07
Dia gembira bila aku kata aku tidak jadi mahu menggugurkan kandungan ini tapi aku masih tak boleh lupakan saat dia berkata..
"Saya tak setuju tapi ianya badan awak. Saya tiada hak untuk suruh awak kandungkan zuriat saya kalau awak sendiri tak mahu. It's okay. You're not ready yet. Kita akan fikirkan cara lain."
Iya betul. Aku tak mahu anak ini. Aku tak mahu ada zuriat bersama dengan dia. Tapi, semasa di hospital wanita tadi, aku nampak ramai perempuan mengandung dan..
Fikiran untuk membunuh anak dalam kandungan aku ini sebelum dia dapat melihat dunia, buat aku terasa seperti seorang pembunuh.
Walaupun, aku sudah cuba banyak kali untuk bunuh bapa dia— but still!
Tapi.. kalau bayi ini wujud, bagaimana hubungan aku dengan Changkyun? Mesti dia fikir yang aku sudah lupakan tentang dia. Mesti, dia sudah tidak mahu bersama dengan aku! Ah tidak! Changkyun tidak boleh tinggalkan aku!
Gah! Aku perlu berhadapan dengan dia dan beritahu perkara sebenar. Dia belum tahu tentang aku menyimpan kandungan ini tapi Changkyun seorang kekasih yang baik dan berfikiran terbuka. Dia memahami aku lebih daripada orang lain—
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top