Tuan Arasy | 15
"The power of love!"
Amanda memandang ruangan di sekitarnya. Bilik Arasy cukup besar pada pendapatnya. Pejabat Arasy yang bertemakan black and white amat sesuai dengan citarasanya. Cantik dan kemas. Buat kali pertama dia terpegun apabila masuk ke ruangan megah seperti ini. Bilik ayahnya di pejabat bukan seperti ini.
Meskipun bilik ayahnya lebih besar daripada bilik Arasy, bilik ayahnya itu bertemakan konsep melayu lama.
Bukan dia nak mengutuk bilik ayahnya atau kaum melayu tetapi bilik ayahnya itu terlampau menakutkan untuk masuk. Sudahlah raut wajah ayahnya sahaja tegang tak payah nak cakap. Bilik pula gelap seperti di dalam gua. Suram dan kelam. Siapa tak takut?
Amanda mengalihkan pandangannya ke arah Arasy yang berada di meja kerjanya. Lelaki itu kelihatan sedang berbincang sesuatu dengan dua orang pekerjanya. Dia sendiri tidak mengenali siapakah nama pekerja-pekerja Arasy itu. sepanjang dia bekerja di sini dia tidak pernah terserempak dengan lelaki-lelaki itu. Melihat cara lelaki-lelaki itu berpakaian, dia tahu lelaki-lelaki itu bukan pekerja biasa.
Amanda menyandarkan tubuhnya pada sofa empuk itu dengan keluhan di bibirnya. Dia bosan berada di sini. Kata Arasy, lelaki itu mahu membawanya melawat setiap pelusuk ruangan di syarikat itu. Tapi kini... Arasy tak mengendahkan dirinya. Lelaki itu sibuk dengan kerjanya. Dia bosan!
Amanda kini berdiri. Dia berjalan tanpa arah di sekitar bilik itu. Sekejap pandang bingkai gambar, sekejap pandang tingkap, sekejap pandang Arasy. Kacak.
Amanda mengukir senyuman. Sedar tak sedar kakinya kini merapati meja Arasy. Dia kini berdiri di sebelah lelaki itu. Arasy masih sibuk menanda sesuatu pada tablet yang dipegangnya. Sesekali Amanda berbalas senyuman dengan kedua-dua pekerja lelaki yang mengukir senyuman manis padanya. Biasalah, kekasih bakal Chief Executive Officer. Siapa tak layan dengan baik?
Amanda mengeluh kecil apabila teringatkan keadaannya ketika dia bekerja di tingkat sebagai pembantu Cik Mazni. Ruangan itu cukup menyesakkan anak matanya. Tidak disangka di dalam sebuah syarikat yang megah seperti ini terdapat ruangan yang kecil dan agak kusam seperti itu.
Amanda mengeluh kecil. Dia menyandarkan tubuhnya di sisi meja Arasy. Lelaki itu bagaikan tidak terganggu apabila dia sibuk mengendeng di situ. Amanda sudah tidak mampu menahan lagi. Dia bosan! Dia tak sanggup menunggu lagi.
"Arasy.."
Arasy diam. Lelaki itu tidak membalas apa-apa. Mungkin Arasy terlampau kusyuk melakukan pekerjaannya saat ini. Amanda mengeluh lagi.
"Arasy.."
Amanda memanggil lagi dengan harapan agar lelaki itu berpaling ke arahnya. Orang lain yang dipanggil, orang lain yang membalas. Bukan dia tak tahu kedua-dua pekerja Arasy sibuk mencuri pandang ke arahnya. Tahulah kita cantik!
"Baby boo..." Meleret suara Amanda memanggil Arasy dengan gelaran gedik itu. Riak wajah Arasy yang tadinya tegang kini berubah riak. Kepalanya dikalih memandang wajah bosan Amanda.
Amanda mengetap bibirnya perlahan. Panggil Arasy tak menyahut! Panggil Baby boo pandai pula berpaling!
Arasy menjongketkan keningnya. Tablet itu diletakkan ke atas meja. Perhatiannya saat ini sepenuhnya pada Amanda. Melihat air muka Amanda dia tahu. Amanda tak betah berada di situ.
