13 (Final)
"Makan sampai kenyang, ya?" aku mengangguk tidak ubah seperti budak kecil.
"Ehm, cheockjin, nape awuck—oHOK!" Terbatuk aku apabila sedang cuba untuk bercakap sambil menguyah tapi tiba-tiba terasa seperti ada rambut-rambut ditekak. Aih, ada bayi dalam uterus ni serius menyusahkan.
"Shh, makan dulu, sayang. Habis makan, baru cakap," Aku mengangguk, sambil tangan membuat sign 'ok'.
Cepat - cepat aku makan, nasib tak tercekik lagi sekali, eyy banyak nak cakap dengan Seokjin ni! Takut betul aku kalau dia hilang macam hantu dalam televisyen lagi sekali. Bukan boleh percaya sangat lelaki.
Tiba-tiba, Seokjin tergelak seorang diri. Kepala aku diusapnya lembut sebelum tangannya ditarik semula dan dia berjalan ke arah tingkap, menikmati pemandangan di luar.
"Dora, saya dah lama tahu pasal awak. Pasal kandungan dan semua.. benda teruk yang awak buat,"
Aku terkebil-kebil. Dia memandang aku sekilas, menayangkan senyuman comelnya. Dia menyambung percakapannya tanpa melihat wajahku.
"Sebelum saya lahir, saya dah nampak segalanya yang akan berlaku pada saya, awak dan kita— oh, Konet juga. Kalau saya beritahu sesuatu dekat awak, pastikan awak jangan tersedak tau," Ujar Seokjin sebelum berpaling melihat aku yang sedang seronok menikmati sup rumpai laut yang disediakannya.
Kali ini, aku mengangguk tanpa memandang dirinya. Alahai, siapa saja yang akan tersedak jikalau sudah tahu sangat, Seokjin bukan seorang yang serius, dia mesti akan buat lawak bodoh dia lagi—
"Saya sebenarnya, seorang yang kekal abadi. Tak akan boleh mati dan saya boleh dengar semua yang awak katakan dalam hati. Pelbagai cara juga awak cuba untuk bunuh saya, kan? Haha, comel.." hidungku dicuit manja lalu dia tertawa perlahan, membuatkan aku terus termuntah disitu juga.
THE END
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top