Tuan Arasy | 17

"Judge me? I'll prove you wrong. You just wait. The truth always comes out."

Arasy mendongakkan kepalanya memandang langit malam yang gelap tanpa sebarang bintang. Adakah alam turut merasai kesedihan hatinya? Dia kelihatan sempurna di mata manusia yang memandang. Dia mempunyai rupa, harta dan pangkat. Dia dihormati malah disanjung suatu ketika dahulu. Tapi apa gunanya semua itu jika dia tidak bahagia?

"Kau kenapa duduk sorang-sorang dekat luar ni? Tak sejuk?"

Arasy berpaling ke arah Aariq yang medekatinya dengan dua cawan nescafe suam. Lelaki itu melabuhkan punggungnya di gazebo itu di sebelah Arasy. Cawan di tangan kirinya dihulurkan kepada adiknya dan Arasy menyambut tanpa bunyi.

Suasana sunyi menyelungbungi mereka buat seketika. Baik Arasy mahupun Aariq, mereka berdua hanya mengunci mulut. Arasy tiada mood untuk berbual manakala Aariq sedar kesedihan yang dialami adiknya membuatkan dia memilih untuk diam.

"Aku cintakan dia. Dari dulu sampai sekarang. Sikit pun perasaan aku tak berubah."

Kata-kata yang keluar dari mulut Arasy membuatkan Aariq mengeluh berat. Dia tahu Arasy memendam perasaan pada Amanda sejak sekian lama. Tapi mampukah mereka bersama? Mampukah Tan Sri Khalid menerima Arasy?

Tan Sri Khalid dan daddy mereka merupakan sahabat baik. Mereka berkawan dan bersaing secara sihat dalam bidang perniagaan sehinggakan mereka berjaya mengembangkan bidang perniagaan yang diceburi mereka. Mereka mampu membina empayar mereka sendiri yang kini sudah dikenali di serata dunia.

Tapi persahabatan yang dijangka kekal itu akhirnya runtuh apabila Adha meninggal dunia. Persahabatan mereka terputus begitu sahaja. Arasy ditunding sebagai pembunuh walaupun bukan dia penyebabnya.

"Amanda tahu ke siapa kau pada arwah Adha?" Aariq mula menyoal. Arasy gelengkan kepalanya. Aariq menghela nafas lemah. Payah!

"Dia tertanya-tanya kenapa family dia benci aku. Dia tertanya-tanya kenapa daddy dia tak nak terima aku. Tapi tak ada seorang pun yang berani buka mulut, Aariq. Family dia tak nak berterus terang."

"Habis tu kenapa tak kau je yang berterus terang dengan dia?"

"Aku takut dia tinggalkan aku. Aku tak sanggup hidup tanpa dia." Ucap Arasy lagi. Sedikit isi hatinya dilepaskan pada Aariq. Dia sudah tak mampu menahan diri. Dia juga mahukan ketenangan. Segala masalah ini bagaikan menjerut lehernya sehingga dia merasa sukar untuk bernafas.

"Tapi Amanda perlu tahu kebenarannya."

"Kebenaran yang palsu? Itu maksud kau?" Tanya Arasy sedikit beremosi.

"Bukan macam tu Arasy. Aku.."

"Aku tak bodoh lah, nak gali lubang kubur aku sendiri. Kalau aku beritahu segalanya pada Amanda. Dia dah tak pandang aku lagi. Silap hari bulan, nama aku pun dia dah tak nak ingat. Aku tak boleh hidup tanpa dia, Aariq!" Rintih Arasy sebelum wajahnya diraup kasar. Aariq turut mengeluh. Sukar untuk berterus terang jika keadaan begini.

