Tuan Arasy | 03
"He is a handsome men with a charming personality!"
Amanda mengetuk-ngetuk meja kaunter itu dengan jari runcingnya. Tangan kirinya pula sibuk menopang dagu. Dia kini kebosanan menunggu pelanggan di kedai kek kepunyaan ibu tirinya, Puan Maryani. Setelah dia menamatkan pengajian dalam bidang perniagaan, dia mula berkerja di kedai kek Puan Maryani sementara menunggu panggilan tawaran pekerjaan untuknya.
Ayahnya, Tan Sri Khalid mempunyai syarikat yang ternama iaitu Khalid Group yang sangat terkenal di mata dunia. Tapi untuk berkerja dengan ayahnya dia tak mampu. Bukan ayahnya tidak menawarkan pekerjaan untuknya di syarikat itu tapi entahlah. Hatinya belum terbuka untuk bekerja dengan lelaki itu.
Seboleh-bolehnya, dia mahu melarikan diri dari pengawasan ayahnya. Dia tidak mahu lelaki itu mengungkit kembali jasa yang lelaki itu taburkan untuknya sepanjang 23 tahun di hidup di muka bumi ini.
Lihat sahaja abang dan kakak tirinya. Mereka berdua hanya hidup dengan telunjuk ayahnya. Mereka hanya menurut sahaja kemahuan ayahnya tanpa sebarang bantahan.
Entah mengapa dia tak mampu untuk menjadi sebaik abang dan kakaknya. Dia tak mampu untuk berpura-pura menyukai segala kemahuan ayahnya. Dia bukan hipokrit!
Amanda tahu Kayden dan Amelia menuruti segala kemahuan ayahnya kerana hormat akan lelaki yang bergelar bapa itu. dia tidak kecuali. Dia turut menghormati lelaki itu. tanpa lelaki itu, dia tidak mampu lahir ke dunia ini. Tapi apakan daya, dia bukan seorang yang mampu mengetepikan impian sendiri semata-mata demi insan bergelar ayah.
Amanda mahu menjadi seperti gadis-gadis di luar sana. Gadis yang mampu ketawa riang kerana gembira sepanjang menjalani kehidupan. Dia mahu berkerja sendiri. Mengumpul harta dengan titik peluhnya sendiri tanpa mengharapkan kekayaan ayahnya. Dia mahu hidup dengan lelaki yang dia cintai. Lelaki yang menyayanginya sepenuh hati. Lelaki yang sanggup berkorban untuknya. Bukan berkahwin dengan lelaki aturan keluarga.
Berkahwin atas aturan keluarga. Perkahwinan yang terbina kerana ikatan persahabatan bagi mengukuhkan perniagaan. Siapa sahaja yang mahu? Jika mendapat suami yang memahami dan sanggup menerima kekurangan isteri yang dia tidak cintai, gadis itu bernasib baik. Sekiranya si suami membenci isteri yang dikahwininya atas dasar keluarga, bukan kah isterinya itu akan berduka?
Amanda mengeluh lagi. lihat sahaja Abang Kayden dan Kak Amelia. Abang dan kakaknya dikahwinkan atas dasar keluarga. Hanya kerana mahu mengembangkan pengaruh dalam perniagaan, ayah mengahwinkan mereka dengan anak sahabatnya. Kesian bukan? Cukup kesian!
Kak Amelia mungkin dapat menerima aturan perkahwinan itu dengan ikhlas kerana dia mahu membalas jasa ayah kerana telah membesarkannya. Tapi Abang Kayden? Lelaki itu terpaksa berpisah dengan kekasih hati yang dia cintai sepenuh hati semata-mata mahu menuruni kemahuan papanya?
"Papa dah keterlaluan!"
Kerana terlampau teremosi, Amanda menumbuk meja kaunter itu dengan kuat. Sakit hatinya apabila teringatkan perlakuan papanya yang seakan-akan terlalu pentingkan diri sendiri. Sanggup lelaki itu menghancurkan masa depan anak kandungnya sendiri!
