Tuan Arasy | 02
"I'm sad but I'm smile. That's my life."
Amanda melangkah masuk ke dalam rumah agam itu dengan langkah yang perlahan melalui pintu belakang. Pintu belakang itu sengaja tidak dikunci sewaktu dia keluar dari rumah tiga jam yang lalu. Pintu belakang itu ditutup perlahan-lahan supaya semua penghuni di rumah itu tidak tersedar dari tidur.
"Kayla Amanda!"
Namanya yang dijerit kuat membuatkan Amanda menutup mata. Tangannya masih memegang tombol pintu dengan erat. Keadaannya kini, dia sedang membelakangi insan yang menjerit namanya tadi. Dia masih tidak berani untuk menoleh. Dia sudah dapat mengagak betapa marahnya papa ketika lelaki itu menjerit namanya sebentar tadi.
"Kayla Amanda!"
Jeritan kali kedua yang menyapa gegendang telinganya membuatkan dia memejamkan matanya erat. Dia bagaikan cuba mendapatkan sedikit keberanian untuk bertentang mata dengan papanya. Dia kemudiannya perlahan-lahan memusingkan tubuhnya mengadap ayahnya, Tan Sri Khalid.
"Amanda pergi mana? Mama cari Manda dekat bilik. Manda tak ada. Manda pergi mana, sayang?" Tanya Puan Sri Hasmawati lembut. Dia mendekati tubuh anaknya yang kaku di muka pintu.
"Amanda.." Panggil Puan Sri Hasmawati lagi apabila anaknya seakan-akan kaku di situ.
"Jawablah!" Marah Tan Sri Khalid kuat. Amanda tersentak. Terhincut-hincut bahunya apabila ditengking ayahnya.
"Manda keluar tadi..." Perlahan dia bersuara.
"Keluar ikut jantan?!" Meninggi suara Tan Sri Khalid memarahi anak perempuan itu.
"Abang!"
Puan Sri Hasmawati memandang suaminya dengan riak wajah terkejut. Dia tidak menyangka suaminya sanggup menuduh anak gadisnya melakukan perbuatan terkutuk itu.
"Sampai hati abang tuduh anak saya macam tu! Manda ni anak saya, anak abang! Sanggup abang tuduh anak abang macam tu!" Marah Puan Sri Hasmawati dengan wajah sayu. Dia kesal apabila melihat perilaku suaminya yang tidak seperti suami dan ayah di luar sana. Suaminya berbeza. Cukup berbeza.
Amanda memandang wajah ayahnya dengan pandangan kosong. Sedari dulu lagi ayahnya bersikap sedemikian. Lelaki itu terlalu ego. Lelaki itu juga hanya mementingkan diri sendiri. Segala keputusan dibuat mengikut kehendaknya. Isteri dan anak sekadar menurut segala perintahnya.
"Kalau macam ni, baik kita nikahkan saja Amanda ni!" Ujar Tan Sri Khalid buat sekian kalinya. Puan Sri Hasmawati terkejut. Amanda tergamam.
"Apa abang ni? Manda muda lagi abang... Dia baru 23 tahun. Dia masih muda, abang.." Bantah Puan Sri Hasmawati lagi. Wajah suaminya dipandang dengan penuh amarah. Dia kesal dengan sikap suaminya itu.
Amanda memandang wajah ayahnya dengan satu pandangan yang dia sendiri tak mampu tafsirkan. Sedih? Marah? Atau benci? Entahlah. Dia sendiri tidak pasti. Apa yang dia tahu, dia hanya kesian kan ayahnya. Semenjak Adha tiada, ayahnya seakan-akan hilang arah. Dia tahu ayahnya cukup menyayangi Adha. Adha adalah anak yang ayahnya banggakan.
Adha adalah segala-galanya buat ayahnya. Hanya Adha yang mampu mengubah keputusan ayahnya. Hanya Adha yang berani membantah keputusan ayahnya. Semenjak Adha tiada, tiada lagi senyuman bahagia yang terpancar di wajah ayahnya. Ayahnya hanya tahu mengarah. Ayahnya hanya tahu marah-marah.
Mengapa ayahnya bersikap sedemikian? Adakah kerana ayahnya sedih atas pemergian Adha? Tapi tidakkah ayahnya tahu, bukan ayahnya saja yang sedih atas kehilangan Adha. Tapi mereka sekeluarga turut berduka. Adha anak yang periang. Lelaki itu sentiasa menjadi insan yang menceriakan suasana. Oleh itu, mereka semua turut merasa kehilangan.
Mengapa ayahnya tidak mampu menerima kenyataan? Lelaki itu bukan hanya mempunyai Adha tapi lelaki itu turut mempunyai dia dan Kayden. Mengapa lelaki itu masih merintih di atas kehilangan Adha? Bukan hanya Adha anak kandungnya. Di mana letaknya dia dan Kayden Di mata lelaki itu? Tidak layakkah mereka merasakan kasih sayang lelaki itu?
Anak kandung sendiri tidak dianggap apatah lagi anak tirinya. Kaisara Amelia, kakak tirinya sentiasa mencuba untuk mengambil hati lelaki itu. Segala kemahuan ayahnya, Amelia turuti tanpa sebarang bantahan. Disuruh belajar di bidang kejuruteraan, gadis itu setuju sedangkan cita-citanya mahu menjadi seorang guru. Malah disuruh berkahwin dengan anak rakan perniagaannya, Amelia masih patuh. Dituruti segala perintah papa tanpa sebarang bantahan.
