Tuan Arasy | 07

" I think that possibly maybe I'm falling for you."


Amanda melangkah beriringan dengan Arasy di sekitar shopping complex itu. Mereka hanya berjalan tanpa hala tuju. Dia tiada perasaan untuk membeli-belah. Arasy di sebelah di kerling. Dia sedikit ragu dengan kenyataan lelaki itu sebentar tadi. Kata Arasy, dia tidak kaya. Tapi melihat gaya Arasy berpakaian membuatkan dia kurang percaya.

Lihat saja pakaian lelaki itu sekarang. Sekali imbas dia pasti jaket hitam yang dipakai Arasy berasal dari jenama yang mahal. Dolce & Gabbana. Siapa sahaja yang tidak mengetahui jenama mewah yang terkenal di serata dunia itu. Bukan terkenal kerana kualitinya yang baik, jenama itu juga terkenal dengan harga yang cekik darah.

Perlukah Amanda memeriksa jenama jaket yang dipakai Arasy untuk memastikan dia betul? Amanda menggelengkan kepalanya perlahan. Dia tak boleh melakukan perkara yang 'bodoh' sekali lagi. Nanti tak pasal-pasal Arasy menganggapnya gatal. Haisy!

Tak mahu dia dichop gatal. Sudahlah Arasy kini sudah faham benar dengan perangai selamba dan tidak tahu malunya itu.

"Awak kenapa ni Amanda? Dari tadi saya tengok awak asyik curi pandang saya je. Saya tahu lah saya kacak. Tapi tak perlu kut awak pandang sampai macam ni.." Balas Arasy selamba. Amanda tayang wajah menyampah.

"Saya pandang awak sebab saya tak percayakan awak." Entah di mana kekuatan Amanda untuk berterus-terang dengan Arasy. Arasy mengerut keningnya.

"Kenapa awak tak percayakan saya?" Soal Arasy pelik. Langkah dihentikan membuatkan Amanda turut berhenti. Amanda mengeluh kecil. Wajah kacak Arasy dipandang lama.

"Awak anak orang kaya kan?"

"Kenapa awak cakap macam tu?"

Tangan Amanda dibawa ke udara lalu diletakkan di atas bahu Arasy. Nasib tangannya sampai untuk menyentuh bahu lelaki itu. Sudahlah Arasy tu tinggi. Dia pula yang nampak kentot sekarang ini.

"Saya tahu jaket yang awak pakai sekarang ni dari jenama yang mahal. Jam tangan awak tu, jam rolex tau. Sekali saya tengok saya dah tahu jam tu jam ori. Kenapa awak tipu saya cakap awak tak kaya?" Tanya Amanda penuh makna. Arasy tersenyum kekok.

"Saya tak kaya tau. Daddy saya yang kaya. Saya tak ada harta. Semua harta yang saya ada ni, harta daddy saya. Saya tak ada apa-apa tanpa daddy saya, Amanda." Jawab Arasy dengan senyuman. Amanda menjeling Arasy geram.

"So, sudi nak kawan dengan saya?" Tanya Arasy lagi. Amanda tersenyum kecil dengan anggukan.

"Mestilah. Lagipun saya pun tak kaya. Semua barang yang saya ada, dibeli dengan menggunakan duit papa, duit mama, duit ibu atau duit dari abang dan kakak saya. Jadi kita sama lah Arasy. Terhutang budi dengan keluarga. Huhu.." Balas Amanda sedih. Arasy menggelengkan kepalanya perlahan. Mereke kemudiannya kembali berjalan.

"Ouch."

Amanda menyentuh bahunya yang sakit dilanggar.

"Awak okay Amanda?" Tanya Arasy risau. Amanda mengangguk perlahan. Kepalanya dikalihkan ke arah perempuan yang merempuhnya tadi.

"Amanda?"

"Suzy?"

Gadis yang dipanggil Suzy itu tersenyum sinis. Lelaki itu berdiri di samping seorang lelaki yang Amanda tidak kenali.

"Tak sangka Malaysia ni kecil kan? No wonder I boleh jumpa you dekat sini." Balas Suzy sinis.

