Tuan Arasy | 08

"Life's a game. All you have to do is know how to play it."


Amanda memeluk tubuh memandang mama dan ibu yang sibuk menyediakan juadah makan malam bersama Amelia. Amanda hanya duduk di atas bar dapur sambil mengunyah epal hijau yang diambil dari peti sejuk sebentar tadi. Tidak perlu rasanya dia turut membantu. Tiga orang chef yang pakar dalam memasak itu sudah memandai.

Seperti kebiasaan, sekali sebulan kakak dan abangnya akan membawa keluarga masing-masing untuk makan malam bersama. Jadi, kebetulan hari ini semua orang berkelapangan jadi malam ini mereka sekeluarga akan makan bersama.

"Ma.."

Puan Sri Hasnawati yang sibuk mengacau rendang kerang mengangkat muka. Wajah anak gadisnya dipandang.

"Ye, Manda."

"Menantu kesayangan papa tu tak tolong mama dan ibu masak ke?" Tanya Amanda selamba. Puan Sri Hasnawati dan Puan Maryani sekadar berpandangan sesama mereka. Amelia yang sedang mengacau air minuman sekadar mendiamkan diri.

"Manda, tak baik Manda cakap macam ni sayang. Kalau Azura dengar mesti dia kecil hati." Ujar Puan Sri Hasnawati menegur. Amanda tayang wajah bosan.

"Apa kata Manda tolong mama dan ibu masak?" Tanya Puan Sri Hasnawati lagi. Amanda membulatkan matanya dengan wajah jelik. Puan Maryani dan Amelia ketawa kecil apabila melihat wajah tidak berpuas hati Amanda.

"Ma, mama lupa ke yang Manda tak pandai masak.." Rengek Amanda kegeraman. Puan Sri Hasnawati menggelengkan kepalanya perlahan.

"Macam mana nak kahwin kalau masak pun Manda tak reti?" Tanya Puan Maryani menduga. Amanda tayang wajah jelik.

"Bila masa Manda nak kahwin? Ibu.. Manda muda lagi lah. Manda tak habis enjoy lagi. Ma, tengok ibu ni.." Amanda merengek manja. Puan Sri Hasnawati menggelengkan kepalanya perlahan.

"Akak dengar Manda dah ada baby boo? Siapa nama dia?" Tanya Amelia sambil menjongketkan kening. Dia bagaikan mahu mengorek rahsia Amanda. Amanda membulatkan matanya apabila kejadian sebulan yang lepas diungkit kembali.

"Akak, Manda dengan Arasy tu kawan je.."

"Arasy rupanya nama dia. Handsome tak?" Tanya Amelia mengusik. Amanda mencebik kecil. Epal yang hanya tinggal tangkal dibuang ke dalam tong sampah.

"Handsome sangat sampai Manda rasa nak terkam dia! Tak sabarnya nak kahwin!" Balas Amanda dengan wajah nakal. Puan Sri Hasnawati bercekak pinggang melihat kelakuan anak gadisnya itu. Amanda tersengih.

"Dah lah. Manda nak pergi depan dulu. Nak call dengan baby boo kita. Dah rindu sangat.." Sempat lagi dia bersuara sebelum beredar dari situ.
Puan Sri Hasnawati menggelengkan kepalanya perlahan.

"Tengok tu Mar. Macam mana akak tak risau?" Tanya Puan Sri Hasnawati menyuarakan kebimbangannya kepada Puan Maryani. Puan Maryani sekadar tersenyum.

"Biasalah kak Has. Budak-budak.." Balas Puan Maryani memujuk.

Amanda yang mundar-mandir di ruang tamu itu membawa diri ke taman mini di luar rumah itu. Di taman mini itu kelihatan abangnya, Kayden sedang mengawasi Danial, anak tunggal Amelia yang khusyuk melihat ikan koi berenang-renang di dalam kolam ikan di taman tersebut.

"Danial tengok apa tu?" Tanya Amanda kepada budak lelaki yang berusia lima tahun yang sedang duduk di tepi kolam ikan itu.

"Tengok ikan Mak Su." Jawab Danial riang.

Amanda menganggukkan kepalanya perlahan. Kakinya melangkah ke arah buaian yang terdapat tidak jauh dari kolam ikan itu. Dia kemudiannya duduk di atas buaian itu secara bersila di sebelah abangnya itu.

"Are you okay?"

Pertanyaan yang diajukan oleh abangnya membuatkan Amanda ketawa jengkel.

"Abang, Manda yang sepatutnya tanya abang benda tu. Are you okay?" Tanya Amanda pula. Kayden sekadar menguntum senyuman nipis.

"Maybe."

