Tuan Arasy | 09

"Blood doesn't make family,
love does."

Amanda sekadar tersengih apabila melihat kelakuan Arasy yang mundar-mandir di hadapannya itu. Amanda meneguk air coca-cola miliknya tanpa menghiraukan kegelisahan lelaki itu. Arasy memandang Amanda tajam. Gadis muda itu sekadar menguntum senguhan dengan wajah yang tidak bersalah.

"Awak tahu tak awak dah buat satu masalah yang besar?" Tanya Arasy sambil bercekak pinggang di hadapan Amanda. Amanda tersengih lagi.

"Tak."

Arasy menggelengkan kepalanya perlahan. Dia melabuhkan punggungnya di hadapan Amanda. Gadis itu dipandang lama.

"Amanda..." Panggil Arasy meleret. Amanda menjongket kening.

"Apa?" Tanya Amanda pula.

"Kalau papa awak tiba-tiba nak kahwinkan kita macam mana?" Tanya Arasy risau. Amanda berfikir sejenak.

"Kita kahwin jelah.." Amanda tersengih. Arasy picit dahi.

Tidak dinafikan hidupnya kini semakin ceria setelah mengenali Amanda. Amanda pandai menceriakan hatinya yang gundah-gulana. Tapi semakin lama dia mengenali Amanda, hidupnya semakin hari diserang perasaan risau. Amanda gadis yang terlampau berani yang pernah dia jumpa.

Kadang-kadang dia risau jika Amanda tersilap membuat keputusan. Gadis itu sentiasa melakukan semua perkara tanpa berfikir panjang. Dia risau jika Amanda akan merana seandainya gadis itu tersilap langkah seperti sekarang. Amanda sanggup berkahwin dengannya tanpa mengetahui asal usulnya.

Amanda tersenyum kecil melihat kelakuan Arasy yang kegelisahan. Dia tahu lelaki itu sedang merisaukan dirinya. Tapi dia tak takut pun. Kahwin je kut! Bukan pergi berperang!

"Arasy.."

Arasy menjongket kening memandang Amanda.

"Awak dah ada kekasih hati ke?"

Pertanyaan yang ditanya Amanda kepadanya membuatkan Arasy terdiam. Amanda mengeluh kecil apabila Arasy sekadar mendiamkan diri tanpa suara.

"Tak apalah kalau awak dah ada orang lain. Nanti saya beritahu papa yang..." Belum sempat Amanda menghabiskan kata-katanya, Arasy bersuara pantas.

"Saya tak ada kekasih hati pun. Kawan perempuan pun saya tak ada. Kalau awak nak tahu, awak kawan perempuan pertama yang rapat dengan saya tau. Saya tak pernah tau keluar berdua-duaan dengan perempuan. Awak yang pertama. Sebab tu Wafiy ingat awak kekasih saya." Balas Arasy panjang lebar. Amanda mengangguk faham.

"Kalau macam tu awak nak risau kenapa? Awak tak suka saya ye?" Tanya Amanda menduga. Seraut wajah tampan Arasy dipandang lama. Arasy tersenyum kecil apabila wajah Amanda yang sudah bertukar mendung.

"Mana ada. Saya suka awak tau. Awak comel. Saya suka berkawan dengan awak." Balas Arasy dengan senyuman. Tercuit hatinya melihat raup wajah Amanda saat ini.

"Awak suka BERKAWAN je dengan saya?" Tanya Amanda menduga. Dia seakan-akan merasa sedih apabila mendengar kata-kata Arasy.

Arasy tersenyum kecil. Dia menompang dagu memandang Amandang dengan senyuman nakal.

"Awak nak KAHWIN dengan saya ke?" Tanya Arasy menduga. Keningnya dijongket berkali-kali untuk menguji Amanda.

Amanda mencebik kecil. Arasy dijeling tajam. Arasy ketawa besar apabila melihat reaksi Amanda.

"Saya pun nak kahwin dengan awak."
Ayat yang baru keluar dari mulut Arasy membuatkan Amanda menepuk meja dengan kuat. Arasy terkejut. Dadanya digosok lembut.

"Terkejutlah Amanda." Tegur Arasy garang. Amanda tersengih.