Amanda menjeling Suzy sekilas. Dia memeluk tubuh memandang musuh ketatnya itu. Arasy pula sekadar melihat. Dia dapat merasakan aura tegang antara Amanda dan gadis dihadapannya itu. Jangan berlaku pergaduhan sudah! Amanda bukan boleh dijangka!

"Itulah. Tak sangka I boleh jumpa dengan ex bff I yang tak malu rampas boyfriend I dulu. By the way, lelaki ni bukan Naqif kan? Let me guess.. Hurm, Is he your new boyfriend? Wow! You're really something, Suzy!" Ujar Amanda menyindir.

Arasy menggelengkan kepalanya perlahan. Dia kini sudah mengetahui satu lagi kebolehan Amanda. Amanda pandai menyindir. Setiap ayat yang keluar dari mulut gadis itu pasti menyakitkan hati sesiapa yang dikehendakinya.

Suzy mengetap bibirnya perlahan. Pandangannya beralih pula pada lelaki yang berdiri di sebelah Amanda. Senyuman manis dia ukir buat lelaki itu dengan gaya menggoda.

"Hai. I'm Suzy. Nice to meet you, handsome." Puji Suzy sebelum tangannya dihulur untuk berjabat tangan dengan Arasy. Arasy tersenyum kekok. Amanda disebelah dikerling. Bulat sahaja anak mata gadis itu saat ini.

"Arasy." Balas Arasy pendek. Huluran tangan yang dihulur disambut.

Amanda berdecit kegeraman. Arasy tak nampak ke isyarat matanya tadi? Suzy ni bukan perempuan. Dia betina! Arasy! Janganlah nerd sangat!

"You dengan Amanda ni ada apa-apa hubungan ke? Hurm, kawan atau cousin?" Tanya Suzy meneka.
Senyuman tidak lekang di bibirnya saat ini. Sengaja dia mengukir senyuman semanis gula agar lelaki di sebelah Amanda terpikat.

Arasy menguntum senyuman nipis. Tangan Amanda diraih lalu digenggam erat. Amanda sedikit tersentak dengan kelakuan selamba Arasy tapi dia bijak mengawal ekpresi wajahnya. Suzy pula yang melopong melihat keadaan itu.

"Sorry Suzy. Arasy is taken by Kayla Amanda. He's mine. So stay away from him! I warned you!" Ujar Amanda dengan nada yang keras. Lengan Arasy dipeluk manja. Dia bagaikan sedang menunjuk-nunjuk kemesraan mereka kepada Suzy. Sengaja Amanda bermanja-manja dengan Arasy. Sengaja!

Suzy tersenyum kekok. Amanda tersenyum kemenangan apabila melihat wajah Suzy yang bagaikan tercekik butir durian. Amanda pula yang tergedik-gedik saat ini. Gembira sungguh hatinya saat ini. Dia gembira kerana mampu menyakitkan hati Suzy. Terbalas semua dendam yang terbuku di hatinya selama ini.

"Tak apalah. I pergi dulu. Jom Sayang.." Ajak Suzy lalu mengheret manja lelaki yang berada di sebelahnya beredar dari situ.

Amanda tersenyum mengejek. Wajah Arasy dipandang penuh makna. Senyuman bahagia dia ukir buat lelaki di sebelahnya itu.

"Puas hati?" Tanya Arasy menguji. Amanda berfikir sejenak.

"Puas sangat! Di sebabkan awak dah tolong saya, jom saya belanja awak makan." Ajak Amanda sambil menarik tangan Arasy mengikuti jejak langkahnya. Arasy buat muka.

"Makan lagi? Gemuk lah saya macam ni, Amanda!" Sangkal Arasy tidak berpuas hati. Amanda sekadar ketawa kecil apabila Arasy tetap mengikuti jejak langkahnya.


Amanda mengerling Arasy di sebelahnya dengan wajah bosan. Arasy tersengih apabila Amanda bercekak pinggang di hadapannya. Sengihan saja yang dia ukir buat Amanda saat ini. Perasaan bersalah mula dibuang jauh-jauh.