"Arasy, kau tak salah. Ini semua takdir. Media yang sibuk reka cerita pasal kau. Media yang sibuk fitnah kau. Adha mati bukan kerana kau, Arasy. Bukan kau. Takdir! Manusia terlampau marah sampai dia lupa takdir tu dah tertulis sejak kita dalam kandungan. Mati tu pasti. Waktu je yang menentukan cepat atau lambat." Ujar Aariq lagi. Arasy menundukkan wajahnya.

"Aku selalu terfikir, kalaulah aku yang bawa kereta tu. Semua ni tak jadi macam ni. Salah aku Aariq. Salah aku! Aku yang bagi dia pandu kereta tu. Aku, Aariq! Aku!" Rintih Arasy dalam tangisan. Aariq menarik tubuh adiknya dalam pelukan.

Siapa sahaja yang tidak sedih jika sahabat kita sendiri yang meninggal dunia? Kawan mana yang gembira? Kawan yang sudah dianggap abang akhirnya pergi meninggalkan kita. Siapa yang tak sedih?

Seketika kemudian pelukan tersebut dileraikan. Arasy menyapu air matanya yang mengalir. Cengengkah dia jika dia menangis? Dia sudah tidak mampu menahan sakit di hati. Dia sudah tidak mampu menahan beban di dadanya. Dia tidak kuat! Dia tak mampu.

Bertahun-tahun dia cuba untuk mengumpul kembali semangatnya untuk kembali hidup seperti dulu. Dia tak mampu. Dia nampak normal tetapi jiwanya mati. Hidupnya dibelenggu rasa bersalah. Perasaan bersalah yang tak mampu dia padamkan selama-lamanya.

"Kau tak cuba untuk buktikan yang kau tak salah?"

Arasy mengerutkan keningnya. Wajah abangnya dipandang lama bagi mencari maksud di sebalik ayat itu.

"Apa maksud kau? Aku tak faham."
Aariq mengeluh kecil. Dia bingkas berdiri.

"Siapa tak kenal kau Arasy? Arasy Naufal. Racer muda yang terbaik. Nama kau melonjak-lonjak Arasy. Kau diagungkan, kau dihormati. Kau dijadikan idola."

"Idola?" Arasy senyum sinis.

"Itu dulu Aariq. Dulu! Sekarang siapa aku? Aku sendiri malu nak kenalkan diri aku pada dunia. Malu!"

Aariq mengeluh lagi. Dia ingatkan Arasy faham akan maksud yang dia cuba sampaikan. Tapi tidak!

"Kau hebat Arasy. Ramai racer yang tak berpuas hati dengan kau. Mungkin ada racer yang busuk hati sampai nak singkirkan kau? Kau lupa ke Arasy, Adha meninggal bila pandu kereta kau. Brek kau tak berfungsi. Kau lupa apa abang Bad cakap? Ada orang potong kabel brek kau Arasy! Ada orang tak berpuas hati dengan kau!" Ujar Aariq sedikit beremosi.

Arasy terdiam. Dia cuba untuk menghadam kata-kata abangnya itu.

"Orang nak kau mati, Arasy. Orang nak kau mati! Orang tu potong brek kereta kau sebab dia tahu kau ada race waktu tu. Tapi kau tak dapat join race tu sebab nenek masuk hospital. Tiba-tiba Arasy minta dengan kau nak pancu kereta kau. Nampak tak, orang tu nak kau mati, Arasy. Kau, Arasy!" Bentak Aariq lagi.

Sudah lama dia memendam perkara ini. Jika dulu dia mendiamkan diri kerana Arasy masih kecil. Arasy tak mampu membersihkan namanya. Kini Arasy sudah dewasa. Kebenaran yang sebenar harus dirungkai. Nama Arasy harus dibersihkan semula.

Arasy tersentak. Benar! Ada orang cuba kenakan dia. Adha cuma kambing hitam dalam situasi ini!

"Aku harap kau buatlah sesuatu. Cari balik orang yang rancang semua ni. Bersihkan balik nama baik kau. Aku masuk dulu." Ujar Aariq lalu melangkah masuk ke dalam villa itu. Sempat lagi dia menepuk bahu adiknya sebelum beredar.

