Tuan Arasy | 14
"I'll never be afraid because I know who I'm."
Amanda melangkah menuruni anak tangga dengan senyuman lebar. Kerusi di meja makan ditarik ke belakang lalu dia melabuhkan punggungnya di situ. Amanda mula mengunyah roti bakar yang sudah diletakkan di pinggannya. Seketika kemudian papa dan mamanya melangkah masuk ke ruang makan itu.
"Amboi, awal anak mama bangun hari ni." Tegur Puan Sri Hasnawati sambil menjongket keningnya nakal.
"Arasy dah balik sini."
Senyuman di bibir Puan Sri Hasnawati mati secara tiba-tiba. Tan Sri Khalid mengeluh kasar. Mati seleranya untuk menjamah juadah pagi itu. Amanda sekadar mendiamkan diri. Dia sengaja berpura-pura tidak mengerti akan maksud kelakuan papanya itu. Dia tidak mahu merosakkan mood paginya yang agak baik waktu ini.
"Cantiknya rantai Manda. Bila Manda beli rantai tu? Mama tak pernah nampak pun sebelum ni." Tanya Puan Sri Hasnawati teruja. Dia sengaja mahu menukar topik. Tidak mahu suasana pagi itu tegang seperti selalu.
"Arasy bagi. Dia cakap hadiah."
Jawapan Amanda membuatkan Tan Sri Khalid menghempas sudu dan garfu yang dipegang ke atas meja. Tajam sahaja dia merenung anak mata Amanda saat ini.
"Dah tak ada nama lain yang Amanda boleh sebut selain nama jantan tu?" Tanya Tan Sri Khalid marah. Amanda menggelengkan kepalanya perlahan. Renungan ayahnya dibalas tanpa gentar.
"Tak."
"Amanda!" Tegur Puan Sri Hasnawati apabila melihat kelakuan anak gadisnya.
"Manda nak pergi kerja." Balas Amanda pendek. Dia mula melangkah pergi dari situ. Semakin lama dia di situ, semakin berdosa dia rasakan.
Puan Sri Hasnawati mengeluh perlahan. Kalaulah dia mampu berterus-terang dengan Amanda perkara yang sebenar.
Amanda melangkah laju ke suatu sudut yang menempatkan lift yang disediakan untuk kegunaan pekerja-pekerja di syarikat itu. Kelihatan beberapa orang pekerja sedang berkumpul di hadapan dua buah lift. Mungkin sedang menunggu giliran mereka. Dia mengerutkan keningnya apabila melihat sebuah lift yang tidak digunakan miskipun lift tersebut masih kosong.
Amanda menjeling jam ditangannya. Dia hampir terlewat. Butang lift yang kosong itu ditekan. Belum sempat dia melangkah masuk ke dalam lift yang pintunya sudah terbuka luas, langkahnya terhenti kerana dihalang seseorang.
"Kau memang perempuan yang tak ada adab kan?" Soal seseorang dengan nada menyindir.
Amanda berpaling ke arah si penegur. Keningnya serta merta bertaut apabila melihat wajah sombong Linda dan Tasya.
"Saya tak faham. Saya tak ada adab?" Tanya Amanda meminta penjelasan. Tasya tersenyum sinis.
"Kau tak tahu ke yang lift tu, lift untuk vvip syarikat ni. Kau sebagai pekerja bawahan tak layak naik lift tu. Sedar diri sikit." Perli Tasya pula. Amanda mengerut keningnya sambil mengerling ke arah pintu lift yang terbuka itu.
"Teruknya syarikat ni." Komen Amanda tanpa sedar. Dia juga pernah hadir ke syarikat papanya. Walaupun papanya sebegitu, tidaklah papanya membuat peraturan sebegini.
"Apa kau cakap? Teruk? Eh perempuan! Kau tu pekerja, buat cara nak kerja. Suka hati kau je kutuk syarikat ni. Kalau kau hebat sangat, kau pergilah kerja tempat lain! Entah-entah tak ada sesiapa pun nak ambil kau kerja." Perli Linda kegeraman. Dia benci melihat wajah berpura-pura baik gadis itu. Menyampah!
"Tengoklah pakaian kau yang macam badut ni. Orang buta je jatuh cinta pada kau!" Perli Tasya lagi. Amanda tergaman. Dia terasa dihina. Teruk sangatkah cara dia berpakaian?
Amanda dapat melihat pekerja-pekerja di situ tersenyum sinis memandangnya. Mungkin semua pekerja lebih menyokong kata-kata Tasya dan Linda. Salahkah dia jujur?
