Tuan Arasy | 13
"If you know the truth, I swear you'll leave me."
Amanda menunduk kepalanya memandang lantai apabila mendengar bebelan panjang yang keluar dari mulut Cik Mazni. Kak Murni yang turut berada di situ sekadar memberikan pandangan simpati. Mungkin wanita itu tidak mampu berbual apa-apa. Amanda kembali menundukkan kepalanya apabila terdapat beberapa pekerja lain yang memandangnya dengan senyuman sinis.
'Kutuk aku lah tu!' Getus Amanda di hati.
"Awak dengar tak apa yang saya cakap ni Amanda?" Tanya Cik Mazni dengan nada yang tinggi. Laju sahaja dia menganggukkan kepalanya sebagai balasan.
"Selepas ni saya tak nak tengok awak buat silap. Syarikat boleh rugi besar kalau perangai awak macam ni. Awak faham tak?" Tanya Cik Mazni marah. Amanda menganggukkan kepalanya lagi sekali.
Silapnya hanya satu. Dia terlupa memberitahu Cik Mazni bahawa wanita itu ada temu janji dengan wakil Digma Holding. Marah betul Cik Mazni apabila mengetahui hal itu. Nasib sahaja wakil Digma Holding baik hati. Mereka tidak kesah walaupun dia dan Cik Mazni tiba lewat di pertemuaan itu.
"Kalau awak nak kerja, buat cara nak kerja. Ini tidak. Masih seperti budak-budak. Tengoklah pakaian awak ni. Macam budak-budak. Amanda, professional lah sikit. Awak tu pekerja Mukhriz Group. Jaga nama baik syarikat. Ini tidak. Pergi kerja macam pergi playground!."
Amanda tersentak apabila mendengar kutukan terhadap dirinya. Tajam sahaja dia memandang Cik Mazni saat ini. Dia tak kesah jika dia dibuang kerja sekalipun. Dia tak betah bekerja di sini.
Susuk tubuh Cik Mazni yang sudah hilang disebalik pintu dijeling sekilas. Benci!
"Amanda okay? Amanda jangan terasa hati dengan Cik Mazni tu. Dia memang macam tu. Dia suka bercakap lepas. Tak berlapik lagi dah." Pujuk Kak Mazni lembut. Amanda sekadar menguntum senyuman nipis.
"Kau jangan risau lah Manda. Cik Mazni tu memang macam tu. Mood dia tu tak stabil, suka meroyan tak tentu pasal. Benda kecil je. Mengamuk macam syarikat ni terbakar. Anak dara tua katakan." Sampuk seorang gadis muda yang memakai baju kurung moden berwarna hijau lumut.
Amanda memandang gadis itu dengan pandangan pelik. siapa gadis ini? Dia kemudiannya mengalihkan pandangannya memandang Kak Mazni untuk meminta jawapan.
"Budak ni nama dia Husna. Setiausaha Encik Khairul. Dia memang macam ni. Cakap ikut sedap mulut dia je. Kalau bab mengutuk memang serah dekat dia je." Balas Kak Murni mengusik. Husna tersengih.
"Hai aku Husna. Semalam aku tak ada. Aku teman Encik Nizam pergi Ipoh. Ada masalah sikit dekat sana." Ujar Husna memperkenalkan diri.
"Amanda."
"Aku tahu. Kecoh pasal kau dekat group Whatsapp semalam." Kata Husna membuka rahsia.
"Kecoh kenapa?" Amanda mula menyoal. Dia mula rasa tidak sedap hati.
"Si Linda dengan Tasya tu kutuk kau. Dia orang cakap ada budak tadika baru masuk pejabat. Siap post gambar curi kau dekat group Whatsapp lagi." Ujar Husna lagi. Amanda tergamam.
'Post gambar curi aku?'
"Tapi kau jangan risau. Gambar kau tu elok je. Cuma itulah, pakaian kau serba pink. Kau memang suka warna pink ke?" Tanya Husna sambil memandang Amanda atas ke bawah.
