Tuan Arasy | 18
"For those I love, I will sacrifice."
Amanda melangkah masuk ke bangunan Mukhriz Group dengan perasaan bangga. Siapa tak bangga apabila dia lalu sahaja semua pekerja menyambutnya dengan mesra. Fake!
Mungkin seluruh pejabat itu sudah mengetahui bahawa dia adalah kekasih hati Arasy jadi semua pekerja di syarikat itu melayannya baik. Dia juga tidak perlu membuat sebarang janji temu untuk berjumpa dengan Arasy. Baru sahaja bergelar kekasih dia sudah dihormati bagaikan isteri Arasy. Jika dia menjadi isteri?
Amanda tersenyum kecil. Tiba-tiba satu tepukan di bahunya membuatkan dia berpaling.Senyuman lebar mula diukir sebaik sahaja dia melihat Husna dan Kak Murni turut berada di lift itu.
"Amboi, berseri wajah bakal isteri Tuan Arasy kita ni. Tak sabar nak jumpa Tuan Arasy ke?" Usik Husna sambil menyiku lengan Amanda dengan wajah nakal. Kak Murni pula mengekek ketawa melihat keadaan itu.
"Haah, saya nak jumpa baby boo saya tu. Sejak semalam saya tak dengar suara dia. Rindu.." Balas Amanda dengan wajah gatal. Husna tayang wajah menyampah manakala Kak Murni sekadar menguntum senyuman.
"Tak sangka low class juga Cik Puan kita ni. Naik lift pekerja. Awak tu bakal jadi isteri Tuan Arasy. Naiklah Lift VVIP." Usik Husna lagi. Amanda tayang wajah jelik.
"Saya baru kekasih Arasy. Bukan bini dia."
Kali ini Husna dan Kak Murni ketawa mengekek. Seketika kemudian suasana di lift tu kembali sunyi apabila Kak Murni dan Husna melangkah keluar apabila lift tiba di tingkat 35. Di lift itu hanya ada Amanda sahaja.
Amanda memandang kukunya sekilas. Cantik!
Ting! Pintu lift terbuka sebaik sahaja lift itu tiba di tingkat 49.
Perlahan-lahan Amanda melangkah keluar dari lift itu. Di tingkat ini hanya terdapat bilik-bilik peneraju syarikat. Seketika kemudian Amanda menguntum senyuman kecil. hatinya tak sabar untuk menemui Arasy.
Amanda mengerutkan keningnya apabila dia mendengar suara orang bertengkar. Salah satunya suara Arasy. Arasy bergaduh dengan siapa?
Amanda melangkah ke arah suara yang dia dengar itu. Dia kemudiannya melihat beberapa orang pekerja sedang berkerumun di ruang itu. Mengapa?
Amanda terkedu apabila ada suara yang menengking Arasy. Bukan kerana dia terkejut Arasy ditengking tapi kerana dia kenal suara yang menengking Arasy itu. Amanda mula menyelinap masuk di celah-celah kerumuman itu. Pasti Arasy melakukan meeting sebelum pergaduhan itu. Jika tidak mengapa ramai sahaja pekerja di tingkat ini.
"Aku nak kau tinggalkan Amanda. Aku akan kahwinkan dia dengan Zarif! Eh Mukhriz, kau memang tak reti jaga anak kan? Tolong nasihatkan anak kau ni, jangan dekati anak aku lagi! Sampai mati pun aku tak akan terima dia jadi menantu aku!" Tengking Tan Sri Khalid dengan kuat.
Amanda tergaman. Dia menekup mulutnya dengan tangan. Dia terlampau terkejut. Papa sanggup datang ke sini semata-mata untuk menyuruh Arasy meninggalkan dirinya?
Papanya masih tidak perasan akan dirinya kerana lelaki itu membelakanginya. Arasy dan Tan Sri Mukhriz pula berhadapan dengan papanya saat ini. Tapi kelibatnya masih tiada yang perasan oleh Arasy kerana terdapat orang suruhan papanya di kiri dan kanan Tan Sri Khalid membuatkan dia tidak terlihat. Mungkin juga dia terselindung di sebalik kerumunan pekerja-pekerja yang turut sama melihat pergaduhan itu.
"Khalid, aku minta maaf. Aku tahu Arasy salah. Tapi tolonglah jangan buat kecoh dekat sini. Kita bincang elok-elok." Pujuk Tan Sri Mukhriz lembut.
Tan Sri Khalid tersenyum sinis.
"Bincang elok-elok?" Tan Sri Khalid mula melihat pekerja-pekerja bekas sahabatnya di kiri dan kanannya.
