Bab 9 Asyik Hilang

Bunyi emel masuk. Si Author pergi ke mesej e-mel. Ahhh rupanya Rachel. Emel nya sangat panjang. Apa yang terjadi ni? Rachel sudah berumah tangga dan tinggal di Florida. Tempat yang cantik kan? Si Author kenal dengan sang suaminya. Lagi pun mereka berdua pernah honeymoon di Malaysia. Dari situ kami semakin rapat. Si Author lebih suka makanan yang 'simple' dan tentu nya makanan dari barat yang nampak biasa tapi sedap dan kenyang. Lagipun untuk pekerjaan yang selalu sibuk, makanan barat adalah makanan yang jimat masa. Sudahlah tentang si Author. Apa yang tak kena dengan Rachel?

Alma ? Suami aku asyik hilang bila pagi. Kau rasa dia ada perempuan lain ke? (Emoji Sedih)...

Pagi itu setelah emel di hantar kepada si author, Rachel bangun melihat suaminya di sebelah. Nasib baik, masih ada.. dia pun pergi ke kamar mandi. Setelah itu... Sang suami tiada di tempat beradu! Di mana dia?

Rachel : suami tak guna!! Tunggu kau aku cari dan bongkarkan perbuatan kau.

Dia keluar dari rumahnya itu. Dan terus mencari si suami tanpa menyedari yang dia belum sarapan. Tempat pertama dia pergi tentulah di tempat kerja si Suaminya.

Kawan suami Rachel : errr bukan ke dia cuti 3 hari? Kau lupa ke? Ke dia tak bagitau kau?
Rachel : aku memang dah agak ! Mesti ada benda tak kena.

Rachel membebel sampai di luar pejabat.

Rachel : aku memang syak dia dah mula curang.

Dia pergi di tempat yang suaminya pernah makan. Dia duduk dan pesan makanan. Mungkin nanti dia akan bertemu dengan kelibat si suami.

Rachel : ohhh 3 hari cuti ya? Siaplah, kalau tak jumpa sekarang, kat rumah ada.

Sesudah makan, dia mencari lagi hingga dia kelelahan. Dia cuba berehat di sebuah pondok di taman rekreasi.

Rachel : kenapa dia buat macam ni?

Rachel meratapi kekesalan nya. Dia ingat kenangan dulu. Suaminya seorang yang penyayang. Dia baik. Mungkin di sebabkan sifat itu lah dia di sukai ramai.

Seorang lelaki menyapanya.

Evan : kenapa sedih ni?
Rachel : suami aku hilang. Asyik hilang. Dah 2 hari hilang.
Evan : dia balik tak?
Rachel : haa malam dia balik. Tak tahu apa dia buat. Mungkin dia curang dengan perempuan lain.
Evan : hehe mana ada curang dengan isteri sendiri.
Rachel : ha ha.

Rachel bangun untuk sambung mencari suaminya.

Evan : nanti dulu. Biar saya tolong carikan.
Rachel : buat pengetahuan Encik , saya sudah berkahwin. Saya ada suami.
Evan : ya saya tahu. Saya boleh tolong.
Rachel : sukati kau lah.
Evan : ohh ok. Mana kita nak start?
Rachel : betul juga?

Sambil berfikir dia berjalan.

Rachel : dia mungkin ada di jeti ?
Evan : ok jom kita pergi sana.

Mereka pun terus berlari mencari teksi dan ke jeti. Tetapi masih tiada kelibat suami Rachel. Ke mana dia pergi?

Evan : tak ada pun?
Rachel : mana aku tahu. Dia dah berubah semenjak kami kahwin.
Evan : jangan begitu. Aku yakin suami kau setia.
Rachel : macamana kau boleh yakin macam tu? Huh!
Evan : kami lelaki ada naluri yang kuat. Faham-faham lah. Hehehe.

Rachel memandang Evan dengan pandangan yang tak puas hati.

Evan : err ok sekarang mana tujuan kita?
Rachel : jap.. aku fikir dulu..
Evan : lambat lah. Aku beli air dulu.

Evan terus pergi tanpa sempat mendengar pesanan Rachel.

Rachel : heiii aku nak kopi susu. Haih dia tak dengar lah ni.. bukan nak tanya orang nak minum apa. Kalau dia beli arak memang aku hempaskan kat muka dia.