Hari ini Amanda mengenakan baju kemeja berwarna pink bersama seluar palazzo berwarna putih. Rambut pula ditoncang dua dengan getah rambut tebal berwarna pink. Husna menggelengkan kepalanya perlahan. Kali ini kali pertama menyokong kata-kata Cik Mazni.
Amanda tak professional!
Amanda memandang tubuhnya sendiri. Setelah itu Husna kembali dipandang.
"Haah. Saya suka warna pink. Salah ke?"
"Tak salah. Cuma nampak macam budak-budak. Aku sebenarnya tak kesah pun kau nak pakai apa. Asalkan kau pakai pakaian yang elok sudah. Bukan macam si Linda dan Tasya tu. Dia orang sibuk kutuk cara kau berpakaian. Tapi pakaian sendiri lupa nak cermin. Sengket sangat ke kewangan dia orang sampai baju yang longgar tak boleh beli. Aset dia yang tak seberapa besar tu nak tunjuk dekat siapa? Eh, aku yang tengok ni pun rasa malu." Balas Husna mengutuk.
"Eh, kau tak ada kawan kan? Lunch nanti ikut aku dengan kak Murni ye. Kita pergi makan sekali." Pesan Husna sebelum melangkah pergi dari situ.
Amanda tersenyum kecil.
Husna dilihat seperti gadis yang suka berterus terang. Jujur tentang yang dia suka, apa yang dia tak berkenan. Dia suka mempunyai teman seperti Husna. Tak hipokrik. Dia suka berkawan dengan manusia seperti itu. Manusia yang sama cara pemikiran dengannya.
Amanda memandang sekeliling tempat makan itu. Dia ingatkan di manalah tempat makan yang Kak Murni katakan sebentar tadi. Rupanya Kak Murni mengajakkan makan di sebuah kedai makan di tepi jalan. Sejujurnya dia tidak pernah makan di tempat sebegini. Dia bukan mahu memilih. Dia cuma tak biasa.
"Amanda nak makan apa? Masakan panas dekat kedai ni semua sedap-sedap." Tanya Kak Murni kepada Amanda.
Amanda menjenguk-jenguk pelbagai jenis masakan kampung yang terdapat di atas meja di suatu sudut di kedai itu.
"Amanda nak ayam masak merah jelah." Balas Amanda dengan senyuman. Tangannya mula mencapai senduk nasi lalu dia mencedok nasi ke dalam pinggannya. Setelah dia selesai meletakkan lauk yang dipilih ke dalam pinggan, dia kemudiannya melangkah ke arah Husna yang sudah duduk di meja dengan hidangan yang dipilihnya.
"Akak suka datang kedai ni sebab dekat sini banyak pilihan makanan. Tempat duduk pun banyak." Ujar Kak Murni sebelum dia melabuhkan punggungnya di hadapan Amanda.
Amanda menganggukkan kepala perlahan. Belum sempat dia mahu menyuapkan nasi ke dalam mulutnya, telefonnya terlebih dahulu berdering. Sudu dan garfu diletakkan kembali di atas pinggan sebelum telefon pintarnya dicapai.
"Assalamualaikum, awak dekat mana tu Amanda? Lunch sekali jom."
Amanda menayangkan wajah sedih walaupun dia tahu Arasy tetap tak boleh melihat raup wajahnya sekarang ini.
"Walaikumussalam. Saya dekat kedai makan. Lunch sekali? Alaa, saya dah keluar makan dengan officemate saya.."
"Tak apalah kalau macam tu."
Amanda mengerutkan keningnya.
"Awak dah balik sini? Bila awak balik? Sampai hati awak tak beritahu saya Arasy.." Amanda mula berjauh hati.
Husna dan Kak Murni sekadar melihat Amanda dengan ekor mata. Gadis itu nampak mengada-ngada di mata mereka saat ini. Boyfriend yang call ke? Soalan itu bermain di fikiran mereka.
"Saya cadang nak buat surprise tapi tak jadi.."
"Saya dah berjaya kerja. Awak jangan lupa hadiah saya." Amanda mula menuntut janji.