"Kalau awak pun nak kahwin dengan saya, kahwin jelah. Awak nak takut apa?" Tanya Amanda pelik. Arasy menggelengkan kepalanya perlahan.

"Amanda, awak tu muda lagi tau. Saya ni dah tua tau. Awak nak ke kahwin dengan orang tua?" Tanya Arasy menduga. Amanda berfikir sejenak. Usianya dan Arasy hanya berbeza enam tahun. Enam tahun je..

"Saya tak kesah kahwin dengan orang tua kalau orang tua tu awak. Saya kan nak kahwin dengan awak.." Balas Amanda sambil tersenyum gatal. Dia menompang dagu memandang Arasy dengan wajah bahagia. Arasy menggelengkan kepalanya perlahan.

"Awak jangan tarik diri sudah."

"Eh, ni Kayla Amanda lah! Saya tak mungkin tarik diri." Balas Amanda berani. Arasy menganggukkan kepalanya perlahan. Okay, kita tengok saja nanti!

Arasy menjongket kening apabila melihat Amanda yang berdiri tegak di hadapan pintu pagar rumah keluarga gadis itu. Gadis itu nampak cantik dengan mini dress berwarna hitam.
Arasy mengerling kawasan rumah Amanda yang terlindung dengan pagar kayu itu.

"Awak tak nak bagi saya masuk ke?" Tanya Arasy apabila dia sudah berdiri di luar rumah gadis itu selama beberapa minit. Amanda menggaru kepalanya yang tidak gatal. Wajah Arasy dipandang lama.

"Apa kata awak balik."

Arasy menjongket keningnya apabila mendengar cadangan drastik Amanda.

"Kenapa awak suruh saya balik?"

Amanda terdiam tanpa suara. Bibirnya digigit perlahan. Dia pula yang kegelisahan. Arasy tersenyum kecil. Dia berjalan mendekati Amanda sehinggakan tubuh Amanda menyentuh pagar rumahnya. Amanda menjadi serba salah apabila tubuh Arasy rapat dengannya.

"Awak nak buat apa ni, Arasy?" Tanya Amanda tersekat-sekat. Dia takut apabila melihat wajah miang Arasy. Arasy nampak seperti seorang Arasy yang berbeza dari Arasy yang dia kenali. Senyuman nakal di bibir lelaki itu membuatkan dirinya meremang. Mama, tolong Manda mama!

Arasy tersenyum nakal sebelum kedua-dua belah tangannya di letakkan pada pagar kayu itu. kedudukannya sekarang, kedua-dua belah tangannya bagaikan sedang mengunci tubuh Amanda agar gadis itu tidak melarikan diri. Kepalanya ditundukkan ke bawah bagi melihat Amanda yang jauh lebih pendek darinya.

"Siapa yang berani nak kahwin dengan saya semalam?" Tanya Arasy sambil berpura-pura berfikir.

Amanda sekadar mendiamkan diri. Kepalanya ditundukkan ke bawah. Dia takut untuk memandang Arasy ketika ini. Kedudukannya yang terlampau rapat dengan lelaki itu membuatkan dia sesak nafas. Seram!

"Siapa yang cakap dia tak kesah kahwin dengan saya?"

Amanda senyap lagi.

"Siapa yang cakap dia sanggup nak kahwin dengan saya walaupun saya tua?"

Amanda mengetap bibirnya perlahan. wajahnya didongakkan memandang wajah Arasy yang jauh lebih tinggi darinya.

"Saya. Saya yang cakap semua tu. Puas hati!" Marah Amanda kegeraman. Arasy ketawa kecil. Dia kemudiannya mula menjauhkan diri dari Amanda membuatkan gadis itu memeluk tubuh dengan wajah tidak puas hati.

"Tapi saya rasa tak sedap hati lah. Saya rasa ada sesuatu yang buruk akan berlaku." Balas Amanda dengan wajah risau. Dia cuba meluahkan isi hatinya kepada Arasy. Dia tak mampu memendam sendiri.

Arasy tersenyum nipis. Kepala Amanda disentuh lalu digosok perlahan.

"Tak perlu fikir benda yang bukan-bukan."

"Tapi saya risau lah Arasy.." Rintih Amanda lagi. Anak matanya sudah berair. Dia terlampau takut sekarang. Dia tak tipu.

