Tuan Arasy | 21

"Time discovers the truth."

Kereta Bugatti La Voiture Noire berwarna hitam yang memecut laju di jalan raya mula berhenti di sebuah Bengkel Kereta Lim Motorsports. Kehadiran supercar itu cukup memukau setiap mata yang memandang di sekitar bengkel tersebut.

Beberapa orang lelaki yang sibuk membaiki kereta di bengkel itu mula mengerutkan dahi apabila melihat kereta mewah itu berhenti di bengkel kereta mereka.

Arasy melangkah keluar bersama Zynn. Hari ini lelaki itu memakai pakaian casual. Berbaju tshirt yang berkolar bersama seluar jeans hitam. Zynn juga tidak kurang hebatnya. Lelaki itu memakai baju tshirt berwarna hitam, berseluar jeans hitam serta jaket kulit yang turut berwarna hitam. Itulah pakaian Zynn setiap masa. Semua pakaiannya hanya berwarna hitam.

"Encik cari siapa?" Seorang lelaki yang merupakan pekerja di bengkel itu mula mendekati Arasy dan bertanya. Belum sempat Arasy bersuara, satu suara menjerit namanya dengan kuat.

"Abang Arasy!"

Arasy berpaling ke arah bengkel. Kelihatan seorang remaja lelaki berlari anak ke arahnya lalu tubuhnya dipeluk erat.

"Lamanya abang tak datang sini." Remaja lelaki itu mula menyoal setelah pelukan dileraikan.

"Kau siapa?" Tanya Arasy tanpa nada. Tajam sahaja anak matanya memandang wajah remaja lelaki yang tiba-tiba memeluknya itu. Remaja lelaki itu seakan-akan tersentak.

"Haisy, kau ni dah hilang akal ke Qash? Kau minta maaf sekarang! Maaflah Tuan, Qash ni memang macam ni. Dia tak tahu malu sikit."

Lelaki yang menengur Arasy tadi mula memohon maaf atas kesalahan remaja lelaki itu. Arasy menganggukkan kepalanya tanda faham.

Remaja lelaki bernama Qash itu memandang wajah Arasy lama. Kepalanya yang tidak gatal digaru seketika. Wajah keliru dia pamerkan.

"Erk, abang ni bukan abang Arasy ke? Saya Qash. Budak kecil yang selalu ikut abang dulu, waktu abang race.." Ujar remaja lelaki itu dengan wajah serba salah. Mungkin dia tersilap orang.

"Akulah ni, Qash. Abang Arasy kau." Ujar Arasy sambil ketawa kecil. Remaja lelaki itu mencebik kecil.

"Haisy, abang ni! Qash ingat Qash dah silap orang tadi." Keluh Qash sambil mencebik kecil. Geram apabila dirinya dipermainkan. Arasy tersenyum kecil.

"Tak sangka kau masih ingat aku, Qash." Ujar Arasy tidak percaya. Qash mengeluh kecil.

"Abang yang kutip saya dulu. Tak mungkin saya lupa abang. Abang tu dah kenapa lama tak datang sini?" Tanya Qash lagi. Dari pemerhatiannya, abang angkatnya itu sudah berjaya. Lihat sahaja pakaian lelaki itu. Nampak mahal.

"Aku sibuk sikit. Kau macam mana sekarang, Qash?" Tanya Arasy sambil matanya sibuk memandang tubuh remaja itu atas bawah. Remaja itu sudah banyak berubah. Dulu kecil, pendek. Sekarang dah tinggi, dah kacak.

"Macam ni je." Balas Qash tanpa nada.

Seketika kemudian matanya terpandang kereta mewah di sebelahnya. Bulat sahaja matanya apabila dia mula perasan akan kehadiran kereta itu.

"Wow! Bugatti siot! Bang Arasy, kereta abang ke ni?" Tanya Qash terkejut. Dia mula mendekati kereta mewah itu. Di sentuh bahagian depan kereta itu dengan perasaan teruja.

Arasy ketawa kecil apabila melihat wajah teruja Qash. Remaja lelaki itu khusyuk menyentuh segenap sisi kereta itu dengan wajah bahagia. Mungkin Qash terlampau meminati kereta mewah seperti kereta miliknya.

"Jap, kenapa abang datang sini? Dah lama kut abang tak datang sini?" Tanya Qash pelik setelah keterujaannya terhadap kereta mewah itu hilang. Sudah bertahun-tahun Arasy memutuskan untuk berhenti dari terus menjadi pelumba kereta. Semenjak itu dia langsung tidak pernah berjumpa dengan lelaki itu. Tiba-tiba lelaki itu kembali, siapa tak pelik!

"Abang nak jumpa Auncle Lim. Mana dia?"

Qash tayang wajah menyampah.

"Orang tua kedekut tu? Entah." Balas Qash tanpa nada.

Perhatiannya kembali pada kereta mewah milik Arasy. Dia cukup minat akan kereta seperti itu. Dia bagaikan sedang bermimpi melihat kereta itu di depan mata.