"Saya dah belikan untuk awak Amanda sayang. Malam nanti kita jumpa. Saya ambil awak dekat rumah." Ujar Arasy lagi.
"Okay. Saya tunggu." Balas Amanda sebelum panggilan itu dimatikan.
"Boyfriend kau ke?" Tanya Husna sambil menjongket keningnya.
Amanda tersenyum nipis. Kepalanya dianggukkan perlahan.
"Kau hati-hati sikit dengan jantan ni. Dia orang depan kita pijak semut tak mati. Belakang kita, entah-entah gajah pun boleh tumbang." Ujar Husna memberi nasihat.
Amanda menganggukkan kepalanya perlahan.
"Saya tahu. Tapi saya yakin Arasy bukan lelaki macam tu. Dia lelaki yang paling baik yang pernah saya jumpa." Ujar Amanda lagi.
"Apa nama boyfriend kau tu, Amanda?" Kak Murni pula menyoal.
"Arasy. Arasy Naufal."
"Amboi, nama. Tapi akak macam pernah dengar nama tu. Arasy Naufal.." Kak Murni mula berfikir sejenak.
"Husna pun macam pernah dengar. Dekat mana ye?" Husna pula mula terikut untuk berfikir tentang sebaris nama itu.
Amanda menggelengkan kepalanya dalam senyuman.
"Tak perlu fikirlah Kak Murni, Husna. Kalau nama sama pun, tak mungkin orang yang sama." Balas Amanda lagi. Husna mengangguk pantas.
"Betul lah tu. Baik kita makan. Nanti lambat masuk kerja." Tegur Kak Murni pula.
"Akak tu yang lambat. Tengok Una dah siap makan." Balas Husna yang sudah berdiri. Pinggan yang sudah kosong ditolak ke hadapan sedikit. Dia mula melangkah pergi untuk membasuh tangannya.
"Haisy budak ni. Boleh dia mengata aku!" Marah Kak Murni apabila dia disindir.
Amanda menggelengkan kepalanya sebelum dia menyambung makan. Tidak disangka dia akan mendapat kawan sebaik mereka berdua. Alhamdulillah! Tak adalah dia sunyi lagi.
Arasy, saya dah ada kawan!
Amanda memandang wajah Arasy yang duduk di sebelahnya di atas batu di tepi pantai itu. Entah mengapa lelaki itu mengajaknya ke pantai. Katanya mahu ke tempat yang tenang.
"Awak okay ke Arasy?"
"Okay." Balas Arasy pendek.
Pandangannya dihalakan ke arah air laut yang terpampang di hadapan matanya. Amanda berdecit perlahan. Dia tak suka Arasy menipunya. Dia tahu Arasy dalam masalah. Melihat riak wajah lelaki itu dia sudah tahu.
"Kalau saya ada masalah siapa tempat saya mengadu?" Soal Amanda tiba-tiba. Arasy menjongket keningnya. Pelik apabila Amanda tiba-tiba menyoal.
"Saya kut.." Jawab Arasy kurang pasti.
"Betul. Satu markah untuk awak."
Arasy tersenyum kecil apabila melihat wajah gembira Amanda.
"Jadi kenapa bila awak ada masalah, saya tak boleh jadi orang pertama yang tahu?"
Soalan kedua yang diajukan Amanda membuatkan Arasy tersenyum nipis. Hatinya serba salah.
"Apa awak tahu tentang rahsia?" Kali ini Arasy pula yang menyoal.
"Perkara yang kita kena simpan dan tak boleh beritahu sesiapa."
"Kenapa kita berahsia?"
"Sebab perkara yang kita rahsia tu memalukan kita atau pun perkara tu perkara yang sulit dan penting. Sebab tu kita tak boleh beritahu sesiapa."
Arasy tersenyum lagi.
"Correct answer. One mark."
Amanda mengerutkan wajahnya. Dia tak faham tentang apa yang Arasy mahu sampaikan. Rahsia? Rahsia apa?
"Awak ada fikir tak, kenapa papa awak benci saya?"
Amanda terkedu tiba-tiba. Pernahkah dia berfikir sebegitu? Pernah, tipu jika dia cakap tidak. Entah mengapa dia tidak kesah akan perkara itu?