Amanda tersenyum sinis. Dia paling benci manusia yang berpura-pura. Dia tahu saat ini lelaki itu tidak bahagia. Dia sudah mengenali abangnya cukup lama. Dia cukup arif dengan perangai lelaki itu. Kayden bukan lelaki yang pandai berpura-pura. Jika lelaki itu dalam masalah, dia tetap dapat mengecam perkara itu walaupun lelaki itu sentiasa menguntum senyuman.

"Manda kenal abang. Abang, abang kandung Manda. Kalau abang cuba tipu mama, papa, atau ibu. Abang berjaya tau. Tapi abang tak boleh tipu Manda."

Kata-kata yang keluar dari mulut Amanda membuatkan Kayden tersenyum kekok. Pandangannya dihalakan ke arah Danial yang seronok melihat ikan-ikan berenang di dalam kolam. Amanda turut melihat ke tempat yang dipandang Kayden.

"Manda..." Panggil Kayden tanpa memandang adiknya.

"Hurm." Balas Amanda pendek. Dia juga tidak memandang wajah abangnya.

"Manda nak tahu tak kenapa abang terima keputusan papa untuk kahwin dengan Azura sedangkan waktu tu, abang dah ada kak Sara?" Tanya Kayden lagi. Amanda berfikir sejenak.

"Sebab abang takut dengan papa. Abang dan Kak Amel kan hormatkan papa. Abang kan anak yang baik. Mesti abang akan turuti semua permintaan papa. Betul tak?"

Amanda memberi pendapat sendiri. Kayden menggelengkan kepala perlahan.

"Bukan."

Amanda memandang wajah abangnya dengan mimik muka menyampah.

"Habis tu?"

Kayden tersenyum kecil apabila melihat wajah buruk Amanda. Dia kemudiannya kembali memandang ke arah Danial yang sudah mencelup tangannya ke dalam kolam.

"Abang tengok Amel bahagia dengan Shah walaupun mereka kahwin tanpa perasaan cinta. Shah boleh layan Amel baik walaupun Amel hanya anak tiri papa. Hubungan mereka kekal. Sekarang rumah tangga mereka ceria dengan adanya Danial. Sebab tu abang terima cadangan papa."

Amanda menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia memandang abangnya lama. Manusia macam ni pun ada?

"Abang, setiap orang berbeza. Apa yang jadi pada kak Amel tak mungkin jadi pada abang. Takdir manusia lain-lain abang." Ujar Amanda yang membantah cara pemikiran Kayden. Kayden tersenyum kecil.

"Ye. takdir manusia lain-lain." Balas Kayden pendek.

Amanda sekadar mendiamkan diri. Dia menyandarkan tubuhnya pada buaian itu sebelum langit malam itu dipandang lama.

"Abang tak bahagia kan?"

Kayden sekadar mendiamkan diri. Tidak perlu dia jawab, gadis itu sudah mengetahui jawapannya.

"Abang menyesal ke kahwin dengan kak Azura?"

"Tak."

Amanda memandang wajah abangnya lama. Pelik apabila mendengar jawapan abangnya.

"Kalau kita nak bahagia dalam hidup, kita kena redha. Abang cuba untuk redha sebab abang nak hidup abang bahagia. Mungkin suatu hari nanti Azura akan berubah menjadi isteri yang baik untuk abang." Balas Kayden lagi.

Amanda tersenyum kekok. Dia teringatkan sesuatu.

"Abang sama macam Arasy." Tanpa Amanda sedar, nama Arasy terkeluar dari mulutnya.

"Arasy? Siapa Arasy?" Tanya Kayden ingin tahu. Amanda tersengih.

"Jom makan!" Ajak Amanda sebelum mendekati Danial. Tangan Danial ditarik agar mengikutinya masuk ke dalam rumah. Kayden menggelengkan kepalanya perlahan. Amanda pandai melarikan diri.

Amanda memandang ahli keluarganya yang makan tanpa bersuara. Memang tak elok bercakap ketika makan. Tapi suasana di ruang
makan ini bukan hanya sepi tapi tegang. Amanda mengeluh kecil. Nasi di pinggan dikuis-kuis tanpa ada keinginan untuk makan.

"Manda, kenapa tak makan?" Tanya Puan Sri Hasnawati apabila melihat kelakuan Amanda.

"Tak ada selera." Balas Amanda pendek. Puan Sri Hasnawati sekadar mendiamkan diri.

"Sebab makan dengan keluarga? Sebab tu tak ada selera?"

Pertanyaan yang keluar dari mulut Tan Sri Khalid membuatkan Amanda mengeluh sendiri. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia menjawab. 'Ye, sebab ada papa!'. Tapi tak mungkin dia bersikap biadab sebegitu.

"Manda dah rasa kenyang. Itu je." Balas Amanda pendek. Tan Sri Khalid meletakkan sudu dan garfunya ke atas pinggan sebelum anak bongsunya dipandang lama.