"Kenapa marah-marah ni? Pelanggan datang kena sambut elok-elok. Sambut dengan senyuman. Ini tidak, muka dah lah masam macam kena sengat tebuan. Siap tumbuk meja pulak tu. Kalau pecah, tak ke sia-sia? Membazir duit je bayar ganti rugi meja kaunter tu nanti." Sampuk seseorang.
Amanda yang tadinya sibuk melayan perasaan mula tersedar apabila ditegur. Kepalanya dikalih ke sebelah kanan bagi mencari susuk tubuh yang berani menyindirnya itu. Jelingan tajam Amanda tujukan kepada lelaki yang berdiri di muka pintu kedai kek itu.
Kain bersih yang tersidai di atas meja kaunter dicapai sebelum dia melangkah ke arah meja berbentuk bulat yang mempunyai empat kerusi yang terletak di tengah-tengah ruangan kedai kek itu. Meja yang disediakan untuk tetamu menjamah kek dilap kasar. Dia berpura-pura sibuk tanpa mempedulikan pelanggan yang datang itu.
Arasy mengeluh kecil apabila melihat kelakuan dingin Amanda terhadapnya. Entah mengapa sejak dia menyuruh Amanda tidur ketika gadis itu menelefonnya pada awal pagi sewaktu pertemuan pertama mereka, Amanda mula menghilangkan diri darinya. Pesanan Whatsapp yang dia hantar tidak dibalas Amanda. sudah berkali-kali dia cuba untuk menelefon Amanda tetapi panggilannya diabaikan. Perkara itu membuatkan dia kegelisahan.
Nasib sahaja dia terbuka hati untuk datang ke kedai kek itu untuk membelikan kek untuk anak saudaranya tanpa menyuruh Jazmi seperti kebiasaan. Jika tidak, sampai ke sudah dia tidak akan dapat bertemu dua mata dengan Amanda lagi memandangkan gadis itu sudah melaksanakan perang dingin dengannya.
"Amanda, awak marah saya ke?" Tanya Arasy apabila dia sudah menghampiri Amanda yang khusyuk mengelap meja. Amanda mengeluh kecil. Dia masih berpura-pura sibuk tanpa mempedulikan kehadiran Arasy.
"Awak merajuk ke?"
Pertanyaan kedua yang keluar dari mulut Arasy berjaya membuatkan Amanda pegun.
Merajuk?
Dia dan Arasy baru berkenalan. Mereka bukan sahabat. Mereka hanya manusia yang bertemu secara tidak sengaja. Mereka berdua juga tidak sengaja bertukar nombor telefon. Arasy hanya stranger denganya! Tapi mengapa dia merajuk dengan Arasy seakan-akan lelaki itu kekasihnya?
"Betul ke awak merajuk Amanda?" Arasy bertanya lagi.
Amanda mengeluh kecil. Wajah risau Arasy dipandang lalu satu senyuman nipis dia ukir buat lelaki itu.
"Tak adalah. Saya bad mood sikit. Saya ada masalah tadi dekat rumah." Balas Amanda mencipta alasan.
Hanya itu sahaja alasan yang mampu dia fikirkan bagi menutup malunya. Tidak mungkin dia mahu mengaku bahawa dia merajuk dengan lelaki itu. Pasti lelaki itu akan menganggapnya pelik.
Sudahlah dua hari yang lepas lelaki itu bertindak sebagai hero untuk menghalangnya daripada membunuh diri. Walaupun dia langsung tiada niat untuk membunuh diri dengan terjun dari jambatan itu. Dia masih tahu dosa pahala walaupun dia bukan anak yang baik.
"Kenapa bila saya jumpa awak, awak mesti ada masalah?" Tanya Arasy tiba-tiba.
Amanda sekadar mengangkat bahu tanda dia sendiri tidak tahu apa sebabnya.
Arasy menguntum senyuman kecil. Tubuh genit Amanda dipandang atas bawah. Gadis itu nampak comel dengan apron Mickey Mouse di tubuhnya dengan rambut yang disanggul tinggi. Nampak comel!
"Awak kerja sini?" Arasy menyoal lagi. Amanda menjatuhkan kepalanya berkali-kali.