"Pernah. Tapi biasalah. Saya kenal papa saya. Dia memang tak suka semua orang." Balas Amanda selamba.
"Pernah ke awak fikir yang saya dah buat sesuatu yang jahat pada ayah awak?" Tanya Arasy lagi. Amanda mengeluh kasar. Wajah Arasy dipandang lama.
"Apa sebenarnya yang awak nak cakap, Arasy?"
Arasy diam. Amanda mengeluh lagi.
"Saya pernah fikir. Kenapa susah sangat family saya nak terima awak. Besar sangat ke salah yang awak buat. Tapi mereka semua rahsiakan perkaranya dari saya. Tak ada sorang pun yang berani untuk berterus-terang dengan saya kenapa dia orang tak suka awak. Dan awak Arasy..."
Arasy terkedu apabila nama disebut.
"Awak pun tak pernah cuba untuk jujur dengan saya. Bila papa cakap dia tak boleh terima awak, awak dengan mudah undur diri. Saya faham mungkin awak tak ada perasaan cinta pada saya waktu tu. Tapi sekarang kita dah bercinta. Awak dah mengaku yang awak cintakan saya. Saya memang dah cintakan awak sejak hari pertama kita jumpa. Jadi tak boleh ke awak jujur dengan saya. Kenapa papa tak sukakan awak." Pinta Amanda sedikit merayu.
Kadang-kadang hatinya meronta untuk tahu. Dia tak mahu ketinggalan.
Tapi ada kalanya dia berharap agar dia tak tahu. Dia takut kebenaran yang dia akan dengar membuatkan hatinya membenci Arasy. Dia sayangkan Arasy. Dia tak mahu kehilangan lelaki itu.
Arasy bingkas berdiri. Dia berjalan ke hadapan sedikit. Berdiri membelakangi Amanda sambil mendepakan tangan untuk menghirup udara segar di pantai itu. Seketika kemudian dia bersuara lagi.
"Saya takut nak beritahu awak."
"Kenapa?" Tanya Amanda ingin tahu. Dia kini sudah berdiri di sisi lelaki itu.
"Bila kebenaran tu terbongkar, percayalah Amanda. Awak tak mungkin bersama saya lagi. Awak mungkin akan benci saya. Entah-entah pandang saya pun tak nak." Arasy menyuarakan isi hatinya tanpa sedar. Otak Amanda ligat berfikir. Jahat sangatkan apa yang Arasy buat? Arasy minum arak ke? Arasy langgan perempuan?
"Hina sangat ke perbuatan awak tu?"
Arasy tersenyum nipis. Wajah keliru Amanda dipandang sekilas.
"Di mata manusia mungkin perbuatan saya tu terlampau sulit untuk dimaafkan. Tapi kadang-kadang apa yang manusia lihat tak selalunya benar. Mungkin mereka silap menghukum. Mungkin apa yang mereka anggap betul hanyalah fitnah semata-mata." Ujar Arasy panjang lebar. Amanda mengerutkan keningnya.
"Fitnah? Awak kena fitnah ke?" Tanya Amanda dengan riak terkejut. Arasy ketawa kecil.
"Tak payah fikirlah Amanda. Jom balik. Sekarang dah lewat."
"Hah? Tapi saya.."
"Lambat laun awak akan tahu kebenaran tu. Saya harap awak akan tenang setelah awak tahu perkara tu. Saya harap awak terima kenyataan. Maafkan saya Amanda, walaupun bukan saya yang salah.." Ujar Arasy sebelum melangkah beredar dari situ. Amanda mengetap bibirnya perlahan.
"Jom balik Amanda!"
Arasy menjerit kuat apabila Amanda masih kaku di tempatnya berdiri. Kakinya dihentak kasar di atas permukaan pasir pantai sehinggakan seluarnya telah terpalit pasir. Siapa kesah? Sekarang dia geram!
Bersambung!
•12/12/2021
• Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lover✨
• Remember : What you give is what you will get back! Have Fun!✨
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top