Tuan Arasy | 06
"If you need me, call me. I'll be there for you no matter what."
Amanda sekadar menayangkan wajah selamba sambil menyedut air coke miliknya tanpa menghiraukan Arasy yang seakan-akan mahukan penjelasan darinya. Amanda sekadar tersengih apabila anak matanya bertembung dengan anak mata Arasy. Bekas minuman di tangan diletakkan kembali ke atas meja. Dia mula memandang Arasy dengan pandangan serius.
"Awak ajak saya keluar ni sebab nak jadi patung je ke? Tak nak makan?" Tanya Amanda sambil menjuihkan mulutnya ke arah burger kepunyaannya dan Arasy yang masih belum dibuka pembalutnya.
"Amanda, awak tak rasa ke yang awak perlu jelaskan sesuatu pada saya?"
Arasy menyoal sambil menjongket keningnya. Dia memeluk tubuh memandang Amanda yang duduk berhadapan dengannya.
Amanda mencebik kecil. Tangannya dihlurkan ke depan untuk mengambil bungkusan burger kepunyaannya.
"Saya kalau tengah tengah sedih, saya selalu cakap benda yang bukan-bukan." Balas Amanda sambil membuka bungkusan burger miliknya. Arasy menganggukkan kepalanya perlahan.
"Jadinya awak main-main jelah nak kahwin dengan saya semalam?" Tanya Arasy lagi.
Tanpa berlengah Amanda menganggukkan kepalanya. Burger yang sudah dibuang pembalutnya disuap ke dalam mulut. Arasy tersenyum kecil apabila melihat cara Amanda makan yang bagaikan manusia kebuluran. Amanda kelihatan comel di matanya.
"Amanda, Amanda. Makan pun boleh comot." Ujar Arasy sambil menggelengkan kepalanya dengan senyuman kecil.
Sehelai tisu dia capai lalu sisa sos mayonnaise di tepi bibir Amanda dikesat perlahan. Perlakuan selamba Arasy membuatkan Amanda terkedu. Bulat matanya memandang Arasy tika ini. Dadanya usah dikata. Berdebar bukan main!
"Amboi, sweetnya adik-beradik tu. Abang dia kesat sos dekat bibir adik dia. Comelnya."
Tiba-tiba Amanda dan Arasy terdengar satu suara yang memuji tindakan Arasy terhadap Amanda sebentar tadi. Pantas sahaja Amanda dan Arasy mengalihkan pandangan ke arah dua orang wanita muda yang tersipu malu itu.
Amanda memandang dua wanita yang tersenyum itu sebelum tubuhnya dipandang. kedua-dua wanita itu kelihatan masih muda. Tapi pakaiannya sudah matang. Seorang gadis memakai blouse putih bersama skirt hitam bawah lutut dengan rambut yang dibiarkan bebas.
Seorang lagi wanita di situ memakai baju kemeja biru muda dengan seluar jeans biru. Kepalanya ditutup dengan shawl berwarna hitam. Kedua-dua gadis itu nampak cantik di matanya.
Dia saat ini sedang memakai mini dress berwarna soft pink yang berlengan panjang manakala rambutnya pula dibiarkan bebas.
Arasy pula nampak kacak memakai t-shirt putih yang dipadankan dengan skinny jeans hitam serta jaket hitam.
Amanda mengalihkan pandangan ke arah wanita yang memuji Arasy sebentar tadi. Satu senyuman paling manis dia ukir.
"Sorry lah akak. Kita orang bukan adik beradik. Dia ni.." Amanda menghentikan kata-katanya sebelum wajah kacak Arasy dipandang sekilas. Arasy menjongket keningnya. Amanda tersenyum manja sebelum wanita-wanita muda tadi dipandang.
"Boyfriend saya."
Arasy mengerutkan dahinya. Boyfriend? Wanita-wanita tadi tunduk memohon maaf lalu mula beredar dari situ. Mungkin mereka tidak mahu mengacau pasangan kekasih itu apabila melihat wajah tegang Amanda.
Arasy memeluk tubuh memandang Amanda dengan wajah beku. Keningnya dijongket sebaik sahaja Amanda memandangnya.
"Saya boyfriend awak? Sejak bila tu Amanda?" Tanya Arasy tanpa perasaan. Amanda sekadar tersengih.
"Awak kawan lelaki saya. Kawan lelaki dalam bahasa inggeris ialah boyfriend. Tak betul apa yang saya cakap tu?" Tanya Amanda selamba.
Arasy menggelengkan kepalanya perlahan. Apa yang dia perasan akan Amanda, gadis itu selalu bercakap perkara yang bukan-bukan. Gadis itu juga bijak mencari helah untuk menyelamatkan diri apabila dirinya tersilap kata.
"Saya minta maaf lah sebab chop yang awak tu boyfriend saya. Lagi pun saya geram dengan perempuan tadi tu. Selamba je dia cakap saya ni adik awak. Apa! Pakaian saya ni macam budak-budak sangat ke? Elok je saya tengok. Arasy, awak rasa saya nampak macam budak-budak ke kalau pakai pakaian macam ni?" Tanya Amanda bertubi-tubi. Anak mata Arasy direnung untuk meminta jawapan.
