Tuan Arasy | 23
"I admire the way you make me fall even more for you everyday."
Arasy memandang mummynya yang sudah bergaya sakan dengan pandangan pelik. Dia kemudiannya meletakkan briefcase miliknya di atas kerusi sebelum dia duduk di hadapan mummynya di ruang makan itu. Wajah daddy nya dipandang sambil menjongket keningnya. Tan Sri Khalid hanya mengangkat bahu.
"Mummy nak pergi mana ni?" Arasy mula bertanya. Dia mula menyenduk nasi goreng cina ke dalam pinggan miliknya.
"Mummy nak pergi pasar."
Arasy mengerutkan dahinya. Wajah ayahnya dipandang sebelum dia kembali memandang wajah ibunya.
"Mummy nak pergi dengan siapa? Daddy bukan pakai baju casual. Daddy masuk kerja kan?" Tanya Arasy pelik apabila melihat ayahnya berpakaian umum ke pejabat. Berkemeja biru bersama seluar slack hitam. Tak mungkin pakai macam ni nak ke pasar kut!
"Bila masa mummy cakap mummy nak pergi pasar dengan daddy?" Tanya Puan Sri Khaleeda sambil tersenyum kecil apabila melihat wajah keliru anak bongsunya itu.
"Habis tu siapa nak bawa mummy? Mummy mana pandai naik kereta? Mummy ni sihat ke tak?" Tanya Arasy bertalu-talu. Mummy nya itu nama sahaja Puan Sri tapi lessen memandu pun tiada. Disuruh mengupah pemandu peribadi mummy nya tidak mahu. Katanya perhatian daddy nya akan berkurang jika adanya pemandu peribadi. Pelik sungguh!
"Menantu mummy yang nak bawa." Balas Puan Sri Khaleeda dengan senyuman.
"Kak Mira ke? Mummy, Kak Mira tu mengandung tengah mengandung. Tak payah lah susahkan dia. Biar Arasy je ikut mummy pergi pasar. Arasy tak busy sangat hari ni." Ujar Arasy lagi. Puan Sri Khaleeda membuntangkan matanya.
"Arasy ingat mummy ni ibu mertua yang kejam sangat ke? Mummy tahu lah menantu mummy yang sorang tu mengandung. Tak adanya mummy kacau dia. Sekarang ni mummy nak pergi dengan menantu mummy yang lain." Ujar Puan Sri Khaleeda lagi.
Arasy mengerutkan dahinya.
Arasy hanya mempunyai dua beradik. Abangnya Aariq sudah beristeri dan berkeluarga. Siapa lagi menantu mummy jika bukan...
"Assalamualaikum, mummy... Daddy.." Laungan yang separa kuat itu membuatkan Arasy terkedu. Lagi tergaman dia dibuatnya apabila melihat kelibat Amanda di rumahnya. Elok sahaja gadis itu bersalam dengan mummy nya.
"Susah tak nak cari rumah ni?" Tanya Puan Sri Khaleeda kepada Amanda yang sudah melabuhkan punggungnya di kerusi di sebelah Arasy.
"Tak susah pun, mummy. Sebut je Villa Kayangan. Semua orang tahu." Ujar Amanda lagi. Puan Sri Khaleeda tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.
"Jemput makan Amanda. Mummy masak nasi goreng. Sedap tu.." Pelawa Tan Sri Mukhriz lagi. Amanda mengangguk dengan senyuman.
Puan Sri Khaleeda menghulurkan sepinggan nasi goreng cina kepada Amanda. Amanda menyambut dengan riang hati. Seketika kemudian dia berpaling ke kiri apabila merasakan dirinya diperhatikan. Satu senyuman paling ceria dia ukir buat Arasy yang memandangnya pelik.
"Good morning, baby boo."
Tan Sri Mukhriz menggelengkan kepalanya dengan senyuman. Selamba sahaja Amanda memanggil Arasy 'baby boo' di hadapan dia dan isteri. Tidak kekok pula Amanda menayangkan aksi kemesraan di hadapan mereka suami isteri. Tidak seperti Mira yang kelihatan malu-malu jika diusik Aariq.
