Tuan Arasy | 16
"I have found my happiness."
Kak Murni dan Husna mula meminta diri untuk pulang ke meja masing-masing sebaik sahaja melihat kelibat Arasy dan Jazmy di situ. Arasy mendekati meja Amanda. Sekeliling meja Amanda di pandang. Betul apa yang diberitahu Amanda melalui telefon tempoh hari. Amanda tidak mempunyai bilik. Kawasan meja Amanda itu agak kusam dan sedikit kotor. Meja Amanda dipegang lalu digoncang kuat.
"Arasy, awak buat apa ni?! Roboh lah meja ni nanti!" Marah Amanda apabila perbuatan Arasy itu. Lengan Arasy ditepuk berkali-kali agar lelaki itu berhenti. Roboh meja itu, satu kerja pula nak mengutip barangnya yang sudah dimasukkan ke dalam kotak jika meja itu tumbang.
"Jaz."
"Ye Tuan."
"Siapa yang uruskan kebajikan pekerja dekat sektor ni?" Tanya Arasy tegas.
"Cik Mazni Tuan."
"Panggil dia datang sini!" Tegas Arasy bersuara membuatkan Jazmy mengangguk pantas. Jarinya menekan sesuatu pada iPad yang dipegangnya sedari tadi.
Amanda buat muka toya. Patutlah wajah Jazmy tegang je sentiasa, rupanya belajar dari 'bos' dia. Teringat pula waktu kali pertama dia berjumpa dengan Jazmy. Lelaki itu asyik memandangnya atas bawah. Sudah lah wajah masam tanpa senyuman. Tegang pula itu.
Apabila Arasy menyuruh Jazmy menggantikan tempatnya waktu itu kerana Arasy mahu menghantarnya, tegang betul wajah lelaki itu. Dia pula dipandang bagaikan mahu ditelan. Aduhai, manusia!
Seketika kemudian Cik Mazni datang ke meja Amanda dengan senyuman manis di bibirnya. Amanda buat muka meluat. Inikah contoh manusia yang hipokrit? Di hadapan pekerja bawahan, senyum pun tidak. Asyik ditengking sahaja pekerja yang tidak bersalah. Kini, elok sahaja wanita itu tersenyum manis pada majikannya. Fake!
"Ada apa ye Tuan Arasy nak jumpa saya? Jarang betul Tuan Arasy datang melawat pekerja di sektor kami." Ujar Cik Mazni ramah bersenta senyuman di bibirnya.
"Sebab saya jarang melawat, sektor ni dah bagaikan tempat penglupusan sampah." Tegas Arasy bersuara. Cik Mazni tersentak. Hilang terus senyuman di bibirnya. Kedua-dua tangannya digenggam sesama sendiri dengan wajah yang menunduk.
"Setiap bulan syarikat bagi peruntukan kepada ketua sektor untuk membaik pulih ruangan di sektor mereka. Tapi saya tak nampak apa-apa perubahan dalam sektor ni. Sektor ni dah seperti kawasan perlupusan sampah, awak tahu tak? Mukhriz Group! Syarikat terhebat di dunia. Tak mungkin ada pekerja kami bekerja dalam kawasan yang terlampau teruk macam ni!" Marah Arasy kuat. Meja Amanda ditumbuk kuat bagi melepaskan amarah membuatkan bunyi berdentum kedengaran. Amanda terkejut.
"Arasy! Habis barang saya!" Marah Amanda apabila meja tersebut roboh serta merta. Barang-barangnya yang sudah dimasukkan ke dalam bakul mula berterabur di atas lantai. Dia memeluk tubuh memandang Arasy dengan wajah masam.
Kini banyak mata yang melihat situasi itu. pekerja-pekerja di situ mula memandang ke arah Tuan Arasy, Jazmy, Cik Mazni dan Amanda setelah bunyi dentuman itu kedengaran. Kak Murni dan Husna tidak terkecuali. Mereka juga ingin tahu kenapa Tuan Arasy tiba-tiba mengamuk.
Cik Mazni terdiam tanpa kata. Mulutnya bagaikan digam. Dia tak mampu bersuara.
