Tuan Arasy | 24
"Wherever you escape, the truth will find you! Always be prepared to meet with it."
Arasy menghulurkan fail biru di tangannya kepada Jazmy yang duduk di kerusi di hadapannya. Zynn pula duduk di sofa sambil memandang telefon pintarnya. Begitulah rutin harian Zynn. Lelaki itu selalu mengikuti Arasy setiap masa. Ada kalanya lelaki itu hanya memerhati Arasy dari jauh. Arasy juga perlukan privasi.
"Tuan.." Jazmy tiba-tiba memanggil Arasy.
"Hurm."
Jazmy memerhati sekeliling sebelum lelaki itu mula bersuara.
"Baby girl Tuan tu tak datang ke hari ni? Biasanya kalau waktu-waktu macam ni mesti dia datang sini terjah Tuan. Baby boo, I'm coming!" Ujar Jazmy mengajuk ucapan wajib Amanda setiap kali gadis itu datang ke sini untuk berjumpa Arasy. Arasy ketawa kecil apabila mendengar suara gedik Jazmy yang cuba untuk meniru suara manja Amanda.
Zynn di hujung sana sekadar memasang telinga. Hatinya juga turut terusik dengan tingkah manja Amanda. Apa yang pelik, Amanda hanya mengada-ngada di hadapan Arasy. Jika Arasy tiada, gadis itu hanya bersikap seperti gadis normal. Pelik!
"Dia tak datang. Sibuk memasak." Ujar Arasy selamba.
Jazmy mengerutkan dahi manakala Zynn mula berpaling ke arah Arasy.
"Masak? Baby girl Tuan masak? Tuan biar betul?" Tanya Jazmy tidak percaya. Zynn sudah melangkah menghampiri Arasy dan Jazmy. Kerusi di sebelah Jazmy ditarik lalu dia duduk di situ.
"Tak terbakar ke dapur nanti?"
Pertanyaan yang keluar dari mulut Zynn membuatkan Jazmy ketawa besar. Permukaan meja Arasy ditepuk berkali-kali. Lawak!
Arasy tersenyum kecil sambil menggelengkan kepalanya. Beginilah Jazmy dan Zynn apabila mereka hanya bertiga. Di luar sahaja Jazmy dan Zynn nampak dingin tapi bila bersamanya, Alahai! Serupa badut!
"Alhamdulillah setakat ni tak terbakar lagi. Cuma itulah, perut aku ni dari semalam dah macam tsunami. Aku ingat okay jelah makan makanan yang baby girl aku tum asak. Rupanya silap sama sekali. Lepas baby girl aku balik memang berulang kali lah aku keuar masuk tandas. Kalau boleh aku nak bermaustautim dalam tandas terus." Ujar Arasy penuh geram. Jazmy ketawa lagi. Zynn menggelengkan kepalanya perlahan. Ini lawak!
"Yang Tuan pergi telan jugak tu dah kenapa?" Soal Zynn pula.
"Dah baby girl aku masak dengan penuh semangat, mestilah aku makan. Lagipun aku kesian tengok muka dia, tersebik-tersebik macam nak nangis. Mana aku tahan? Aku makan lah. sekurang-kurangnya dia tak lah rasa kecewa snagat." Balas Arasy lagi.
Jazmy mengerling Zynn sekilas.
"Sayang girlfriend!"
Zynn angkat bahu.
"Jap, kenapa Cik Amanda beriya-iya nak belajar masak untuk Tuan pula ni? Biasanya okay je dia menyendeng dekat Tuan setiap hari." Tanya Jazmy keliru. Arasy mengeluh kecil.
"Kau tak beritahu pun aku yang mummy dengan daddy ajak Amanda lunch?"
Jazmy tersengih. Zynn menjongket kening. Ajak lunch?
"Terlupa Tuan. Hehe.. Silap-silap.." Jazmy memohon ampun.
"Mummy aku tanya dia pandai masak ke tak. Dia jawab dia tak pandai masak. Lepas tu mummy aku tanya lagi, nak kahwin mesti kena pandai masak. Kau orang tahu lah baby girl aku macam mana. Dia mana boleh mengalah? Pantang dicabar. Itu yang dia sahut cabaran mummy aku nak belajar masak." Ujar Arasy panjang lebar.
"Cik Amanda tu pantang dicabar kalau pasal Tuan je. Pasal benda lain dia tak kesah pun." Perli Jazmy lagi. Arasy tersenyum kecil. Betul!
"Ha, Ash ada dekat mana sekarang? Dah dua hari tak dengar khabar jantan tu. Zynn?" Arasy mula menyoal sambil Zynn dipandang untuk meminta jawapan.
"Tuan Ash dah..."
"Annyeonghaseyo yeorobun!"
