02| min yoongi
***
Sunghwa mula gelisah , dia berfikir yang Yoongi lah pelakunya , dia yakin pisau yang berada di leher Joohyuk adalah pisau yang sama dengan Yoongi.
Peluh mula membasahi dahinya.
Kalau Yoongi pelakunya.
Kenapa Yoongi buat macam ni?
Apa alasannya?
Dan mengapa ada perkataan ' truth or dare ' di dinding ?
"Saya rasa ini adalah perbuatan pelajar di sekolah ni pengetua" kata seroang pegawai polis kepada pengetua , mereka bertiga dapat mendengar perbualan di antara pengetua dan pengawai polis itu.
"Encik yakin? Tapi disebabkan apa...pelajar sanggup buat macam ni" kata pengetua kelihatan kusut.
"Kami tak dapat mencari pelakunya kerana tiada kesan cap cari pada pisau tu" kata pegawai polis itu.
Sunghwa sedikit lega apabila mendengar itu , Sunghwa berniat mahu mencari Yoongi dan dia sendiri akan memastikan bahawa pelakunya adalah Yoongi atau bukan.
"Yuna" Sunghwa menepuk bahu Yuna Kim.
"Wae?" Soal Yuna Kim
"Nampaknya aku tak dapat pergi , tak sedap badan rasa bila tengok semua ni" kata Sunghwa.
"Ah , okay .." balas Yuna Kim.
"Hati-hati jalan" pesan Halla , lalu Sunghwa mengangguk kepalanya.
***
KEDIAMAN SUNGHWA
Sunghwa menghempaskan tubuhnya di atas katil , dia masih terbayangkan mayat di sekolah itu , ia amat mengerikan.
Yoongi sedang berada di biliknya sekarang , ntah apa yang dibuatnya Sunghwa tidak tahu. Sunghwa bangun dari katilnya dan keluar dari biliknya menghadap bilik Yoongi , nafasnya diambil.
Dengan perlahan Sunghwa mengetuk pintu bilik Yoongi.
"Nugu?" Soal Yoongi dari dalam biliknya.
"It's me...Sunghwa" jawab Sunghwa perlahan , jantungnya berdegup dengan kencang sehingga suaranya bergetar.
"Masuk" arah Yoongi dingin.
Lalu dengan perlahan Sunghwa memulas tombol pintu dan masuk ke dalam bilik Yoongi.
Kelihatan Yoongi sedang bermain laptopnya di atas katil , Sunghwa sedikit bingung.
"Oppa...beli laptop baru?"Soal Sunghwa.
Yoongi mengangguk kepalanya tetapi matanya masih memandang skrin laptopnya.
"Dan iPhone baru?" Soal Sunghwa lagi apabila memandang iPhone baru Yoongi di sebelah di atas katil.
Yoongi mengangguk lagi.
"Tapi , dari mana oppa dapat semua --"
"Duit aku sendiri" kata Yoongi memintas soalan Sunghwa , Sunghwa tidak percaya dan dia hanya berpura mengangguk faham.
"Kenapa kau nak jumpa aku?" Soal Yoongi.
Sunghwa terus terkejut , dia lupa bahawa dia perlu cari alasan kenapa dia datang sini.
Sunghwa berfikir sambil memandang sekeliling bilik Yoongi lalu dia terpandang beg sekolah Yoongi.
"Saya mahu pinjam buku fizik"
"Untuk apa?" Soal Yoongi lagi.
"Belajar"
"Kau kan baru junior , Kenapa kau pinjam buku senior pulak?" Soal Yoongi lagi.
Sunghwa mula mengeluh "well..saja nak tahu dulu asas ni" balas Sunghwa.
Yoongi mengangguk "ambil dalam beg aku" katanya.
Sunghwa mengangguk lalu menuju ke arah beg Yoongi yang berada di tepi meja.
Sunghwa pun memasukkan tangannya ke dalam beg Yoongi untuk mengambil buku dan...
"Auw!" Jerit Sunghwa lalu menarik tangannya balik dari beg Yoongi , tapak tangannya sudah berdarah seperti tersayat benda tajam.
"Yah! Kau, aish!" Keluh Yoongi lalu menghampiri Sunghwa.
Yoongi melihat tangan Sunghwa yang sudah berdarah.