Amanda mengaru tengkuknya tanpa perasaan. Gelanggang bola tampar di hadapannya di pandang menyampah. Patutlah setelah makan tengah hari tadi Arasy menyuruhnya pulang untuk berehat. Setelah beberapa jam dia berehat lelaki itu mengajaknya keluar. Katanya nak dating. Tapi dating apa pakai sport attire macam ni?

"Volleyball ni favorite sport saya tau."

Amanda sekadar mendiamkan diri. Dia masih marahkan Arasy. Tidak tahukah lelaki itu bahawa dia paling tidak suka bersukan? Aduhai, Arasy Naufal!

Arasy ketawa kecil apabila melihat wajah menyampah Amanda. Dia tahu gadis itu tidak betah di sini. Tapi dia sengaja mahu membawa gadis itu ke sini. Dia mahu mencipta satu kenangan baru dengan gadis itu.

"Arasy! Kau main tak?" Pertanyaan dari seorang permain yang berada di gelanggang itu. Arasy menyahut kuat.

"Aku main."

"Jom.." Ajak Arasy sebelum Amanda diheret ke tengah gelanggang.

"Wow, first time Arasy ajak girl dia masuk court.." Usik seorang lelaki muda yang berlaga penumbuk dengan Arasy. Amanda tersenyum manis. Dia menjadi malu sendiri apabila semua lelaki di situ memandangnya saat ini.

"By the way, I'm Wafiy. Cousin Arasy." Ujar lelaki yang mengusik Arasy tadi, memperkenalkan dirinya. Amanda tersenyum manis.

"Amanda. Baby girl Arasy." Balas Amanda selamba. Arasy menjongket kening apabila mendengar jawapan mengarut Amanda. Amanda kalau tak cipta masalah sehari memang tak sah! Habis lah kecoh group whatsaap keluarga kejap lagi..

Lelaki-lelaki di situ bersorak kencang apabila mendengar jawapan selamba Amanda. Amanda sekadar tersengih. Memandangkan lelaki tadi mengatakan dia merupakan gadis pertama yang Arasy kenalkan kepada mereka, jadi dia berani untuk memperkenalkan diri sebagai baby girl Arasy. Ala, nanti raya dia minta maaf lah.

"Nak main tak?" Tanya Arasy kepada Amanda di sebelahnya apabila semua permain mula bersedia di kedudukan masing-masing. Amanda tayang wajah manja. Kepalanya digelengkan kepala dengan senyuman semanis gula.

"Tak nak. Saya mana pandai main. Saya duduk dekat bangku sana tu boleh? Saya bagi semangat dekat awak. Macam mana?" Amanda menjongket kening dengan senyuman manja.

Arasy mengangguk perlahan.
Amanda mula melangkah ke arah bangku yang terletak di tepi gelanggang. Dia duduk di situ sambil memerhatikan corak permainan Arasy dan permain-permain di situ. Arasy mengambil tempat di barisan hadapan. Kedudukannya betul-betul di hadapan net tetapi di sebelah kiri gelanggang.

Seorang lelaki mula melakukan teknik serving. Bola itu ditampar terus ke kawasan permain lawan. Seorang lelaki di pasukan lawan mula berlari untuk menghalang bola tersebut jatuh ke makamah (Court). Bola yang berjaya dihalang tadi dipukul kuat ke kawasan pasukan Arasy. Seorang lelaki di pasukan Arasy mula menerima bola itu sebelum membuat hantaran pada rakan sepasukannya yang lain.

Wafiy mula membuat teknik setting. Bola itu dilontar tinggi ke udara dengan kedua-dua belah tangan kepada Arasy. Arasy mula melompat lalu memukul bola tersebut kuat ke bawah, ke kawasan makamah (Court) pihak lawan. Beberapa orang lelaki di pasukan lawan yang berada berdekataan dengan net mula mengangkat tangan sebaik sahaja Arasy membuat pukulan untuk menghalang bola itu masuk ke kawasan makamah (court) mereka.

Pukulan yang dilakukan Arasy sangat kuat menyebabkan mereka yang membuat teknik blocking tidak mampu menghalang bola itu. Bola itu kemudiannya terbang laju ke luar gelanggang. Seorang lelaki yang telah cuba menghalang bola yang dipukul Arasy membuat wajah terkejut.