"Awak buat apa dekat sini?"
Amanda menjulingkan matanya ke atas. Ingatkan Arasy nak balas 'Morning baby girl' tapi hampeh!
"Awak ni tak romantik langsung lah Arasy. Saya cakap good morning tu, balaslah good morning juga. Ini tidak, awak buat apa dekat sini? Membosankan!" Keluh Amanda selamba. Dia mencapai sudu dan garfu lalu nasi goreng itu dibawa ke mulut. Dia mengunyah perlahan-lahan.
"Bukan tak romantik, Amanda ku sayang. Tapi awak tiba-tiba je datang rumah saya. Mana saya tak terkejut." Ujar Arasy membela diri. Amanda menjeling Arasy sekilas.
"Awak pun sama. Saya cari awak dekat office awak tak ada. Awak pergi mana? Pergi jumpa perempuan lain? Awak jangan buat hal Arasy. Saya terjun laut baru awak tahu." Ugut Amanda dengan wajah yang marah. Arasy ketawa kecil. Tubuhnya dirapatkan ke tubuh Amanda sebelum dia berbisik perlahan.
"Awak nampak comel sangat bila marah."
Amanda menguntum senyuman kecil. Arasy dipandang penuh cinta.
"Saya tahu."
Amanda mengerutkan dahinya apabila Arasy memandangnya lama.
"Awak kenapa ni Arasy? Saya pakai baju terbalik ke?" Tanya Amanda pelik. Tubuhnya dipandang sekilas. Jaket denim berwarna birubersama seluar jeans hitam. Apa yang pelik?
"Awak betul ke nak pergi pasar dengan mummy? Awak tahu masak ke?" Tanya Arasy lagi. Amanda menggelengkan kepalanya pantas.
"Saya tak pandai masak. Tak pernah masak."
"Habis tu buat apa ikut mummy?"
"Saya nak belajar masak dengan mummy lah."
Arasy membulatkan matanya.
"Hah? Mummy, betul ke?" Arasy memandang wajah Puan Sri Khaleeda dengan riak tidak percaya. Mummy nya mengangguk pantas.
"Yelah, Amanda akan belajar masak dengan mummy. Ada masalah ke?" Tanya Puan Sri Khaleeda selamba. Melihat wajah risau anaknya membuatkan dia tahu lelaki itu takut dia mendera Amanda. Aduhai, anak! Tak mungkin mummy sejahat itu!
"Arasy ikut. Daddy, hari ni Arasy tak masuk office. Arasy teman mummy pergi pasar."
Kata-kata yang baru sahaja keluar dari mulut Arasy membuatkan Puan Sri Khaleeda membuntangkan matanya. Sanggup Arasy ponteng kerja?!
Tan Sri Mukhriz ketawa kecil. Aduhai anak!
"Arasy ni kenapa? Tak adanya mummy nak dera 'baby girl' Arasy ni. Mummy nak ajar dia masak je. Tak payah lah risau sangat!" Perli Puan Sri Khaleeda sambil menggelengkan kepalanya perlahan. Risau sangat!
Arasy terdiam. Seketika kemudian dia memandang Amanda di sebelah.
"Awak nak pergi pasar naik apa?"
"Naik kereta lah." Jawab Amanda pendek.
"Siapa yang drive?"
"Saya lah."
"Awak pandai drive?" Arasy tayang wajah terkejut. Amanda mencekak pinggang.
"Awak ingat saya ni manja sangat? Saya pandai drive lah, Arasy. Lagi pun saya pergi kerja dengan apa kalau saya tak pandai drive?" Tanya Amanda bosan.
"Driver family awak."
Amanda menjulingkan matanya ke atas.
"Awak lupa ye, saya mana suka berhutang budi dengan family saya! Saya beli kereta sendiri tau dengan gaji saya kerja dekat Café Ibu. Walaupun kereta myvi je yang saya mampu tapi saya guna duit saya sendiri tau. Hebat tak saya?" Tanya Amanda bangga. Keningnya dijongket berkali-kali. sengaja!