Jeritan nyaring yang keluar sebaik sahaja pintu bilik itu terbuka membuatkan tiga orang lelaki di bilik itu tersentak. Pantas sahaja mereka bertiga memandang ke pintu. Kelihatan seorang lelaki ala-ala kpop di muka pintu. Terdapat beberapa orang pegawai keselamatan di sisinya.
"Maaf Tuan, kami dah cuba halang dia tapi tak dapat." Ujar seorang pegawai yang sudah kelelahan di sebelah Ashraf.
"Tak apa, Pak Mat. Pak Mat dan yang lain boleh sambung buat kerja. Pasal dia ni, nanti saya handle." Ujar Arasy sopan. Pegawai keselamatan itu menganggukkan kepalanya perlahan sebelum berlalu pergi bersama rakan-rakan sepasukannya.
"Apa yang kau dah buat ni Ash?!" Tanya Arasy memetir. Lihat sahaja baju Ashraf yang sudah selekeh dengan rambutnya yang kusut. Ini baru balik dari Korea ke, baru balik dari Bangladesh?
"Aku buat biasa je. Eh Arasy, kau pergi buat air kejap. Aku dahaga lah. Penat main kejar-kejar dengan pak guard tu." Ujar Ashraf kepenatan lalu dia melompat ke atas sofa empuk di bilik Arasy dengan gaya kuak lentang.
Bagaikan faham akan maksud pandangan Arasy, Jazmy mula meminta diri untuk beredar. Tinggallah Arasy, Zynn dan si gila Ashraf di situ.
"Kau buat apa sampai dia orang kejar kau?" Tanya Arasy sebelum menghampiri Ashraf. Dia duduk di sofa berhadapan dengan Ashraf.
"Aku nak masuk dia orang tak bagi. Dia orang sekat aku dekat lobi tadi. Kurang hajar betul! Aku apa lagi, aku lari lah. Dia orang pun kejar aku. Aku masuk dalam lift VVIP terus datang sini." Ujar Asraf sambil tersengih. Arasy mengerutkan dahinya.
"Kau tahu ke password untuk lift VVIP tu? Mana boleh naik kalau tak ada password." Ujar Arasy lagi.
Syarikatnya mempunyai system yang sangat canggih. Bukan sebarangan orang boleh keluar masuk di syarikatnya. Setiap lift mempunyai pengimbas. Tidak kiralah pekerja bawahan atau atasan, di id kad setiap pekerja mempunyai satu kod rahsia yang membenarkan pekerja itu masuk ke dalam lift setelah id kad itu diimbas.
"Ini Ash lah. Ingatan kukuh kut! Otak komputer ni boss. Aku ingat password lift tu. Alaa, dulu kan aku selalu ikut kau datang sini. Aku curi-curi tengok je lama-lama dah ingat. Hehe.." Ashraf tersengih. Arasy menggelengkan kepalanya perlahan.
"Nasib daddy kau tak tukar password kalau tak, malu lah muka aku kena tahan dekat lobi tu. Aku instafamous kut! Apa barang kena tahan dekat lobi?" Ujar Ashraf kerek. Arasy sekadar memandang sahabatnya itu tanpa suara. Ashraf memang seperti ni. Berlagak hebat!
Arasy menggelengkan kepalanya perlahan. Padah dapat kawan terlampau selamba begini. Aduhai!
"Eh, siapa ni? By the way aku Ashraf. Sahabat sehidup semati Arasy." Ujar Ashraf memperkenalkan diri. Tangannya dihulurkan untuk bersalam dengan Zynn. Zynn menyambut huluran tangan itu.
"Zynn"
Ashraf buat muka jelik. Zynn dipandang dengan riak tidak puas hati.
"Aku cakap bukan main panjang, kau balas 'Zynn' je? Haisy! Bosan lah bodyguard kau ni Arasy.." Ashraf mula mengadu domba.
"Asalkan dia buat kerja bagus, aku tak kesah kalau dia bosan. Mana ada dia bosan. Dia sporting je kalau dengan aku. Kau je melebih." Balas Arasy selamba.
Ashraf tayang wajah meluat. Seketika kemudian Jazmy masuk ke dalam bilik itu bersama beberapa cawan air nescafe suam.
"La, aku nak air sejuk. Arasy... Aku penat ni! Tak pandai lah PA kau buat kerja!" Ashraf mula menjerit kuat. Arasy mengeluh kasar.
"Kau datang sini nak tolong aku cari 'orang tu' ke nak kutuk-kutuk staf aku?" Tanya Arasy tanpa nada. Dia sudah penat melayan kerenah Ashraf. Semakin tinggal di Korea semakin mengada-ngada. Lelaki itu sibuk acah manja. Mungkin pada pandangan orang, Ashraf itu comel. Pada pandangannya Ashraf itu menjengkelkan. Geli!
