Tuan Arasy | 12

"You may be gone from my sight but you're never gone form my heart."

Amanda memandang bangunan yang terbina megah di hadapannya itu dengan pandangan kosong. Dia masih tercegat di hadapan bangunan itu. Dia serba salah untuk melangkah masuk ke dalam bangunan itu. Dia menerima sepucuk surat yang mengatakan bahawa dia ditawarkan bekerja di syarikat itu bermula hari ini.

Entah mengapa dia terima.
Dia tidak mahu dijodohkan dengan Zarif. Dia juga tidak mahu bekerja dengan papanya. Dia hanya mahu hidup serba sederhana. Tapi apakan daya, dia tak mampu. Dia telah dilahirkan dalam sebuah kehidupan yang serba mewah. Tak mungkin dia dapat menukar hakikat yang satu itu.

Telefon pintarnya yang tiba-tiba berbunyi mengeluarkan lagu imagination by shawn medes membuatkan lamunan Amanda terhenti. Beg tangannya yang bersaiz kecil yang hanya mampu memuatkan telefon pintar, purse dan sedikit kepeluan peribadi dibuka. Panggilan tersebut dijawab sebaik sahaja telefon pintarnya dirapatkan ke telinga.

"Assalamualaikum. Awak ada dekat mana tu Amanda?" Tanya si pemanggil dengan nada lembut.

"Waalaikumussalam. Saya dah ada depan bangunan Mukhriz Group ni. Arasy... Saya takut lah..." Rengek Amanda perlahan. Tidak mahu perbuatannya menjadi perhatian. Sudahlah pakaiannya seperti pelajar bawah umur.

Kemeja putih dipadankan dengan skirt labuh berwarna merah jambu lembut. Tidak dilupakan juga topi yang berwarna sama dengan skirt labuhnya yang terletak elok di kepalanya itu. Pasti ramai mulut-mulut manusia yang mengejek cara dia berpakaian.

"Awak nak takut apa? Awak nak daftar masuk kerja je pun. Awak dah terpilih bukan kena interview." Balas Arasy memujuk. Amanda mengeluh kecil.

"Arasy, saya betul-betul takut ni." Rengek Amanda lagi. Dahinya sudah berpeluh. Tangannya mula menggeletar. Takutnya Ya Allah!

"Alaa, awak kan Kayla Amanda. Kayla Amanda yang saya kenal bukan macam ni. Awak kan perempuan paling berani yang pernah saya jumpa." Puji Arasy lagi. Amanda memutarkan bebola matanya ke atas. Benci dia mendengar pujian yang dilontarkan Arasy. Menyampah!

"I hate you Arasy!"

"But I love you..." Balas Amanda perlahan. lemah sahaja bunyinya.

Arasy ketawa besar. Dia kini masih di Kanada. Banyak perkara yang perlu dia selesaikan di sini. Dua minggu yang dijanji pada Amanda sudah menjangkau sebulan. Nasib gadis itu memahami keadaannya saat ini.

"I love you too, Amanda."

Amanda tersenyum lebar apabila mendengar sebaris ayat yang keluar dari mulut kekasih hatinya itu. Buat pengetahuan semua, Arasy kini sudah diisytiharkan sebagai kekasih hatinya yang sebenar. Bukan kekasih palsu seperti yang dirancangkan dahulu.

"Saya nak sangat teman awak Amanda. Tapi saya tak boleh. Sorry Amanda.."

"It's okaylah Arasy. I'm okay. Lagipun saya kena jadi berani juga kan? So, saya kena matang! Saya boleh. Setakat daftar kerja. Kacang goreng je." Balas Amanda penuh semangat. Arasy ketawa kecil.

"Okay macam ni. Kalau awak boleh daftar kerja dengan baik, awak boleh minta apa sahaja yang awak nak bila saya balik nanti. Macam mana?" Tanya Arasy tawar-menawar. Amanda mengerutkan keningnya.

"Saya nak awak. Boleh?"
Amanda tersenyum kecil apabila mendengar suara Arasy ketawa. Sakan pula lelaki itu mengetawakan dirinya. Lawak sangatkah permintaannya?

"I'm yours Amanda. Lupa ye?"

Kali ini Amanda pula ketawa. Sesungguhnya hilang segala rasa takutnya setelah berbual dengan Arasy. Biarlah dia dianggap gila apabila berdiri di hadapan bangunan mewah itu sambil ketawa. Dia tak kesah. Asalkan dia bahagia.

Amanda menundukkan kepalanya apabila melihat wajah garang ketua bahagian pemasaran itu. Wanita yang bertubuh agak gempal itu kelihatan cukup seksa di matanya. Lihat sahaja pakaian yang membalut tubuh wanita itu. Masyaallah! Macam sarung Nangka!

Amanda menggelengkan kepalanya pantas. 'Tak baik mengutuk orang Amanda. Jangan sampai kau pula dikutuk!' Amanda beristigfar di dalam hati.