"Hebat sangat.." Balas Arasy meleret. Nampak sangat tak ikhlas.
"By the way, nanti kalau kita dah kahwin saya nak kereta Mazda tau. Warna pink." Tanpa berselindung Amanda mula mengutarakan permintaannya. Arasy ketawa kecil.
"Awak cakap awak tak nak terhutang budi dengan family tapi awak minta saya belikan. Macam mana tu?" Tanya Arasy menguji. Amanda tersenyum manja.
"Awak tu kalau kahwin dengan saya jadi husband saya. Suka hati saya lah nak minta apa-apa pun. Harta awak, harta saya juga. Lagi satu, saya kan nak jadi suri rumah tangga. Jaga awak, jaga anak kita. Jadi awak kena kerja kuat lah nak laksanakan semua permintaan saya. Betul tak?" Tanya Amanda menduga. Arasy menggelengkan kepalanya perlahan.
"Cepat betul fikir pasal anak kan? Awak tu dah bersedia ke nak jadi ibu? Jadi menantu pun tak lulus lagi." Ujar Arasy mengusik. Amanda membulatkan matanya.
"Arasy Naufal, awak jangan pandang saya sebelah mata tau! Saya ni memang dah bersedia sangat nak kahwin dengan awak. Awak tu yang takut. Kahwin je kut. Betul tak mummy?" Tanya Amanda kepada mummy Arasy. Wanita itu menganggukkan kepalanya dalam senyuman.
Sedari tadi dia hanya memerhati kelakuan anak dan bakal menantunya itu. Tanpa sedar dia mula mengeluh lega. Arasy yang dulu sudah kembali. Arasy selalu sahaja tersenyum dengan kehadiran Amanda. Dapat dia rasakan anaknya mula merasa bahagia. Bahagia dengan kehadiran Amanda.
"Awak ni memang pantang mengalah kan?" Tanya Arasy dengan senyuman.
"Awak nak tahu satu rahsia tak?" Amanda mula menduga.
"Apa?"
"Saya pantang mengalah bila melibatkan awak. Kalau pasal awak, lautan api pun saya sanggup redah. Setakat memasak, kacang je!" Balas Amanda bongkak. Arasy ketawa kecil.
"Saya rasa dunia dah terbalik. Sepatutnya saya yang cakap macam tu. Bukan awak Amanda."
"Awak lambat sangat buat kerja. Biar saya yang percepatkan. Betul tak daddy?" Tanya Amanda dengan sengihan. Lelaki separuh usia itu kembali ketawa.
"Betul-betul. Kalau macam ni gayanya, kita akan dapat menantu lah tahun ni. Betul tak Da?" Tanya Tan Sri Mukhriz kepada isterinya.
"Betul sangat." Sahut Puan Sri Khaleeda menyokong! Arasy picit dahi. Pening!
Arasy sembunyi senyum apabila melihat hidangan yang terhidang di hadapannya. Wajah Amanda usah dikata. Masam habis.
"Mummy mana?" Tanya Arasy apabila kelibat mummy nya tidak kelihatan di situ.
"Solat." Arasy mengangguk perlahan. Wajah keruh Amanda dipandang lama.
"Penat?" Lembut Arasy menyoal. Amanda merebahkan kepalanya ke meja makan sambil mendongak memandang Arasy di hadapannya.
"Penat gila."
Arasy tersenyum nipis. Lihat sahaja air muka Amanda membuatkan dia tahu gadis itu kepenatan. Biasanya senyum meleret sahaja Amanda jika berjumpa dengannya.
"Awak masak apa ni? Cuba cerita sikit." Ujar Arasy sambil memandang hidangan makan tengah hari yang tidak serupa makanan.
Nasi sudah seperti bubur. Ikan goreng hangus. Ketam masak lemak yang langsung tak berlemak. Sayur campur kut makanan yang available untuk dimakan tanpa ragu.
Amanda mula mencebik kecil. Wajah sedih dia tayang pada Arasy.
"Saya penat sangat Arasy..."
Arasy pula yang serba salah. Gadis itu kelihatan cukup penat.
