Bab 7 Gegaran Cinta
Sementara itu di Jepun......
Aku bukanlah seorang penyanyi yang bagus. Karier aku juga tak bagus. Tidak sepopular mana Ryzal. Lutfi tahu itu. Kawanku, cerita ini tentang wanita yang bersama ku. Dia orang yang sentiasa memberi sokongan kuat pada aku. Pertemuan pertama kami di sebuah stesen kereta api pada waktu pagi. Seperti biasa aku membawa beg sandang gitar di belakang badan. Seorang wanita menegur aku.
Yamoshi : ha?
Mitzune : tolong letak beg ke bawah. Ruangan ini sempit.
Biasalah waktu pagi. Ramai pengguna. Di Jepun lebih ramai orang menggunakan kereta api kerana kami ingin mengurangkan karbon monoksida yang telah datang dari kenderaan.
Mitzune : awak pemain jalanan ke?
Ketika dia bertanya seperti itu, aku terasa hina. Aku marah dalam wajah yang tidak marah. Mungkin dia tak tahu aku sedang marah.
Yamoshi : bukan. Saya musician. Bukan meminta sedekah.
Mitzune : apa bezanya? Ianya tetap muzik.
Yamoshi : erkkk .
Aku tersedak dalam. Aku sangkakan dia ingin menghina aku. Mungkin dia tahu juga muzik yang sebenar. Kemudian, kami berdua hanya berdiam diri. Tiada niat untuk mengenali antara satu sama lain.
Kemudian dia memiming kan suara. Suara dari sebuah muzik yang indah. Aku berdiam menghayati muzik itu sbil melihat jendela kereta api itu. Muzik yang sederhana tapi bahagia.
Tujuan perjalanan aku telah sampai. Aku pun turun dan berlalu tanpa bertanya apa-apa kepadanya. Bagi seorang musician tak mungkin aku meminta tajuk lagu itu. Ya! Kena cari sendiri.
Beberapa bulan kemudian, aku di tekan oleh pertandingan musician di tempat aku belajar. Apa yang membuat ianya sulit adalah pertandingan ini di kenali ramai. Malah masuk ke siaran stesen tv. Padahal, kami semua hanya lah pelajar. Mereka membuat keuntungan dengan bakat kami yang masih muda. Terlalu ramai saingan. Aku cuba sehabis baik untuk mempersembahkan lagu yang indah kepada penonton. Tapi di fikiran ku bercelaru. Lagu apa yang akan aku persembahkan? Suasana muzik? Yang menyentuh hati? Seperti itu kah?
Kadangkala aku tidak tidur malam hanya kerana ini. Makan apatah lagi. Selalu terlepas makan. Hanya minum air putih. Hingga hari pertandingan itu. Aku dan beberapa orang rakan ku ingin mempersembahkan sebuah muzik. Belum sempat mula, aku pengsan semasa persembahan itu.
Aku di hantarkan ke hospital. Aku tertidur selama 2 hari. Aku bangun dan kecewa apabila dapat tahu aku gagal.
Rizu : kau okay tak ?
Yamoshi : ok. Cuma..
Taiga : jangan risau. Tahun depan ada lagi. Kita akan berlatih dengan lebih kuat lagi.
Kawan-kawan ku dari team muzik cuba memberi semangat pada aku. Tetapi masih tak dapat mengubati kekecewaan aku. Aku sudah berusaha keras malah lebih dari itu. Bukan itu sahaja, aku mengecewakan harapan tempat aku belajar.
Note : tempat dia belajar tidak di nyatakan.
Aku harap menang tetapi gagal. Aku sudah diperbolehkan keluar dari hospital. Tetapi aku tidak menghadap muzik lagi. Aku menghindar piano, Biola, dan guitar di bilik muzik di rumah aku. Malah aku tidak hadiri kegiatan klub muzik. Seberapa aku kecewa itulah yang membuatkan aku sakit. Aku jadi popular kerana kegagalan aku. Orang-orang di sekeliling ku bercerita tentang aku.
