Tuan Arasy | 19
"I would give up my happiness just to see you smile."
"Amanda!"
Arasy mula menapak setapak mendekati Amanda.
"Jangan dekat! Kalau tak saya tekan sampai putus. Lepas tu awak dah tak boleh jumpa saya lagi." Tegas Amanda bersuara. Kali ini dia sudah tidak main-main. Dia sudah hilang pedoman. Soal syurga dan neraka sudah lari jauh dari fikirannya. Dia tertekan. Dia cukup tertekan. Dia mahu mengakhiri semua ini.
Arasy berhenti melangkah. Dia tahu Amanda tidak bermain dengan kata-kata. Amanda dihadapannya bukan seperti Amanda yang dia kenal. Ruangan itu mula sunyi. Semua pekerja di situ tidak mampu bersuara. Mereka terlalu terkejut dengan tindakan berani mati Amanda. Tidak sangka gadis semanja Amanda boleh bertindak sejauh itu.
"Amanda, abang minta maaf. Abang mengaku. Aku pun terseksa. Abang pun tak suka kahwin dengan Azura. Abang mengaku, aku penakut. Abang penakut nak jujur dengan papa. Abang pengecut. Abang minta maaf."
Kayden mula melutut di hadapan Amanda. Dia sudah mengalirkan air mata. Dia merasa bahawa dia gagal menjadi seorang abang. Dia tak mampu melindungi Amanda dengan baik.
Dia bukan sebaik dan seberani arwah Adha. Arwah Adha mampu melindungi adiknya. Adiknya tak pernah menangis jika bersama Arwah. Tidak seperti dirinya. Dia pernah berjanji pada dirinya untuk melindungi Amanda. Tapi selama tujuh tahun ini dia tak pernah berjaya mengembirakan Amanda. Adiknya cukup terseksa!
Tan Sri Khalid terkejut apabila mendengar pengakuan anak lelaki itu. Teruk sangatkan dia sebagai seoarang ayah? Tan Sri Khalid memandang puteri tercintanya itu. Anak itu terlampau terseksa bersamanya. Anak itu tidak pernah gembira bersamanya.
"Amanda, papa minta maaf. Papa minta maaf sebab buat Amanda terseksa. Papa buat semua ni untuk kebahagiaan Amanda. Papa nak yang terbaik untuk Amanda." Ujar Tan Sri Khalid dengan wajah bersalah. Dia turunkan egonya untuk memujuk Amanda. Dia sudah kehilangan seorang anak lelaki kerana terlalu mengejar pangkat dan darjat. Dia tak mahu kehilangan seorang anak perempuan kerana keegoaannya.
Cukuplah dia menyalahkan dirinya atas kematian Adha. Dia yang terlalu mendorong Adha untuk terus berlumba. Dia yang memaksa Adha untuk berlumba dengan baik. Dia mahu anaknya itu menjadi car racer terbaik di dunia. Dia mahu dikenali. Dia mahu disanjungi kerana mempunyai anak sehebat Adha.
Tapi dia tidak sanggup kehilangan Amanda.
"Papa minta maaf. Papa janji papa dah tak paksa Amanda lagi. Papa janji papa tak akan desak Amanda lagi. Papa akan ikut semua kemahuan Amanda. Papa terima Arasy. Kalau itu yang Amanda nak, papa ikut." Ujar Tan Sri Khalid bersungguh-sungguh.
Tan Sri Mukhriz terkedu. Dia tidak percaya Tan Sri Khalid sanggup menerima anaknya demi Amanda. Sanggup lelaki itu rendahkan ego demi anak gadisnya. Apa yang membuatkan dia terkejut, sanggup lelaki itu menerima anaknya menjadi menantu. Lelaki yang dia benci setengah mati!
Amanda menggelengkan kepalanya pantas.
"Tak! Amanda tak percaya! Papa tipu! Papa sengaja buat semua ni. Papa sengaja cakap semua ni sebab papa nak Amanda buang pisau ni kan? Papa sengaja kan!" Amanda menjerit lagi.
Arasy segera membuat isyarat kepada Zynn untuk berhenti apabila dia perasan lelaki itu bagaikan cuba mendekati Amanda. Dia tak mahu Zynn tersilap langkah. Amanda mungkin akan bertindak agresif apabila Zynn mendekat. Dia tak mahu Amanda cedera.
Bagaikan tahu maksud isyarat tuannya, Zynn berhenti melangkah. Dia hanya menunggu isyarat Arasy yang seterusnya. Dia tahu Arasy mempunyai jalan penyelesaiannya yang tersendiri.
"Amanda.."