Adakah dia mampu menjadi perempuan sekuat Amelia? Ya Allah, dia tak mampu!
"Awak terlampau manjakan dia, Has! Awak terlampau ikut segala kemahuan dia sampai dia naik lemak macam ni! Tak boleh ke awak bertegas dengan dia, Has?" Tanya Tan Sri Khalid dengan nada marah. Wajah Amanda dipandang sekilas sebelum dia memandang wajah isteri pertamanya.
"Saya manjakan Manda sebab saya tahu Manda tak pernah cukup kasih sayang. Abang, ayah dia. Tapi kenapa saya tak nampak pun kasih sayang abang pada dia? Kenapa abang?" Tanya Puan Sri Hasmawati sayu. Hampir menangis wajahnya saat ini memandang suaminya. Dia sedih melihat nasib anak-anaknya.
Tan Sri Khalid mendiamkan diri. Dia tidak mampu berkata-kata.
"Jadi saya minta dengan abang jangan sesekali abang masuk campur dalam urusan hidup anak saya lagi. Cukuplah Kayden Dan Amelia yang turuti semua kemahuan abang. Saya tak nak anak gadis saya ikut segala kemahuan abang. Saya nak anak saya bahagia. Jadi saya harap, kalau abang tak mampu bagi anak saya bahagia. Jangan bagi anak saya menderita. Tolonglah, saya merayu sangat dekat abang.." Pinta Puan Sri Hasmawati lagi. Tan Sri Khalid masih mendiamkan diri.
"Manda pergi masuk bilik, sayang. Pergi masuk lepas tu berehat, tidur." Pinta Puan Sri Hasmawati lagi.
Amanda mengangguk perlahan sebelum pipi mamanya dicium lembut. Dia kemudiannya melangkah keluar dari dapur. Anak tangga dipanjat. Pintu biliknya dibuka lalu dia melangkah masuk ke dalam biliknya yang serba-serbi berwarna merah jambu.
Tubuhnya dibaringkan ke atas katil setelah pintu biliknya ditutup dan dikunci. Tangannya disilangkan sebelum diletakkan di bawah kepala. Satu keluhan kecil dilepaskan tanpa sedar.
'Hidup yang membosankan.' Terdetik ayat itu dihatinya.
Seketika kemudian Amanda tersedar sesuatu. Lengan baju tidurnya diselak. Senyuman terukir di bibirnya apabila melihat sebaris nombor yang ditulis dengan pen berwarna hitam di lengannya. Amanda bingkas berdiri. Meja soleknya didekati. Telefon pintarnya dicari.
Laci meja soleknya ditarik. Dia tersenyum kecil apabila melihat iPhone 12 miliknya yang kelihatan comel dengan casing merah jambu. Tubuhnya kembali dibaringkan ke atas katil. Telefon pintarnya dihidupkan lalu sebaris nombor itu disimpan. Sejenak kemudian, dia mula menghantar pesanan melalui Whatsapp kepada lelaki itu.
Assalamualaikum.
Awak dah tidur ke?
Selang beberapa minit, pesanannya dibalas.
Waalaikumussalam.
Siapa ni?
Amanda ketawa kecil. Hatinya mula terdetik satu idea nakal. Pantas sahaja jari jemarinya bergerak di atas keyboard telefonnya itu.
Baby awak.
Amanda tergamam apabila telefonnya mula berdering. Lagu Love is gone nyaring kedengaran menandakan ada panggilan untuknya. Amanda mula gelisah apabila sebaris nama yang terpancar di skrin telefon pintarnya.
My hero ️❤️
Amanda mengetuk kepalanya beberapa kali. Dia mula menyesali perbuatannya yang menyimpan nombor Arasy sebegitu. Perasan! Dia mula mengutuk diri sendiri.
"Assalamualaikum.." Amanda mula bersuara setelah panggilan itu dijawab.
"Waalaikumussalam, Amanda."
Amanda menekup mulutnya. Dia terkejut apabila Arasy sudah mengetahui bahawa dia yang menelefon lelaki itu.
"Macam mana awak tahu saya Amanda?" Amanda menyoal pantas.
"Instinct?"
"Yelah tu.."
Amanda memuncungkan bibirnya. Dia tidak berpuas hati dengan jawapan yang Arasy berikan. Amanda dapat mendengar suara Arasy ketawa di hujung panggilan.
"Kenapa call saya ni?" Tanya Arasy lagi. Amanda mengeluh kecil.
"Awak tak suka saya call awak ke?"
"Tak adalah. Saya okay je. Tapi sekarang ni dah lewat malam. Awak kena tidur. Sekarang dah pukul 3 lebih Amanda.."
Amanda mengeluh kecil.
"Saya minta maaf sebab kacau awak. Bye!" Balas Amanda dingin lalu panggilan itu dimatikan. Telefon pintarnya dicampakkan ke tepi katil. Wajah sedih dia ukir. Sedih apabila kehadirannya tidak diendahkan.
Amanda yang tadinya sibuk melayan perasan tanpa menghiraukan pesanan Whatsapp yang masuk bertubi-tubi mula menguap kecil. Kepalanya direbahkan ke tilam. Bantal peluk berwarna merah jambu dicapai lalu dipeluk erat. Mengantuk!
Bersambung..!
• 25/10/2021
• Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lover✨
• Remember : What you give is what you will get back! Have Fun!✨
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top