10

Aku banyak keinginan nak makan. Seokjin pula masih tiada. Ah! Lantaklah! Karbohidrat ke minyak berlebihan ke, aku nak makan juga!

Sebaik saja kaki aku sampai disatu gerai burger, aku terus melihat pada menu yang tertera di atas papan menu utama.

"Em, saya nak.. satu burger benjol dengan satu Kookey Milkshakeu," Duit itu terus dihulurkan pada juruwang. Tiba tiba, aku terasa nak makan benda lain pula. Perut aku sudah menampakkan bentuk sedikit, memandangkan kandungan aku sudah masuk 9 minggu.

Aku memegang perut, lelaki yang memasak itu nampak dan terus mendapatkan kerusi. Pergelangan tangan aku yang berlapik dengan baju, dipegangnya supaya aku tidak terjatuh atau apa-apa semasa melabuhkan punggung ke atas kerusi plastik itu.

"Em, maaf bertanya, tapi saya sedang mencari suami saya," Gambar yang ditangkap semasa aku dan Seokjin berada di Pulau Jeju ditunjukkan padanya. "Awak kenal tak dia?"

Serta merta, mata budak lelaki itu membesar. "Eo? Ini bukan ke lelaki yang cuba bunuh diri dekat landasan kereta api semalam?"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top