Amanda berpaling ke arah Arasy. Pisau masih ditekan pada pergelangan tangannya. Dia tidak mahu tunduk pada sesiapa. Semua orang penipu!
"Awak dengar kan apa yang papa awak cakap? Dia cakap dia terima saya. Dia cakap dia terima saya untuk jadi pendamping hidup awak. Letak pisau tu Amanda. Jangan cederakan diri awak lagi. Saya tak sanggup tengok awak cedera. Tolong Amanda, letak pisau tu demi saya." Pujuk Arasy lembut.
Amanda menangis lagi. Pisau di tangannya dipandang lama.
"Amanda.. "
Amanda kembali memandang Arasy dengan mata berkaca.
"Saya pernah cakap dekat awak dulu. Kalau awak nak bunuh diri, call saya. Kalau awak rasa hidup awak dah tak bermakna, awak kena ingat. Awak ada saya Amanda. Saya sayang awak. Saya sayangkan awak sangat-sangat. Saya tak sanggup nak kehilangan awak, Amanda. Saya tak sanggup!" Ucap Arasy lagi. Kali ini dia bermain dengan kata-katanya. Dia cukup mencintai gadis itu. Dia tak sanggup kehilangan gadis itu.
Amanda mengalirkan air matanya apabila mendengar ucapan yang keluar dari mulut Arasy. Entah mengapa setiap kata-kata Arasy selalu jujur di telinganya. Anak mata lelaki itu menggambarkan kejujuran. Dia dapat melihat keikhlasan di anak mata lelaki itu. Keikhlasan yang tak mampu dia ragui.
Amanda mula menjauhkan pisau dari pergelangan tangannya perlahan-lahan. Perbuatan itu membuatkan Arasy maju mendekati Amanda. Pisau di tangan Amanda dirampas lalu dibaling ke bawah meja. Tubuh itu kemudiannya dipeluk erat. Bagaikan baru menyedari kesalahan yang dilakukan, Amanda mula menangis teresak-esak di pelukan Arasy.
"Arasy, saya takut... Saya takut Arasy... Saya takut..." Amanda mula merintih di pelukan lelaki itu.
Tubuh Arasy dipeluk seerat mungkin. Kepalanya disandarkan ke dada Arasy. Tubuhnya mula menggeletar. Mujur sahaja ada Arasy, tubuhnya tidak jatuh melorot ke lantai. Dia takut! Cukup takut!
"Saya tahu. Saya tahu Amanda. Awak jangan takut. Saya ada dengan awak Amanda. Saya janji saya tak akan tinggalkan awak Amanda. Saya sayangkan awak Amanda." Ucap Arasy sambil mengeluh lega.
Belakang badan Amanda digosok perlahan bagi menenangkan gadis itu. Dia tahu gadis itu ketakutan. Dia tahu itu. Dia juga takut. Takut kehilangan Amanda.
Arasy hanya memandang Amanda yang berbaring kaku di katil hospital sambil ditemani oleh Puan Sri Hasnawati dan Puan Maryani. Kedua-dua wanita itu cukup terkejut apabila mengetahui bahawa anak gadisnya cuba untuk membunuh diri. Ibu mana yang tidak sedih apabila anak mereka sendiri yang sanggup berfikir sebegitu.
Arasy mengeluh kecil. Wajahnya diraup kasar. Dia lega apabila Amanda tidak cedera teruk. Hanya pergelengan tangannya yang sedikit terluka kerana terkena mata pisau yang tajam. Nasib sahaja pisau itu tidak ditekan terlalu dalam. Jika berlaku sesuatu yang buruk pada Amanda, dia berjanji. Dia tak akan dapat maafkan dirinya sendiri.
Dia sudah berjanji pada Adha Gadis itu akan dijaga sebaik mungkin. Mustahil dia biarkan Amanda cederakan diri sendiri. Jika dahulu dia takut untuk mendekati Amanda, kini gadis itu sendiri mendekatinya. Dia akan mencuba sehabis baik untuk menjaga Amanda.
"Arasy.."
Satu suara mula menyebut namanya. Arasy berpaling ke sisi. Dilihat Kayden berdiri di sebelahnya.
"Ikut aku kejap." Kayden mula melangkah pergi. Arasy hanya menurut tanpa bantahan. Jejak langkah Kayden diikuti sehingga mereka tiba di café hospital itu.
"Terima kasih."
Arasy menjongket keningnya apabila perkataan itu keluar dari mulut Kayden.
"Kenapa kau nak berterima kasih pada aku?" Tanya Arasy dengan wajah keliru.