Zynn sembunyi senyum. Ini kali pertama dia berjumpa dengan seseorang yang agak serupa seperti Arasy. Qash seperti Arasy. Cukup sama pada pandangannya. Tapi siapa Qash pada Arasy? Arasy tidak pernah bercerita tentang Qash padanya dan Jazmy.

"Auncle Lim pergi jumpa supplier dengan Johan. Kejap lagi mereka balik kut." Lelaki tadi mula bersuara lagi.

"Arasy." Arasy menghulurkan tangan untuk bersalam. Lelaki itu kelihatan serba salah. Tangannya yang kotor dikesat dengan baju kerjanya. Qash yang melihat situasi itu mengeluh kecil.

"Abang Arasy bukan macam orang kaya dekat luar sana. Abang Arasy tak sombong. Abang Arasy tak bongkak seperti sesetengah manusia dekat luar sana." Qash mula bersuara. Perkara itu membuatkan lelaki itu berani untuk berjabat tangan dengan Arasy.

"Hadi."

Arasy menganggukkan kepalanya dengan senyuman.

"Zynn." Zynn turut berjabat tangan dengan lelaki bernama Hadi itu.

"Johan tu abang Joe ke?" Arasy bertanya lagi. Wajah Qash dipandang untuk meminta jawapan.

"Hurm." Jawab Qash malas. Matanya masih lagi menatap kereta mewah itu.

"Jom saya bawakan Tuan Arasy ke dalam. Panas di luar ni." Ujar Hadi mempelawa. Arasy mengangguk perlahan. Belum sempat dia bersuara, Qash menyampuk.

"Abang Arasy!"

Arasy berpaling ke arah Qash. Remaja lelaki itu tersengih kambing.

"Nak try pandu kereta ni boleh?" Qash tayang sengih. Arasy diam sejenak.

"Bolehlah Abang Arasy.. Please..." Qash mula merengek. Kedua-dua belah tangannya dirapatkan sambil menayangkan wajah kesian.
Arasy pandang Zynn.

"Kau ajar dia." Ujar Arasy pendek. Zynn mengangguk faham.

"Yahooo!" Qash mula menjerit keriangan.

"Lu banyak lama tak datang sini punya tempat. Apa pasal?" Tanya Auncle Lim sambil memandang Arasy yang tersenyum di hadapannya. Elok sahaja Qash mengambil tempat di sebelah kiri Arasy. Zynn pula di sebelah kanan Arasy.

Johan meletakkan dulang berisi beberapa cawan air teh ke atas meja kopi itu. Mereka sekarang sedang duduk di bilik rehat Auncle Lim. Seketika kemudian lelaki itu melabuhkan punggungnya di sisi Auncle Lim.

"Saya busy lah Auncle."

Auncle Lim mencebik kecil.

"Lu ingat gua mahu percaya lu ke? Lu punya alasan banyak boring lah, Arasy. Gua kenal sama lu sudah banyak lama. Gua tahu apa pasal lu tak datang sini lagi. Ini pasal itu budak ke?" Tanya Auncle Lim lagi.

Arasy tersenyum kecil. Qash mengerutkan dahinya. Itu budak? Budak mana?

"Itu sebab kenapa saya datang sini, Auncle."

Jawapan Arasy membuatkan Auncle Lim dan Johan berpandangan sesama sendiri.

"Jap, budak mana yang abang Arasy cakap ni? Qash tak faham lah!" Keluh Qash merengek. Dia juga ingin tahu apa yang sebenarnya sedang berlaku. Jika dulu dia kecil, mungkin dia tidak faham. Sekarang dia sudah besar, dia pasti faham.

"Lu jangan sibuk lah, Qash. Lu buat kerja lu saja ma. Ini urusan gua sama lu punya abang. Lu jangan sibuk. Tutup lu punya mulut. Jangan kasi bunyi." Larang Auncle Lim tegas. Qash mengajuk kata-kata Auncle Lim dengan wajah jelik.

"Arasy gua punya abang lah Auncle. Ikut suka hati gua lah. Lu tutup mulut lu. Banyak bising ma!" Ujar Qash selamba. Naik darah Auncle Lim dibuatnya. Sudahlah dia yang menjaga budak itu dari kecil. Sekarang apabila Arasy datang, Qash mula berani melawannya.

"Lu banyak biadab punya budak! Lu nak gua halau lu ka, budak!" Marah Auncle Lim kegeraman. Qash tayang sengih.

"Gua gurau saja ma. Hehe.." Qash mula memohon maaf.

Johan menggelengkan kepalanya perlahan apabila melihat pergaduhan mulut antara Auncle Lim dan Qash. Mereka berdua memang selalu bergitu. Asyik bergaduh sahaja.

Walaupun Auncle Lim melayan Qash kasar, dia tahu lelaki itu menyayangi Qash sepenuh hati. Jika tidak sebaik saja Arasy pergi, lelaki itu boleh membuang Qash. Tapi lelaki itu tidak berbuat sedemikian. Dia menjaga Qash dengan ikhlas bukan kerana Arasy.