Arasy mengepal penumbuknya. Amarahnya naik ke kemuncak. Telefon pintarnya ditarik keluar dari poket seluarnya. Satu nombor yang sudah lama tidak diusik, ditekan.

"Assalamualaikum, hello. Ada apa kau call aku malam-malam ni? Aku baru habis kerja lah bangang! Kau gila ke? Esok tak boleh call? Aku penat lah sial?"

Arasy tergaman apabila dia dicarut sebegitu rupa sebagai sahaja panggilan diangkat.

"Ash?"

Ashraf yang tadinya berbaring di atas katil dengan mata yang tertutup mula membuka matanya. Suara tu! Telefon pintar di tangannya dipandang.

Private number?

"Jap, ni kau ke Arasy?"

"Aku."

"Wei, kau dekat mana sekarang sial? Wei, gila. Kau pergi mana? Asal baru sekarang kau call aku? Eh gila, kau tahu tak berapa lama aku tak jumpa kau? 7 tahun. 7 tahun kau tahu tak? Asal tiba-tiba kau call aku?" Ashraf di hujung sana mula membebel. 7 tahun dia merindui Arasy, sahabatnya dunia akhirat itu. Tapi lelaki itu? Huh!

"Ash, kau kena tolong aku."

Ashraf tayang muka menyampah.

"Ouh, Kau call aku ni semata-mata nak minta aku tolong? Eh gila, kau dah lama tak jumpa aku. Kau expect aku nak tolong kau? Memang tak lah wei!" Bentak Ashraf lagi.

"Adha. Aku nak cari datang disebalik kematian Adha."

"Okay, okay, aku tolong kau. Kau dekat mana tu? KL? Aku balik Malaysia sekarang." Ujar Ashraf kalut.
Arasy mengeluh kecil apabila telinganya terdengar bunyi sesuatu jatuh.

"Kau ada dekat mana tu?" Tanya Arasy apabila mendengar kata-kata Ashraf sebentar tadi. Balik Malaysia? Maksudnya?

"Aku ada dekat Korea. Adha dah tak ada. Kau pun dah macam mayat hidup. Aku blah lah. Duduk Malaysia pun buat apa? Aku bukan ada keluarga pun."

Arasy terdiam. Mereka bertiga kawan rapat. Dia, Adha dan Ashraf. Makan bersama, tidur bersama, lepak bersama. Boleh dikatakan mereka selalu bersama. Ashraf sudah tidak mempunyai ibu bapa. Dia dijaga oleh bapa saudaranya yang masih bujang. Jadi, semenjak Adha meninggal. Mereka berpisah. Mungkin Ashraf berhijrah untuk merawat hati yang luka.

Amanda memandang telefon pintarnya yang gelap tidak bercahaya sedari tadi. Entah mengapa hatinya berasa tidak enak. Sejak semalam dia tidak menerima sebarang panggilan daripada Arasy. Jangankan call, whatsapp pun dia tidak terima. Sibuk sangatkah Arasy di pejabat?

Amanda menyedut air kopi hazelnul sejuk yang dibeli di kopi Hipster itu. Ahli keluarganya masih tidak mengetahui bahawa dia berhenti kerja terutamanya papanya. Dia masih tidak berani untuk mengutarakan perkara itu. Dia tidak mahu isu mengenai perkahwinan paksa antara dia dan Zarif kembali diungkit.

Hari ini dia hanya melepak di Café Kopi Hipster ini sejak pagi. Dia tidak tahu mahu ke mana lagi. Dia hanya mampu berpura-pura bekerja. Dia masih tidak mahu mencari kerja. Dia tak mahu bekerja. Dia tak suka bekerja sebagai engineer. Dia tidak minat.

