Tuan Arasy | 04

"Let's the game begin!"


Amanda mengunyah daging ayam yang sudah dihiris nipis perlahan-lahan. Amanda memandang ayahnya yang rancak berbual bersama kenalannya tidak jauh dari tempatnya duduk. Ruangan makan di hotel mewah itu milik sahabat ayahnya, Tan Sri Iskandar. Lelaki itu sudah berkawan dengan ayahnya sejak dia masih kecil. Sering kali papa membawa mereka sekeluarga makan malam bersama keluarga Tan Sri Iskandar.

Tan Sri Khalid dan kedua-dua isterinya serta pasangan suami isteri Tan Sri Iskandar dan Puan Sri Irma duduk di suatu meja bulat tidak jauh dari meja yang diduduki Amanda. Amanda kini sedang menjamu selera bersama kakak serta abangnya dengan pasangan masing-masing. Hanya Amanda sahaja yang tiada pasangan di situ. Tapi dia tak keseorangan. Anak tunggal Tan Sri Iskandar turut makan sekali dengan mereka.

Amanda segelisah seketika. Dia dapat menghidu rancangan yang papanya sedang aturkan. Dia yakin lelaki itu mahu menjodohkannya dengan lelaki yang duduk berhadapan dengannya sekarang. Meluat? Sudah pastinya dia meluat. Jika dia mengikut kata hatinya, sudah lama dia beredar dari majlis makan malam itu. Demi menjaga maruah mama dan ibu, dia sanggup bertahan sehingga majlis makan malam selesai.

"Jadi, you lah anak bongsu Tan Sri Khalid yang daddy nak jodohkan dengan I?"

Pertanyaan yang Amanda anggap kerek akhirnya keluar dari mulut lelaki di hadapannya itu. Abang dan kakaknya yang tadi khusyuk menjamu selera mula terganggu dengan kata-kata yang keluar dari mulut lelaki muda itu.

Amanda mengangkat muka. Segenap wajah di hadapannya itu dipandang lama. Tidak dia nafikan lelaki itu mempunyai seraut wajah yang tampan. Mungkin kerana wajah yang mempesona dan poket yang agak tebal membuatkan ramai perempuan tergila-gilakan lelaki itu. Tapi tidak bagi Amanda. dia langsung tak tertarik!

Dia cukup mengenali lelaki di hadapannya itu. Zarif Iqwan. Siapa sahaja yang tidak mengenali lelaki yang sering dikenali dengan gelaran playboy! Amanda menggelengkan kepalanya perlahan. Butakah wanita yang terlalu memuja Zarif? Tidakkah mereka merasa meluat dengan perangai poyo dan perasan bagus Zarif?

Argh! Manusia! Pantang berpoket tebal, tidak kira elok atau tidak semua disapunya.

"Dah habis scan I? I tahu I handsome tapi tak payah lah you tengok I macam tak pernah tengok jantan." Perli Zarif sambil berpeluk tubuh. Amanda menjongketkan keningnya. Really? Perasan betul!

"By the way, I berterus terang jelah dengan you. Perempuan macam you ni I dah banyak kali jumpa. Dah bosan!" Balas Zarif dengan senyuman sinis.

Kayden panas punggung. Dia tidak suka adiknya diperlekehkan. Baru sahaja dia mahu bersuara, Amanda menyampuk.

"Really? Baguslah kalau macam tu. Tak adalah I susah payah nak tolak perkahwinan yang papa I dan daddy you rancangkan tu. Betul tak?"Tanya Amanda tidak berperasaan. Zarif pula yang panas hati. Baru pertama kali dia ditolak. Ditolak pula dengan seorang gadis mentah!

Kayden dan Amelia tersenyum kecil. Adik bongsu mereka itu sentiasa pandai mencari helah untuk selamatkan diri. Dia tetap risaukan Amanda walaupun dia tahu gadis itu mampu melindungi dirinya sendiri.

Amanda terlampau berani. Dia tidak mahu gadis itu menjadi terlalu kuat sehinggakan tiada ruang untuk insan bernama lelaki di dalam kamus hidup Amanda. Itu yang dia risaukan.

"Kenapa you tolak perkahwinan ni?" Tanya Zarif ingin tahu. Amanda berfikir sejenak.

"Sebab I tak cintakan you."

"Betul ke you tolak perkahwinan ni sebab you tak cintakan I? Atau you ada sebab lain?" Tanya Zarif menyerkap jarang.

Amanda mengerut dahi. Dia tidak mengerti akan intipati soalan yang Zarif ajukan kepadanya saat ini.

"Sebab lain? Maksud you?"

Zarif tersenyum sinis. Di hatinya dia mula memuji lakonan yang dilakukan Amanda saat ini. Gadis itu sangat pandai berpura-pura. Tanpa lelaki itu sedar, Amanda benar-benar buntu dan langsung tidak memahami makna di sebalik pertanyaan Zarif.

"Maksud I, you mungkin ada boyfriend." Balas Zarif ringkas.

Amanda mengangguk faham. Dia mula faham akan corak permainan Zarif saat ini. Lelaki itu seakan-akan sengaja mahu menaikkan amarahnya yang sedari tadi sudah membara.

"Kalau I ada boyfriend sekalipun, ada masalah dengan you? Tak ada kan? Lagipun buat apa you nak sibuk? You bukan sukakan I pun. Yelah, perempuan macam I ni dah banyak sangat dekat luar sana. Tinggal you pilih je. Betul kan?"

Amanda mula menyindir. Sengaja dia memulangkan paku buah keras kepada lelaki itu. Biar lelaki itu tahu akan perasaannya apabila disindir sedemikian rupa. Sindiran yang bagaikan mahu menghina. Keterlaluan!

