut berpaling memandang Tan Sri Mukhriz. Mereka mula berpandangan sesama sendiri.

"Aku rasa anak kau tak kesah kalau aku pergunakan dia. Betul kan?"
Pertanyaan Tan Sri Khalid membuatkan Tan Sri Mukhriz mendengus kasar.

"Aku nak ingatkan kau dan Arasy. Jangan beritahu apa-apa pada Amanda tentang peristiwa tujuh tahun yang lepas. Amanda tak perlu tahu yang Arasy sebenarnya sahabat arwah Adha. Jangan beritahu Amanda apa-apa. Dia tak perlu tahu." Ujar Tan Sri Khalid sebelum dia mula melangkah untuk pergi.

"Kenapa kau nak rahsiakan benda ni dari Amanda, Khalid? Amanda perlu tahu kebenarannya. Kau pun tahu bukan Arasy yang bunuh Adha. Bukan anak aku, Khalid! Kau tahu tu!" Tegas Tan Sri Mukhriz bersuara. Tan Sri Khalid menguntum senyuman sinis. Wajah bekas sahabatnya itu dipandang tajam.

"Betul. Bukan anak kau yang bunuh anak aku. Tapi kau lupa? Adha pandu kereta anak kau! Kalau Amanda tahu pasal perkara ni. Kau rasa dia mampu nak terima kenyataan tu? Entah-entah Amanda dah tak boleh terima Arasy lagi dah. Yelah, kalau Adha tak pandu kereta Arasy, Adha pasti masih hidup sampai sekarang."

Kata-kata Tan Sri Khalid membuatkan Tan Sri Mukhriz mengeluh kasar. Mengapa manusia sering menghukum begini?

"Keputusan terletak di tangan Arasy. Aku tak untung, aku tak rugi. Kau fikirlah sendiri. Ini demi kebahagiaan anak kau juga, Mukhriz. Aku masuk dulu." Balas Tan Sri Khalid lalu melangkah pergi.

Tan Sri Mukhriz mengeluh kasar. Dia mahu gadis muda itu tahu siapa Arasy sebenarnya. Tapi dia tahu gadis itu pasti tidak mahu menerima Arasy seandainya perkara itu diungkap. Tapi bukan Arasy yang membunuh Adha. Anaknya tidak bersalah. Dia buntu!

Antara kebenaran dan kebahagiaan. Mana yang patut dia pilih?

Bersambung!

13/01/2022


• Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lover✨

• Remember : What you give is what you will get back! Have Fun!✨

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top