Tuan Arasy | 01

"You will never understand the hell I feel inside my head."

7 tahun kemudian...!

Amanda tersenyum riang apabila dia melihat air laut yang membiru di bawah sana. Air laut yang cukup mendamaikan. Tidak seperti hatinya yang gundah gulana. Semakin hari semakin banyak masalah yang timbul. Dia cukup penat dengan segala masalah yang dia hadapi. Penat sangat!

Tapi mampukah dia ungkapkan perkataan penat itu? Siapa sahaja yang kesah jika dia penat separuh mati? Siapa? Tiada siapa yang kesah!

Kepalanya didongakkan ke langit. Melihat keindahan malam yang dihiasi bintang-bintang yang bercahaya malap. Kadang kala dia menyoal sendirian. Terlalu banyakkah dosanya sehingga dia diuji begini? Adakah apa yang dia lalui adalah ujian dan bukan bala buatnya? Mengapa dia tidak pernah merasa bahagia? Adakah dia tak layak bahagia?

Sepi.

Suasana sunyi menyelubungi diri Amanda buat seketika. Buat seketika dia merasakan dirinya tenang. Tangannya di depakan ke udara. Matanya dipejam rapat. Dia bagaikan menghayati ketenangan yang baru sahaja dia nikmati. Tapi semua ketenangan itu hanya sementara. Satu suara menyapa gegendang telinganya membuatkan Amanda membuka mata. Kepalanya di kalihkan ke tepi bagi melihat gerangan yang mengganggu ketenangannya.

Satu kelibat lelaki berdiri tidak jauh dari tempatnya dengan pandangan risau. Ye, dia dapat melihat riak wajah lelaki itu kelihatan bimbang. Tapi mengapa? Dia turut memandang beberapa orang individu yang turut memandangnya dengan pandangan prihatin. Tapi kenapa?

"Cik..." Lelaki tadi bersuara lagi.

Amanda tidak menjawab. Dia hanya melihat wajah lelaki itu. Kacak! Lelaki itu sekadar memakai hoodie hitam dengan seluar jeans hitam. Serba hitam! Tapi auranya mampu membuatkan Amanda terjatuh hati.

"Bunuh diri tak mampu selesaikan masalah cik. Cik orang Islam bukan? Berdosa cik. Berdosa." Lelaki itu bersuara lagi.

Amanda mengerut kening. Bunuh diri? Siapa mahu bunuh diri? Spontan bibirnya menguntum senyuman sinis. Ye! Manusia yang lalu lalang di jambatan ini pasti berfikir bahawa dia ingin membunuh diri. Seorang perempuan sedang duduk di atas jambatan sambil mendepakan tangan. Bukankah itu perkara yang dilakukan oleh seseorang sebelum membunuh diri?

"Cik ada masalah ke? Kalau cik ada masalah, cik tak perlu bunuh diri. Ramai lagi orang yang boleh tolong cik. Bunuh diri bukan jalan keluar yang terbaik untuk masalah cik." Pujuk lelaki itu lagi. Lelaki itu gigih memujuknya agar dia turun dari jambatan itu.

Tidak seperti sesetengah manusia yang sibuk memegang telefon. Pasti sibuk mahu merakam video dia yang dianggap mahu membunuh diri. Terdapat juga beberapa orang wanita yang berbisik mengatakan dia tak mungkin berani untuk terjun dari jambatan itu. Manusia!

Amanda menghela nafas lemah. Wajah lelaki itu dipandang lagi. Entah mengapa matanya galak memerhatikan segenap taip wajah lelaki itu. Gatal! Ye, dia gatal.

"Cik..." Lelaki itu memanggilnya apabila dia terleka.

"Saya nak mati."

Entah mengapa kata-kata itu dia ucap. Dia tak pernah terfikir untuk membunuh diri tapi entahlah. Mulutnya secara spontan mengeluarkan perkataan itu. Jika kata-katanya dimakbulkan, menyesal tak sudah dia rasakan.

"Kenapa cik nak mati? Tak ada seorang pun manusia yang pernah terfikir untuk mati." Kata lelaki itu lagi. Kata-katanya lembut seperti memujuk.

"Saya penat hidup sendiri. Semuanya saya kena hadap sorang-sorang. Saya penat." Terluah sedikit kata hati yang terbuku di hatinya. Entah mengapa dia senang untuk berbual dengan lelaki itu.