Arasy berfikir sejenak. Tersilap kata, buruk padahnya.
"Awak nampak comel pakai macam ni." Balas Arasy dengan senyuman.
Riak wajah Amanda mula berubah mendung. Kepalanya dijatuhkan ke bawah.
"Jadi saya ni nampak macam budak-budak lah ni?" Tanya Amanda lirih. Arasy pula yang serba salah. Tingkah laku Amanda bukan boleh dibaca.
Entah-entah banjir pula McDonald yang mereka singgah dengan tangisan Amanda. Sudahlah malam itu sewaktu dia mengajak Amanda makan di sini, gadis itu tiba-tiba menangis. Malu pula mukanya apabila semua pekerja di tempat itu memandangnya seperti dia pula punca Amanda menangis.
"Tapi tak semua orang lelaki suka perempuan yang matang. Ada je lelaki yang suka perempuan yang comel." Balas Arasy memujuk. Amanda mengangkat muka sebelum wajah Arasy dipandang lama.
"Betul ke?"
Arasy mengangguk pantas.
"Betul.."
"Okay." Balas Amanda dengan senyuman.
Kemudiannya dia mencapai burger miliknya lalu kembali makan. Tergendala aktivitinya untuk makan kerana teguran wanita muda tadi.
Arasy tersenyum dalam diam apabila melihat emosi Amanda yang sudah kembali pulih. Bungkusan burger miliknya dibuka. Lapar pula dia apabila melihat Amanda yang makan dengan berselera.
"Arasy..."
"Ye." Balas Arasy pendek.
"Awak kerja apa?" Tanya Amanda pendek.
Bungkusan burger diroyokkan apabila dia sudah menghabiskan burger miliknya. Bungkusan itu diletakkan ke atas dulang. Dia mula mencapai bekas minuman miliknya. Air coke tersebut disedut perlahan-lahan.
"Kenapa awak nak tahu?"
"Saya nak tahu sebab semalam papa saya tanya pasal awak."
Arasy mengerutkan dahinya. Dia memandang Amanda sambil mengesat mulutnya dengan tisu setelah dia selesai makan.
"Kenapa papa awak tanya pasal saya?"
"Sebab......"
Amanda menggigitkan bibirnya perlahan. Dia kini sedang berperang dengan perasaannya. Mahu memberitahu Arasy cerita sebenar atau menipu? Tapi dia tak sanggup menipu lelaki itu.
"Sebab?" Tanya Arasy menggesa.
Amanda mengeluh kecil. Dia tak mampu untuk menipu.
"Semalam ayah saya ajak kita orang satu family pergi dinner dengan family kawan dia."
Arasy mengangguk faham.
"So?"
Amanda mengeluh kecil. Lembab lahai si Arasy ni! Orangnya kacak tapi bengap sikit!
"Awak tahu tak kita orang pergi dinner tu bukan saja-saja tau. Papa sebenarnya rancang nak kenenkan saya dengan anak tunggal Tan Sri Iskandar tu. Macam yang papa selalu buat untuk abang dan kakak saya. Saya tak tahu nak buat apa masa tu. Saya keliru. Lepas tu, anak tunggal dia tu poyo gila! Dia sindir-sindir saya. Apa, dia ingat saya ni ada hati dengan dia ke? Dari saya kahwin dengan dia, baik saya kahwin dengan awak. Hari-hari dapat makan McDonals." Balas Amanda dengan sengihan apabila melihat Arasy yang menggelengkan kepala. Mungkin lelaki itu tidak betah dengan perangai selambanya itu.
"Habis tu awak gunakan saya lah ni?" Tanya Arasy menduga. Amanda tersenyum sumbing.
"Alaa, Arasy. Bukan salah saya. Awak tu yang call saya tak kena tempat. Memandangkan saya buntu waktu tu, saya pun gunakan peluang yang ada untuk larikan diri. Bijak tak saya?" Tanya Amanda sambil Arasy dipandang penuh makna. Arasy berfikir sejenak.
"Bijak. Awak bijak cipta masalah. Bijak sangat." Puji Arasy dengan satu senyuman penuh makna. Senyuman Amanda mula memudar.
"Awak puji ke awak sindir ni?"
"Dua-dua boleh." Balas Arasy dengan senyuman kemenangan apabila dia berjaya mengenakan Amanda. Amanda menjeling jejaka itu sekilas. Menyampah!
"Percaya pula Zarif tu bila awak cakap saya ni boyfriend awak?" Tanya Arasy ingin tahu. Amanda yang sedang mengunyah French fries menganggukkan kepalanya perlahan.
"Mestilah dia percaya. Saya save nombor awak tu dengan nama 'My Hero'. Siapa ada love warna merah lagi. Mesti dia percaya punya." Balas Amanda selamba. Tanpa sedar dia telah membocorkan satu rahsia kepada Arasy. Arasy menguntum senyuman nakal.