Arasy menundukkan badannya supaya kedudukan mereka sama tinggi.

"Jangan risaulah. Saya akan pastikan semuanya okay. Awak jangan risau ye.." Pinta Arasy lembut. Air mata yang mengalir di pipi Amanda diusap lembut.

"Janji?" Jari kelingking Amanda hulur di hadapan Arasy. Arasy mengangguk dengan senyuman.

"Janji." Jari mereka bertaut.

"Papa tak benarkan Amanda berkahwin dengan Arasy!"

Kata-kata yang keluar dari mulut Tan Sri Khalid membuatkan Amanda terkejut. Wajah tenang papanya dipandang dengan wajah tidak puas hati. Dia kemudiannya memandang ke arah mama dan ibu. Kedua-dua wanita itu hanya menundukkan wajah mereka. Amanda mendengus kasar.

"Kenapa tak boleh?" Tanya Amanda tidak puas hati. Wajah Tan Sri Khalid dipandang lama. Dia mahukan jawapan. Jangan buat dia tertanya-tanya.

Arasy masih diam dihadapannya. Riak wajah lelaki itu biasa sahaja. Mendatar. Arasy bagaikan sudah bersedia dengan penolakan Tan Sri Khalid terhadapanya.

"Papa boleh terima siapa sahaja pilihan Amanda tapi bukan dia!" Tegas Tan Sri Khalid lagi. Amanda mengerutkan dahinya. Arasy yang masih beriak selamba di sebelahnya dipandang sekilas. Wajah papanya kembali dipandang.

"Kenapa? Kenapa bukan Arasy?" Tanya Amanda lagi. Dia pelik dengan kelakuan semua ahli keluarganya.

Semenjak dia memperkenalkan Arasy kepada keluarganya, mama dan ibu yang tadinya teruja mula berubah riak wajah. Mereka seakan-akan terpaksa menerima kedatangan Arasy malam ini. Kenapa?

Abang Kayden juga yang tadinya sibuk bersoal jawab tentang Arasy mula mendiamkan diri. Kenapa? Apa yang dah jadi dengan keluarga ini? Kenapa mereka membenci Arasy? Apa silap Arasy? Apa kesalahan Arasy?

"Amanda, keputusan papa muktamat! Tak boleh ke sekali je Amanda dengar cakap papa?!" Tanya Tan Sri Khalid memetir.

Suara Tan Sri Khalid yang menjerkah kuat membuatkan Danial yang tadinya sedang bermain di ruang tamu, menangis. Pantas sahaja Amelia membawa anak kecilnya ke tingkat atas. Budak kecil tak sepatutnya melihat pergaduhan seperti itu.

Amanda kian serabut. Dia pening dengan sikap ahli keluarganya.

"Mama?" Amanda memanggil mamanya untuk meminta bantuan. Dia perlukan sokongan.

"Mama setuju dengan papa. Manda boleh kahwin dengan sesiapa yang nama nak. Tapi bukan Arasy sayang.." Pujuk Puan Sri Hasnawati lembut.

Amanda mengeluh kasar apabila mendengar jawapan mamanya. Mama yang sentiasa menyokongnya mula berpaling tadah?

"Apa ni mama? Ibu?" Tanya Amanda sedih. Air matanya bertakung kembali. Dia sedih apabila semua orang membantah permintaannya. Apatah lagi semua ahli keluarganya bagaikan sedang merahsiakan sesuatu darinya. Sesuatu yang penting. Tapi apa?

Tiba-tiba bunyi kerusi bergesel kedengaran. Arasy mula bangun dari kerusi.

"Awak nak pergi mana ni Arasy?" Amanda turut bangun. Arasy mengukir senyuman nipis.

"Saya nak balik."

"Tapi kenapa?" Tanya Amanda lagi.

"Amanda, saya bukan sesiapa pada awak. Awak kena dahulukan keluarga awak daripada orang luar macam saya. Saya balik dulu." Balas Arasy dengan senyuman. Dia tunduk hormat pada semua isi rumah itu sebelum bergerak ke pintu utama. Dia tahu tiada siapa yang akan bersalam dengannya jika dia hulurkan tangan.