"Kadang-kadang bahagia tu datang bila kita dah tempuhi banyak ujian. Mungkin bahagia tu dekat tapi kita yang tak sedar." Lelaki itu bersuara lagi. Dapat dilihat seorang lelaki sedang mencuit lelaki yang memujuknya itu. Tapi dia tidak tahu apa yang dicakapkan. Terlalu perlahan untuk dia dengar.

"Awak nak bantu saya cari bahagia saya?"

Amanda menghulurkan tangannya kepada lelaki itu sebaik sahaja menghabiskan kata-katanya. Lelaki itu seakan-akan terkejut. Lelaki di sebelah lelaki yang memujuknya bersuara.

"Saya dah call pihak polis. Sekejap lagi polis datang. Tuan kena cepat. Tuan dah lambat. Biar pihak polis saja yang uruskan perempuan ni."

"Awak pun tak nak bantu saya kan? Tak apalah. Saya tak kesah." Sayu Amanda berkata. Belum sempat tangannya diturunkan, lelaki itu pantas bersuara.

"Saya sanggup! Saya sanggup nak bantu awak. Tapi awak turun boleh? Jom turun." Lelaki itu memujuk lembut. Seiring itu, kaki lelaki itu melangkah ke arahnya. Tangannya disambut lalu tubuhnya diturunkan dari pagar jambatan itu.

"Awak janji awak nak bantu saya?" Tanya Amanda lalu dia mendongakkan kepala memandang wajah lelaki itu.

Jika tadi dia hanya melihat wajah lelaki itu dengan samar-samar cahaya tapi kini seluruh wajah lelaki itu dia dapat lihat. Keningnya tebal, anak mata lelaki itu berwarna coklat keperangan, hidung yang mancung, bibir yang merah bak delima. Tanda lelaki itu tidak merokok.

"Saya janji. Arasy Naufal. Itu nama saya."

Amanda mengangguk pantas. Kini hanya dia, Arasy dan dua orang lelaki sahaja di jambatan itu sekarang ini. Manusia-manusia yang berkerumun tadi sudah tiada. Mungkin hampa apabila tiada berita viral seperti yang dibayangkan.

"Tuan, tuan dah lambat." Seorang lelaki muda menghampiri mereka berdua.

"Jazmi."

"Ye, Tuan." Lelaki yang menghampiri tadi menyahut. Jazmi rupanya nama lelaki itu.

"Cancel kan meeting aku malam ni."

Jazmi tampak terkejut.

"Tapi Tuan, meeting tu..." Belum sempat Jazmi bersuara lagi, lelaki itu bersuara lagi.

"Atau kau yang gantikan aku malam ni?" Tanya lelaki itu lagi. Jazmi kelihatan gelisah. Lelaki itu bagaikan pening untuk membuat keputusan.

"Okay. Kau gantikan tempat aku. Aku nak hantar dia ni balik." Balas lelaki itu lagi.

Jazmi memandang perempuan dihadapannya dihadapannya sekilas. Gadis itu tidak secantik perempuan yang selalu mencuba untuk mendampingi majikannya. Gadis itu seperti sedang kesedihan. Jelas terpancar kesedihan itu di anak mata perempuan muda itu.

"Jazmi?"

Jazmi tersedar dari terus merenung gadis muda dihadapannya itu. Dia memandang wajah majikannya sebelum kepalanya dijatuhkan perlahan-lahan.

"Baik Tuan." Balasnya pendek.

"Zynn..."

"Ye Tuan?"

Seorang lelaki yang dari tadi sekadar berdiri di belakang Arasy mula bersuara.

"Kau temankan Jazmi."

"Baik Tuan." Balas lelaki yang bernama Zynn itu.

Arasy memandang wajah polis gadis dihadapannya dengan pandangan prihatin. Gadis itu hanya memakai baju tidur bercorak strawberi. Di kakinya pula terdapat sepasang selipar bulu berwarna merah jambu.

Arasy tersenyum dalam diam. Dia dapat mengagak gadis itu sedang melarikan diri dari rumah. Comel! Terdetik perkataan itu dihatinya.

Amanda memandang jejaka yang baru sahaja meletakkan dulang berisi dua biji burger, dua gelas air minuman, dua ketul ayam goreng dan sedikit kentang goreng ke atas meja. Setelah itu lelaki itu melabuhkan punggungnya di hadapannya. Sebiji burger dihulurkan kepadanya membuatkan Amanda gelisah sendiri.

Amanda hanya memandang huluran itu dengan pandangan kosong. Terdetik perasaan bersalah di kotak fikirannya saat ini. Dia bukan mahu membunuh diri seperti yang lelaki ini fikirkan. Jelas terpancar riak risau di wajah lelaki itu 15 minit yang lalu.