"Lebih baik pakai pakaian macam badut daripada pakai pakaian ketat yang korang berdua pakai ni. Seronok ke orang pandang kau? Kalau lelaki murah mesti dia orang anggap korang cantik. Tapi lelaki yang bagus dia orang nak pandang sebelah mata pun jijik tau. Murah!" Perli Amanda mengutuk. Dia tak mampu menahan amarahnya. Sesenang gadis itu mengutuknya badut.
Pang!
Amanda tergaman. Pipin kirinyaya yang terasa pijar dipegang dengan tangan. Matanya membulat. Perempuan ni tampar aku?
"Kau tampar aku?" Kali ini dia terlampau marah. Amarahnya sampai ke kemuncak. Sudah tiada lagi saya-awak yang digunakannnya selama ini.
"Sebab kau biadab sangat!"
Amanda tersenyum sinis. Tangan kanannya diangkat sebelum pipi kanan Linda ditampar kuat.
"Hoi!" Tubuh Amanda ditolak kasar oleh Tasya. Mungkin gadis itu tidak berpuas hati apabila kawannya ditampar. Kini mereka bertiga sudah menjadi perhatian semua pekerja yang lalu lalang di situ.
"Kenapa ni?" Seorang pegawai lelaki mula menghampiri mereka. Melalui perhatian Amanda, mungkin lelaki itu 'bos besar' di syarikat itu. Lihat sahaja wajah takut pekerja-pekerja di situ.
"Budak baru ni tampar Linda. Padahal Linda tak buat apa-apa pun Tuan Ahmad." Ujar Tasya mengadu. Linda mula menganggukkan kepalanya dengan wajah sedih. Amanda menjeling mereka berdua sekilas. Menyampah!
"Baru sehari dua kerja kamu dah buat masalah?" Memetir suara Tuan Ahmad menengking Amanda. Tapi ada Amanda kesah? Hello, dia tak kesah lah!
"Syarikat ni tak perlukan pekerja yang tak beradab macam kamu! Kamu diberhentikan 24 jam!" Putus Tuan Ahmad membuatkan Tasya dan Linda tersenyum kemenangan. Amanda angkat kening. Ada aku kesah?
"Tuan Ahmad, Amanda tak salah. Linda dan Tasya yang mulakan dulu." Kak Murni datang untuk membela. Mungkin dia tak mahu Amanda dibuang kerja hanya kerana salah faham.
Amanda mengeluh kecil.
"Kak Murni tak payah bela saya. Saya pun tak hadaplah nak kerja dekat sini." Balas Amanda bongkak sambil 'pass pekerja' di tengkuknya diserahkan kepada Kak Murni. Kak Murni tergaman. Biar betul?
Amanda mula memusingkan tubuhnya ke belakang untuk melangkah pergi dari situ tetapi langkahnya terhenti apabila dia melihat kelibat Arasy yang berdiri tidak jauh dari tempatnya bersama Jazmy dan Zayn.
"Arasy?" Amanda memanggil dengan wajah pelik.
Arasy mula menghampiri pekerja-pekerjanya yang masih berkumpul di hadapan lift itu. Jazmy dan Zayn turun mengikuti jejak langkah majikannya. Amanda terpegun. Arasy nampak kacak di hadapannya saat ini. Husband material gitu!
"Kenapa ni?" Tegas sekali suara Arasy menyoal.
"Tak ada apa-apa Tuan Arasy." Jawab Tuan Ahmad serba salah. Dia takut berhadapan dengan Tuan Arasy. Anak kepada Tan Sri Mukhriz dan merupakan bakal pemilik Mukhriz Group tidak lama lagi.
"Tak ada apa-apa awak cakap? Kalau tak ada apa-apa kenapa semua perkerja saya masih berdiri dekat sini?" Tanya Arasy tegas. Amanda membulatkan matanya. Arasy ke ni? Atau dia nampak pelanduk dua serupa? Garangnya!
Semua pekerja di situ menundukkan wajah mereka. Mereka tak berani berhadapan dengan Tuan Arasy. Lelaki itu terlampau menakutnya. Auranya cukup seram. Lelaki itu tidak mudah tersenyum dan cukup pendiam. Hanya sepatah dua sahaja kata-kata yang keluar dari mulutnya.
Arasy berpaling memandang je arah Amanda. Amanda menjongket keningnya.
"Cantik rantai."
Amanda tayang wajah menyampah. Para pekerja yang lain sekadar memandang Tuan Arasy mereka dan Amanda silih berganti tanpa sebarang suara.
"Cantik kan. Boyfriend saya bagi." Balas Amanda selamba. Arasy ketawa kecil. Bukan kerana kata-kata Amanda yang lawak tapi kerana riak wajah Amanda yang tampak melucukan.
"Arasy what are you doing here?" Tanya Amanda pelik. Tajam sahaja anak matanya merenung anak mata lelaki itu. Arasy berfikir sejenak.
