14| Somewhere In The Dark

***

"YOOONGGII!!"

GASP.

Yoongi membuka matanya dengan luas, dan bangun dari posisi ke duduk. Dia memandang sekeliling ruangan itu , ruangan itu adalah di mana dia ditikam oleh pisau. Namun amat berbeza , keadaan kini gelap dan mencengkam

Pandangan Yoongi tidak dapat mencapai terlalu jauh , paling dekat adalah lingkungan 5 meter. Tidak lebih , selebihnya hanya kegelapan

Yoongi pun berdiri dan menunduk melihat perutnya , tidak ada pisau di situ. Sakit pun tidak

Lalu Yoongi berjalan dan melihat kiri kanan. Dia mencari kelibat Sunghwa ataupun Yuna Kim. Yang terakhir dia ingat adalah Sunghwa menangis dan menjerit namanya

"Yoongi! Yoongi!"

Tiba-tiba saja kelibat bayangan muncul sambil memanggil namanya. Kepala Yoongi bergerak mencari sumber suara itu

Sehingga Yoongi terkejut apabila melihat Jihyun berada tepat di depannya. Jarak mereka sekitar setengah meter.

"Jihyun , macam mana-"

"Yoongi! No Yoongi! You not belong here!" Kata Jihyun lalu memeluk Yoongi

"W-what do you mean , Jihyun?" Soal Yoongi apabila Jihyun melepaskan pelukannya. Namun senyuman Jihyun dapat meluluhkan hati Yoongi , seperti yang selalu terjadi ketika mereka masih menjadi pasangan kekasih

"Awak berada di tempat yang salah!" Kata Jihyun

"Sumpah , aku tak faham dengan semua ni" kata Yoongi

Jihyun tidak menjawab dan lantas menarik tangan Yoongi menuju ke ruangan yang gelap. Lalu samar-samar Yoongi dapat melihat Hoseok dan Taehyung sudah berdiri. Yang peliknya tanya Hoseok kedua-duanya elok dan telinga Taehyung masih ada

"Hoseok? Tae?" Yoongi mengecilkan matanya

"Yoongi!" Mereka berdua terkejut dan lantas memeluk Yoongi

"Uh , kau betul Jihyun. Detak jantungnya masih kedengaran , berbeza dengan kita" ujar Hoseok pada Jihyun

Yoongi memandang mereka bertiga , mahukan penjelasan namun mereka bertiga hanya diam. Sehingga Jihyun bersuara "macam ni Yoongi"

Yoongi mula serius

"Ni adalah tempat kami , tempat roh yang masih tidak tenang tinggal. Tapi awak tidak sengaja datang" kata Jihyun dengan sedih

"Yes , you not belong here , kau patut balik ke dunia asal kau dan kami akan tolong kau"

"Wait , wait" Yoongi mengangkat kedua tangan nya ke udara sambil memandang Taehyung dengan hairan "bukan masa kita masih hidup , kau nak sangat bunuh aku kan?"

Taehyung tersenyum pahit "Yeah , itu sebab aku benci kau. Kau orang kedua selain Joohyuk yang tahu aku bunuh Jihyun. Dan sebenarnya Jihyun yang bagitau kau tentang hal itu"

Yoongi memandang Jihyun namun Jihyun menghindari tatapan mata Yoongi "kau tak marah pada Taehyung sebab dia bunuh kau?"

Jihyun tersenyum tipis "tak.."

"Why?" Yoongi mendekati Jihyun

"Sebab pada hari tu pun Jihyun memang berniat nak bunuh diri" kata Hoseok

"Apa? Kenape?"Soal Yoongi menatap Jihyun tidak percaya

"Percaya atau tak , anak yang dikandung Jihyun adalah anak kau , Yoongi" kata Taehyung sedih lalu dia menundukkan kepalanya

Seketika mata Yoongi membulat. Dia betul-betul terkejut

"No , no" Yoongi menggeleng kepalanya "tak mungkin! Bila aku buat itu Jihyun!"

Jihyun memandang Yoongi "saya dah pasti awak akan lupa , itu terjadi ketika pesta musim panas"

Yoongi ingat , Yoongi ingat semuanya. Dia mabuk pada masa itu , lalu dia menarik Jihyun masuk ke bilik dan hal itu terjadi.

"What the hell?!" Yoongi meremas rambutnya dan berjalan menuju ke dinding. DUGH. Dia menumbuk dinding sehingga tangan berdarah "asal aku boleh jadi bodoh macam tu?! Kenapa aku tak ingat?! Dan Kenape kau tak bagitau aku tentang hal itu Jihyun?!" Bentak Yoongi

Jihyun menitiskan air matanya , ku berjalan mendekati Yoongi "lupakan hal tu Yoongi  , sekarang saya dah ada kat sini. Saya dah tak kisah lagi tentang hal dunia. Yang penting sekarang adalah macam mana kami nak bawa awak balik ke tempat asal awak"

"Jihyun , look at me" Yoongi mengangkat dagu Jihyun dengan tangannya yang tidak berdarah "Kenape kau tak marahkan aku? Kenape kau tak balas dendam pada aku je? Kenape Jihyun?"

Jihyun tersenyum simpul "itu sebab saya masih cintakan awak yoongi dan saya tak pernah berniat jahat nak sakitkan awak"

Yoongi betul-betul terkejut , lalu Jihyun memeluk tubuh kecil Jihyun dengan erat , seakan tidak mahu melepaskan nya

"Maafkan aku Jihyun .. aku betul-betul minta maaf. Aku faham perasaan kau , tapi sekarang aku mencintai orang lain. Mianhe.."

- -

"What the hell? Sepatutnya tubuh kau ada kat sini!" Kata Taehyung dengan terkejut sambil menunjuk ke arah lantai di mana Yoongi tikam

"Yeah , kami semua tengok tu Yoongi" kata Hoseok

"Tapi mana perginya tubuh aku? Memangnya tubuh yang tidak ada roh di dalam boleh berjalan dengan sendiri?" Soal Yoongi

Tiba-tiba saja Jihyun tersentak , lalu memandang Yoongi , Taehyung dan Hoseok dengan serius

"Tidak , tu tak mungkin kecuali ada roh lain yang mengisinya.."

***

Vote [/]
Comment [/]

Itsmaniesa

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top