"Jazmy." Panggil Arasy lagi. Bagaikan faham akan kemahuan majikannya, lelaki itu pantas berkata-kata sambil jarinya ligat bergerak di skrin ipad miliknya.
"Setiap bulan peruntukan yang keluar untuk setiap sektor di syarikat ni adalah 10 ribu ringgit dan setiap bulan sektor ni menerima duit peruntukan tu atas nama Cik Mazni." Ujar Jazmy sambil matanya tetap pada ipadnya.
Amanda membulatkan matanya. Sepuluh ribu peruntukan untuk satu sektor? Satu sektor bermaksud ruangan kerja untuk satu tingkat. Bangunan syarikat milik Mukhriz Group ada lima puluh tingkat. Kalau lima puluh tingkat, peruntukan yang keluar adalah sebanyak lima ratus ribu? Banyak tu!
Semua pekerja di situ mula bercakap sesama sendiri. Jika syarikat memberikan peruntukan untuk setiap sektor, mengapa sektor mereka masih teruk? Di manakah duit peruntukan itu jika bukan digunakan untuk membaik pulih sektor mereka.
"Cik Mazni, any explanation?"
Cik Mazni mula gelisah. Dia sudah tidak senang duduk. Dia tak berani untuk bercakap jujur pada majikannya. Tapi dia tak mampu menipu.
"Awak guna duit syarikat untuk kegunakan pribadi. Itu salah satu kesalahan yang awak dah buat, Cik Mazni. Awak sedar tak?" Tanya Arasy lagi. Cik Mazni hanya menundukkan kepalanya.
"Jazmy."
"Ye Tuan."
"Sediakan notis peletakkan jawatan serta merta untuk Cik Mazni."
Anak mata Cik Mazni mula berkaca-kaca. Dia memandang Arasy dengan pandangan sayu.
"Saya minta maaf Tuan Arasy. Saya janji saya tak buat lagi. Tolonglah jangan pecat saya. Saya masih ada anak kecil yang nak kena tanggung. Tolonglah bagi saya peluang. Tolonglah Tuan." Rayu Cik Mazni dengan air mata yang mengalir. Dia mula merintih pada Arasy.
Amanda hanya memandang tanpa riak. Berani buat, berani tanggung. Siapa suruh seleweng duit syarikat. Kan dah mendapat. Padam muka!
Arasy memandang Cik Mazni sekilas sebelum pembantu peribadinya dipandang.
"Cik Mazni akan diturunkan pangkat ke sektor 15." Ujar Jazmy yang faham akan lirikan mata majikannya. Cik Mazni sekadar menganggukkan kepalanya perlahan. Biarlah dia bekerja di bawah asalkan dia masih bekerja. Di kota raya yang megah seperti ini, susah untuk dia sekeluarga menampung hidup jika tidak bekerja.
"Kenapa ni Amanda?" Tanya Arasy apabila melihat wajah masam Amanda setelah Cik Mazni beredar dari situ. Amanda menjeling Arasy sekilas. Dia merajuk!
"Kenapa ni Amanda?" Tanya Arasy lembut, memujuk.
"Awak tak layan saya pun Arasy."
"Saya bukan tak layan. Saya tengah kerja. Saya kan dah cakap. Kalau saya kerja, saya kerja betul-betul. Kalau saya bercinta, saya bercinta betul-betul. Sekarang waktu saya kerja. Fokus saya pada kerja. Bila kerja saya selesai, waktu saya hanya pada awak, baby girl saya.." Ujar Arasy lembut.
Husna membulatkan matanya dengan mulut ternganga. Tidak disangka ayat manis itu keluar dari mulut majikannya yang garang seperti singa betina. Amanda! Kau bomoh apa Tuan Arasy tu sampai jadi jinak macam tu?
Arasy memandang Amanda yang masih lagi mengunyah fried fries yang dibelinya. Kini mereka berada di Mc Donalds. Amanda yang mengajak Arasy ke sini. Kata gadis itu, dia mengidam Big Mac. Oleh kerana sayang, Arasy turuti segala permintaan gadis kecilnya itu.
"So, awak nak buat apa sekarang ni Amanda?" Tanya Arasy sambil berpeluk tubuh memandang kekasihnya itu.