"Saya datang nak lawat girlfriend saya. Hari tu saya tak boleh teman dia sebab saya ada kerja. Tak boleh ke?" Tanya Arasy selamba. Amanda mengukir senyuman sinis.
"Kerja? Arasy saya dah kena buang kerja lah!" Rengek Amanda dengan wajah sedih. Kononnya dia sedih bila dia dah kena buang kerja.Padahal dia bersyukur sangat sebab diberhentikan. Dia seakan-akan mahu mejerit kegembiraan. Arasy menjongket keningnya. Kena buang kerja?
"Siapa yang buang awak kerja?"
"Dia." Amanda mula menunding jari ke arah Tuan Ahmad membuatkan lelaki itu terkejut. Dahinya mula berpeluh apabila melihat wajah tegang Tuan Arasy.
"Kenapa dia buang awak kerja?" Tanya Arasy yang hanya mengerling Aamanda sekilas.
Tajam sahaja anak matanya merenung tajam pekerjanya itu saat ini. Berdasarkan apa yang Amanda pernah luahkan padanya, dia tahu ramai pekerja yang mahu menyingkirkan gadis itu dari syarikat ini.
"Dia cakap syarikat ni tak perlukan pekerja yang biadab dengan saya. Memang saya mengaku, saya tampar perempuan tak guna ni!" Jarinya ditunding ke arah Linda membuatkan wanita itu pula yang tersentak.
"Tapi dia tampar saya dulu. Tengok pipi saya ni. Merah sebelah. Dah buruk.." Amanda mengadu sambil menunjukkan pipinya yang ditampar. Arasy menyentuh pipi Amanda yang ditampar itu.
"La, ingatkan awak pakai blusher tebal sebelah." Usik Arasy selamba dengan sengihan.
"Arasy! Sampai hati awak kan. Mengata saya. Saya nak balik lah kalau macam ni. Saya merajuk dengan awak sehari." Balas Amanda yang mahu melangkah pergi. Tapi belum sempat dia pergi, lengannya dipegang Arasy.
"Saya gurau je. Sorry okay?" Arasy mula memujuk dengan lembut. Amanda tayang wajah tak peduli. Kak Murni memandang Amanda dan majikannya silih berganti. Jadi kekasih Amanda yang gadis itu cerita waktu itu ialah Arasy? Majikan mereka sendiri?
"Okay, saya maafkan awak. Jap, awak buat apa dekat sini?" Tanya Amanda ingin tahu. Dia mula memeluk tubuh memandang Arasy dengan wajah yang tegang. Arasy tersenyum kecil.
"Welcome to my company.."
"Lupa ke awak tu menumpang je. Ni company daddy awak, bukan company awak!"
Arasy ketawa besar. Amanda... Amanda... Setiap saat ada sahaja lawak yang gadis itu lakukan yang membuatkan dia ketawa.
"Jom ikut saya. Saya tunjukkan syarikat ni."
"Buat apa saya nak ikut awak? Lupa ke saya dah kena pecat?" Tanya Amanda bosan.
Arasy mengerling Tuan Ahmad sekilas. Menunduk sahaja wajah lelaki itu. Amanda tersenyum sinis apabila melihat wajah takut Linda dan Tasya. Mungkin takut dibuang kerja kerana telah berkasar dengannya. Yelah, dia kan kekasih hati Arasy!
"Tak suka ke kena pecat? Bukan hari tu awak cakap awak nak jadi suri rumah tangga?"
Arasy mula memulangkan paku buah keras kepada Amanda. Amanda menjeling lelaki itu sekilas. Seketika kemudian dia terengih.
"Yelah, jom kita tengok office awak. Saya memang teringin sangat nak pergi office awak. Jom!" Pujuk Amanda teruja. Lengan Arasy ditarik membuatkan lelaki itu ketawa kecil. Bilik bakal CEO, mestilah hebat dan mewah kan?
"Awak semua boleh masuk kerja. Tuan Ahmad, awak jumpa saya pukul 2 nanti." Ujar Arasy sebelum melangkah masuk ke dalam lift VVIP bersama Amanda, Zayn dan Jazmy.
Tuan Ahmad mula berjalan ke hulu ke hilir. Dia tak tahu pekerja baru itu kekasih hati Tuan Arasy. Hatinya mula berdebar kencang. Dia takut dibuang.
Tasya dan Linda mula berpeluh dingin. Mereka sudah berkali-kali menyindir Amanda. Mereka takut mereka dibuang. Lihat sahaja tadi. Tuan Arasy yang garang itu mampu dijinakkan oleh Amanda. Tak mustahil jika Tuan Arasy memecatnya hanya untuk memuaskan hati kekasihnya.
Bersambung..!
•14/12/2021
• Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lover✨
• Remember : What you give is what you will get back! Have Fun!✨
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top