"Ye, saya kerja sini. Kerja part time je. Lagi pun kedai kek ni, kedai ibu saya. So, suka hati saya lah nak kerja atau tak." Balas Amanda lagi. sekarang dia sudah mampu bertenang. Tiada lagi Amanda yang dingin seperti tadi.
Arasy tampak terkejut apabila mendengar kata-katanya.
"Ini kedai ibu awak?" Tanya Arasy lagi. Amanda mengerut keningnya sebelum menganggukkan kepalanya.
"Yelah. Ni kedai ibu saya. Kenapa? Nampak pelik ke saya kerja dekat sini?" Tanya Amanda lagi.
Dia kini sudah berjalan ke kaunter setelah dia selesai mengelap semua meja yang ada di kedai itu. Arasy sekadar mengekornya dari belakang.
"Tak adalah, Saya cuma tak percaya budak yang nak terjun jambatan malam tu kerja dekat sini."" Balas Arasy selamba. Amanda membuntangkan matanya. Tajam renungan matanya pada lelaki.
"Awak jangan ungkit lagi pasal kes bunuh diri tu boleh tak? kalau ibu saya tahu, matilah saya!" Marah Amanda dengan nada tertahan.
Memang dia langsung tiada niat untuk membunuh diri tapi sekiranya perkara ini sampai ke pengetahuan mama dan ibu, matilah dia. Pasti dia akan dikawal rapi dengan pegawai peribadi. Hancur kehidupan bebasnya nanti.
Arasy sembunyi senyum apabila melihat wajah takut Amanda. perlahan-lahan kepalanya dijatuhkan sebagai tanda dia akan mengikuti segala kemahuan Amanda.
"Jadi ada apa-apa yang boleh saya tolong, Encik Arasy Naufal?' Tanya Amanda kepada lelaki itu dengan gaya seorang penjual kek. Arasy datang ke kedai kek itu sebagai pelangannya. Haruslah dia melayan lelaki itu dengan baik.
"Saya datang nak tempah kek strawberi bertemakan princess untuk anak buah saya. Saya nak awal bulan depan. Boleh?" Tanya Arasy sambil mengeluarkan dompet miliknya dari poket seluarnya.
Amanda berfikir sejenak. Awal bulan depan? Maksudnya hanya ada tempoh seminggu sebelum tarikh kek itu diambil. Hurm, sempat tak?
Amanda berteka-teki. Dia bukan arif dalam pembuatan kek. Apa yang dia tahu, dia hanya pandai melayan pelanggan. Segala tempahan biasanya Kak Hanan, pembantu ibunya di kedai itu yang uruskan.
Arasy menjongket kening apabila melihat sengihan di bibir Amanda.
"Saya tak boleh comfirm lagi lah, Arasy. Biasanya Kak Hanan yang uruskan semua ni. Saya layan pelanggan je. Apa kata, malam ni saya whatassp awak. Macam mana?" Tanya Amanda membuat tawar-menawar. Arasy mengetuk dagunya dengan jarinya perlahan-lahan. Gaya seperti orang sedang berfikir.
"Boleh. Tapi awak kena unblock saya dulu. Awak lupa ke awak dah block saya?" Tanya Arasy dengan senyuman sinis. Amanda mencebik kecil.
"Saya tahulah!" Bentak Amanda kegeraman. Arasy ketawa kecil.
"Jangan lupa whatsapp saya. Saya tunggu tau."
Itu kata-kata terakhir dari Arasy buatnya sebelum lelaki itu meninggalkan kedai kek tersebut. Amanda menepuk dahinya berulang kali. Kenapalah dia boleh terfikir untuk block Arasy dua hari lepas?
Seketika kemudian, sengihan nakal mula terbit di bibirnya. Arasy nampak kacak berbaju kemeja hitam bersama seluar yang berwarna sama dengan kemejanya. Tapi aura pertama kali mereka bertemu tidak mampu Amanda lenyapkan dari kotak fikirannya. Aura Arasy terlalu kuat sehinggakan dia termimpi-mimpi.
Bersambung!
• 26/10/2021
• Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lover✨
• Remember : What you give is what you will get back! Have Fun!✨
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top