Tuan Arasy | 22

"I did everything I could to keep you in my life."

Amanda melangkah keluar dari Lift VVIP tersebut. Senyuman diukir kepada Mak Cik Salmah, cleaner yang sibuk menyapu di ruangan tersebut. Langkah diatur ke bilik Arasy. Hari ini dia memakai pakaian yang agak simple. Hoodie berwarna merah jambu bersama seluar jeans hitam. Rambutnya pula dibiarkan bebas. Hari ini dia tidak membawa beg tangan. Dia hanya membawa bag pack berwarna merah jambu sahaja. Mudah!

"Cik Amanda, Tuan Arasy tak ada."

Amanda mengerutkan dahinya apabila mendengar kata-kata Jazmy. Lelaki itu kelihat segak dengan suit hitam di tubuhnya. Pantas sahaja lelaki itu menahan dirinya dari terus meluru masuk ke bilik Arasy.

"Arasy pergi mana?" Amanda bertanya sambil Jazmy dipandang untuk mendapatkan jawapan.

"Tuan Arasy ada kerja sikit dekat luar. Mungkin dia tak masuk office lagi dah. Apa kata Cik Amanda balik dulu.." Pujuk Jazmy sambil mengukir senyuman nipis. Amanda mengerutkan dahinya.

"Arasy tak cakap pun dekat saya yang dia ada kerja dekat luar. Dia ada kerja apa?" Amanda menyoal lagi. Jazmy mula berfikir sejenak.

"Tuan Arasy ada kerja. Kerja apa tu saya tak boleh beritahu."

"Alaa, Jazmy. Saya kan kekasih Tuan Arasy awak tu. Beritahu jelah saya. Dia ada kerja apa dekat luar?" Tanya Amanda mengesa. Dia cuba untuk tawar-menawar dengan pembantu peribadi Arasy itu. Tapi dia tahu dia tak mungkin berjaya.

"Cik Amanda baru jadi kekasih Tuan Arasy, bukan isteri dia lagi." Ujar Jazmy tergas. Kini wajah beku dia pamerkan. Dia tidak boleh termakan dengan pujuk rayu Amanda. Bocor rahsia Tuan Arasy nanti. Habislah dia kena marah. Bahaya!

Amanda mencebik kecil.

"Alaa, awak ni Jazmy. Saya bukan tahu apa-apa pun pasal syarikat ni. Kalau awak beritahu saya pun, apa boleh saya buat? Saya tak boleh buat apa-apa." Balas Amanda mengeluh.

"Sebab tu saya cakap Cik Amanda tak payah tahu. Cik Amanda balik jelah." Balas Jazmy sebelum melangkah ke mejanya. Dia sudah malas mahu melayan kerenah Amanda. Dia bukan seperti Tuan Arasy yang sentiasa cair dengan pujukan manja Amanda tu. Eh?

"Awak halau saya, Jazmy?" Tanya Amanda dengan riak terkejut. Dia mengekori Jazmy sehingga ke meja lelaki itu. Jazmy yang duduk di kerusi dipandang geram.

"Bukan halau. Saya cuma cakap apa yang betul. Baik Cik Amanda balik. Kalau Cik Amanda tunggu dekat sini, tak ada gunanya juga. Tuan Arasy tak akan masuk office lagi dah." Balas Jazmy sambil menghidupkan laptop miliknya. Baik dia buat kerja lagi baik.

Amanda mencebik kecil. Seketika kemudian dia terpandang sebuah pintu yang amat mewah dimatanya. Dia melangkah mendekati bilik itu. Dinding bilik itu yang diperbuatkan daripada kaca membuatkan dia dapat melihat dengan jelas isi yang ada di dalam bilik itu. Cantik!

Jazmy menggelengkan kepalanya perlahan apabila melihat Amanda yang mengendap-ngendap bilik Tan Sri Mukhriz. Dia mengeluh kecil. Seketika kemudian dia bingkas berdiri lalu berjalan menghampiri Amanda.

"Cik Amanda buat apa ni?" Tanya Jazmy yang sudah berdiri di sebelah gadis itu.

"Ni bilik daddy Arasy kan?"

Jazmy mengangguk perlahan.

"Ye, bilik Tan Sri Mukhriz."

"Ouh.. Kalau Tan Sri Mukhriz dah bersara kan, syarikat ni jatuh pada Arasy ke?" Tanya Amanda lagi. Wajah Jazmy dipandang sekilas.

"Mungkin ye. Mungkin tak."

"Apa maksud awak?" Tanya Amanda pelik.

"Entah lah Cik Amanda. Kalau Cik Amanda curious sangat, apa kata Cik Amanda tanya Tan Sri sendiri." Ujar Jazmy memberi pendapat. Amanda tayang wajah menyampah. Dia kemudiannya kembali mengendap bilik itu.