"Saya bukan nak bunuh diri tadi."

Entah mengapa tanpa disoal, Amanda bersuara. Tunak anak matanya memandang wajah lelaki dihadapannya itu. Lelaki itu mengangguk perlahan.

"Saya tahu." Serentak itu burger di tangan lelaki itu diletakkan di hadapan Amanda.

Amanda tersentak. Bukan kerana kelakuan lelaki itu yang membuatkan Amanda terpaku. Tapi kerana jawapan yang keluar dari mulut Arasy membuatkan Amanda terdiam sendiri. Apa yang membuatkan lelaki itu berfikir sebegitu?

"Kalau awak nak bunuh diri, awak tak layan pujukan saya. Kalau awak nak bunuh diri, awak tak duduk atas jambatan tu lama-lama tau. Baik awak terjun je terus kalau itu yang awak nak." Lembut suara lelaki itu membalas. Amanda tersenyum nipis.

"Makanlah. Nanti sejuk tak sedap." Arasy berkata lagi. Dia kini sudah membuka plastik burger miliknya. Amanda yang mendengar turut berbuat demikian. Plastik burger miliknya dibuka perlahan-lahan.

Setelah beberapa minit mereka berdua makan tanpa suara, Amanda mula memandang wajah lelaki di hadapannya itu. Lelaki itu sedang menyedut minumannya sambil matanya tekun memandang telefon pintar di tangan.

Kini dia dan Arasy berada di McDonald's yang berdekatan. Arasy yang membawanya ke sini. Katanya sebentar tadi, Arasy mahu membelanjanya makan. Hanya restoran makanan segera ini sahaja yang masih beroperasi pada waktu begini.

"Saya minta maaf sebab saya dah susahkan awak."

Entah mengapa hatinya mula diserang perasaan bersalah terhadap Arasy. Dia tahu lelaki itu terpaksa membatalkan temu janjinya semata-mata mahu membawanya makan. Dia sudah menyusahkan lelaki itu.

Arasy yang mendengar kata-kata Amanda mengangkat muka dari terus memandang telefon pintarnya. Telefon pintarnya dimatikan lalu disimpan ke poket hoodie miliknya. Senyuman nipis dia ukir apabila melihat Amanda yang menundukkan kepala.

"Saya tak kesah." Jawab Arasy dengan senyuman. Amanda turut tersenyum.

"Kita dah lama makan. Awak dah tahu nama saya. Tapi saya langsung tak tahu nama awak. Apa nama awak?" Tanya Arasy sambil keningnya dijongket berkali-kali.

"Amanda. Kayla Amanda."

Arasy mengangguk perlahan.

"Cantik nama tu." Puji Arasy lagi.

Amanda tersipu malu. Pertama kali namanya dipuji. Seketika kemudian, tawanya berhenti. Dia perhatikan segenap wajah Arasy. Kenapa dia dapat merasakan bahawa dia pernah melihat wajah lelaki itu sebelum ini? Tapi dimana? Dia terlupa.

"Kita pernah jumpa ke?" Amanda menyoal secara spontan. Matanya memandang tepat ke wajah lelaki dihadapannya itu.

Arasy mengerut dahi sejenak. Wajah gadis dihadapannya itu dipandang lama. Adakah dia pernah berjumpa dengan gadis itu sebelum ini? Jika benar, dimana dan bila?

Satu senyuman diukir buat gadis dihadapannya itu.

"Pernah jumpa dekat mana?" Soalan dibalas soalan membuatkan Amanda mencebik bibirnya.

"Manalah saya tahu. Saya cuma rasa macam saya pernah jumpa awak sebelum ni. Tapi saya lupa lah dekat mana." Balas Amanda bersahaja. Bekas minuman miliknya dicapai lalu disedut perlahan.

Arasy sekadar menganggukkan kepalanya. Dia sekadar mengiyakan kata-kata Amanda.

"Boleh saya tahu kenapa awak duduk atas jambatan tu macam nak bunuh diri?" Tanya Arasy lagi. Dia cuba memujuk Amanda agar gadis itu sudi berkongsi masalah yang dihadapinya.

Amanda mengeluh kecil. Wajah sedih dia tayang kepada Arasy dengan bibir yang di cebikkan. Dia menongkat dagu memandang Arasy.

"Saya anak orang kaya tau."