"Bila Amanda nak kerja?"

Pertanyaan dari Tan Sri Khalid membuatkan Amanda mengerut dahi.

"Kerja? Pa, Manda dah kerja. Apa! Papa ingat Manda pergi cafe ibu tu saja-saja? Pa, Manda kerja lah!" Bentak Amanda tidak berpuas hati. Tan Sri Khalid mengeluh kecil.

"Manda dah belajar tinggi-tinggi lepas tu Manda nak kerja dekat cafe? Kalau macam tu, baik Manda tak payah belajar dulu." Balas Tan Sri Khalid menyindir.

"Abang." Tegur Puan Sri Hasnawati. Dia tidak suka suaminya berkelakuan begitu di hadapan anak menantunya.
Amanda tersenyum sinis. Wajah tegang papanya dipandang tanpa gentar.

"Manda dah pernah bantah keputusan papa untuk hantar Manda belajar dekat oversea. Tapi papa buat pekak je. Apa yang Manda cakap papa tak layan pun. Sekarang papa nak mengungkit?" Tanya Amanda berani.

"Amanda!" Tegur Puan Sri Maryani apabila mendengar jawapan Amanda.

"Ibu, betul apa yang Manda cakap. Buat apa Manda belajar jauh-jauh kalau Manda akan kena paksa kahwin macam abang dan kak Amel. Buat apa? Dah sah-sah Manda akan kahwin dengan orang kaya juga nanti."

"Kayla Amanda!" Marah Tan Sri Khalid kuat apabila melihat perilaku anak gadisnya yang seakan-akan biadab itu.

Amelia sekadar menundukkan kepalanya. Shah, suaminya lebih cepat menggenggan tangan isterinya dibawah meja untuk memberi sedikit kekuatan pada isterinya. Amelia tersenyum senang apabila melihat kelakuan suaminya.

"Manda dah bosan lah pa. Tak boleh ke papa biar Manda cari bahagia Manda?" Tanya Amanda sayu. Wajah papanya dipandang lama. Tan Sri Khalid sekadar mendiamkan diri tanpa jawapan.

Amanda mengeluh kecil. Dia tahu papa tak akan bersetuju dengan permintaannya. Seketika kemudian telefonnya berdering. Telefon yang berada di atas ribanya dicapai lalu panggilan itu dijawab.

"Assalamualikum, baby." Sapa Amanda manja. Semua manusia di meja makan itu tersentak. Arasy di hujung talian menggelengkan kepalanya perlahan.

"Waalaikumussalam. Awak buat hal apa lagi ni Amanda?" Tanya Arasy di hujung talian. Dia sebenarnya mahu bertanya adakah Amanda berkelapangan esok. Dia mahu mengajak gadis itu ke suatu tempat.

"Apa? You rindu I? Alaa, I pun rindu you juga.."

Arasy menghela nafas lemah. Akhirnya dia mengikuti corak permainan Amanda.

"Baby jom teman I pergi somewhere esok?"

Amanda mengerut dahi.

"You nak ajak I pergi mana?" Tanya Amanda pelik.

"Pergi nikah."

"What?! Pergi nikah?!"

Amanda menjerit kuat apabila mendengar jawapan Arasy. Dia yang tadinya duduk di kerusi kini sudah berdiri. Semua ahli keluarga Amanda memandangnya pelik. Bukan sahaja kerana kelakuan Amanda tapi kerana jeritan Amanda sebentar tadi. Pergi nikah?

Arasy ketawa besar. Amanda mengetap bibirnya perlahan. Sekarang dia sedar yang lelaki itu sedang mempermainkan dia. Sengihan jahat mula timbul di bibirnya.

"Okay, kita nikah."

Arasy tergaman. Tan Sri Khalid terkejut besar. Puan Sri Hasnawati dan Puan Maryani berpandang sesama sendiri dengan riak wajah tidak percaya.

"Kayla Amanda!"

Jeritan Tan Sri Khalid yang jelas kedengaran dari telefonnya membuatkan Arasy menelan ludahnya kelat.

Amanda memandang wajah ayahnya yang sudah kemerahan. Dia tahu ayahnya sedang marah. Tapi dia peduli apa? Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Itu prinsipnya. Berani buat, berani tanggung lah brader!

"Papa, Manda dah sedia nak kahwin."

Sepotong ayat yang keluar dari mulut Amanda membuatkan Tan Sri Khalid memicit dahi. Payah kalau dapat anak perempuan yang terlebih berani seperti Amanda.

Arasy dihujung talian mula kegelisahan. Padah! Dia bukan tak tahu perangai tidak semengah Amanda. Kenapa dia berani cari pasal lagi? Arasy, kau dah silap percaturan!

Bersambung!

06/12/2021

• Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lover✨

• Remember : What you give is what you will get back! Have Fun!✨

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top