"Pergh kuat sial!" Carut lelaki itu sebelum tangannya yang sudah merah dibelek perlahan. Arasy sekadar menguntum senyuman.

Amanda menepuk tangannya apabila melihat situasi itu. Dia kini berdiri sambil tersenyum memandang Arasy. Yeah! Arasy berjaya!

Arasy menggelengkan kepalanya perlahan. Senyuman kecil mula terukir di bibirnya apabila melihat reaksi Amanda. Tadi gadis itu bukan main merajuk dengannya apabila dia mengajaknya ke situ. Sekarang gadis itu pula yang bersorak kegembiraan.

"Comel baby girl kau." Usik Wafiy sambil menepuk-nepuk bahu Arasy.

Arasy ketawa kecil apabila mendengar usikan sepupunya itu. Amanda betul-betul seperti seorang baby girl. Gadis itu memakai sportswear suit berwarna pink-grey yang begitu comel di matanya.

Amanda mula menghulurkan botol minuman berwarna biru kepada Arasy sebaik sahaja permainan dihentikan sementara untuk berehat. Lelaki itu kemudiannya duduk di bangku di sebelah Amanda lalu meneguk air minumannya.

Amanda sekadar melihat sekeliling. Apabila anak matanya bertembung dengan anak mata permain-permain lain, satu senyuman nipis dia ukir. Dia tidak mahu dianggap sombong oleh rakan-rakan lelaki itu.

"Bosan ke?" Tanya Arasy setelah dia meletakkan kembali botol minuman itu ke atas meja. Wajah riang Amanda dipandang lama. Amanda menggelengkan kepalanya pantas.

"Tak. Saya suka tengok awak main."

"Serius?" Tanya Arasy tidak percaya. Amanda mengangguk pantas.

"Awak nak tahu satu rahsia tak?" Tanya Amanda tiba-tiba. Dia sengaja buat nada suspen pada lelaki itu.

"Rahsia apa?"

Amanda tersenyum kecil apabila mendengar jawapan Arasy. Dia mendekatkan dirinya dengan Arasy sebelum dia berbisik sesuatu di telinga lelaki itu.

"Awak nampak kacak sangat bila main volleyball. Saya tergoda sangat.." Ujar Amanda penuh perasaan.

Arasy ketawa besar. Kepalanya digelengkan pantas. Tidak pernah Amanda tak mampu membuat hatinya tercuit. Ada sahaja kata-kata Amanda yang membuatkan dia ketawa riang tanpa perlu dibuat-buat.

"Amboi, bahagianya sepupu kita ni. Kalau dah ada tu, bawa jumpa mak ayah lah Arasy. Disimpan buat apa lagi?" Usik Wafiy kuat.

Arasy membuntang apabila rakan-rakannya memandangnya dengan pandangan nakal. Belum sempat dia bersuara, Amanda terlebih dahulu berkata.

"Saya boleh je. Tunggu Arasy masuk meminang. Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan." Balas Amanda selamba. Kuat pula dia menjawab. Arasy pula menepuk dahi. Padah jumpa budak tak tahu malu seperti Amanda ni.

Kuat rakan-rakan Arasy ketawa. Arasy memandang Amanda tajam. Amanda angkat dua jari, tayang piece.

"Jangan meraung dekat saya kalau saya heret awak pergi rumah mummy dan daddy saya nanti. Wafiy tu nampak je cool. Tapi perangai dia kecoh macam mak mak tau. Buatnya mummy saya nak jumpa awak macam mana?" Tanya Arasy risau.

Amanda berfikir sejenak. Seketika kemudian dia tersengih.

"Saya tak kesah. Saya kan nak kahwin dengan awak. Muah!" Balas Amanda nakal. Sempat lagi dia memuncungkan mulut bagaikan mahu mencium Arasy. Arasy menghela nafas berat. Pening dengan telatah Amanda.

Bersambung...!

• 17 / 11 / 2021


• Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lover✨

• Remember : What you give is what you will get back! Have Fun!✨

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top