Sudah 7 tahun Kayden membencinya. Jika dahulu layanan lelaki itu padanya cukup baik. Dia dianggap seperti adik, sama seperti Adha. Tapi sejak Adha tiada, lelaki itu menjauhkan diri darinya. Dia tahu lelaki itu bersedih atas kehilangan Adha.
Arasy juga tahu Kayden meletakkan dirinya sebagai punca kematian Adha. Adha meninggal ketika memandu keretanya. Dia lah puncanya. Tapi adakah Kayden tahu, bukan dia penyebabnya. Tak mungkin dia sanggup membunuh Adha. Kawan baiknya sendiri.
Kayden menguntum senyuman nipis.
"Aku ucap terima kasih sebab kau dah halang Amanda dari terus cederakan diri dia sendiri." Ujar Kayden perlahan. Arasy mengangguk faham.
Seketika kemudian, dia dapat mendengar satu keluhan yang keluar dari mulut Kayden.
"Amanda anak yang degil. Dia cukup degil. Dia seperti papa. Kalau dia kata A, maka A lah jawapannya. Kalau dia kata B, tak ada siapa yang boleh ubah pendiriannya." Ujar Kayden tiba-tiba.
Arasy mengangguk faham. Dia faham akan maksud dari kata-kata Kayden sebentar tadi. Selama empat bulan dia mengenali Amanda secara bersemuka, dia sendiri sudah faham akan corak kehidupan gadis itu.
Amanda seorang gadis yang tidak matang. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi kepuasan hatinya.
Mungkin kehidupannya yang sentiasa disekat dan dikawal oleh Tan Sri Khalid membuatkan gadis itu memberontak.
Amanda memendam perasaan di hati. Perkara itu membuatkan emosi Amanda tidak stabil. Gadis itu mudah terganggu dengan perkara-perkara negatif. Contohnya seperti membunuh diri seperti sebentar tadi.
"Aku benci kau Arasy."
Kata-kata yang keluar dari mulut Kayden membuatkan Arasy terpaku. Dia tergaman sendiri. Dia tidak menyangka Kayden sendiri yang jujur padanya. Jelaslah apa yang dia fikirkan dulu. Lelaki itu menjauhkan diri darinya kerana dia dianggap punca kematian Adha.
"Tapi Amanda sayangkan kau. Amanda dengar cakap kau. Aku nampak semenjak Amanda kenal kau, dia mula ceria. Dia mula bahagia. Diri dia yang dulu dah kembali. Amanda yang ceria dah kembali bila bersama dengan kau." Ujar Kayden lagi. Kali ini Arasy hanya diam. Dia sendiri tidak pasti apa yang patut dia katakan.
"Aku nak tanya kau satu perkara Arasy."
Arasy menganggukkan kepalanya.
"Kau nak tanya apa?"
"Kau buat semua ni sebab kau cintakan adik aku atau sebab kau rasa bersalah? Kau buat semua ni sebab kau sayangkan dia atau sebab kau nak tebus perasaan bersalah kau atas kematian Adha?" Kayden menyoal lagi.
Perkara ini cukup penting baginya. Jika Arasy mencintai Amanda, dia akan cuba untuk menerima lelaki itu masuk ke dalam keluarganya. Jika tidak, dia akan memaksa lelaki itu pergi dari hidup Amanda. Adiknya akan menjadi lebih terseksa kerana menganggap Arasy mempermainkan dirinya.
Arasy tersenyum nipis. Wajah tenang Kayden dipandang lama. Dia tahu sebagai seorang abang, Kayden mahukan yang terbaik untuk Amanda.
"Jujur aku terikat dengan janji aku dengan Adha. Aku janji dengan dia yang aku akan jaga Amanda seperti nyawa aku sendiri kalau dia dah tak ada. Aku tak tahu bila perasaan tu muncul. Apa yang aku tahu, aku cintakan Amanda. Aku mula cintakan dia dan aku sayangkan dia. Aku nak dia bersama aku. Aku miliki dia." Ucap Arasy lagi.
Kali ini dia mengaku di hadapan Kayden bahawa Amanda sudah menjadi nyawanya. Dia tak sanggup hidup tanpa gadis itu.
Kayden mengangguk perlahan. Lega hatinya apabila mendengar pengakuan Arasy. Sekurang-kurangnya cinta Amanda tidak bertepuk sebelah tangan.
"Tuan.." Jazmy yang tiba di situ bersama Zynn mula bersuara.
"Kenapa?" Arasy mula menyoal.
"Cik Amanda dah sedar. Dia nak berjumpa dengan Tuan."
Jawapan Jazmy membuatkan Arasy menjatuhkan kepalanya perlahan-lahan.
Bersambung!
•30/12/2021
• Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lover✨
• Remember : What you give is what you will get back! Have Fun!✨
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top