"Tapi kenapa saya rasa orang luar lagi sayang saya dari keluarga saya sendiri?" Tanya Amanda dengan esakan. Air matanya jatuh ke pipinya satu per satu.

Langkah Arasy terhenti apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut Amanda. Tan Sri Khalid dan seluruh ahli keluarganya tergaman.

"Amanda, apa yang.." Belum sempat Puan Sri Hasnawati berkata, Amanda terlebih dahulu bersuara.

"Mama dan ibu tak sayang Manda ke?"

Puan Sri Hasnawati dan Puan Maryani terkedu apabila mendengar soalan yang keluar dari mulut anak bongsunya itu.

"Abang tak sayang Manda?" Soalan Amanda mula beralih pada Kayden.

"Apa Manda cakap ni? Mestilah abang sayang Manda." Bantah Kayden bersungguh-sungguh.

"Tapi kenapa korang semua halang Manda bahagia?!" Jerit Amanda dengan kuat. Dia bagaikan sedang meraung. Dia bagaikan orang gila yang hilang akal. Wajahnya telah comot kerana solekan yang telah cair dengan air mata.

"Manda cuba nak bahagia. Manda cuba. Tapi Manda tak boleh." Amanda mula membuka pekung di dada.

"Manda cuba belagak yang Manda boleh jadi anak yang sebaik abang. Anak yang sentiasa patuh dengan keputusan papa. Anak yang sanggup buang bahagia dia demi keluarga."

Kayden menundukkan kepalanya perlahan. Ye, dia sanggup buang Sara Ayumi. Gadis yang dia cintakan sepenuh hati demi papanya.

"Manda cuba jadi anak yang patuh macam Kak Amel. Dia terima je apa yang papa rancang untuk dia. Dia tak pernah bantah. Dia tak pernah merungut. Sampai kadang-kadang Manda rasa Kak Amel tu robot yang tak ada perasaan. Tak boleh ke Kak Amel bantah apa yang papa suruh? Tak boleh?" Tanya Amanda penuh perasaan.

Puan Maryani sekadar mendiamkan diri. Dia tahu keputusan suaminya dalam mengatur seluruh hidup Amelia agak keterlaluan tetapi Amelia tetap menurut tanpa bantahan.

"Bila Manda jumpa Arasy, Manda rasa bahagia. Manda rasa Manda boleh jadi diri Manda yang dulu. Manda rasa bahagia macam dulu. Manda rasa yang diri Manda yang dulu datang balik. Manda rasa...." Kata-kata Amanda terhenti sejenak membuatkan semua ahli keluarganya menanti dengan sabar.

"Macam Abang Adha ada dengan Manda."

Kata-kata Amanda yang terakhir membuatkan Puan Maryani terduduk di kerusi. Air matanya mengalir laju turun ke pipinya. Dia tak kuat jika nama anak bongsunya kembali disebut. Dia tak kuat! Dia lemah.

"Mar..." Pujuk Puan Sri Hasnawati sambil mengusap bahu Puan Maryani.

Arasy memejamkan matanya sebaik sahaja mendengar kata-kata terakhir Amanda. Tubuhnya dipusingkan memandang wajah Amanda yang dipenuhi dengan air mata.

"Amanda..."

Semua mata kini beralih memandang Arasy.

"Maafkan saya."

Amanda tergaman. Wajah Arasy dipandang penuh tanda tanya.

"Apa awak cakap ni Arasy?!"

"Lupakan saya." Balas Arasy sebelum melangkah pergi dari situ. Amanda tergaman.

Arasy pergi meninggalkan dirinya? Di saat dia mula rasai bahagia, Arasy mula meninggalkannya? Arasy meninggalkan dirinya seperti Adha?
Amanda menggelengkan kepalanya kuat dengan kedua-dua belah tangan di telinga. Dia tak dengar! Dia tak dengar! Arasy tak tinggalkan dirinya! Arasy tak tinggalkan dia!

"Ya Allah! Amanda!" Jerit Puan Sri Hasnawati kuat apabila melihat tubuh Amanda jatuh ke lantai. Amanda pengsan!

Bersambung!

07/12/2021

• Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lover✨

• Remember : What you give is what you will get back! Have Fun!✨

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top