Sunghwa memandang ke dalam beg Yoongi ternyata itu pisau yang berada di leher Joohyuk tadi ada di dalam begnya , namun pisau yang berada di dalam beg Yoongi masih berkilat dan tiada kesan darah.
"Kau duduk dulu atas katil" arah Yoongi lalu Sunghwa menuruti perintah Yoongi.
Yoongi mencari kotak kecemasan lalu membawanya ke arah Sunghwa.
Fikiran Sunghwa mula kusut , kalau Yoongi yang membunuh Joohyuk, kenapa pisau ni ada di dalam begnya ? Atau ini adalah kebetulan atau pisau itu sama?
Yoongi menarik tangan Sunghwa lalu mengubati tangan Sunghwa dan membalutnya dengan pembalut putih.
"Oppa , kenape ade pisau dalam beg ?" Soal Sunghwa.
"Itu untuk tugas seni , memahat kayu" balas Yoongi dengan santai dan masuk akal.
"Jeongmal?"
"Nae , aku lupa balutkan pisau tu , mianhe" ucap Yoongi.
"Gwenchana" balas Sunghwa..
"Dan maaf sebab kelmarin aku tolak kau ke dinding , time tu pikiran aku kusut" kata Yoongi lagi.
"Saya faham oppa emosional masa tu , kalau macam tu saya balik ke bilik dulu" kata Sunghwa lalu bangun.
"Kau tak jadi pinjam buku fizik?" Soal Yoongi.
"Ha ha , tak jadi lah" kata Sunghwa tersengih lalu keluar dari bilik Yoongi.
Sunghwa berasa lega apabila dia berasa yang Yoongi bukan lah pelakunya.
Tidak mungkin Yoongi akan buat perkara macam tu.
***
ESOKNYA , BALIK SEKOLAH
Sunghwa berjalan beriringan bersama Yuna Kim balik dari sekolah.
Mereka berdua mula terpandang bas sekolah mereka di kepung oleh anggota polis dan pelajar lain.
"Not again.." kata Yuna Kim lalu menarik tangan Sunghwa menuju ke arah bas itu.
Betapa terkejutnya mereka apabila melihat Haewon , pelajar sekolah mereka terbaring di kerusi pemandu bas dengan kesan torehan pisau di seluruh badan , uniform sekolahnya juga dilumuri darah.
Yang lebih ngeri adalah kedua bebola matanya tiada di tempat sepatutnya , di mana matanya?
"Ugh..his eyes!" Yuna Kim berasa ngeri melihat mayat Haewon.
Mata Sunghwa melilau di seluruh bas dan matanya ternampak satu tulisan berdarah di cermin hadapan bas.
"Truth...or...dare.." dengan perlahan Sunghwa membaca tulisan itu.
"What the hell?! Who's crazy son of bitvh yang buat semua ni?!" Jerit Yuna Kim tidak percaya dengan kata-kata yang selalu di keluarkannya.
"Diaorang sedang main truth or dare dengan cara macam ni ke?! This is insane! Aku selalu main tapi tak sekejam ni!" Kata Sunghwa juga tidak percaya dengan permainan gila yang membawa kematian ni.
"Semua pelajar di minta berundur dari bas , jangan sesiapa dekat dengan bas kecuali petugas , mundur sepuluh langkah!Mundur! Mundur! Mundur!" Arah seorang anggota polis.
Pelajar mula menjauhi bas.
Sunghwa mula berasa takut , dia berasa ngeri , sekolah ni sudah tidak aman .. ada seorang pembunuh gila yang sedang berkeliaran di dalam kawasan sekolah dan mungkin ada mangsa lain seterusnya.
"Gwenchana?" Soal Yuna Kim memandang muka pucat Sunghwa.
"Aku okay" balas Sunghwa ringkas.
Sunghwa berpaling ke belakang manakala Yuna Kim sedang melihat petugas sedang mengusung mayat Haewon keluar dari bas.
"Kita panggil saja suspek tu" ujar seorang pegawai polis kepada seorang anggota polis , mereka sedang berbincang tidak jauh Sunghwa berdiri , jadi Sunghwa boleh dengar.
"Saya akan panggil suspek tu , kalau boleh siapa namanya?" Soal anggota polis itu.
"Namanya Min Yoongi"
***
Vote [/]
Comment [/]
itsmaniesa
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top