Amanda bersuara dengan nada bongkak. Arasy mengangguk perlahan. Dia memeluk tubuh memandang Amanda. Anak orang kaya? Benarkah?

"Ayah saya buat business. Ada syarikat sendiri. Semua orang pandang ayah saya tinggi. Yelah, orang kaya kan. Tapi buat apa banyak duit kalau kita tak bahagia?" Tanya Amanda dengan nada suara yang semakin perlahan. Dapat dilihat terdapat takungan air mata di kelopak mata gadis itu.

"Ayah saya ada dua orang isteri. Mama saya isteri pertama. Ibu isteri kedua. Saya ada dua orang abang dan saya ada seorang kakak. Orang nampak keluarga kami macam bahagia. Mama dan ibu dapat bermadu dengan baik. Ayah saya dipandang tinggi. Dihormati. Tapi diorang tak tahu mama dan ibu tak bahagia! Tak pernah bahagia. Kami tak seperti keluarga lain. Kami tak dilayan selayak keluarga."

Tanpa dibendung, air mata mula mengalir di pipi Amanda. Amanda mula menutup wajahnya dengan kedua-dua belah telapak tangannya. Bunyi esakan mula kedengaran. Terhincut-hincut bahunya menahan esakan.

Arasy pula yang gelabah. Pekerja-pekerja di kaunter itu memandangnya pelik. Mungkin mereka berfikir bahawa Arasy menjadi punca Amanda menangis.

"Amanda? Awak kenapa ni? Amanda?" Tanya Arasy gelabah. Seumur hidupnya dia tidak pernah memujuk perempuan. Bercinta pun dia tak pernah apatah lagi mahu memujuk. Aduhai!

Arasy bingkas bangun dari kerusi lalu dia melangkah mendekati Amanda. Kerusi Amanda ditolak ke belakang sedikit sebelum dia melutut di hadapan gadis itu. Tangan gadis itu yang tadinya menutup muka ditarik perlahan-lahan. Dia dapat melihat air mata jernih yang keluar dari mata yang terpejam rapat itu.

"Kenapa ni? Amanda?" Tanya Arasy lembut. Tangan kirinya masih menggenggam erat tangan Amanda manakala tangan kanan diangkat ke muka Amanda. Jarinya sibuk menyeka mutiara jernih yang mengalir di pipi mulus Amanda.

"Kenapa hidup saya tak bahagia? Salah saya ke?"

Pertanyaan yang keluar dari mulut Amanda membuatkan Arasy terdiam seketika. Wajah berharap Amanda yang mahukan jawapan daripadanya dipandang lama.

"Bukan. Bukan salah awak, Amanda." Balas Arasy setelah sekian lama mendiamkan diri.

"Tapi kenapa saya tak bahagia?" Amanda bertanya lagi.

Arasy mula berfikir jawapan yang sesuai untuk dia berikan kepada Amanda. Dia tidak mahu emosi gadis itu sentiasa terganggu dengan masalah keluarganya itu.

"Redha."

Amanda yang tadinya masih teresak-esak menangis mula berhenti. Anak matanya tunak memandang anak mata Arasy untuk meminta penjelasan. Redha?

Arasy mengeluh kecil. Kedua-dua belah tangan Amanda diraih lalu digenggam erat.

"Bila kita tak redha akan sesuatu ketentuan yang Allah tentukan untuk kita, hidup kita sentiasa tak tenang. Awak kena hidup dalam suasana yang positif Amanda. Awak kena positif yang awak mampu jalani semua dugaan ini dengan baik. Awak kena yakin yang Allah tak akan berikan awak satu ujian yang awak tak mampu lakukan." Ujar Arasy panjang lebar. Amanda masih mendiamkan diri tetapi telinganya tetap dipasang bagi mendengar segala kata yang akan keluar dari mulut lelaki itu.

"Allah sayang awak. Semua yang dia lakukan untuk awak adalah demi kebaikan awak. Mungkin melalui dugaan ini awak menjadi Amanda yang lebih kuat dari sebelum ini? Bila kita redha dan percaya yang kita mampu lakukan, sebesar mana pun masalah kita. Insyaallah.. kita mampu laksanakan dengan baik. Saya tahu awak mampu, Kayla Amanda.." ucap Arasy lalu menganggukkan kepala memandangnya. Amanda mula mengukir senyuman nipis. Dia mula tenang. Entah mengapa lelaki itu mampu membuatkan hatinya tenang.

Bersambung..!

• 24/10/2021

Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lover✨

Remember : What you give is what you will get back! Have Fun!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top