"Kau malu bila pekerja-pekerja kau tengok siapa majikan dia yang sebenarnya? Kau malu!" Tengking Tan Sri Khalid lagi. Tan Sri Mukhriz mengeluh kecil.
"Tuan, macam mana ni? Nak panggilkan security naik ke?" Tanya Jazmy berbisik di telinga Arasy. Zynn pula berdiri di samping Arasy sedari tadi. Dia akan sentiasa bersedia jika orang suruhan Tan Sri Khalid tiba-tiba menyerang Arasy.
Arasy menggelengkan kepalanya perlahan. Wajah marah Tan Sri Khalid dipandang lama. Dia mula menarik nafas panjang. Dia perlu melakukan perkara ini demi kebaikannya dan Amanda.
"Saya akan putus dengan Amanda kalau itu yang Tan Sri nak."
"Arasy Naufal!"
Semua manusia di situ mula berpaling ke arah suara kecil yang menjerit nama penuh Arasy dengan nyaring. Tan Sri Khalid juga mula berpaling ke belakang. Terpancar riak wajah terkejut apabila dia melihat kelibat anak bongsunya di situ.
Amanda mula mendekati Arasy dengan mata bergenang. Dia mula berdiri di antara Arasy dan papanya.
"Amanda?"
Arasy terkejut apabila Amanda tiba-tiba berada di hadapannya saat ini. Wajah Amanda seakan-akan keruh. Terdapar linangan air mata di kelopak mata gadis itu. Hanya menunggu untuk jatuh ke pipi.
"Amanda buat apa dekat sini?" Soalan dari papanya tidak dibalas. Dia hanya memandang Arasy dengan mata yang berkaca.
"Awak tak sayang saya ke, Arasy?" Lembut Amanda menyoal.
Arasy diam seketika. Beberapa detik kemudian, dia mula bersuara.
"Saya sayang awak Amanda."
"Tipu!" Amanda mula menjerit kuat. Arasy tersentak apabila melihat air mata Amanda mula mengalir ke pipinya.
"Kalau awak betul sayang saya, awak akan pertahankan cinta kita. Tapi mana awak Arasy? Mana awak! Awak nak putus dengan saya semata-mata demi papa saya? Awak sanggup hancurkan hati saya? Sanggup awak, Arasy? Awak putuskan hubungan kita demi papa saya?" Tanya Amanda dengan tangisan. Arasy mengeluh kasar.
"Sebab dia papa awak saya kena putuskan hubungan kita. Hubungan kita tak akan ke mana, kalau papa awak tak terima saya untuk jadi menantu dia. Awak kena faham Amanda. Restu orang tua lagi hebat dari cinta kita. Saya tak nak hubungan kita putus tengah jalan sebab papa awak tak restu hubungan kita." Ujar Arasy lembut tapi tegas.
Amanda mula mengalirkan air matanya. Wajah serabut Arasy dipandang lama.
"Saya cintakan awak. Tak ada satu pun lelaki yang boleh buka hati saya untuk bercinta melainkan awak. Bila awak datang, saya rasa bahagia. Saya rasa disayangi. Saya rasa nak bercinta. Saya nak awak ada di samping saya. Tapi kenapa..."
Air mata Amanda jatuh lagi. Hal ini membuatkan jiwa Arasy memberontak. Mahu sahaja dia sapu air mata itu. Mahu sahaja dia peluk tubuh Amanda. Tapi dia tak mampu!
"Kenapa susah sangat saya nak bersama awak? Saya tak minta benda lain. Saya tak nak harta. Saya tak nak pangkat. Saya tak nak semua kemewahan yang saya ada. Saya tak nak! Saya nak awak. Saya cuma nak awak, Arasy. Saya sanggup hilang harta dan kekayaan tapi saya tak sanggup hilang awak. Saya tak sanggup Arasy."
Amanda menggelengkan kepalanya berkali-kali. Wajahnya sudah sembab dengan air mata. Matanya sudah mula membengkak.
Arasy pula sayu melihat keadaan itu. Dia tak mahu melihat Amanda menangis. Hatinya bagaikan ditumbuk berkali-kali. Apatah lagi dialah penyebab gadis itu menangis.
"Amanda! Apa yang Amanda cakap ni?" Tan Sri Khalid mula membentak. Dia terkejut melihat anak gadisnya menangis sebegitu rupa demi mempertahankan orang luar seperti Arasy. Dia tidak merasa kasihan tapi dia marah. Egonya tercabar.