"Saya mana kenal daddy Arasy. Takutlah saya nak tanya. Nanti daddy Arasy ingat saya ni mata dua hitam. Nanti dia orang ingat saya ni tak ikhlas cintakan Arasy. Jazmy... Saya ni cintakan Arasy sepenuh hati tau. Saya boleh mati kalau tak ada Arasy. Saya cintakan Arasy sejak kali pertama saya jumpa dia dekat jambatan hari tu. Waktu tu saya tak tahu pun dia anak orang kaya. So, saya cintakan dia seadanya. Awak tahu tak!" Tanya Amanda sambil bercekak pinggang di hadapan Jazmy. Jazmy mengangguk faham.

"Ha, tahu pun." Seketika kemudian Amanda kembali mengeluh.

"Sekarang ni saya pelik lah. Arasy pergi mana? Awak nak tahu tak Jazmy. Arasy tak pernah sorokkan apa-apa dari saya tau. Macam hari tu. Dia nak ke kanada pun dia beritahu saya. Betul ke awak tak boleh beritahu saya, Jazmy?" Tanya Amanda merintih. Wajahnya dicomelkan supaya lelaki itu mahu memberitahunya di mana Arasy sekarang.

"Saya tak boleh beritahu Cik Amanda." Tegas Jazmy bersuara.
Amanda mencebik kecil.

"Patuh betul kan awak, Jazmy. Menyampah saya." Balas Amanda bosan sebelum dia berpaling ke belakang dan..

Amanda tergaman. Dia kaku di situ apabila melihat pasangan suami isteri yang tersenyum manis kepadanya.

"Arasy tak ada tapi parents dia ada. Apa kata Amanda join kami lunch? Mummy pun nak kenal dengan kekasih hati anak mummy ni. Macam mana?" Tanya Puan Sri Khaleeda dengan senyuman. Amanda tersenyum kekok.

"Jazmy..."

Jazmy mendekati Amanda lalu berdiri di sebelah gadis itu.

"Apa patut saya buat sekarang?" Tanya Amanda dengan suara yang sangat perlahan.

"Apa.. Apa Cik Amanda? Saya tak dengar."

Jazmy mula merendahkan tubuhnya supaya dia sama tinggi dengan gadis itu. Telinganya didekatkan ke wajah Amanda.

Amanda tersenyum manis apabila ibu bapa Arasy masih memandangnya dengan senyuman.

"Apa saya nak buat sekarang ni!" Tanya Amanda tegas dengan nada tertahan. Dia tak mahu ibu bapa Arasy mendengar apa yang dia cakapkan. Dia sudah cukup malu. Sudahlah tadi dia mengaku dia mencintai Arasy pada Jazmy. Pasti ibu bapa Arasy sudah mendengar luahannya itu.

"Cik Amanda ikut jelah. Cik Amanda cakap Cik Amanda nak kahwin dengan Tuan Arasy. Orang cakap kalau nak anak, pikat keluarganya dulu." Ujar Jazmy selamba. Amanda menjenggilkan mata memandang Jazmy.

"Awak kenakan saya ke sekarang ni Jazmy?" Tanya Amanda kegeraman. Dia sudah tidak peduli jika ibu bapa Arasy melihat kelakuannya sekarang. Jazmy sudah menaikkan amarahnya.

"Mana ada. Saya cuma nak bagi nasihat pada Cik Amanda. Tak apalah, saya minta diri dulu. Saya ada banyak kerja nak buat. Saya minta diri dulu, Tan Sri, Puan Sri." Pinta Jazmy sebelum melangkah pergi dari situ setelah mendapat anggukan daripada Tan Sri Mukhriz.

Kini Amanda sudah sendiri. Arasy! Awak dekat mana? Saya takut ni! Amanda merintih dihati.

"Jadi macam mana Amanda?" Tanya Tan Sri Mukhriz pula. Amanda masih diam. Dia serba salah.

"Ala, tak payah risaulah. Jom. Mummy bukan makan orang. Nanti kita lunch kita ajak Arasy." Puan Sri Khaleeda mula menggamit lengan Amanda.

"Arasy pun ikut?" Tanya Amanda tidak percaya. Puan Sri Khaleeda mengangguk pantas.

"Jom, mummy.." Sahut Amanda ceria. Puan Sri Khaleeda dan Tan Sri Mukhriz sekadar membalas senyuman.

Amanda memandang seisi café itu lalu menguntum senyuman apabila pandangannya bertembung dengan pandangan kedua-dua ibu bapa Arasy. Mana Arasy ni? Rintihnya dihati. Dia sudah sengan untuk makan bersama kedua-dua ibu bapa Arasy. Makan dengan bakal mak mentua. Siapa tak takut?

Amanda tersenyum kecil. Laju je mengaku bakal mak mertua. Haisy!

"Sorry lah Amanda. Arasy tak jadi datang pula. Dia ada kerja sikit." Ujar Puan Sri Khaleeda dengan perasaan bersalah. Padahal dia hanya memetik nama anak terunanya itu untuk mengumpan Amanda. Suaminya memberitahu gadis itu cukup mudah mengalah jika ada Arasy. Oleh itu dia menggunakan nama Arasy untuk mengumpan Amanda makan bersama mereka.