"Saya tak suka pekerja datang lewat. Saya paling pantang kalau pekerja yang lambat. Semua kerja kena cepat. Faham?" Pertanyaan tegas daripada wanita itu membuatkan Amanda mengangguk dengan tidak rela.

"Meja dekat luar tu meja awak. Awak boleh mula kerja hari ni. Apa-apa masalah awak boleh tanya Murni. Keluar!"

Amanda menganggukkan kepalanya perlahan. setelah mendapat isyarat tangan dari majikannya itu, Amanda melangkah keluar dari bilik majikannya. Meja kecil yang terletak betul-betul di luar bilik itu dituju.

'Kecilnya..' Rungut Amanda dihati.

Beg tangannya diletakkan di di atas meja kayu itu. Tangannya menggoncang meja kayu itu dengan kuat untuk menguji ketahanan meja itu. Alahai, macam nak roboh je!

"Kayla Amanda kan? Setiausaha Cik Mazni yang baru"

Amanda berpaling apabila mendengar namanya disebut. Kelihatan seorang wanita bertudung yang memakai pakaian serba biru berdiri di sebelahnya. Senyuman nipis dia ukir. Dia tak mahu dianggap sombong.

"Saya." Balasnya pendek.

"Saya Murni. Boleh panggil kak Murni."

Amanda menganggukkan kepalanya perlahan.

"Apa tugas saya Kak Murni? Cik Mazni suruh saya jumpa dengan akak." Tanya Amanda berterus-terang. Dia sedang buntu. Dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan sekarang. Al maklumlah, dia baru sahaja mula bekerja.

"Awak tak perlu buat apa-apa pun. Dalam laci tu ada buku nota hitam. Wani, setiausaha lama Cik Marni dah sediakan semua aktiviti Cik Mazni selama setahun. Apa yang perlu awak buat, awak cuma tambah dan cancel sahaja aktiviti Cik Mazni dari semasa ke semasa. Faham?" Tanya Kak Murni pendek. Amanda menganggukkan kepalanya perlahan.

"Faham kak."

"Akak nak panggil awak apa? Kayla ke Amanda?"

"Akak boleh panggil saya Amanda." Balas Amanda dengan senyuman. Kak Murni menganggukkan kepalanya perlahan.

"Akak ada kerja sikit nak buat. Nanti kalau Amanda ada masalah, Amanda boleh tanya kak Murni. Meja kak Murni dekat sana." Balas Kak Murni sambil jarinya menunjukkan ke suatu arah. Mungkin arah ke mejanya.

"Akak pergi dulu. Amanda kemas lah apa yang patut." Balas Kak Murni sebelum melangkah pergi dari situ setelah mendapat anggukan dari Amanda.

Amanda melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu. Kipas dinding yang terletak di sebelahnya ditekan sehingga ke nombor yang terakhir. Masih panas. Tidak disangka bangunan syarikat yang megah di luar mempunyai tempat yang agak buruk seperti ini. Amanda memicit dahinya. Pening!

Amanda melompat ke atas katil bertilam tebal itu setelah dia melangkah masuk ke dalam biliknya. Hari pertama dia bekerja sungguh memenatkan. Sudahlah tadi ada pekerja-pekerja yang memandangnya sinis. Mungkin sekadar mainan perasaan tapi entahlah.

Dia bukan tidak pandai menilai pandangan manusia. Dia seorang perempuan yang pandai menilai. Lihat sahaja pandangan dan senyuman sinis yang ditujukan kepadanya sewaktu dia bekerja tadi. Adakah pakaiannya terlampau kebudak-budakan? Hello! Pakaiannya mahal kut!

Amanda mengeluh kecil. Tubuhnya yang tadinya meniarap mula beralih kepada berbaring di tilam tebal itu. Bahunya yang terasa pegal dan lenguh dipicit perlahan-lahan. Baru sehari dia bekerja dia sudah penat satu badan. Bagaimana dia mahu menjalani kehidupan ini dalam satu jangka masa yang lama? Mama!

Telefon pintarnya yang tiba-tiba berdering membuatkan Amanda mengeluh kasar. Tangannya bergerak ke kiri dan kanan bagi mencari kedudukan beg tangannya. Setelah beg tangan miliknya dicapai, telefon pintarnya dicapai. Terukir senyuman di bibirnya apabila melihat sebaris nama di skrin telefon pintarnya itu.

My Baby Boo..

"Arasy saya penat..." Amanda merengek manja setelah dia menjawab salam yang dihulurkan Arasy. Arasy di hujung sana tersenyum kecil.

"Kerja baru sehari dah penat?"
Amanda mencebikkan bibirnya. Sedih!

"Saya penat kerja. Penat layan orang yang berpura-pura."

Arasy mengerut keningnya. Penat layan orang yang berpura-pura? Hatinya tertanya-tanya, siapakah yang dimaksudkan Amanda.

"Siapa yang berpura-pura?" Soal Arasy ingin tahu. Amanda mengeluh kecil. Dia kini sudah duduk bersandar di kepala katil. Dia tidak lagi berbaring seperti tadi. Kalau nak bercerita kita kena bersemangat. Cewah!