"Lu datang sini sebab itu budak. Apa nama itu budak?" Tanya Auncle Lim ingin tahu.

Mungkin faktor usia membuatkan dia lupa nama lelaki yang menjadi topik perbincangan mereka. Qash juga mengangguk setuju. Dia juga ingin tahu tentang perkara itu.

"Adha kan?" Johan menyoal. Arasy menjatuhkan kepalanya. Qash berfikir sejenak. Adha? Macam pernah dengar itu nama.

"Ouh itu budak ka? Itu budak banyak baik ma. Dia punya ayah, banyak sombong punya orang!" Kutuk Auncle Lim selamba.

Siapa tidak kenal Tan Sri Khalid. Jutawan yang terkenal dalam bidang pengangkutan. Lelaki itu mempunyai syarikatnya yang tersendiri. Khalid Sport! Lelaki itu berjaya mengeluarkan barangan-barangan kereta yang bermutu tinggi. Lihat sahaja betapa sayangnya lelaki itu pada Adha. Sanggup lelaki itu menubuhkan pasukan Adha tersendiri. The Great Racer di bawah naungan Tan Sri Khalid sendiri.
Arasy sekadar tersenyum kelat.

"Kenapa Arasy?" Johan pula bertanya.
Arasy memandang Zynn sekilas. Zynn menganggukkan kepalanya perlahan. seketika kemudian Arasy kembali memandang wajah Auncle Lim dan Johan.

"Saya nak cari pembunuh tu. Orang yang dah potong brek kereta saya dengan sengaja." Ujar Arasy lagi. Kali ini dia tidak bermain-main. Dia cukup serius dengan kata-katanya.

Auncle Lim dan Johan beriak terkejut. Qash pula melopong. Matanya membulat manakala mulutnya terbuka luas. Pembunuh? Aku masuk dalam dunia apa ni? Serammmmm!

"Lu biar betul Arasy. Ini benda bukan main-main ma." Bantah Auncle Lim lagi.

Kejadian di mana kereta Arasy yang dipandu Adha merempuh penghadang jalan sebelum terbalik masih terbayang-bayang di matanya. Dia tidak boleh membayangkan jika orang yang memandu itu Arasy.
Dia masih ingat bagaimana teruknya tubuh Adha dibawa keluar dari kereta oleh pasukan penyelamat. Tubuh itu sudah kaku. Kepalanya sudah berdarah. Terngiang-ngiang bunyi tangisan daripada keluarga lelaki itu. Peristiwa nyeri itu tidak mampu dia lupakan walaupun sudah 7 tahun berlalu.

"Auncle, orang tu nak saya yang mati. Adha mati waktu pandu kereta saya. Orang tu berdendam dengan saya Auncle. Dengan saya!" Arasy mula beremosi.

"Sabar Arasy. Kita bincang baik-baik." Pujuk Johan lagi. Dia juga terkejut dengan berita kematian Adha. Dia tak sangka Adha yang meninggal dunia. Dia juga tak sangka Adha yang memandu kereta Arasy waktu itu.

"Okay, apa rancangan lu sekarang?" Tanya Auncle Lim lagi.

Arasy terdiam seketika. Tiga pasang mata kini memandangnya. Tidak lupa juga dengan remaja bernama Qash. Walaupun dia terkejut dengan berita yang baru sahaja dia dengari, dia tetap mahu mengetahui rancangan Arasy selepas ini. Dia juga mahu turut serta mencari siapa 'orang' yang dimaksudkan Arasy.

"Kami akan cuba buka balik kes ni. Kami akan siasat benda ni dari awal. Kes ni nampak macam ada yang tak kenal. Pihak polis cakap ada orang potong kabel brek kereta saya. Tapi pihak polis tak dapat cari siapa orang yang dah potong kabel brek tu. Nampak tak ada yang tak kena dekat situ?" Tanya Arasy lagi.

"Kau ada suspek sesiapa ke Arasy?" Tanya Johan ingin tahu.
Arasy menggelengkan kepalanya perlahan.

"Entahlah, aku buntu. Kau tahu lah kan bila kita berlumba, hebat sikit mesti ramai yang benci. Aku race bukan dengan sorang dua, tapi banyak. Aku tak boleh fikir siapa yang busuk hati sangat sampai nak aku mati." Ujar Arasy lagi. Johan menganggukkan kepalanya, mengerti.

"Kalau lu mati, siapa yang naik nanti?" Soal Auncle Lim tiba-tiba.
Kata-kata Auncle Lim membuatkan Arasy dan Johan berfikir sejenak.

"Kalau Abang Arasy mati, orang yang akan naik adalah..." Kata-kata Qash berhenti sebelum dia membulatkan matanya,

"Zarif Iqwan!" Mereka bertiga bersuara serentak.

Bersambung!

02/01/2022

Happy New Year Semua!


• Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lover✨

• Remember : What you give is what you will get back! Have Fun!✨

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top