"Tak apalah Puan Sri. Maybe Arasy sibuk kut.." Balas Amanda dengan sneyuman. Di fikirannya sudah tercipta bermacam-macam alasan untuk dia melarikan diri.

"Dah lama Amanda kenal Arasy?" Pertanyaan Puan Sri Khaleeda membuatkan Amanda berfikir sejenak.

"Hurm.. Dah lama kut. Hampir enam bulan."

"Baru lagi.." Balas Puan Sri Khaleeda pendek. Amanda menggigit bibirnya. Adakah Puan Sri Khaleeda tidak menyukainya? Alahai! Arasy! Saya nak bunuh diri!

"Amanda cintakan Arasy?"
Pertanyaan Puan Sri Khaleeda kali ini membuatkan Amanda mengangguk pantas.

"Saya betul-betul cintakan Arasy. Walaupun saya baru lagi kenal Arasy, saya dah rasa selesa dengan dia. Saya rasa selamat dengan dia. Saya bahagia dengan dia. Saya tak boleh hidup tanpa dia. Betul Puan Sri, saya tak tipu. Saya betul-betul cintakan Arasy." Ujar Amanda bersungguh-sungguh. Perkara ini membuatkan Puan Sri Khaleeda sembunyi senyum.

"Awak muda lagi Amanda. Arasy tu dah tua. Tak kan awak nak bazirkan masa muda awak untuk dia?" Tanya Puan Sri Khaleeda lagi.

"Puan Sri usia tak melambangkan apa-apa. Apa yang saya tahu, saya cintakan dia sangat-sangat. Saya tak pernah jatuh cinta sampai macam ni sekali. Saya betul-betul cintakan dia." Ujar Amanda bersungguh-sungguh. Dia sudah mahu menangis.

"Sanggup ke awak kahwin dengan Arasy dalam usia yang muda? Tak menyesal?" Tanya Puan Sri Khaleeda menduga. Dia sudah dapat melihat wajah gelisah Amanda. Pasti gadis itu takut dengannya.

"Saya sanggup Puan Sri! Saya dah banyak kali ajak Arasy kahwin. Tapi Arasy yang tak nak kahwin dengan saya. Bukan salah saya!"

Kali ini Amanda sudah membela diri. Dia sudah tak mampu berdiam diri. Arasy perlu dipertahankan. Jika tidak, Arasy akan jatuh ke tangan perempuan lain. Argh! Dia tak sanggup!

"Sampai sanggup ajak Arasy kahwin lari?" Tanya Tan Sri Khalid sambil ketawa kecil. Perkara itu tidak mampu dihalau dari fikirannya. Terlampau lawak!

"Haisy, abang ni." Tegur Puan Sri Khaleeda apabila suaminya masih lagi ketawa. Amanda tayang sengih. Hehehe! Silapnya..

"Amanda pandai masak?" Sengihan di bibirnya tadi mula pudar. Kepala dijatuhkan ke bawah. Tak pandai... Rintihnya dalam hati.

Tan Sri Mukhriz mencuit bahu isterinya. Matanya menjeling ke arah Amanda yang menundukkan kepalanya itu. Dia mahu isterinya berhenti menguji Amanda. Buatnya gadis muda itu tiba-tiba meraung bagaimana? Siapa yang nak pujuk? Sudahlah Arasy tiada bersama.
Puan Sri Khaleeda tersenyum nipis. Dia sedar dia sudah terlebih menguji.

"Arasy suka makan Ketam masak lemak cili api. Sanggup ke awak nak belajar masak demi Arasy?" Tanya Puan Sri Khaleeda lagi. Amanda mengangkat wajahnya.

"Demi Arasy saya sanggup belajar." Ujar Amanda bertekad. Dia sanggup berjanji untuk belajar memasak walaupun dia paling benci memasak. Demi Arasy dia sanggup berkorban apa sahaja.

"Betul awak sanggup belajar memasak ni?" Tanya Puan Sri Khaleeda tidak percaya. Amanda dipandang atas bawah. Gadis itu seakan-akan tidak mampu memasak dengan baik. Gadis itu juga manja semacam.

"Puan Sri, demi Arasy Naufal jangankan memasak. Lautan api pun saya sanggup redah!" Ujar Amanda dengan penuh keyakinan. Tan Sri Mukhriz ketawa kecil. Mungkin anaknya jatuh cinta kepada Amanda kerana kecomelan gadis itu. Comel betul!

Puan Sri Khaleeda menguntum senyuman berpuas hati.

"I like your spirit, young girl. So, call me mummy." Ujar Puan Sri Khaleeda lagi. Amanda tersenyum gembira.

"Ai ai captain!"

Bersambung!

04/12/2021


• Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lover✨

• Remember : What you give is what you will get back! Have Fun!✨

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top