"Entahlah saya." Balas Amanda tidak berperasan. Dia masih sibuk mengunyah. Tiada masa diam ahu melayan Arasy berbual.
"Tak takut kena paksa kahwin dengan Zarif ke?"
Soalan yang keluar dari mulut Arasy membuatkan Amanda tersedak. Amanda mula menepuk-nepuk dadanya yang berasa perih manakala Arasy kalut menghulurkan air minuman kepada kekasihnya itu.
"Arasy, awak nak saya mati ke?!" Amanda mula menjerit kuat. Pedulikan manusia-manusia yang memandang. Mereka ada mata. Itu bukan urusannya.
Arasy tarik senyuman nipis.
"Saya minta maaf ye. Saya betul-betul tak sengaja. Mana saya tahu awak akan tersedak macam ni.. Sorry, Amanda." Rayu Arasy dengan wajah bersalah.
Amanda menjeling Arasy tajam sambil berpeluk tubuh. Merajuk!
"Amanda?"
Amanda masih lagi mendiamkan diri.
"Sayang.."
Amanda tersentak. Sayang? Amanda pandang Arasy dengan wajah jelik. Arasy ketawa kecil. Lawak melihat wajah Amanda yang sengaja diburukkan.
"Awak gila ke Arasy?"
Arasy spontan menganggukkan kepalanya
"Haah. Tergila-gilakan awak, Kayla Amanda." Ucapan Arasy membuatkan Amanda tersenyum. Dia berusaha untuk tidak menguntum senyuman tapi hatinya terlampau bahagia. Dia tak mampu berpura-pura merajuk lagi.
"Saya pun tergila-gilakan awak Arasy. Hehe.." Balas Amanda gatal. Arasy tersenyum kecil. comel!
Arasy melangkah masuk ke dalam Villa Kayangan. Tempat dia dibesarkan. Villa yang mempunyai banyak kenangan. Di situlah dia tinggal sekarang. Jika dulu dia tinggal di penthouse miliknya, kini tidak lagi.
"Arasy?"
Arasy berpaling ke arah si pemanggil. Senyuman bahagia terpancar di wajahnya apabila melihat wajah insan yang dia cintai sepenuh hati. Tangan wanita itu diraih lalu dicium lembut.
"Arasy rindu mummy." Tubuh wanita itu dipeluk rapat. Wanita itu mencium dahi anaknya dengan penuh kasih sayang.
"Rindu mummy? Pagi tadi baru jumpa, haish budak ni. Arasy dah makan?"
Arasy tersenyum kecil. Tipikal soalan mak-mak. Arasy dengan senang hati menggelengkan kepalanya. Puan Sri Khaleeda tayang wajah sedih.
"Jom kita pergi dapur. Mummy ada buat pulut kuning dengan rendang ayam. Jom.." Lengan Arasy dipeluk lalu ditarik ke dapur. Arasy hanya mengikut tanpa membantah.
Puan Sri Khaleeda memandang anak bongsunya itu dengan perasaan menggebu. Aariq Firdaus dan Arasy Naufal. Hanya mereka berdua permata hatinya. Ayden Nauzal sudah berumah tangga dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 5 tahun. Arasy Naufal pula masih membujang. Tapi baru-baru ini..
"Arasy.."
Arasy yang berselera mengunyah pulut kuning bersama rendang ayam menjongketkan kening.
"Betul ke apa yang mummy dengar pasal Arasy?" Tanya Puan Sri Khaleeda lembut. Wajah anaknya dipandang lama. Dia mahukan jawapan daripada tuan badannya sendiri.
"Apa yang mummy dengar?" Tanya Arasy selamba. Puan Sri Khaleeda tarik muka masam.
"Arasy sengaja nak kenakan mummy kan?" Tanya Puan Sri Khaleeda geram.
Arasy ketawa kecil tangan mummy nya digenggam erat.
"Arasy tak tahu apa yang mummy dengar. Macam mana Arasy nak cakap betul atau tak apa yang mummy dengar tu." Ujar Arasy sambil tersengih.
Puan Sri Khaleeda mencebik kecil. Dia tahu Arasy bagaimana. Anaknya itu ligat, pantas dan cekap. Tak mungkin Arasy tak tahu gosib yang berterbangan mengenainya saat ini.