"Awak save nama saya dengan nama My Hero? Sweetnya awak Amanda..." Puji Arasy sekilas. Amanda menjeling Arasy sekali lagi. Dia tahu lelaki itu sedang menyindirnya lagi.
"Saya tahu saya sweet."
Arasy menggelengkan kepalanya perlahan. Senyumannya tak lekang dari bibirnya. Mengenali Amanda membuatkan hidupnya sentiasa ceria. Segala masalah yang dia hadapi seakan-akan hilang apabila dia melayan telatah manja Amanda.
Walaubagaimanapun, kadangkala dia risau apabila gadis itu sentiasa bercakap perkara yang bukan-bukan. Dia risau jika gadis itu tidak mampu berfikir dengan baik dan akhirnya mengambil keputusan untuk melakukan perkara yang diluar pemikirannya. Contohnya dengan membunuh diri.
"Amanda.." Panggil Arasy tiba-tiba.
Amanda menjongket keningnya. Terganggu seketika aktivitinya yang mahu mengusha lelaki-lelaki kacak di Instagram. Saat ini fokusnya hanya pada Arasy.
"Kalau awak tiba-tiba rasa nak bunuh diri, call saya cepat-cepat."
Amanda mengerutkan dahinya apabila topik diam ahu membunuh diri mula keluar dari mulut lelaki itu. Wajah risau Arasy dipandang lama. Tangannya naik menyentuh dahi Arasy membuatkan lelaki itu terkedu seketika. Setelah itu, tangannya dibawa ke dahinya. Dia bagaikan sedang membandingkan suhu badan mereka berdua.
"Awak tak deman pun Arasy. Kenapa tiba-tiba cakap macam ni?"Tanya Amanda pelik. Arasy mengeluh kecil.
"Amanda. Janji dengan saya yang awak tak akan bunuh diri. Kalau awak ada masalah lepas tu awak tak mampu nak selesaikan, awak call saya. Awak call bila awak rasa awak dah tak mampu nak tanggung masalah awak tu sorang-sorang. Call saya bila awak rasa nak bunuh diri. Boleh?" Tanya Arasy sambil anak matanya tunak memandang anak mata Amanda.
Amanda pula yang menelan ludah kelat apabila melihat Arasy yang kelihatan serius di hadapannya ini. Takut kitew!
"Ye. Saya Kayla Amanda Tan Sri Khalid berjanji yang saya tak akan bunuh diri. Saya berjanji kalau saya nak bunuh diri, saya cepat-cepat call awak. Okay?" Tanya Amanda sambil tangan kanannya dianggap seperti sedang berikrar. Arays mengangguk kepala perlahan.
"Okay." Balas Arasy pendek.
Amanda tersenyum kecil.
"Arasy cuba awak senyum. Saya takut lah tengok awak serius macam ni. Seram!" Balas Amanda dengan sengihan. Arasy mula mengukir senyum. Dia tak mampu belagak serius di hadapan Amanda. Telatah gadis itu sentiasa membuatkan dia tersenyum. Dia tak mampu marah gadis itu lama-lama.
"Jadi ayah awak dah batalkan rancangan nak jodohkan awak dengan Zarif?" Tanya Arasy apabila topik utama perbualan mereka dibuka kembali. Amanda mengangguk pantas.
"Ye. Rancangan tu dah tak jadi. Nasib ada awak." Balas Amanda dengan senyuman.
"Awak tak takut kalau ayah awak tiba-tiba ajak saya datang rumah awak?" Tanya Arasy lagi. Amanda menggelengkan kepalanya pantas.
"Tak. Buat apa nak takut? Awak datang macam biasa lah. Atau awak yang takut?" Tanya Amanda menyerkap jarang. Keningnya dijongket berkali-kali untuk menduga Arasy. Arasy tersenyum kecil.
"Tak ada maknanya saya takut. Cuma, boleh ke ayah awak terima saya?"
Pertanyaan yang keluar dari mulut Arasy membuat Amanda tertanya-tanya. Mengapa lelaki itu berkata begitu?
"Kenapa awak tanya macam tu?" Tanya Amanda pelik.
"Saya tak kaya."
Amanda ketawa kecil. Tak kaya je kut! Dia tekun berfikir apakah penyebab ayahnya tak mampu menerima Arasy. Dia ingatkan lelaki itu telah membuat silap pada Ayahnya rupanya hanya kerana berbeza pangkat dan harta.
"Alaa, awak tak kaya ke, kaya ke. saya tetap nak kawan dengan awak. Yang nak kawan dengan awak ni, saya. Bukan papa saya. Jangan risaulah." Balas Amanda dengan senyuman. Arasy sekadar tersenyum kekok. Saat ini dia masih melihat senyuman mesra Amanda padanya. Tapi nanti?
Bersambung!
• 13 / 11 / 2021
• Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lover✨
• Remember : What you give is what you will get back! Have Fun!✨
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top