Dia terpaksa belajar bidang kejurutera kerana papa. Papa mahu dia bekerja di syarikat lelaki itu. Tapi dia tak mahu. Dia tak suka. Cukuplah Abang Kayden dan Kak Amel sahaja yang bekerja di syarikat itu. Dia tidak mahu.

Kadangkala dia tertanya-tanya, mengapa sukar papa mengikuti segala kehendak anak-anaknya? Mengapa lelaki itu seringkali membuat keputusan untuk anak-anaknya. Tidak kiralah tentang kerjaya, minat dan rumah tangga. Mengapa papa begitu? Tidakkah papa sayang pada kami?

Sejenak kemudian Amanda tersenyum sinis. Papa hanya sayangkan Adha. Hanya abang Adha. Abang Adha anak yang baik. Abang Adha anak yang membanggakan. Abang Adha anak yang hebat. Hanya Adha. Abang Kayden? Kak Amel? Amanda? Di mana terletaknya kami di mata papa?

Amanda memandang skrin laptop yang terbuka di atas meja di hadapannya itu. Senyuman nipis dia ukir sebaik sahaja melihat gambar yang menjadi wallpaper di skrin laptopnya. Gambar raya mereka sekeluarga 7 tahun yang lalu.
Di gambar itu mereka sekeluarga memakai baju sedondon berwarna ungu.

Terpancar wajah gembira di wajah papa yang duduk di sofa sambil diapit oleh mama dan ibu di kiri dan kanan. Kami empat beradik berdiri di belakang. Dari kiri, Abang Kayden, Kak Amel, Amanda dan Abang Adha. Waktu itu wajah kami ceria. Hidup kami bahagia.

Amanda menyentuh wajah arwah abang Adha yang tersenyum manis. Tanpa Amanda sedari air matanya jatuh setitik demi setitik. Dia cuba untuk menerima takdir bahawa Adha sudah tiada. Alhamdulillah, dia berjaya. Tapi hatinya merindui segenap wajah itu. Jiwanya merindui belaian manja lelaki itu.

Tapi Amanda tahu, sukar untuknya mendapatkan semua itu. Adha sudah tiada di muka bumi ini. Mungkin dia hanya dapat berjumpa kembali dengan lelaki itu di syurga jika diizinkan. Dia selalu menitipkan doa buat lelaki itu.

Amanda tiba-tiba teringatkan segenap wajah yang menghiasi mimpinya. Arasy Naufal. Lelaki itu bagaikan satu permata untuknya. Dia mencintai lelaki itu. Hadir lelaki itu dalam hidupnya bagaikan satu cahaya untuk dia meneruskan hidup dengan ceria.

Entah mengapa perlakuan Arasy sedikit mengingatkan dia tentang Adha. Layanan Arasy terhadapnya cukup lembut, seperti layanan Adha kepadanya. Cara Arasy memujuknya cukup mengambarkan bahawa lelaki itu sayang padanya. Entah mengapa dia seakan-akan melihat Adha dalam diri Arasy.

Tapi itu bukan bermakna dia menerima Arasy kerana layanan lelaki itu seperti arwah abangnya. Arasy mempunyai auranya tersendiri. Senyuman lelaki itu membuatkan dia bahagia. Dia merasa selamat apabila berada di sisi Arasy. Lelaki itu bagaikan api yang menghangatkan malam yang dingin.

Amanda mencapai telefon pintarnya di atas meja. Nombor Arasy ditekan. Sekarang sudah hampir waktu tengah hari. Dia mahu mengajak lelaki itu lunch bersama. Sudahlah semalam dan pagi ini dia langsung tidak mendengar suara Arasy. Bukan dia tidak cuba menelefon tapi panggilannya tidak diangkat.

Sesaat..

Dua saat..

Tiga saat..

Amanda mengerutkan keningnya. Adakah Arasy mempunyai masalah?

Bersambung!

27/12/2021

• Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lover✨

• Remember : What you give is what you will get back! Have Fun!✨



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top