"Mummy dengar dari mulut-mulut orang, ada yang cakap Arasy tengah hangat bercinta. Betul ke?" Tanya Puan Sri Khaleeda teruja. Arasy ketawa kecil. Mulut-mulut orang?
"Mummy dengar dari daddy kan?" Tanya Arasy serkap jarang. Puan Sri Khaleeda sekadar tersengih.
"Betul ke?"
Arasy menganggukkan kepalanya perlahan. Puan Sri Khaleeda mula mengucapkan syukur.
"Cantik tak budak tu? Kerja apa? Mesti dia istimewa kan? Anak bongsu mummy ni kan cerewet. Punyalah banyak perempuan yang mummy kenalkan, satu pun Arasy tak berkenan. Siapa nama dia?" Tanya Puan Sri Khaleeda lagi.
"Kayla Amanda."
"Amboi cantiknya nama. Orangnya cantik tak?" Tanya Puan Khaleeda lagi. Arasy berfikir sejenak. Amanda cantik ke?
"Hurm, biasa-biasa je mummy."
Puan Sri Khaleeda mencebik kecil apabila melihat respon anaknya itu.
"Mana gambar dia. Mummy nak tengok. Cepatlah Arasy.." Puan Sri Khaleeda mula memaksa. Lengan Arasy digoncang perlahan sambil menayangkan wajah sedih. Dia tahu Arasy pasti tidak akan mengecewakannya.
Lambat-lambat Arasy menyeluk tangannya ke poket seluar lalu telefon pintarnya dihidupukan. Terpampar wajah comel Amanda di skrin telefonnya itu. Gadis itu yang meletakkan gambarnya sebagai wallpaper di telefon Arasy sewaktu dia mahu ke Kanada. Kata Amanda, Arasy terlalu kacak. Pasti ramai yang tergoda.
Jadi gadis itu menangkap gambarnya sendiri sebelum menjadikan gambar itu sebagai wallpaper di telefon Arasy. Arasy tidak menghalang. Dia juga suka melihat gambar Amanda di skrin telefonnya. Comel sangat!
"Cantiknya dia.." Puji Puan Sri Khaleeda apabila dia melihat wajah gadis pilihan Arasy sebaik sahaja dia merampas telefon itu dari tangan anaknya. Gadis itu nampak muda.
"Berapa umur kekasih Arasy ni?" Tanya Puan Khaleeda lagi.
"23 tahun."
"23 tahun?" Tanya Puan Sri Khaleeda terkejut. Bulat matanya memandang anak bongsunya itu. Arasy sekadar tersengih.
"Arasy, awak tu dah 27 tahun sayang oi! Muda lagi budak ni, Arasy oi!" Keluh Puan Sri Kaleeda sambil memuncungkan mulutnya. Arasy sekadar tersengih.
"Cinta mummy. Cinta tak boleh dipaksa. Arasy dah jatuh cinta dengan dia. Lama Arasy tunggu dia mummy. Sekarang dia dah sedar kehadiran Arasy dalam hidup dia. Arasy tak nak kehilangan dia." Ujar Arasy penuh makna. Jelas terpancar kesungguhan di anak matanya saat ini.
"Mummy tak faham lah Arasy. Arasy dah lama tunggu dia? Apa maksud Arasy?" Tanya Puan Sri Khaleeda keliru. Dia bagaikan terlepas sesuatu. Tapi apa?
Arasy menghela nafas berat. Sebolehnya dia tak mahu mengatakan perkara itu. Tapi dia tak mampu melawan takdir. Takdir yang sudah tertulis untuk dirinya.
"Kayla Amanda tu adik arwah Adha. Anak auncle Khalid dengan Auntie Has."
Kata-kata yang keluar dari mulut Arasy membuatkan Puan Sri Khaleeda tersentak. Terlepas pegangan telefon di tangannya. Tangan dibawa ke mulut tanda dia terlampau terkejut dengan berita yang baru disampaikan oleh Arasy.
Bersambung!
•19/12/2021
• Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lover✨
• Remember : What you give is what you will get back! Have Fun!✨
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top