"Officemate saya. Dia orang kan asyik jeling-jeling saya. Lepas tu diorang tersenyum-senyum bila pandang saya. Dia ingat saya ni apa? Badut? Saya tahulah saya punya pakaian macam budak-budak tapi suka hati saya lah. Tubuh saya. Suka hati saya lah nak pakai baju apa!" Marah Amanda kegeraman. Dia paling pantang apabila cara dia berpakaian diejek sebegitu rupa. Menyampah!

"Awak pakai baju apa sampai diorang pandang awak macam badut?"

"Pakai baju kemeja warna putih. Skrin labuh warna soft pink dan topi strawberi. Lawak ke Arasy?" Tanya Amanda ingin tahu. Arasy sembunyi senyum. Dia seperti seakan-akan boleh mengagak cara Amanda berpakaian. Lawak ke?

"Arasy! Kelakar ke bila saya pakai baju macam tu?"

"Tak. Awak nampak comel. Saya macam nak balik sekarang je. Rindunya saya dekat awak.."
Amanda tersenyum kecil. Hujung rambutnya dipintal-pintal. Dia termalu sendiri.

"Sejak bila awak manja ni Arasy?" Tanya Amanda dengan senyuman.

"Sejak kenal awak. Saya dah bertukar jadi gedik macam ni. Kalau pekerja saya nampak ni, mesti dia cakap saya meroyan." Ujar Arasy sambil ketawa kecil. lucu apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulutnya sendiri. Amanda turut ketawa.

"Tempat kerja awak okay? Maksud saya bilik awak." Tanya Arasy lagi. Amanda mengetap bibirnya kuat.

"Bilik? Are you kidding me, Arasy? Saya mana dapat bilik? Meja saya dekat luar. Saya tak suka lah kerja dekat situ Arasy. Meja kecil, bergoyang pula tu. Saya rasa kalau saya berdiri atas meja tu, tak sampai seminit dah roboh. Tempat saya tu panas sangat. Ya allah, kipas ada tapi macam hidup segan mati tak mahu je. Arasy.. Saya tak suka..." Amanda merengek lagi.

Arasy menganggukkan kepalanya perlahan. Kesian pula apabila mendengar rengekan Amanda. Teruk sangatkah tempat yang dicakapkan Amanda?

"Tapi syarikat tu bukan Mukhriz Group ke? Salah satu syarikat yang terbesar di dunia?" Tanya Arasy menduga. Amanda berdecit kegeraman.

"Nama je Mukhriz Group. Syarikat hebat kononnya. Tapi tempat pekerja macam bilik stor. Haisy tak Sukanya saya..." Ujar Amanda mengadu. Arasy tersenyum kecil.

"Amboi, bab mengata memang awak menang kan Amanda."
Amanda menguntum senyuman.

"Biasalah.."

Seketika kemudian suasana sepi mula menyelubungi mereka. Amanda sibuk memandang kuku jari tangannya manakala Arasy pula sibuk memandang kertas kerja yang berselerak di atas meja kerjanya.

"Arasy, saya rindu awak.."

Entah mengapa kalimat itu Amanda ucapkan pada lelaki itu. Arasy yang tekun memandang dokumen di atas meja terganggu. Automatik bibirnya menguntum senyuman.

"Saya pun rindu awak, Amanda. Tapi saya ada kerja yang perlu saya selesaikan." Balas Arasy lemah. Wajah Amanda mula berubah. Sedih sahaja raup wajahnya saat ini.

"Kalau kita kahwin nanti awak jangan kuat kerja macam ni tau. Nanti saya merajuk." Ujar Amanda lagi. Arasy ketawa besar. Kali ini dia tak mampu menahan diri dari ketawa.

"Amboi, lajunya fikir pasal kahwin.." Usik Arasy sambil menggelengkan kepalanya perlahan.

"Biasalah. Saya kan nak kahwin dengan awak."

"Saya tak nak isteri bekerja tau. Saya nak isteri yang duduk rumah jaga anak. Awak sanggup ke Amanda?" Tanya Arasy menduga. Dia sebenarnya tidak kesah jika isterinya nanti mahu bekerja. Dia ada duit. Dia boleh mengupah pembantu rumah. Dia tiada masalah dengan perkara itu.

"Saya tak kesah. Saya suka duduk rumah jaga anak. Lagipun awak tu kaya. Awak boleh tanggung saya kan.." Balas Amanda selamba. Arasy menepuk dahinya perlahan. lain yang dirancang lain yang jadi.

"Okaylah Amanda. Saya ada kerja ni. Nanti saya call awak balik." Ujar Arasy meminta diri untuk memutuskan talian.

"Okay. Bye. Sayang awak."

"Saya awak jugak Amanda."
Amanda ketawa kecil. Hatinya berbunga riang. Gembiranya!

Bersambung...!

11/12/2021

• Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lover✨

• Remember : What you give is what you will get back! Have Fun!✨


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top