"Cari 'orang' tu.." Ashraf tersengih. Air nescafe suam itu disisip perlahan-lahan. Suam pun suam lah. Asalkan air!
"So, kau dah dapat apa-apa maklumat?" Tanya Ashraf yang sudah menyilangkan kaki memandang Arasy. Dia sudah serius.
Arasy menggelengkan kepalanya perlahan. Zynn dipandang lalu satu isyarat mata dia keluarkan. Zynn menganggukkan kepalanya sebelum satu sampul surat berwarna coklat dikeluarkan dari jaket hitam di tubuhnya. Sampul itu kemudiannya diletakkan di hadapan Ashraf.
"Apa ni?" Ashraf mula mencapai sampul surat itu.
"Tengok lah sendiri."
"Ini..." Isi surat itu dikeluarkan.
"Zarif?" Soal Ashraf dengan kedutan di dahinya. Ashraf memandang Arasy.
"Apa kena mengena Si Poyo tu dengan kes kematian Adha?"
"Kalau aku mati, siapa yang jadi champions?"
Ashraf berfikir sejenak.
"Zarif kut.."
"Itu je maklumat yang aku dapat setakat ni. Zarif je suspek terbesar dalam kes ni." Ujar Arasy lagi. Ashraf menganggukkan kepalanya perlahan.
"Mungkin juga jantan ni yang rancang semua ni. Yelah, dia kan dengki dengan kau. Mungkin dia yang buat.." Balas Ashraf lagi. Arasy sekadar diam.
"So, macam mana kau nak perangkap dia?"
"Orang-orang Zynn akan siasat tentang dia."
Ashraf berpaling memandang Zynn yang duduk di hujung sana dengan pandangan musykil.
"Zynn ni boleh buat kerja ke?"
"Kau rasa?"
Ashraf sekadar mengangkat bahu. Isi sampul itu kembali diperhatikan.
"Kau ada rasa tak yang pihak polis sekongkol untuk sorokkan bukti? Yelah, Adha meninggal tanpa sebab yang kukuh. Dia meninggal sebab brek kereta kena potong. Tapi siapa yang potong. Nampak tak pelik dekat situ?" Tanya Ashraf mengutarakan kekeliruan di fikirannya selama ini.
"Maybe."
"Tapi kenapa family Adha tak nak buka kes ni? Maksud aku, Tan Sri Khalid tu kan kaya, dia boleh je siasat pasal kes ni. Kenapa dia tak buat?" Tanya Ashraf lagi. kali ini tiga pasang mata memandang tepat pada Arasy. Mereka bagaikan mahu jawapan dari lelaki itu. Arasy mengeluh kecil.
"Kau lupa ke berita yang media siarkan? Arasy Naufal Tan Sri Mukhriz penyebab utama Khairul Adha Tan Sri Khalid meninggal dunia. Kau lupa?" Tanya Arasy tanpa nada.
Wajahnya kosong tanpa perasaan. Kecewa? Marah? Sedih? Entahlah. Peristiwa itu sudah lama berlalu. Sakit dihatinya kerana difitnah sebegitu rupa tak mampu diubat dengan mudah. Kesannya sehingga sekarang.
Ashraf menelan ludahnya kelat. Berit aitu terlampau hangat diperkatakan. Semua orang menunding jari pada Arasy atas kematian Adha sedangkan Arasy waktu itu turut berduka dengan kematian Adha. Arasy juga dihalang untuk menghadiri majlis perkebumian Adha. Arasy cukup berduka waktu itu.
Suasana di bilik itu tegang seketika. Baik Arasy mahupun Ashraf mereka berdua hanya mendiamkan diri. Begitu juga dengan Zynn dan Jazmy.
"Ash..."
Ashraf mengangkat muka sambil menjongket keningnya.
"Apa?"
"Kau ingat tak Qash?"
"Qash?" Ashraf mengerut dahi. Budak mana ni?
"Budak jalanan tu."
"Ouh, budak kenit tu! Asal wei? Dah lama siot aku tak jumpa dia. Dia dah jadi orang ke?" Tanya Ashraf tanpa berlapik. Arasy mengeluh kecil.
"Dia elok je jadi orang. Kau je yang dah berubah. Berubah jadi beruk." Bidas Arasy selamba. Ashraf tersenyum mengejek.
"Amboi kau, mulut! Kenapa dengan budak tu?" Tanya Ashraf berminat. Arasy pandang Jazmy dan Zynn sekilas sebelum wajah Ashraf dipandang.
"Dia cakap..."
Bersambung!
•11/01/2022
• Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lover✨
• Remember : What you give is what you will get back! Have Fun!✨
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top