Seketika kemudian, Evan datang.

Evan : nah air kau..
Rachel : macamana kau tahu aku nak air ni?
Evan : telinga aku kuat. Aku mampu mendengar suara dari jauh.
Rachel : wah baguslah kan. kau tak letak apa-apa kan dalam air ni?
Evan : tak kan lah aku nak letak. Gilalah kau.
Rachel : hahaha.. mana lah tahu.

Habis sahaja air yang di minum mereka, terus berlalu pergi. Kali ini ke bandar. Dia berusaha untuk mencari si Suami nya.
Mereka cuba mencari di pelbagai tempat. Di kedai makan, kedai mainan, kedai muzik, arked, bar, snooker namun tiada kelibat suami Rachel. Dia mula berputus asa.

Rachel : mungkin hari ni dia akan tinggalkan aku.

Evan terus duduk.

Rachel : oi kita belum jumpa dengan suami aku.
Evan : penat lah. Rehat lah dulu. Makan dulu ke? Asyik minum air je ni.
Rachel : aduh yela.

Mereka ke kedai makan. Orang yang ambil pesanan itu menyapa Rachel.

Orang 1 : hei Rachel.. suami hilang lagi ke?
Rachel : hah? Err ya.

Orang itu terus ke dapur selepas mengambil pesanan mereka.

Evan : kau kenal ke?
Rachel : entah lah.
Evan : memang selalu hilang suami ke?
Rachel : err ya kot?
Evan : macamana rupa dia?
Rachel : ermmm dia berambut hitam. Eh tak pirang! Ehh aku tak tahu lah.
Evan : kau sebenarnya ada suami ke tak ni?
Rachel : errrr ada. Mungkin.
Evan : macam tak betul je kau ni.
Rachel : apa?
Evan : satu je nak tahu. Kita pergi ke rumah kau.
Rachel : kau tak percaya ya.

Selepas makan, mereka pulang ke rumah Rachel.

Rachel : sayang ? Awak ada kat rumah ke?

Tak ada sahutan. Senyap.
Dia pergi ke bilik tidur. Memang tiada suaminya di bilik. Kemudian dia terpandang gambar perkahwinan mereka. Rachel terkilan dan terkejut. Dia hampir menangis.

Evan : tak ingat lagi ke?
Rachel : kenapa awak buat saya macam ni?!

Dia tak dapat menahan sebak, dia menangis dan melutut.

Evan : semasa kita balik dari honey moon, kereta kita di langgar oleh sebuah lori. Saya selamat. Dan awak...

.................................

Doktor : kejadian ini tak asing lagi. Ada 3 peratus manusia mengalami penyakit ini. Ada yang hilang ingatan selamat 15 minit, ada yang hilang terus.
Evan : macamana pula dengan isteri saya doktor? Dia asyik lupakan saya. Dia setiap pagi akan hilang mencari saya.
Doktor : dia akan ingat selepas di ingatkan. Tapi dalam 3 hari dia akan hilang ingatan lagi. Kemudian lupa tentang kamu selama 3 hari. Begitulah.
Evan : tak ada ubat ke doktor? Macamana dengan pembedahan?
Doktor : tak ada yang dapat kita lakukan selain teruskan buat dia ingat. Mungkin nampak kejam tapi itu saja caranya.
Evan : oh Tuhan, kenapa harus aku?

........................

Evan : sebab itu awak selalu hilang ingatan. Saya tak pernah hilang. Saya sentiasa ada.
Rachel : sayang!!!

Dia menangis dalam pelukan Evan. Evan adalah seorang suami kepada Rachel. Dia selalu hilang ingatan selepas 3 hari dia ingat. Apa yang perlu di lakukan hanya lah mengingatkan nya. Jika tidak, dia akan hilang ingatan selamanya.

Emel : Rachel
To : Alma

Aku tulis kisah ini sebab aku tak nak lupa. Aku tak sanggup menangis setiap 3 hari. Sebab itu, setiap kali aku hilang ingatan aku menulis di tangan agar menyemak emel supaya aku boleh ingat. Sekarang aku sudah hampir pulih. Masa hilang ingatan itu semakin berkurangan. Betul kau cakap. Percaya kan suami kita yang mereka lebih menderita dari kita.

Bersambung......

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top