09

Sudah masuk minggu ketiga, aku tak nampak dia berada didalam rumah ni lagi.

Bukan bermaksud, aku tak suka dia tiada. Aku suka tapi dalam keadaan aku yang sedang mengandung—

Kau patut faham. Ini kandungan pertama aku dan aku tak harapkan untuk lelaki yang buat aku mengandung, larikan diri begitu saja.

Dia seolah-olah hilang, meninggalkan aku seorang diri, menanggung zuriat dia tanpa kasih sayang seorang bapa. Bukan salah aku, dia pergi. Lagipun, dia halau bekas kekasih terbaik aku. He deserves it. Untuk semua benda jahat yang dia sudah buat. Dia layak disakiti semula.

But.. Entah kenapa, makin saban hari, makin hilang keinginan mahu membunuh dia. Adakah sebab perasaan seorang ibu ini sudah menguasai diri aku? Apapun, aku masih benci dia.

Dia tinggalkan aku seorang diri didalam rumah besar ini. Orang gaji yang berkerja disini pun sudah dipecatnya.

Bodoh.

Sekarang, siapa nak tolong aku? Bagaimana aku nak kemas rumah, masak tteokbokki dengan tenang, kalau aku berdiri sekejap saja, sudah mula rasa penat?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top