06

"E-em Seokjin.. " Seokjin yang sedang sibuk menaip sesuatu di komputer ribanya terus berpaling, melihat aku yang sedang menundukkan kepala. Kesal.

"Iya, sayang? Ada apa-apa ke yang awak nak bagitahu saya ke?"

Aku menahan esakkan daripada terlepas.

Sudah berhari-hari aku cuba untuk membunuh dia, suami aku sendiri! Bapa kepada anak dalam kandungan aku! Ish, aku sudah suruh dia pakai protection— sekarang aku kena makan pil yang aku beli dipasar gelap hari tu.

Tetapi Seokjin buat aku hairan. Setiap satu cara yang aku guna untuk bunuh dia tidak berguna langsung. Apa dia guna ilmu hitam ke?

"Sayang?" lantas itu wajah dinaikkan ke atas, menghadap wajah si dia. Nafas ditarik dalam, mengumpul segala semangat didalam diri.

"Saya mengandung. 2 minggu." Wajahnya tidak menunjukkan sebarang reaksi. Sebaliknya, dia menyoal aku.

"Lagi?" Dia seakan tahu aku ada ayat lagi mahu dikatakan. Dia betul-betul ada membela saka ke? Aku membuang fikiran yang tak betul ini dan teruskan ayat aku.

"Dan saya akan gugurkannya. With or without your permission."

Jujur. Aku terkedu apabila Seokjin menggangguk. Dia.. setuju?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top