"Saya..."
Arasy mengangguk perlahan. Dia menunggu ucapan Amanda yang seterusnya.
"Bosan!"
Arasy ketawa kecil. Dia menggelengkan kepalanya perlahan. kalau dia layan Amanda, mungkin dia juga akan turut mereng seperti gadis itu.
"Awak boleh ketawa? Arasy! Saya bosan tau. Kalau awak banyak kerja, saya boleh balik. Bosanlah duduk dekat sini. Bosan! Tahu tak?!"
Amanda mula membebel. Dia tak suka membebel sebenarnya. Tapi dia benci apabila melihat sikap Arasy yang tidak mempedulikan dirinya.
Arasy menggelengkan kepalanya perlahan-lahan. Isyarat mata diberikan kepada kedua-dua pekerjanya sebelum lelaki itu melangkah pergi dari situ tanpa sebarang kata. Amanda pula yang menggelengkan kepalanya apabila melihat keadaan itu.
"Awak nampak pelik."
Satu ayat penyata Amanda keluarkan membuatkan Arasy mengerutkan dahinya. Kerusinya ditolak ke belakang dan menyerong ke kiri supaya kedudukannya berhadapan dengan Amanda yang masih bersandar di sisi meja kerjanya itu.
Pandangannya dibawah ke bawah. Seluruh tubuhnya dipandang. Pelik ke cara dia berpakaian? Kepalanya kembali diangkat lalu wajah Amanda dipandang lama.
"Apa yang pelik?" Dia menyoal.
Amanda mengeluh kecil.
"Saya rasa cara awak layan saya dan cara awak layan pekerja awak, berbeza sangat."
"Memanglah berbeza. Awak baby girl saya. Diorang pekerja saya."
Amanda mencebik kecil apabila panggilan 'baby girl' ditujukan padanya. Baby girl? Tak ada nama lain ke Arasy nak panggil dia?
"Bukan sebab tu lah!" Bentak Amanda geram. Arasy tayang wajah pelik.
"Habis tu sebab apa?"
Amanda mengeluh kecil. Dia mula berjalan ke tingkap kaca yang terdapat di suatu sudut di bilik Arasy. Arasy sekadar melihat dia memerhati setiap bangunan pencakar langit yang terbentang di hadapannya saat ini. Amanda mula memusingkan tubuhnya memandang wajah Arasy.
"Awak dengan saya lain tau. Awak suka sangat senyum. Saya tak buat lawak pun awak ketawa macam nak keluar anak tekak. Tapi bila dengan staff awak, muka awak tu macam nak makan orang. Tegang je dari tadi. Saya pun confuse. Depan saya ni 'baby boo' saya ke singa jantan. Garang sangat! Takut saya."
Amanda mula meluahkan isi hatinya.
Dia dapat melihat riak wajah takut di setiap wajah pekerja-pekerja Arasy. Wajah Arasy cukup tegang bila berhadapan dengan pekerjanya. Lihat sahaja perbincangan tadi, suara Arasy cukup tegas di pendengarannya. walaupun begitu, dia tak boleh menafikan suara Arasy cukup macho di telinganya.
Arasy menggelengkan kepalanya apabila melihat Amanda yang tersengih-sengih bagaikan kerang busuk itu. Nampak sangat gadis itu sedang mengelamun.
"Awak fikir apa sampai saya panggil awak, awak tak dengar?"
Amanda mengerutkan dahinya.
"Awak panggil saya? Bila masa awak panggil saya?"
"Saya tak panggil awak pun. Saja usik awak." Balas Arasy selamba dengan senyuman di hujung bibirnya.
Amanda menjeling lelaki itu sekilas. Menyampah!
"Amanda.."
"Hurm?" Pandangannya kembali pada Arasy.
"Kalau saya layan awak sama seperti saya layan pekerja saya, apa beza awak dengan pekerja saya?" Pertanyaan Arasy yang keluar secara tiba-tiba membuatkan Amanda kelu tanpa suara.
"Kalau saya layan semua perempuan sama seperti saya layan awak. Mana keistimewaan awak sebagai kekasih saya?" Arasy menyoal lagi dan Amanda masih tetap sama. Dia masih membisu di situ.