Amanda memandang wajah tegang papanya. Dia tahu lelaki itu marahkannya. Lihat sahaja dada papanya yang naik turun membuatkan Amanda tahu, amarah lelaki itu sudah sampai ke kemuncak.
"Kenapa Amanda dilahirkan sebagai anak papa?"
Pertanyaan yang keluar dari mulut Amanda membuatkan Tan Sri Khalid terdiam.
"Setiap hari Manda tertanya-tanya, betul ke papa ni papa kandung Manda? Setiap hari Manda pandang Kad Pengenalan Manda. Manda tengok, betul ke Manda berbintikan papa? Walaupun berkali-kali Manda tengok, Manda tetap tak percaya yang papa ni papa kandung Manda. Papa nak tahu kenapa?"
Amanda pandang anak mata papanya tanpa gentar.
"Sebab perlakuan papa tak seperti seorang ayah. Papa tak pernah tanya kami, apa yang kami nak. Papa tak pernah tanya kami, apa yang kami suka. Papa suka buat keputusan sendiri. Kami ni bagaikan anak patung. Papa heret kami ke mana sahaja yang papa suka. Papa suka buat keputusan untuk hidup kami. Sebab papa rasa keputusan papa tu yang terbaik. Tapi papa tahu tak? Keputusan papa tu, boleh buat kami bunuh diri. Kenapa papa selalu aturkan hidup kami? Kenapa papa?" Rintih Amanda dalam tangisan. Tan Sri Khalid hanya mendiamkan diri tanpa suara. Mulutnya seakan-akan terkunci tiba-tiba.
"Amanda, papa?"
Kayden meluru masuk ke tempat itu. Tubuh Amanda dibawa menghadapnya. Air mata di pipi Amanda disapu lembut. Dia baru mendapat berita melalui PA papanya bahawa lelaki itu datang ke sini untuk menyerang Arasy. Terus sahaja dia memandu kereta ke sini.
Kayden tahu pasti perkara buruk akan berlaku. Papanya selalu bertindak mengikut amarah tanpa berfikir panjang. Lihat sahaja Amanda yang sudah teresak-esak di hadapannya ini. Dia tahu adiknya itu terluka dengan sikap papanya.
"Abang.." Amanda memanggil nama abangnya.
"Ye, sayang." Sahut Kayden yang masih merapikan rambut Amanda sambil anak matanya memandang wajah adiknya.
"Abang pun terseksa kan? Abang pun terseksa seperti Manda kan? Abang cakap sekarang abang. Abang pun tak suka kan hidup abang diatur. Abang cakap depan papa sekarang. Abang tak bahagia dengan Kak Azura kan? Abang tak bahagia kan?"
Amanda mula mendesak abangnya berkali-kali. Lengan abangnya dipegeng erat. Anak matanya menikam anak mata lelaki itu. Berharap agar abangnya turut jujur. Tapi perbuatan Kayden membuatkan Amanda terluka. Lelaki itu hanya mendiamkan diri tanpa mahu berterus-terang.
Amanda melepaskan pegangan tangan pada lengan abangnya. Kepalanya digelengkan dengan perasaan tidak percaya. Dia tak sangka abangnya sebegitu. Mengapa abangnya takut berterus terang? Adakah kerana harta? Atau abangnya terlalu menghormati papa?
Amanda ketawa secara tiba-tiba. Dia seakan-akan sudah gila. Tadi dia meraung bagaikan mati anak. Kini dia ketawa bagaikan sedang menonton rancangan lawak.
Arasy mula berasa tidak enak apabila melihat Amanda sebegitu. Dia takut gadis itu menghidapi gangguan emosi. Dia tak mahu gadis itu menjadi gila. Dia tidak sanggup melihat gadis itu mempunyai gangguan mental. Dia sayangkan gadis itu. Dia tak sanggup kehilangan gadis itu. Dia tak sanggup!
"Amanda, awak.." Belum sempat Arasy bersuara, Amanda terlebih dahulu mencantas.
"Jadi semua orang tak sayangkan Amanda?"
Amanda tersenyum kelat. Tanpa sedar tangannya mula mencapai pisau pemotong kertas yang berada di dalam bakul di atas meja setiausaha Arasy. Mata pisau itu kemudiannya diletakkan di pergelangan tangannya, tepat di nadinya.
"Kalau Manda mati pun korang tak kesah kan?"
Amanda mula menekan mata pisau itu ke pergelangan tangannya.
"Amanda!"
Bersambung!
•29/12/2021
•Korang pilih lah. Nak Amanda mati ke nak Amanda jadi gila?Pilihan di tangan korang semua.
• Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lover✨
• Remember : What you give is what you will get back! Have Fun!✨
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top