Aku bersedih dan terus bersedih. Malam itu aku duduk di depan piano kepunyaan ku. Aku menekan beberapa key. Hairan. Aku memainkan sebuah lagu dan berhenti. Aku terpana! Tidak mungkin. Aku cuba alat muzik yang lain. Tetapi tetap sama. Aku tak boleh mendengar bunyi muzik dari alat muzik!!
Apa yang terjadi?! Kenapa? Tiba-tiba terjadi seperti ini? Aku menekan setiap key di piano itu dengan kuat. Tetap tak berbunyi. Tak terdengar.
Kawan ku, aku kehilangan pendengaran. Aku boleh mendengar bunyi yang lain tetapi tidak bunyi dari alat muzik. Apakah mereka menghukum aku kerana gagal? Mesti kau juga berfikir seperti itu. Gagal.
Aku tinggalkan dunia muzik. Menjadi orang biasa. Yang tiada apa-apa. Aku duduk di sebuah bangku dan termenung.
Mitzune : hei ? Kamu orang yang pengsan tu kan?
Yamoshi : diam lah!!!
Mitzune : bawa bertenang. Bukan nak mengejek awak.
Yamoshi : habis tu apa?
Mitzune : "manusia tidak merancang untuk gagal tetapi gagal merancang" kata-kata dari William J. Siegel.
Yamoshi : apa maksud awak ni?
Mitzune : hmmm . Awak rasa ?
Yamoshi : apa awak tahu tentang muzik?
Mitzune : entahlah. Saya tak tahu. Main alat muzik pun tak pernah tahu macamana. Tapi apa yang saya tahu, saya suka muzik. Mengagumi semua muzik yang sedap di dengar.
Yamoshi : macam....?
Mitzune : Richars Clayderman? Saya suka lagu hungarian sonata tu. Muzik yang menyentuh hati.
Yamoshi : ya, saya akui lagu tu memang sedap di dengar. Jadi orang suka lagu menyentuh hati.
Mitzune : ya! Macam dalam drama. Muzik yang takda vokal pun boleh buat orang menangis. Tengok cerita seram, muzik nya buat dramatis.
Yamoshi : ok ok saya faham.
Kemudian kami terdiam. Dia mula memimingkan lagu ketika pertama kali kami bertemu.
Yamoshi : itu lagu apa? Bagitau saya! Saya mohon sangat.
Mitzune : bukan siapa-siapa. Susah nak cakap. Hmm jom ikut saya.
Aku pun mengikutinya tanpa banyak soal. Dia membawa beg yang berisi 6 gelas kaca. Untuk apa? Fikir ku..
Sekarang aku berada di dalam sebuah taman pokok-pokok buluh. Ada bunga dan pokok yang lain.
Yamoshi : apa yang kita buat dekat sini?
Mitzune : tunggu dan lihat. Kalau boleh pejam kan mata.
Aku pejamkan mata. Sekilas angin melalui tubuh ku. Sungguh lembut belaian angin. Tatkala itu, aku terdengar muzik itu. Muzik yang perempuan itu selalu miming.
Aku membuka mata.
Yamoshi : apa yang terjadi? Mana orang yang main seruling tu? Macamana aku boleh dengar muzik dari alat muzik?
Mitzune : ok. Kali ini jangan tutup mata.
Angin berhembus sekali lagi. Bunyi itu muncul dari pokok-pokok buluh dam gelas yang dia bawa. Dia geselkan jari di gelas itu.
Yamoshi : a-pa ? Macamana kau buat? Aku dah boleh mendengar muzik!
Aku tersenyum gembira.
Mitzune : bukan kah saya dah cakap saya suka muzik. Indahkan?
Yamoshi : ya! Wow. Ini sememangnya hebat. Muzik untuk di hayati. Aku terlalu cepat berputus asa.
Mitzune : macam tu lah jiwa seorang muzik.
Aku menyentuh bahu nya. Entah kenapa tiba-tiba...
Yamoshi : siapa nama awak?
Mitzune : errr Mitzune..
Yamoshi : Mitzune ... Kahwin lah dengan saya. Jadi isteri saya!
Bersambung....
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top