"Saya buat semua ni sebab saya nak awak tahu yang awak tu segalanya pada saya. Awak gadis pertama yang buat saya jatuh cinta. Awak gadis pertama yang buat saya gila bayang. Saya nak awak sedar semua tu. Sayang dan cinta saya pada awak tiada gantinya. Hanya awak, gadis yang saya cintai sepenuh hati."
Ucapan Arasy kali ini membuatkan Amanda menutup mata. Dia tak mampu berdiri di situ lagi. syahdu sahaja luahan hati Arasy padanya saat ini. Dia bagaikan mahu menangis. Dia terharu!
Amanda mengerutkan dahinya apabila lengannya ditarik oleh Husna dan Kak Murni sebaik sahaja dia menghampiri meja kerjanya.
Keningnya dijongket tinggi memandang Kak Murni dan Husna yang seakan-akan pelik dari biasa.
"Kenapa kau tak cakap yang kau bercinta dengan Tuan Arasy?"
Husna memulakan pertanyaan. Hampir sahaja dia pengsan apabila mengetahui berita bahawa Amanda, pekerja baharu di syarikat itu merupakan kekasih kepada Tuan Arasy, majikan tempat mereka bekerja.
Kak Murni menganggukkan kepalanya tanda dia turut bersetuju dengan pertanyaan Husna. Amanda mengeluh kecil.
"Sebenarnya saya pun tak tahu yang Arasy kerja sini. Serius, tak tipu."
Amanda angkat tangan seperti sedang bersumpah. Kak Murni mengecilkan matanya memandang Amanda. Dia masih tidak mempercayai kata-kata Amanda yang nampak agak mencurigakan itu.
"Tak nak percaya, sudah."
Amanda mula melangkah ke mejanya. Segala barang miliknya di meja itu dimasukkan ke dalam kotak yang sudah diambil dari bilik stor. Dia sudah dibuang kerja. Buat apa dia datang sini lagi. Betul tak?
"Kau betul-betul nak berhenti ke Amanda?" Tanya Husna ragu-ragu.
Amanda menganggukkan kepalanya pantas. Wajah sayu Kak Murni dan Husna dipandang lama.
"Haah, saya nak berhenti."
"Kau tak pujuk Tuan Arasy ke? Mana tahu nanti Tuan Arasy benarkan kau kerja dekat sini?" Tanya Husna lagi. Amanda menggelengkan kepalanya pantas.
"Husna. Saya memang tak suka kerja dekat office. Saya tak suka. Lagi pun saya bersyukur sangat bila 'Lelaki Boroi' tu buang saya kerja. Saya boleh cari kerja lain." Balas Amanda girang. Langsung tiada kesedihan di wajahnya.
"Zaman sekarang payah nak cari kerja Amanda. Payah." Ujar Kak Murni lagi.
"Kak Murni, rezeki tu ada di mana-mana. Mungkin rezeki saya bukan dekat sini." Balas Amanda mudah. Husna dan Kak Murni sekadar memandang Amanda dengan pandangan sedih.
"Akak.."
"Ye Amanda?" Sahut Kak Murni yang turut sama menolong Amanda mengosongkan meja itu.
"Kenapa hari ni semua orang nampak lain?"
"Lain macam mana?" Tanya Kak Murni pelik.
"Yelah, biasanya dia orang semua kalau nampak Manda mesti buat muka meluat lah, senyum sinis lah. Hari ni bermurah hati pula semua orang nak senyum pada Manda. Si Zety yang tak pernah-pernah tegur Manda pun tiba-tiba tegur Manda. Pelik lah kak." Ujar Amanda menyuarakan isi hatinya. Husna mengukir senyuman sinis.
"Dia orang cuba nak berbaik-baik dengan kau lah, Manda. Kau kan kekasih Tuan Arasy. Siapa tak hormat." Ujar Husna lagi. Amanda mengangguk faham.
"Manda, akak nak tanya sikit boleh?"
Amanda pandang wajah Kak Murni yang seakan-akan serba salah itu.