"Mummy saja je test awak, Amanda. Kalau awak tak pandai masak pun tak apa. Kita upah orang gaji. Okay?" Tanya Arasy memberi cadangan.
Dulu isteri Aariq juga tidak pandai memasak, elok sahaja mummy terima. sekarang wanita itu sudah power memasak. Sebut sahaja nak makan apa, semua dia mampu buat. Dia mahukan Amanda sebagai miliknya, sebagai permata hatinya bukan sebagai pembantu rumah.
"Tak nak!" Amanda menjawab kuat sambil kepalanya diangkat pantas. Amanda membulatkan matanya merenung anak mata Arasy.
"Nanti awak ada scandal dengan orang gaji!"
"Saya sayang awak Amanda. Tak mungkin saya ada scandal dengan orang gaji. Kita upah lah orang gaji dah dah berusia." Ujar Arasy lagi.
"Tak nak. Nanti awak bagi alasan saya tak pandai masak kalau awak nak kahwin lain. Saya tak nak ambil risiko!" Ujar Amanda lagi. Dia mula berpeluk tubuh. Arasy menggelengkan kepalanya perlahan.
"Saya cintakan awak sepenuh hati Amanda. Tak mungkin saya curang dengan orang lain."
Amanda mencebik kecil.
"Orang lelaki. Sekarang suka, boleh lah cakap macam tu. Bila dah muak? Tengok papa saya tu. Kahwin dua. Gatal!" Kutuk Amanda selamba.
"Amanda!" Tegas Arasy menegur. Dia tidak mahu Amanda jadi anak derhaka. Amanda mencebik kecil.
"Mungkin ada sebab kenapa papa awak kahwin dengan ibu awak. Lagi pun ibu awak baik kan? Dia tak dera awak kan?" Tanya Arasy lembut, memujuk. Amanda menggelengkan kepalanya perlahan.
"Awak jangan menduakan saya ye Arasy.." Pinta Amanda dengan suara yang perlahan. Walaupun dia nampak mamanya okay bila bermadu, dia tidak sanggup. Isteri mana yang sanggup berbagi suami? Dia tak sanggup.
"Insyaallah saya tak akan menduakan awak, Amanda. Saya nak dapat awak pun bukan main susah. Doa-doakan yang kita ada jodoh dan jodoh kita kekal lama. Okay?" Tanya Arasy lagi. Amanda menganggukkan kepalanya pantas sambil tersengih. Arasy kembali memandang hidangan di atas meja itu.
"Available ke makanan ni?"
"Kesian awak Arasy, balik penat-penat tapi kena makan makanan yang tak serupa makanan ni. Kita buang jelah makanan ni. Saya order mcd delivery. Don't worry, my treat." Ujar Amanda bersungguh-sungguh. Dia tak sanggup melihat Arasy makan makanan buatannya. Dia lagi tak sanggup jika Arasy masuk hospital kerana keracunan makanan.
"Boleh je makan ni. Hangus je, bukan awak letak racun tikus." Ujar Arasy selamba sebelum dia mula makan.
"Tapi kalau awak keracunan makanan macam mana?"
"Awak jagalah saya dekat hospital."
"Kalau awak mati?"
Arasy menjenggilkan matanya. Nasib dia tidak tersedak apabila mendengar pertanyaan Amanda. Amanda tersengih.
"Keracunan tak boleh bawa mati."
Amanda tersengih lagi. Seketika kemudian, dia menelan ludah kelat apabila melihat Arasy makan dengan berselera. Tak pahit ke?
"Rasa macam mana?" Tanya Amanda dengan wajah berkerut. Dia sendiri seram nak merasa makanannya.
"Tak sedap. Pahit. Kuah ketam ni pedas sangat. Sayur campur ni masin."
Amanda menjatuhkan kepalanya ke meja. Kalau macam ini lah gayanya, bila dia nak kahwin dengan Arasy? Arghhhh! Stresssed!
Bersambung!
•08/01/2022
• Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lover✨
• Remember : What you give is what you will get back! Have Fun!✨
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top