Zarif terdiam. Mulutnya terkunci. Akalnya dipaksa bekerja mencari buah fikiran untuk mematahkan setiap patah perkataan yang Amanda keluarkan tapi entah mengapa dia tidak mampu.

"Lagipun I tak nak suami macam you. I tak suka suami I bekas playboy. Sebab bagi I, lelaki yang pernah jadi playboy ni mungkin akan tetap jadi playboy sampai bila-bila. Lagipun, I tak nak suami yang curang. Geli!"

Sindiran pedas yang Amanda suarakan mampu membuatkan Zarif tergaman. Lelaki itu berdehem kecil untuk menghilangkan janggal. Amanda tersenyum sinis. Dia pula yang memeluk tubuh memandang Zarif Iqwan.

Kayden dan Amelia menggelengkan kepala perlahan. Adiknya itu nampak sahaja lembut-lembut manja. Tapi apabila berkata-kata, mahu sakit jantung dibuatnya. Itulah, siapa suruh cari pasal lagi? Sibuk nak mengata tadi. Sekarang senyap tanpa bunyi.

Telefon pintar Amanda yang berdering menganggu perbualan mereka. Senyuman lebar terukir di bibir Amanda sebaik sahaja melihat nama pemanggil yang menelefonnya itu. Telefon itu kemudiannya ditayangkan di hadapan mata Zarif. Biar Zarif nampak nama pemanggil yang tercetak besar di skrin telefon pintarnya.

Zarif mengerut kening apabila membaca nama pemanggil yang menelefon Amanda saat ini. My Hero? Di hujung nama itu terletak sebiji emoji hati kerwarna merah. Persis pasangan bercinta menyimpan nombor pasangan mereka. Zarif mula tidak senang hati. Bukankah gadis itu tidak berpunya?

"Siapa dia?"

Amanda menjongket kening apabila mendengar pertanyaan Zarif. Eh, sibuk je nak tahu! Amanda sudah mengucap syukur di hatinya. Nasib sahaja dia masih tidak menukarkan nama panggilan Arasy yang dia simpan di telefonnya itu. Jika tidak, tak mungkin lakonannya sebentar nanti akan berjaya. Amanda dengan senang hati menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikom baby boo. Baby buat apa tu? Rindu I ke?" Tanya Amanda mesra. Senyuman paling bahagia dia tunjukkan saat ini.

Kayden dan Amelia berpandangan sesame mereka. Sejak bila Amanda ada kekasih hati? Baby boo?

Lain pula situasi Arasy di hujung sana. Lelaki itu menggosok matanya agar dia tidak tersilap pandang. Benar! Nombor yang dia tekan adalah nombor Amanda. tapi siapakah Baby boo yang Amanda maksudkan? Dia kah?

"Baby.....?" Tanya Amanda apabila Arasy senyap tanpa kata.

"Awak deman ke Amanda? Saya ni Arasy! Bukan Baby boo awak. Awak silap nombor ni, Amanda." Jelas Arasy lembut. Dia tidak mahu gadis itu malu di kemudian hari.

Amanda berdecit perlahan. Alahai, Arasy ni! Skema betul!

"Baby boo! Awak dah makan ke? Saya tak boleh makan lah tanpa awak. Rasa tak kenyang..." Balas Amanda sedih. Dia bagaikan sedang mengadu masalah pada Arasy. Bagaikan seorang kekasih meluahkan perasaan sedih kepada pasangannya.

Tan Sri Khalid memandang anak gadisnya dengan pandangan tajam. Suara anak gadisnya itu kuat semacam sehinggakan dia yang berada di meja yang berbeza mampu mendengar setiap butir bicara anak gadisnya itu. Pandangan pelik yang Tan Sri Iskandar tujukan padanya tidak dia hiraukan. Dia sendiri pelik. Sejak bila anak gadisnya bercinta?

"Manda ada kekasih ke?" Tanya Puan Maryani berbisik di telinga madunya.

"Akak tak tahu lah, Mar. Akak pun baru tahu ni." Balas Puan Sri Hasnawati yang turut berbisik. Hanya senyuman sahaja yang dia mampu ukirkan buat Puan Sri Irma yang memandangnya dengan pandangan keliru.

Arasy sudah memicit dahinya perlahan. Entah permainan apa yang Amanda mula mainkan. Gadis itu terlampau pelik baginya. Terjumpa kali pertama ketika gadis itu hampir membunuh diri. Pertemuan kali ketiga gadis itu dingin dengannya. Sekarang gadis itu memanggilnya Baby Boo? Sakit mental kah gadis itu?

"Baby I call you lain kali lah. I tahu you rindu I. Nanti kita jumpa tau. Okay, Bye. Much!"

Amanda mula mengakiri panggilan itu. Telefon yang sudah bertukar gelap itu disimpan kembali di dalam beg tangannya. Lebih baik dia mengakhiri panggilan itu secepat yang mungkin. Jika papanya tiba-tiba mahu bercakap dengan Arasy, mahu kejung dia di situ. Sudahlah lelaki itu diam sahaja. Terkejut betul agaknya!

"Siapa tu Amanda?" Tanya Amelia ingin tahu. Amanda tersenyum riang. Dia tahu saat ini banyak mata memandangnya.

"My Baby Boo!" Bersemangat Amanda bersuara. Amelia menepuk dahi. Kayden membuat thumbs up pada adiknya. Dia kagum dengan tindakan berani Amanda. Amanda tersengih. Dia tahu papanya sedang marah. Dia dapat membayangkan kepala papanya yang sudah keluar tanduk. Matilah kau sekejap lagi Amanda! Main-main dengan papa sangat!

Bersambung!

•31/10/2021

Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lover✨

• Remember : What you give is what you will get back! Have Fun!✨

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top