"Akak nak tanya apa?"
"Macam mana Manda kenal Tuan Arasy. Akak bukan nak menyibuk tapi akak tak pernah nampak Tuan Arasy dengan perempuan. Itu yang akak tanya tu." Ujar Kak Murni berhati-hati. Dia tak mahu dianggap penyibuk.
Amanda mengangguk faham.
"Kami kenal dekat jambatan."
"Kau buat apa dekat jambatan?" Tanya Husna pelik. Dekat jambatan pun boleh kenal-kenal? Jambatan? Serius lah?
Amanda sekadar tersengih. Tak perlu kut dia memberitahu lebih lanjut. Mahu terbeliak biji mata kedua-dua orang perempuan itu bila dia memberitahu Arasy menghalangnya dari cuba bunuh diri. Mahunya kisah hidup dia pula tersingkap.
"Aku tabik lah dekat kau Amanda. Kau dah berjaya jinakkan singa jantan tau. Kalau kau nak tahu Tuan Arasy tu garang gila. Muka dia serius je memanjang. Tapi kami tahu dia baik. Dia tak pernah marah pekerja tanpa sebab. Aku ingat Tuan Arasy tu gay mula-mula sebab yelah dia tak bergaul dengan perempuan pun. Asyik berkepit dengan Zynn dan Jazmy. Tapi hari tu kita orang ada gosib tau.." Ujar Husna suspen. Dia cuba untuk memancing perhatian Amanda.
"Gosib apa?" Tanya Amanda ingin tahu.
"Gosib yang Tuan Arasy ada girlfriend. Dengar cerita girlfriend Tuan Arasy call Tuan Arasy waktu Tuan Arasy meeting dekat Kanada. Pekerja-pekerja dekat sini cakap, Tuan Arasy yang garang macam singa tu berubah jadi kucing bila bercakap dengan girlfriend dia. Gila lah! Tak sangka Tuan Arasy tu ada sisi lain yang comel macam tu." Ujar Husna lagi. Amanda menepuk lengan Husna perlahan.
"Awak jangan nak lebih-lebih tau. Arasy tu boyfriend saya." Tegur Amanda tegas. Kawan tak kawan. Dia tetap akan perjuangkan Arasy.
Kak Murni tersenyum kecil apabila melihat Amanda menegur Husna. Nampak sangat cemburu.
"Ala, aku tak rampasnya Tuan Arasy kau tu. Baik aku ambil Zynn. Handsome.." Ujar Husna tergedik-gedik. Kak Murni menggelengkan kepalanya perlahan.
"Amanda.."
Amanda pandang Kak Murni.
"Jadi yang call Tuan Arasy hari tu Amanda ke?" Tanya Kak Murni lagi. Amanda tersengih.
"Haah, saya yang call Arasy waktu tu. Manda tak tahu pun Arasy ada meeting waktu tu. Gedik sangat ke?" Tanya Amanda dengan wajah gelisah. Kak Murni ketawa kecil. Tahu segan. Ingat tak segan!
"Pekerja-pekerja cakap kekasih Tuan Arasy tu gediklah jugak. Tapi Tuan Arasy lagi gedik. Puan Maznah, ketua bahagian kewangan tu cakap Tuan Arasy nampak lain gila waktu tu. Tuan Arasy nampak manja sangat. First time tau Tuan Arasy tu tunduk pada perempuan selain Puan Sri. Kau orang yang pertama." Ujar Husna bangga. Amanda sekadar tersengih.
"Arasy memang garang eh dekat pejabat?"
"Tuan Arasy? Garang gila wei! Si Jazmy tu pun menjengkelkan. Nasib Zynn okay." Balas Husna sambil tersengih miang. Kak Murni mencubit lengan Husna perlahan.
"Gatal!"
"Akak!" Marah Husna sambil mencebik manja. Amanda ketawa kecil.
"Kenapa ni?"
Mereka bertiga terkaku apabila melihat si dia yang menyapa. Amanda tersenyum kecil.
"Arasy."
Bersambung!
•16/12/2021
• Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lover✨
• Remember : What you give is what you will get back! Have Fun!✨
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top